Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Catatanku..

Menjadi seorang suri sepenuh masa bagi sebuah rumahtangga bukanlah seteruk mana. Pada mulanya, saya juga merasa sangat 'kecil diri' bila hanya dapat memegang status ini tatkala rakan dan kenalan lain sedang gah memegang 'title' yang lebih besar di sana sini.

Hampir kesemua orang yang saya temui mengatakan perkara yang serupa dengan ayat yang hampir serupa. "Awak belajar sampai UIA buat apa dok rumah? Buat penat je belajar tinggi-tinggi, rugilah kalau tak kerja.. Kat luar sana ramai yang nak kerja bagus tapi takde ijazah. Awak boleh dapat kerja bagus kalau mintak." Ini contoh ayat yang agak sopan.


"Abis ko punya ijazah tu buat bungkus nasi lemak jelah!" Ini pula contoh ayat yang buat saya tersentap dan 'makan dalam' untuk beberapa tahun (akhirnya orang ni jugaklah yang minta tolong saya uruskan 'rumahtangga' dia).

Perubatan Islam ke ni?

Mutakhir ini terlalu banyak jenis rawatan dan perubatan yang mengklasifikasikan dirinya sendiri sebagai perubatan Islam. Hanya kerana mengamalkan ayat-ayat al-Quran. Namun, setiap kali muncul di kaca tv saya biasanya akan perhatikan bagaimana proses rawatan yang dijalankan. Kebiasaannya, oh mungkin saya boleh katakan kebanyakannya apabila wujudnya elemen 'bersentuhan antara pasien perempuan dan pengamal lelaki' hati saya tak semena-mena akan menyatakan 'seperti ada yang tak kena'.. Ya, walaupun dengan alasan "takpelah, untuk berubat.."

Ataupun saya akan perhatikan seperti ada unsur yang menunjukkan kehebatan pengamal itu sendiri seperti semasa mendiagnos atau memberikan rawatan hanya dengan melalui tangan yang di bentuk-bentuk di udara. Bukan kelakar tapi hati saya akan berkata, "wah, ajaibnya! ni mesti teror orang nih! orang lain tak semua boleh buat macamni.." kerana nampak seperti sesuatu yang mistik dan ajaib. Maka, barulah saya  sedar yang aya…

Asam Pedas Ikan Mayong.

SALAM PERKENALAN

Ruangan resepi ini dibuat khas untuk ibunda saya yang disayangi, Puan Salmah bt Kassim. Atau lebih mesra dipanggil Mak Mah. Emak sebenarnya dah lama menyuruh saya menulis dan membukukan resepi tradisionalnya tersendiri yang terdiri daripada lauk-pauk dan kuih-muih. Inspirasi emak ini sudah lama sebenarnya hasil daripada idea dan pengalamannya serta ilmu sedikit sebanyak yang diperolehi daripada bermacam-macam rancangan masakan. Yang terbaharu, mak suka sangat dengan rancangan Masterchef Malaysia di Astro Ria. Begitu juga slot bersama Chef Sabri di Ikim.fm setiap hari Jumaat jam 10 pagi mesti mak tak lupa!

Oleh kerana proses membukukan resepi tradisional mak agak memakan masa dan memerlukan 'test market' terlebih dahulu maka, saya fikir baik saya 'joint venture' saja ke dalam blog saya ini sekadar memulakan apa yang saya ada dan apa yang saya mampu. Mak juga tahu saya adalah seorang blogger aktif. Jadi, mak pula yang bersemangat untuk mengaktifkan rese…

Kecek-kecek malam hari 2.

Situasi 1, slot bersama Puan Jasmin dalam Ikim.fm pada hari Selasa jam 10 pagi. Etika anak-anak di rumah.
"Jadi ibu, jangan sesekali marah anak menjerit-jerit, mengherdik anak. Cuba gunakan frasa indah masa memanggil si anak. Contohnya, "Wahai bulan purnamaku Mohd Syafik, turunlah dari pokok itu! Ibu amat merinduimu dan ingin memelukmu.." Jangan sesekali tengking anak depan kawan-kawan dia. Bila kita guna bahasa yang bersopan dan berlemah lembut, akan datang dia pun akan guna perkataan yang bersopan bila bercakap dengan orang lain jugak. Kena ingat anak-anak ni takkan gagal meniru setiap tindak tanduk dan percakapan ibu ayahnya sendiri."
Situasi 2, di gerai burger.

Pakcik : Abanggg, dah besar nanti rajin pergi sekolah ye belajar pandai-pandai boleh jadi doktor.

Fathi : (tarik muka)..

Saya : Sorilah pakcik. Budak ni memang malu sikit pakcik.

Pakcik : Takpe, biasalah tu budak.. Anak sulung ke?

Saya : Ha ah.

Pakcik : Cucu pakcik semuanya perempuan! Lelaki sikit je boleh…