Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Coklat Bar Kecil

Ini adalah permintaan terbaru untuk Coklat Bar. Mahukan yang lebih murah, lebih kecil dan ringkas. Coklat bar mini ini boleh juga dibuat dalam beberapa perisa ataupun warna (jika mahu).
1. Biasa + crunched wafer = 80 sen/kpg.
2. Dark choc + crunched wafer = 80 sen/kpg.
3. White choc (plain) = 80 sen/kpg.
4. Koko Pops (crispy) = RM 1/kpg.

Untuk tempahan 100 ke atas, less 10 sen. Untuk tempahan 150 ke atas, less 15 sen. Untuk tempahan 200 ke atas, less 20 sen!





Nipis. Senang dimakan. Ringkas. Murah. Sedap. Saya rasa boleh juga dibuat doorgift untuk majlis perkahwinan atau apa juga acara. Lebih comel!
Ada orang tak suka coklat yang tebal-tebal. Nak-nak ada warna-warni lagi! Sesetengah orang tak begitu menyukai coklat yang berwarna yang sangat cerah. Takut nak makan katanya.

Sesetengahnya pula suka jika ada warna sedikit. Nampak lebih ceria untuk dihadiahkan kepada orang lain.

Jadi, saya menghasilkan coklat berdasarkan apa yang menjadi kesukaan orang itu.
Dan ini adalah citarasa saya. Hadiah kejutan …

Ibrah sakit.

Saya memang kurang membaca sejak menamatkan pengajian dulu. Tapi suami saya seorang 'kaki buku'. Buku terbaru dia habis baca ketika di dalam keretapi untuk ke KL ialah "Maryamah Karpov". Kesinambungan cerita "Laskar Pelangi". Oleh sebab itu, saya akui kekurangan tatabahasa saya yang agak lemah daripada tatabahasa suami.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya : Pagi tadi melawat 'sepupu' bersalin. Masa datang tu dia tengah mengurut. Lepas habis tu, saya berbual panjang dengan makcik urut tu. Banyak jugak kisah sedih dia. Dari kisah dia lumpuh masa mengandungkan anak ke-6 lah sampai dia sihat walafiat balik walaupun anak dia sindrom down. Anak dia tu betul-betul istimewa! Macam-macam yang dia lalui. Dia kata sebab nak dapat ilmu. Kan orang tua-tua percaya, kalau kita nak dapat 'sesuatu' tu ujiannya mesti ada. Apalagi nak dapat ilmu yang tinggi!
Suami : Hmmm...
Saya : Pastu, tiba-tiba …

Coklat Bar Baru

Aktiviti saya yang terbaru adalah membuat coklat bar ini sebanyak yang mungkin. Sekarang saya telah cuba meletakkan coklat bar saya ini di booth kecil berhadapan dengan Lovely Lace di JUSCO Taman Universiti, Skudai. Boothnya kecil saja yang ada menjual kuih muih tradisional dan bahulu juga.
Asalnya di situ mak meletakkan telur pindang atas permintaan tuan punya kedai. Oleh kerana mak kenal tuannya jadi mak cakap dengan dia tentang coklat ini dan tuannya amat baik hati untuk bersetuju memberikan saya sedikit ruang untuk coklat saya ini.

Ada beberapa jenis coklat bar. Yang di atas ini coklat bar biasa. Ada juga coklat bar 'Dark Choc Only'. Ikut permintaan. Untuk lebih berkhasiat coklat bar ini saya letakkan 'Olive oil inside'.
Saya lebih suka untuk menaburkan sedikit bahan yang sedap yang lain di dalamnya untuk memberikan kelainan daripada coklat lain.
Yelah, buat coklat ni semua orang boleh buat coklat. Tapi saya ada terfikir apa yang akan membuatkan saya berbeza dengan co…

Indahnya menjadi wanita.

Minggu lepas, kami jalan-jalan ke jemputan kahwin di Muar. Encik suami tak dapat ikut sebab kena siapkan kerja 'hujung minggunya' itu dengan segera. Saya, anak-anak (Fathi 2 tahun dan Fatihah 9 bulan), mak, abah dan adik selaku drebar yang terhormat saja dalam satu kereta hari itu.
Sepanjang perjalanan Fatihah tidur sekejap saja lepas tu dia terbangun dan bermain-main dengan ligatnya. Abangnya, Fathi walaupun tak tidur tapi reti duduk diam tak memanjat-manjat dalam kereta. Kadang-kadang ke depan (duduk dengan atok), kadang-kadang duduk di belakang (tengah di antara neneknya dengan maknya).
Saya pegang Fatihah. Tapi, macam-macam stunt dia buat! Berebut mainan dengan Fathi, panjat perut saya untuk capai pemegang tangan yang kat atas kereta tulah, golek-golek sesuka hati dialah, nak merangkak sambil parking bontot sesuka hatilah (ni kereta la Tiha oii, bukan lantai rumah nenek..) Tak termasuk melentokkan badannya dengan sendiri ke belakang sebagai cara dia 'bergurau'. Bak …