Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Rutin berubah

Blog ini sudah bersarang tebal! Fuhhh~~~

Sungguh, sejak kerja-kerja mengusahakan sendiri Kad Imbas Khadijah (self-publishing) dan kemudiannya diikuti dengan penerbitan Poster Belajar Hijaiyyah Suka Mengaji, sejak itu saya tidak lagi dapat menulis di blog ini.

Ya, saya mengaku ianya berlaku dengan pantas. Saya masih terkial-kial dalam pengurusan masa. Tumpuan saya lebih kepada anak-anak hingga saya tidak mampu mewujudkan sedikit masa untuk update sesuatu di sini. Kebanyakan masa saya hanya sempat update status hanya di FB. Dan kemudian recycle semula untuk dijadikan entry di blog ini.

Ampunkan saya wahai pembaca sekalian. Ini memang kelemahan saya.

Lagipula, cuti balik ke Kelantan tempohari digunakan sebaiknya bagi menyiapkan manuskrip Mendorong Anak Suka Membaca al-Quran sebanyak 26 bab. Alhamdulillah sudah siap semuanya. Dan sudahpun menerima maklumbalas daripada Penerbit.

Selepas ini banyak lagi projek yang bakal mengambil tempat. Mudah-mudahan fikiran saya dapat fokus kepada satu-…

Pertama kali bersama Harian Metro

Asalnya, saya mendapat panggilan telefon pada satu petang dalam bulan Ramadhan.

Ketika itu baru selesai menyusukan Fahmi (1 tahun). Nombor KL (03) yang tidak dikenali itu menggusarkan sedikit hati ini. Saya tidak angkat panggilan itu.

Tak lama kemudian, saya menerima SMS daripada satu nombor yang memperkenalkan diri daripada Harian Metro. Katanya mahu interview saya mengenai cara mengajar mengaji anak kecil. Beliau memohon untuk hubunginya semula apabila sudah bersedia.

Saya terus berada seperti di awang-awangan.

Benarkah ini?

Boleh percayakah?

Takkanlah kot senang sangat orang suratkhabar boleh jumpa siapa saya?