Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Demi cahaya : Berhijrahlah!

Saya bukanlah peminat kepada artis-artis tertentu apalagi nak menjadikan artis sebagai contoh (role model). Saya tidak berminat untuk berbuat begitu. Tapi tak bermakna saya tak mengikuti perkembangan artis hiburan di Malaysia ni.

Kadang-kadang saya lebih suka melayan Melodi dan Galaksi tv9 daripada menonton mana-mana berita di tv sebab rancangan picisan sebegini lebih punya kredibilitinya dan adil dalam melaporkan sesuatu berita. Taglinenya mudah, "Adalah tidak adil kita mendengar sebelah pihak saja. Jadi mari kita terjah sebelah pihak lagi untuk mendapatkan kebenaran!" Lalu, lagu terjah pun keluar... haha.. Prinsip sebegini lebih adil dan bermaruah daripada laporan berita utama yang lebih kurang berbentuk gosip dan lebih menyedihkan hanya mendengar di sebelah pihak saja.. Etika kewartawanan apakah itu? Oppsss, terkeluar tajuk pula..

Saya jarang melayan Youtube. Tapi minggu lepas abah ada buka youtube Inilah Kisahku.. yang saya nak tengok sepanjang Ramadhan lepas tapi tak pe…

Remaja dan wanita alaf baru..

Pagi tadi topik perbincangan WHI tv3 sangat bagus. 'Ibubapa lalai, anak cak kun cak'... Ada seorang remaja perempuan yang sudah insaf dan sedang menjalani pemulihan di KEWAJA. Seorang panel adalah orang kuat KEWAJA dan seorang lagi kaunselor jemputan.

Pada permulaan, faktor menyebabkan anak yang bermasalah dan akhirnya 'menjadi bubur' ini dengan menyalahkan ibubapa sebagai orangtua yang tidak mengambil berat tentang anak-anak disebabkan hari ini kedua-duanya sibuk dengan kerjaya. Sebaliknya, remaja perempuan ini ibubapanya sangat mengambil berat hingga membuatkan dia lari tidak mahu dikongkong! Dan kemudiannya dia mengakui bahawa dia hanyut dengan pengaruh rakan sebaya (teman lelaki) yang akhirnya menyebabkan dia terlanjur sehingga mengandung anak luar nikah dan membawanya ke KEWAJA. Di setiap pertanyaan pengacara pasti dijawabnya berulangkali bahawa 'dengarlah cakap ibubapa' kerana dia menyesal melawan cakap dan tidak mahu mendengar cakap orangtua satu masa da…

Di balik kesempitan ada kesenangan..

Khamis lepas, setelah tiga hari saya menahan kesakitan di sekitar perut, akhirnya saya terpaksa mengikut prosedur biasa yang dicadangkan doktor klinik berdekatan untuk ke hospital besar. Suspek apendiks dan perlu permbedahan secepat mungkin. Saya mohon untuk di scan terlebih dahulu tapi kata doktor dan semua orang di hospital itu, "Memang kalau apendiks kita terus bedah. Ok ke tak ok ke kita terus buang. Itu memang prosedurnya."

Jumaat, 30/09/11, saya menjadi orang pertama untuk dibedah pagi itu. Pada mulanya, doktor mahu melakukan Appendictomy saja tapi ianya ditambah lagi dengan Laparascopy untuk melihat ovari saya. Dikhuatiri appendiks dalam masa yang sama juga sebab saya sakit di sebelah kiri juga apabila ditekan, dikhuatiri juga masalah berkaitan peranakan seperti mengandung luar rahim.


Semalam, saya masuk ke wad berseorangan kerana suami sedang memangku anak saya yang kecil, Fatihah, yang tidak mahu-mahu tidur mengamuk kerana saya tidak dapat menyusukannya seperti kebi…