Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Asah fokus anak kecil

Dahulu, saya sering berhadapan situasi anak-anak yg susah duduk diam di dalam kereta. Baca saja artikel dalam blog saya yg ditulis semasa Fathi dan Fatihah masing-masing berumur 3 dan 2 tahun. Semasa itu, mereka sangat lasak apabila di dalam kereta.

Namun, pada satu hari Fathi memberi saya sekeping cd untuk dipasangkan dalam radio. Saya lihat oh, ini cd percuma yg saya dapat bersama pembelian Muqaddam Bergambar sedikit masa dahulu. Di mana Fathi dapat pun saya tak tahu. Dia yg selalu main-main kemudian entah ke mana.

Ianya cd Juzuk 'Amma. Pertama kali memasangnya hati terus terpaut kerana lagu dan lenggok bacaannya sangat merdu sekali ditambah pula surah-surah dalam Juzuk 'Amma pendek-pendek dan sangat 'bermelodi'.

Sejak itu, setiap kali masuk ke dalam kereta Fathi memasang sendiri cd itu. Selalu juga bergaduh apabila saya dan tuan suami mahu mendengar cd ceramah yg diupload. Namun, kebanyakan masa cd Juzuk 'Amma yg dipasang. Hingga sudah boleh menghafal lagu baca…

Tentang sabar

Sedang saya menolong emak membuat karipap, Fatihah datang seperti biasa bertanya, "Mak tengah buat apa ni?"

"Tolong nenek buat karipap. Nenek nak jual esok."

"Nak tolong!"

"Boleh. Tiha tolong mak jaga adik kat depan ok. Kalau adik tidur baru boleh mak buat kerja. Kalau adik bangun mak tak boleh siapkan karipap ni."

Fatihah menjengah adiknya di luar. Beberapa minit kemudian dia datang semula. Terus panjat kerusi dan duduk atas meja.

"Mak, lambatnya mak siapkan ni."

Anak kecil dan Selawat ke atas Nabi

Secara fitrahnya, manusia dilahirkan untuk belajar.

Anak kecil (6 tahun ke bawah) akan belajar untuk mengetahui sesuatu melalui apa saja deria. Namun, kita selalu memandang bahawa mereka belajar hanya melalui mata.

Fatihah (3 tahun) bertanya saya berulangkali.

"Mak, marhaban tu apa?"

Saya hanya mendiamkan diri buat beberapa minit kerana hilang suara akibat sakit tekak yg teruk dialami sejak 3 hari yg lalu. Tiba-tiba Fathi (4 tahun) terus menjawab,

"Marhaban tu solawat pada Allah lah."

Mengurus cemburu anak

Dari peti soalan :

Assalamualaikum puan khadijah..
Sy slh seorang pembaca hasil tulisan puan.. banyak ilmu yg sy dpt drpd pembacaan di profile dan blog puan.. di sini sy ingin meminta pendapat puan tentang cemburu anak..
Sy memiliki 2 org anak.. yg sulung (kakak) baru berusia 2 tahun dan baby 10 hari.. masih terlalu awal utk si kakak menerima hakikat terpaksa berkongsi kasih.. seminggu pertama, kakak x menunjukkan kemarahan.. masuk hari ke 8, pandangan nya pd sy setiap kali dia dimarahi sgt tajam.. pernah terjadi die menarik rambut baby semata2 kerana berada dlm pangkuan sy semasa kakak turut mahu menyusu.. setiap hari kakak akan menangis apabila kemahuan x diikut.. pd awalnya sy dan suami cuba ikut segala kemahuan kakak, tp bimbang dia akan naik lemak dan bertambah manja.. selalu juga kami terlepas laku dgn meninggi suara dan menghukum ( jentik telinga) apabila kakak buat perangai..

Sy sedar dlm usia 2 tahun, kakak masih kecil utk dijerkah.. tp sy gagal menahan perasaan apabila dia …

Mendorong Anak Cilik Mengaji 2

Sebelum ini saya sudah berkongsi cara bagaimana saya memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak-anak saya di sini.

Setelah satu tahun berlalu saya nampak perkembangan mereka dengan ketara. Perlu diingat, saya lebih suka tidak menggunapakai kemarahan atau paksaan dalam pembelajaran anak-anak.

Satu perkara yg menjadi isu besar kesan daripada sistem Iqra' yg digunapakai secara meluas sekarang adalah huruf tunggal yg sudah sedia berbaris atas. Di dalam kad imbas yg digunakan juga terdapat huruf yg sudah berbaris atas.

Akibatnya, anak-anak konfius antara huruf tunggal dengan huruf berbaris.

Lalu, saya berijtihad sendiri mahu mengeluarkan kad imbas sendiri yg diberi nama 'Kad Imbas Khadijah'. Sekarang, sedang dalam proses insha Allah. Selain kekangan tertentu, saya sangat mengalu-alukan penyumbang dana lagi bagi penerbitan Kad Imbas Khadijah. Saya tidak dapat menjanjikan sebarang keuntungan di dunia ini. Saya berdoa supaya keuntungannya boleh kita sama-sama nikmati di akhirat k…

Hamil luar nikah

Dalam banyak-banyak emel yg diterima, emel yg satu ini meruntun jiwa saya. Lebih ringan hati saya ingin membantunya walaupun tidak kenal. Surat ini melambangkan keperibadiannya yg luhur lagi cantik. Bahasanya melambangkan pendidikannya yg bukan setakat SPM. 

Contohi penulisan emelnya adik-adik sekalian. Beginilah cara sepatutnya apabila kita mahukan nasihat atau pandangan seseorang yg tidak dikenali melalui emel atau di alam maya ini. 

Sedikit sebanyak menunjukkan walaupun anda tersilap dalam percaturan hidup ini sekurang-kurangnya anda masih ada adab dan bahasa yg baik sebagai aset anda mendapat rakan baru dalam hidup yg baru yg lebih diberkati Allah. Orang sekeliling akan memandang tinggi pada kita kerana bahasa kita.

Apabila kita mendoakan orang lain, beratus-ratus malaikat penduduk langit mendoakan yg sama untuk kita semula.

Sejauh dan sebesar mana dosa kita kepada Allah, IMAN adalah punca utama kita masih bernafas lagi hari ini seterusnya dapat melahirkan seorang bayi yg tak berdosa.…