Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Peti soalan

Bedah buku 4 dalam 1!

Sejak Buku Saya Suka Mengaji ni release bulan Mei tahun lalu, saya masih belum berkesempatan lagi nak buat bedah buku ini disebabkan saya jatuh sakit 2 Kali masuk OT jalani pembedahan sekitar bulan Ogos & September. Kemudian, proses recovery memakan masa selepas itu. Sehinggalah Mei tahun ini, buku seterusnya release iaitu Buku Rekod Mengaji Telaga Biru (tak sempat bergambor lagi dengan buku baru ni). Maka, bedah buku yang pertama bagi tahun ini saya akan gabungkan 2 buku + 2 bahan bantu mengajar mengaji sekaligus bagi sesi kali ini yang saya namakan sebagai Santai Ilmu. Diskaun bagi sesiapa yang sudah ada #bukusayasukamengaji. Oleh kerana sebelum ini ada permintaan untuk saya buat perkongsian kaedah mengajar mengaji yang menyeronokkan Di taska & tadika, jadi saya juga akan sentuh isu isu berikut : + Bagaimana mengajar anak kecil mengaji tanpa membosankan? + Bagaimana mengajar orang dewasa mengaji semula daripada awal? + Bagaimana membantu anak menghafaz &...

Anak al-hafiz boleh selamatkan 10 orang ahli keluarga masuk syurga?

Al Quran itu lebih tinggi dan mulia daripada ganjarannya. "Saya mahu anak saya jadi penghafaz al Quran kerana nanti dia boleh selamatkan saya masuk dalam syurga. Saya ini dahlah banyak dosa." Astaghfirullah. Fahaman ini bahaya wahai ibu ibu sekalian. Malah, hadith yang mengatakan orang yang menghafaz al Quran dapat membawa 10 ahli keluarganya masuk syurga itu adalah DHAIF.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Keluarga sebelah suami di Pasir Mas, Kelantan. Tahun ini dapat berkumpul 5 daripada 7 beradik. Alhamdulillah.  Keluarga saya di JB.  Dapat berkumpul 4 beradik selepas 2 Syawal. Sebab itu baju raya dah tak ada. Semuanya sedang dibasuh. Hehe.. Tahun 2019 ini "tahun adjustment". Sepatutnya tahun ini giliran beraya di Johor 1 Syawal berikutan tahun lepas 1 Syawal di Kelantan. Tapi, selepas perbincangan dengan semua 4F dan abahnya kami sepakat tahun ni 1 Syawal di Kelantan sebab nak adjust giliran supaya dapat beraya 1 Syawal tahun depan dengan mak long pula selepas bertahun lamanya tak dapat beraya 1 Syawal dengan mak long 4F lebih lebih lagi Muhammad Zaid (anak susuan saya).  Kebetulan juga tahun ini cuti hari raya panjang bersambung dengan cuti sekolah sebab itulah kami balik awal ke Kelantan dan beraya 1 Syawal di sana. Tahun depan konfem tak dapat lagi cuti sekolah serentak dengan cuti hari raya lagi kan? Sistem giliran ber...

Ramadhan 2019

Salaam Ramadhan 1440H. Sudah lama tak sempat update blog kesayangan di sini. Lama juga tidak menjenguk komen-komen yang singgah di setiap entri. Mohon maaf zahir batin. Saya tak sempat menjawab semua komen di sini. Mohon follow saya di Facebook atau di Instagram dan boleh PM/DM saya terus jika ada soalan. Saya lebih aktif melalui Facebook & Instagram sahaja. Juga Telegram memandangkan saya membuka kelas tahsin online khusus Ramadhan ini. Semoga semua amalan kita yang nampak Dan tidak nampak akan beroleh keberkatan Dan pengampunan Yang Maha Esa. Sedikit perkongsian semula daripada Buku Bukan Sekadar Homeschooling buat mak-mak yang sedang melatih anak berpuasa. Selamat berpuasa semua! #diariramadhan2019 

Sembang KIK di Telaga Biru

Depress kerana kerja?

Soalan : Salam Puan..  Sy mohon kata2 motivasi dari puan. Sy ibu berkerjaya dan berkahwin. Ada suami dan 2 org anak. (6 thn dan 4 thn).  Sy long distance ulang alik dari rumah Rawang ke KL tempat keje. Akibat terlalu penat sy slalu jadi tak ikhlas bekerja. Sy rasa 10tahun sy kerja kosong jiwa. Takde apapun buat sy rs puas. Sy slalu mengatakan sy tak ikhlas dlm kerja. Sy mahu kerja sendiri dan puas dgn hasil usaha sendiri seperti berniaga. Namun kedua ibu bapa tak setuju sy berhenti kerja kerana sumber pendapatan mereka ialah dari sy yg menyara keperluan mereka. Sy terlafaz ayat tak ikhlas. Mcmana puan? Adakah sy di tahap depression tinggi? Banyak kali berubah. Jaga solat. Semakin sy jaga solat semakin berat ujian Allah nk uji kesabaran sy..Sehingga sy tak mampu menepis. Mohon pinjamkn kata2 semangat puan😰 T.kasih sudi membaca luahan sy. Semoga Allah merahmati Puan sekeluarga. . Wsalam puan.. Maaf, ambil masa lebih 2 minggu untuk menjawab. Soalan ...

Ada apa dengan Buku Bukan Sekadar Homeschooling?

Semalam saya menerima perkhabaran daripada adik usrah saya Lyana M. Tizam yang menguruskan sesi bedah buku & borak santai mengenai buku ini Januari tahun depan sudahpun penuh seramai 52 orang (terlebih kuota) tak sampai 50 jam selepas dibuka untuk pendaftaran. Mula-mula saya ingatkan mengapalah tiba-tiba beliau 😭😭😭.. Hehe.. Rupa-rupanya, beliau amat terharu dengan sambutan di luar dugaan ini. Malah, yang lebih mengharukannya ada ibu yang akan datang dari Perak dan Negeri 9 semata-mata mahu mengikuti sesi bedah buku yang pertama ini dan sedang mencari hotel. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Tatkala mendapat perkhabaran ini keajaiban demi keajaiban yang saya rasakan. Terasa kerdilnya diri kerana takut menghampakan harapan tinggi semua ibu yang akan hadir kelak. Tiadalah daya usaha saya melainkan bantuan dari Allah. Sungguh, saya ini tiada apa-apa. Saya hanya seorang ibu yang biasa saja seperti anda. Boleh bertanya kepada sahabat-sahabat lain yang selalu be...

Hak anak walaupun tidak sah taraf & status perkahwinan

Umat akhir zaman kini, jumlah anak bukan lagi sesuatu yg perlu dibanggakan JIKA cara memperolehinya dengan sesuatu yg mencurigakan lalu mengetepikan semua hak yg ada semata-mata mahu menutup ego. Allahu akbar. Saya sudah tidak mampu lagi memikirkan masalah umat hari ini. Tetapi inilah realitinya. Pembentukan anak-anak hari ini sangat berkait rapat dengan 'kejadian' ibu dan ayahnya dengan cara yg bagaimana. Kasihan anak-anak jika ego mengatasi ilmu yg ada semasa mendirikan rumahtangga. Daripada status anak tidak sah taraf (tidak pasti status perkahwinan ayah ibunya) hingga boleh menjadi pembubaran pernikahan yg akhirnya akan menjadikan status anak-anak sebagai syubhah. Isunya di sini saya mohon : 1. Daftarkanlah anak di JPN sebelum anak masuk sekolah. Cari semula sijil kelahirannya. Kejar semula jadual suntikan vaksinnya di KK berhampiran. Terlambat pun tak mengapa asalkan buat 2 perkara ini. Daftarkan anak & vaksin. 2. Sijil nikah penting untuk kita simpan....

Mengajar anak supaya dapat mengaji dengan lancar?

Bagaimana mengajar anak melancarkan bacaan al-Quran? Ada satu soalan yang baik daripada pembaca boleh dikira sambungan kepada post sebelum ini #tipsajaranakmengajidirumah "Terbaik kak, ada tips tak nak suruh anak melancarkan bacaan? Dulu sebelum mengaji kita disuruh guru melancarkan bacaan yg sudah dimengajikan sebelum ini." . 1. Untuk melancarkan bacaan sebaiknya melalui latihan berulangkali. Maknanya setiap hari pastikan anak mengaji at least 1 muka surat. Makin banyak dia mengaji, makin banyak dia berlatih, makin lancar bacaannya insha Allah. 2. Tunjukkan bacaan yang lancar dengan tajwid yang betul kepada anak. Saya pernah kongsikan sebelum ni, kita yang kena baca Quran dengan lancar dulu. Ajak anak duduk di sebelah kita dan suruh dia dengar dan semak bagaimana kita mengaji. Pegang jarinya mengikut bacaan kita. Mana bacaan yang perlu dipanjangkan, tunjuk pada tanda bacaan tu dengan lama. Mana yang pendek dilajukan jari. Tunjuk sambil membacanya dengan tarti...

"Now, everyone can teach" ~ Cara mengajar sendiri anak mengaji di rumah

Soalan : Puan, boleh kongsi tips macam mana buat ajar anak mengaji kat rumah? Saya tinggal kawasan yg susah nak hantar mengaji.. Nak suruh pergi sendiri saya takut tak harap sangat... Jawapan : Saya pernah kongsikan banyak cara dan tips sebelum ini. Jika ditulis di sini agak panjang pula nanti. Saya akan summarized beberapa langkah sebagai panduan puan untuk mengajar anak mengaji di rumah. Boleh ikuti beberapa tips / permainan mengajar mengaji anak di bawah usia 7 tahun dengan cara fun secara detail di Page Kad Imbas Khadijah atau ikuti Group fb saya Usrah Suka Mengaji untuk perbincangan lanjut. . 1. Jangan mulakan mengajar dengan buku mengaji. Anak kecil abad ke 21 hari ini tidak sama seperti kita satu masa dulu. Hampir kesemua ibubapa yang saya temui meluahkan rasa kebimbangannya anak tidak suka mengaji kerana bila diajar sekejap saja yang dibacanya atau ikut semula bacaan/huruf. Kemudian anak tak mahu duduk diam mengaji. Ya, itulah fitrah anak kecil. ...

Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Allah.. :( Ada yg saya tak mampu membalasnya. Maafkan saya. Kerana saya tak tahu mahu memberikan pendapat yg bagaimana. Apabila soalan yg hadir semuanya mengenai sudah termengandung semasa dalam tempoh pertunangan dan menunggu tarikh nikah lama lagi. Dengan alasan tidak mahu tergesa-gesa untuk bernikah atau apa saja alasan lain mengikut logik akal dan kehendak (baca : ego) kita, Allah ada perancangan yg lebih baik untuk kita hadami. Allah lah sebaik-baik Maha Perancang! Ada sesuatu yg Allah mahu kita belajar daripadanya.

Tips memilih bakal suami bagi yang tidak pasti

Sudah lama saya memutuskan untuk tidak menjawab apa-apa lagi mengenai isu anak luar nikah. Bukan apa.. Saya cuma merasakan tak mampu menjawab semua soalan yg singgah di komen mahupun di emel. Terlalu banyak cerita belakangnya yg membuatkan saya tidak begitu kuat memberi nasihat tentang masa depan seseorang.  Saya tidak tahu masa hadapan manusia. Tapi yg satu ini ditulis dengan penuh kejujuran dan tatabahasa yg baik. Bikin hati saya terpanggil untuk menghulurkan sedikit nasihat yg tidak seberapa. Anggaplah ini nasihat dari seorang kakak buat semua yg masih mencari-cari bakal suami atau yg sedang menuju gerbang perkahwinan secara umumnya. Moga ia dimanfaatkan sebaiknya. Soalan :

Mendidik anak solat part 3

Soalan : Anak sy 6 tahun. kalo nak ajar start dr takbir tu, terus buat 3 rakaat ke klo contoh magrib atau cukup sekadar kita buat 1 rakaat utk permulaan ? Dah lama sy google panduan camni akhirnya dpt bc kat wall akak Jawapan : Ajarkan anak mengikut rakaat yg lengkap. Maghrib 3 rakaat. Kerana rakaat pertama bacaannya alfatihah dan surah. Rakaat kedua ada tahiyyat awal. Rakaat ketiga hanya bacaan alfatihah tiada surah dan tahiyyat akhir. Kesemua rakaat ada pelajarannya tersendiri.

Gaya parenting mana yang baik?

Dari peti soalan : Assalamualaikum puan, Sy terpanggil utk bkongsi masalah yg menjadi beban di hati sy selepas membaca repost puan ' memarahi dan memukul ank bukanlah sunnah Rasulullah'.. Sy akui kami suami isteri byk kelemahan dlm mendidik ank2..suami sy mmg amat jarang sekali memarahi, meninggikan suara atau memukul ank2..sy atas kelemahan diri dan kurang sabar ada jugak terlepas laku... Dikalangan ipar2, kami sering diperli 'manjakan ank', 'xmarah dan xpukul ank nnt anak xde adap'...mmg sy akui ank2 agak 'aktif' dan xduduk diam..paling sy sedih bila ada yg memerli, ckp pd ank mereka 'jgn lari2, jgn ikut mcm ank2 kami...hingga kdg2 emosi sy terganggu stp kali balik kg dan melepaskan geram pd ank2..kdg2 sy tiba2 jd keliru, betol ke cara kami ni, wlaupon suami selalu ingtkan sy, ini acuan kita, kita gunakan klembutan dan reversed psykologi pd ank, bukan jeritan dan herdikan.. Kdg2 bila nk balik kampung sy jadi susah hati, bimbang ada yg xs...

Bagaimana mahu bermula mengajar anak mengaji?

Dari peti soalan : Salam kak khadijah..sy sbnarnye kagum dgn semangat akk n sy mohon Allah bg sy semangat mcm akk..sy berminat sgt nak htr ank sy pegi kelas mngaji dg akk tapi dia baru 10bulan.. Insya Allah bila dia da msuk 2thun sy akn htr mngaji dgn akk..akk boleh bagi sy tips utk ajarkan bayi hruf2 hijaiyyah..sy guna video dan flash card tapi kdg2 bru tunjuk 6 hruf dia dah mrangkak ke tempat lain..mgkin sy ekstrem sgt nk dia knal smua hruf.. Melalui pngalaman akk mcm mana akk ajar anak akk? Jawapan : Maafkan saya puan yg bertanya kerana ambil masa dekat sebulan juga untuk menjawab. Saya pun bukanlah yg terbaik. Anak puan boleh dihantar kepada sesiapa saja yg boleh mengajar mengaji. Tidak semestinya saya. Tapi umur 2 tahun itu pun masih kecil untuk dihantar ke rumah orang untuk mengaji. Puan mampu dan boleh mengajar sendiri di rumah dulu.

Bagaimana lembutkan hati anak-anak?

*Kongsi semula tulisan lama. Apabila mendapat soalan dan emel, saya rasakan tidak layak menjawabnya. Ia amat berat untuk saya. Maafkan saya kerana mengambil masa yg lama. Soalan : Macamana hendak melembutkan hati anak-anak? Jawapan : Saya sudah agak yg saya bakal mengalami ujian begini setiap kali saya mendapat soalan. Baru-baru ini, saya ditemukan dengan sepasang ibubapa yg punya 3 orang anak (dalam jagaannya) dan 2 orang lagi berada di kampung. Anak-anaknya subhanallah! Saya dan emak saya susah tidur malam itu disebabkan pertemuan kami petang itu. Sebelum ini, pernah juga saya berjumpa kanak-kanak hyperactive. Begitu juga anak anak murid mengaji ada juga yg begitu. Namun, yg ini hyperactivenya sangat terlebih. Lalu, saya abaikan saja mereka untuk berbuat sesuka hatinya. Dalam begitu, saya suka memerhati. Setiap kali anaknya mengambil barang, keluar masuk bilik, melompat ke sana ke mari, berlari keluar masuk rumah berkaki ayam, memusing-musingkan kerusi, mengambi...

Mengapa saya menulis?

Soalan : Nak tanya k.jah ni.. Apa yg menyebabkn k.jah suka dan tak jemu kongsikan pengalaman dengan orang lain macam dalam fb & blog? Jawapan : Hmm... Berat juga soalan ni. Tak pernah pula terfikir sebelum ni. Hehe.. Semasa anak pertama dahulu, suami akak menyuruh akak meneruskan penulisan di blogspot kerana dia tahu akak ini suka menulis. Semasa itu zaman friendster. Dia khatam semua penulisan di blog friendster akak dulu barulah dia tackle akak.. Hahaha.. Selepas berkahwin, akak terus mahu membina kerjaya dari rumah. Biasanya, orang akan berfikir mahu jual apa yg menguntungkan. Tapi, suami akak suruh akak menulis dalam blog. Tak perlu fikir nak jual apa sangat. Akak cakap, "Siapa yg nak baca tulisan surirumah macam saya?"

Marah atau Nasihat?

Dari peti soalan : Salam kak. Saya ibu kpd sepasang anak lelaki dan perempuan. Sy nk tanye mcm mane nk ajar atau marah anak dengan tegas tp bukan menengking? Sebab skrg ni yang saya faham, klo nak tegas dgn anak, kena tinggikn suara, buat muka garang dan cara bercakap seperti marah. Mohon tunjuk ajar puan. Terima kasih banyak2 Jawapan : 'Alaikumussalam puan. Saya juga mengalami situasi yang sama. Anak-anak seringkali tersilap sangka dan saya sendiri kadangkala tersilap berulangkali. Namun, ada beberapa langkah yang saya amalkan. 1. Bezakan antara MARAH dan NASIHAT. 2. Berikan satu simbol yang boleh anak fahami. 3. Sebaiknya kurangkan marah dan menggunakan nada suara sebagai nasihat. 4. Tegas tidak perlu menengking. Saya selalu katakan begini kepada anak-anak.

Bagaimana untuk mengajar anak kecil mengaji tanpa bantuan suami?

Assalamualaikum puan khadijah.. Sy dh lama duk baca post puan kt fb..hari ni sy tergerak nk msg puan.. Sy nk tnya pendapat puan..anak sy yg sulung umur 3 tahun,kedua 1tahun 7bulan n yg ketiga 6 bulan..agak rapat ank2 sy ni..kdg2 buat sy penat melayan diorg smpaikn xsempat nk ajar ank2 iqra'..sy full housewife tp berjauhan dgn suami..suami kerja di.kawasan pendalaman dan balik hari mnggu n time cuti sekolah je Hmm..sy nk sgt ajar ank..tp ank sulung sy dia suka meragam..xsmpai semint buka iqra dh xnk duduk diam..sy perlukan pendapat puan..mcm mn caranya sy nk ajar ank sy secara konsisten..perlukah sy buat jadual ? Sy harap puan sudi tunjuk ajar sy yg kekurangan ilmu ini..t.kasih puan Wa 'Alaikumussalam puan yg gigih. Saya akui PJJ memang bukan mudah. Apalagi punya anak rapat lagi tidak mudah. Saya pernah membaca tulisan Ustaz Hasrizal satu masa dulu, katanya, usahakanlah secepat mungkin untuk TIDAK lagi berPJJ. Kerana ia punya impak yg besar ke atas rumahtangga juga...

Anak kecil & stres

Dari peti soalan : Salam puan, Saya ibu kpd 2 anak yg abg berusia 7 thn dan adik 5 tahun. Masalah sy skg kedua2nya mls nak kesekolah..setiap kali saya hantar kesekolah agama dan kebangsaan si abg dah mula menangis.mcm tu juga adiknya.. saya nak minta pendapat puan mcmana nak atasi masalah sy ni Terima kasih. Jawapan : ‘Alaikumussalam puan. Maaf, lambat saya membalas pertanyaan puan ini. Pada kacamata saya, tiada seorang anak pun dalam dunia ini yang dilahirkan dengan sikap malas. Isu sebenar yang saya nampak hanyalah anak puan kurang motivasi untuk ke sekolah. Apakah faktor atau mungkin berlaku kejadian yang menyebabkan anak puan kurang motivasi untuk melakukan suatu perkara? Ada beberapa faktor boleh diambilkira. Salah satunya adalah stres.