Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mengaji

Buku : Saya Suka Mengaji

  Saya masih ingat lagi proses buku kedua saya ini diterbitkan semasa PBAKL 2018. Semua tim editorial Telaga Biru menjadi serba gelabah kerana mahu mengejarkan tarikh tepat keluarannya iaitu akhir bulan April 2018.  Saya di Johor ini juga turut sama menggelabah dalam masa yang sama teruja apabila impian seumur hidup mahukan buku yang terbit khusus untuk Pesta Buku Antarabangsa KL sebegini. Editor bahasa dan editor shariah ketika itu bertungkus lumus membawa karya saya ini hingga pulang ke rumah dan berjaga hingga lewat malam demi menyiapkan semua kerja editorial dan reka letak buku ini. Dua minggu sebelum tarikh PBAKL, buku mesti sudah masuk kilang untuk cetakan. Pada proses ini juga saya belajar sesuatu. Proses cetakan buku juga ada banyak proses bukan sekadar masuk-cetak-terbit. Proses untuk kulit buku sahaja memerlukan masa seminggu kerana pada kulit buku sebenarnya kita punya pilihan samada mahu kosong sahaja tanpa corak ataupun ada corak. Kulit buku ju...

Bedah buku 4 dalam 1!

Sejak Buku Saya Suka Mengaji ni release bulan Mei tahun lalu, saya masih belum berkesempatan lagi nak buat bedah buku ini disebabkan saya jatuh sakit 2 Kali masuk OT jalani pembedahan sekitar bulan Ogos & September. Kemudian, proses recovery memakan masa selepas itu. Sehinggalah Mei tahun ini, buku seterusnya release iaitu Buku Rekod Mengaji Telaga Biru (tak sempat bergambor lagi dengan buku baru ni). Maka, bedah buku yang pertama bagi tahun ini saya akan gabungkan 2 buku + 2 bahan bantu mengajar mengaji sekaligus bagi sesi kali ini yang saya namakan sebagai Santai Ilmu. Diskaun bagi sesiapa yang sudah ada #bukusayasukamengaji. Oleh kerana sebelum ini ada permintaan untuk saya buat perkongsian kaedah mengajar mengaji yang menyeronokkan Di taska & tadika, jadi saya juga akan sentuh isu isu berikut : + Bagaimana mengajar anak kecil mengaji tanpa membosankan? + Bagaimana mengajar orang dewasa mengaji semula daripada awal? + Bagaimana membantu anak menghafaz &...

Anak al-hafiz boleh selamatkan 10 orang ahli keluarga masuk syurga?

Al Quran itu lebih tinggi dan mulia daripada ganjarannya. "Saya mahu anak saya jadi penghafaz al Quran kerana nanti dia boleh selamatkan saya masuk dalam syurga. Saya ini dahlah banyak dosa." Astaghfirullah. Fahaman ini bahaya wahai ibu ibu sekalian. Malah, hadith yang mengatakan orang yang menghafaz al Quran dapat membawa 10 ahli keluarganya masuk syurga itu adalah DHAIF.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Keluarga sebelah suami di Pasir Mas, Kelantan. Tahun ini dapat berkumpul 5 daripada 7 beradik. Alhamdulillah.  Keluarga saya di JB.  Dapat berkumpul 4 beradik selepas 2 Syawal. Sebab itu baju raya dah tak ada. Semuanya sedang dibasuh. Hehe.. Tahun 2019 ini "tahun adjustment". Sepatutnya tahun ini giliran beraya di Johor 1 Syawal berikutan tahun lepas 1 Syawal di Kelantan. Tapi, selepas perbincangan dengan semua 4F dan abahnya kami sepakat tahun ni 1 Syawal di Kelantan sebab nak adjust giliran supaya dapat beraya 1 Syawal tahun depan dengan mak long pula selepas bertahun lamanya tak dapat beraya 1 Syawal dengan mak long 4F lebih lebih lagi Muhammad Zaid (anak susuan saya).  Kebetulan juga tahun ini cuti hari raya panjang bersambung dengan cuti sekolah sebab itulah kami balik awal ke Kelantan dan beraya 1 Syawal di sana. Tahun depan konfem tak dapat lagi cuti sekolah serentak dengan cuti hari raya lagi kan? Sistem giliran ber...

Komik Zine Geng Suka Mengaji Kat Rumah Cik Jah

Entah macamana baru teringat saya pernah hasilkan e-comic dengan hasil keuntungan jual KIK satu masa dulu. Beranikan diri mencuba sesuatu yang baru lalu saya gigih mencari Illustrator yang sudi bekerjasama hingga bertemu pelukis komik  Faisal Nordin  Dan pelukis cover  Emira Jimin .  😊 Dulu, tak terfikir nak jadikan booklet. Dan tak tahu kewujudan zine. Tetiba dapat idea nak jadikan dalam bentuk zine Dan inilah hasilnya. Taraaa... Sekarang, Fathi & Fatihah dah boleh baca jadi mereka jadi pembaca pertama edisi printed.  Dia kata kenapa muka diorang tak ada Dalam komik ni? Haha.. Dan komik mak ni tak sama macam komik lain yang pernah diorang baca. Lain Dari yang lain.  😁 Apa boleh buat. Bila mak nak buat sesuatu, mak tak suka sama macam orang lain. Kena Ada lain sikit supaya orang ingat jejak mak. Ya, komik ni sangat amatur (budak baru nak belajar) tetapi penuh intipati nasihat. Pengalaman mengajar mengaji & usrah bersa...

Sembang KIK di Telaga Biru

Motivasi tertinggi untuk membaca al Quran

Sebelum ini, saya banyak terima soalan daripada ibu yang duduk di rumah bagaimana untuk konsisten membaca al Quran kerana masa sudah dihabiskan dengan mengurus anak-anak. Persoalan ini bukan dari seorang. Tapi ramai. Katanya, berbeza sewaktu dia bekerja dahulu, masih punya waktu kosong walaupun sebentar di ofis di kala waktu rehat atau sesudah sampainya di ofis. Tetapi, apabila sudah berhenti kerja dan duduk di rumah, semuanya sudah "ke laut". Inilah realitinya menjadi "stay-at-home-mom". Kita takkan dapat merasainya selagi kita tak benar-benar "duduk di rumah" mengurus anak-anak seorang diri. Namun, saya juga memahami ibu bekerjaya di ofis juga tak selalunya ada waktu senggang. Adakala juga lebih terkejar-kejar semua perkara berbanding ibu yang duduk di rumah. Masing-masing ada "plus minus" nya tersendiri. Tidak perlulah bergaduh dan membanding-bandingkan siapa yang lebih penat atau siapa yang lebih banyak kerjanya. Jauh lebih pen...

Faham al Quran ~ Tidak semua perkara boleh dilukiskan

Apabila menerima beberapa soalan berkaitan bahasa arab dan maknanya di dalam al Quran, saya sering merujuk kepada abah saya yang juga seorang pakar bidang dalam ilmu ini. Abah mempunyai lebih banyak ilmu dan pengalaman serta sumber kitab yang lebih sahih dalam asal bahasa arab yang menjadi rujukannya. Makna "Ittaqa" 1. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ الرِّبَا أَضْعَافاً مُّضَاعَفَةً وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ . وَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ Soalan mengenai perbezaan makna "wattaqu" yang terdapat dalam surah ali imran ayat 130 dan 131 membawa 2 maksud yang berbeza. Satu ayat bermaksud "bertaqwalah" manakala lagi satu ayat membawa maksud "peliharalah". Mana satukah makna yang sebenar? Abah : Asal makna "wattaqu" ialah "ittaqa" yang bermaksud takutlah. Inilah keindahan bahasa arab, satu perkataan boleh membawa banyak makna bergantung konteks ayat dan i'rab...

Buku mengaji untuk asas tajwid orang dewasa

    Buku mengaji Iqra bertajwid ini memang sangat sesuai untuk orang dewasa/tua yg perlu belajar basic semula. Ia sama dengan iqra warna pink 1-6 itu cuma tambahan pada iqra 6 dan dalam bab lain banyak ditekankan tips aplikasi hukum tajwid. Emak kata lepas 2 minggu mengajar kawan kawannya belajar asas semula gunakan iqra ni nampaknya mereka lebih faham dan mudah faham dengan menggunakan iqra ini. Ternyatalah amat berbeza dengan cara pembelajaran bagi kanak kanak. Kerana itu setiap peringkat usia boleh belajar membaca al Quran mengikut cara berbeza dengan kefahaman yg berbeza. Tiada istilah terlambat mempelajari al Quran dan kita baca al Quran bukanlah untuk sesiapa. Didiklah anak untuk terus membaca dan memperbaiki bacaan al Quran walaupun sudah khatam beratus ratus kali. ☺ P/s : Terima kasih kepada pewakaf.. Dapatlah saya belikan lagi 5 naskhah untuk diwakafkan di masjid. Untuk makluman, Projek Wakaf Muqaddam sudahpun ditutup. Mohon jangan transfer dui...

Mengajar anak supaya dapat mengaji dengan lancar?

Bagaimana mengajar anak melancarkan bacaan al-Quran? Ada satu soalan yang baik daripada pembaca boleh dikira sambungan kepada post sebelum ini #tipsajaranakmengajidirumah "Terbaik kak, ada tips tak nak suruh anak melancarkan bacaan? Dulu sebelum mengaji kita disuruh guru melancarkan bacaan yg sudah dimengajikan sebelum ini." . 1. Untuk melancarkan bacaan sebaiknya melalui latihan berulangkali. Maknanya setiap hari pastikan anak mengaji at least 1 muka surat. Makin banyak dia mengaji, makin banyak dia berlatih, makin lancar bacaannya insha Allah. 2. Tunjukkan bacaan yang lancar dengan tajwid yang betul kepada anak. Saya pernah kongsikan sebelum ni, kita yang kena baca Quran dengan lancar dulu. Ajak anak duduk di sebelah kita dan suruh dia dengar dan semak bagaimana kita mengaji. Pegang jarinya mengikut bacaan kita. Mana bacaan yang perlu dipanjangkan, tunjuk pada tanda bacaan tu dengan lama. Mana yang pendek dilajukan jari. Tunjuk sambil membacanya dengan tarti...

"Now, everyone can teach" ~ Cara mengajar sendiri anak mengaji di rumah

Soalan : Puan, boleh kongsi tips macam mana buat ajar anak mengaji kat rumah? Saya tinggal kawasan yg susah nak hantar mengaji.. Nak suruh pergi sendiri saya takut tak harap sangat... Jawapan : Saya pernah kongsikan banyak cara dan tips sebelum ini. Jika ditulis di sini agak panjang pula nanti. Saya akan summarized beberapa langkah sebagai panduan puan untuk mengajar anak mengaji di rumah. Boleh ikuti beberapa tips / permainan mengajar mengaji anak di bawah usia 7 tahun dengan cara fun secara detail di Page Kad Imbas Khadijah atau ikuti Group fb saya Usrah Suka Mengaji untuk perbincangan lanjut. . 1. Jangan mulakan mengajar dengan buku mengaji. Anak kecil abad ke 21 hari ini tidak sama seperti kita satu masa dulu. Hampir kesemua ibubapa yang saya temui meluahkan rasa kebimbangannya anak tidak suka mengaji kerana bila diajar sekejap saja yang dibacanya atau ikut semula bacaan/huruf. Kemudian anak tak mahu duduk diam mengaji. Ya, itulah fitrah anak kecil. ...