Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekolah

Daripada buli kepada puji.

Roda hidup berputar. "Mak, tadi kat sekolah abang dah solat zohor dengan kawan kawan." "Oh, bagus balik sekolah dah solat. Siapa jadi imam? Abang ke?" "Eh. Taklah. AI jadi imam. Suara dia kan kuat." "AI dulu yg pernah main cekik cekik dengan abang tu ke masa pra dulu sampai leher abang ada kesan lebam?" "Bukan. Itu H. AI ni yg selalu tolong abang bila budak budak cekik abang." "Oo ok mak silap nama. H yg suka main cekik cekik tu. AI selalu datang selamatkan abang. AI ni yg budak pandai tu kan?" "Ya. Dia memang pandai Dari pra dulu." "Sekarang, S ada ejek abang, main bentes bentes kaki abang, cekik leher, baling baling beg atau buli abang lagi tak?"

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Keluarga sebelah suami di Pasir Mas, Kelantan. Tahun ini dapat berkumpul 5 daripada 7 beradik. Alhamdulillah.  Keluarga saya di JB.  Dapat berkumpul 4 beradik selepas 2 Syawal. Sebab itu baju raya dah tak ada. Semuanya sedang dibasuh. Hehe.. Tahun 2019 ini "tahun adjustment". Sepatutnya tahun ini giliran beraya di Johor 1 Syawal berikutan tahun lepas 1 Syawal di Kelantan. Tapi, selepas perbincangan dengan semua 4F dan abahnya kami sepakat tahun ni 1 Syawal di Kelantan sebab nak adjust giliran supaya dapat beraya 1 Syawal tahun depan dengan mak long pula selepas bertahun lamanya tak dapat beraya 1 Syawal dengan mak long 4F lebih lebih lagi Muhammad Zaid (anak susuan saya).  Kebetulan juga tahun ini cuti hari raya panjang bersambung dengan cuti sekolah sebab itulah kami balik awal ke Kelantan dan beraya 1 Syawal di sana. Tahun depan konfem tak dapat lagi cuti sekolah serentak dengan cuti hari raya lagi kan? Sistem giliran ber...

Tips beli barang sekolah anak dengan berhemah

First round shopping. Beli yang paling penting je dulu. Lain lain masih boleh gunakan lagi walaupun dah 2-3tahun. Bajet cukup cukup RM 200 untuk 3 orang anak. Next bajet cuma untuk yuran & buku sekolah, alatulis & kasut saja. Mujur tempat fav yang murah ni depan rumah je. Semua baju jenis falcon & canggih termasuk beg sekolah ada diskaun 10% kat kedai Ah Seng. Kasut putih diskaun 40%. Kasut hitam diskaun 10% juga. Ikut pengalaman lepas, sedikit tips Di sini saya nak kongsikan. 1. Jangan beli kasut murah RM 10 tu. Setengah tahun je dah rabak. Pilih yang tapak tebal. Mahal sikit pun tak apa. Pastikan boleh masuk 2 jari kat belakang bila anak cuba pakai kasut tu. Beli 1pasang pun dah cukup. 2. Jangan beli beg jenis pvc. Bertambah berat bila masuk buku. Lebih baik pakai beg jenis kain & padding tali beg tu tebal. Lebih tahan lasak & tak sakitkan tulang belakang anak. Beg troli - sesekali tidak 🙅   Anak takkan guna roda troli. Naik...

Hati kecil si anak

Masih ingat lagi cerita kawan Fatihah yang mengadu ibu ayahnya nak bercerai tempohari? Semalam, "Tadi kat sekolah kawan² tiha satu kumpulan semua marahkan tiha. S menangis." "Hah, apa tiha dah buat sampai S menangis?" Fatihah ketawa. "Bukanlah mak. Tiha tak buat apa² pada S. Cikgu suruh nyanyi ikut kumpulan. S kan duduk sebelah tiha. Masa giliran kumpulan tiha nyanyi, S tiba² menangis. Tiha nyanyi tak keluar suara. Tu yang diorang marah tiha sebab tak dengor suara. S dah menangis takde suara dah." "Oooo.. Ok baru mak faham. Cikgu suruh nyanyi lagu apa sampai S menangis? Tiha kenapa tak nangis sama?" "Tiha tak nangis. Hihi.. Biasalah, tiha Kan baru belajar nak kuatkan suara. Pertama kali nyanyi memanglah tak dengor suara tiha. Tapi lepas diorang marah tiha, kali kedua Tu baru tiha nyanyi keluarkan suara. Kuuuat- kuaaaatttt! Baru semua terdiam.. Cikgu suruh nyanyi lagu Dalam buku teks Tu BM Tu. Nanti tiha tunjuk. Entahlah ke...

Selective Mutism Sindrom

Fahmi :  🎼  Nyat ensong matekaji semariseng 🎶 🎶  Ben laden 🎶 🎶 Mak : Fahmi tahu ke lagu ni? Faham tak lirik dia? Fahmi : Entahlah. Mi pun tak tau. Tapi selalu dengar K nyanyi kat sekolah. K kan mak suka sangat nyanyi lagu ni kat sekolah tak berhenti henti sampai waktu belajar dengan waktu rehat pun dia nyanyi pastu kena marah dengan cikgu. Sampai Mi pulak dah boleh hafal lagu dia nyanyi. Mak : Oh iya? Habis, kat sekolah Mi ikut tak K menyanyi sama? Fahmi : Tak. Sebab mana boleh bercakap masa belajar dengan masa makan. Jadi Mi senyap jelah. Tak baik kan kalau kita bercakap masa tengah makan apalagi kalau menyanyi. Mak : Aaaaa.. Yelah betul jugak Tu. Habis time bila Fahmi berbual atau bercakap dengan kawan kawan? Fahmi :  😅 Selective Mutism sindrom ialah apabila Di sekolah perwatakannya sangat berbeza daripada ketika dia berada Di rumah. Untuk menghadapi anak dengan isu ini pentingnya pendedahan ke sekolah / tadika supaya ...

Hidup ini satu jihad ~ Selamat memasuki tahun baru 2018!

3 hari sebelum naik sekolah tempohari, saya berbual-bual dengan anak-anak seperti biasa semasa kami berada dalam kereta selepas selesai membayar yuran dan ambil kitab sekolah agama Fathi & Tiha. "Fatihah, ustaz tadi baik kan? Cakap lembut je kan? Mulai tahun depan, Fatihah kena berazam untuk rajin datang sekolah agama boleh? Jangan takut belajar dengan ustaz lagi. Jangan takut kalau misalnya tak dapat sekelas dengan abang lagi." Saya memulakan sesi perbincangan. Bagi anak-anak yg homeschool sejak kecil lagi, memang kebiasaannya akan menghadapi masalah bila masuk sekolah. Baginya rumah lebih best dari sekolah dan emaknya ini lebih bagus dari cikgu-cikgu di sekolah. Mereka lebih selesa belajar di rumah dari sekolah. Isu Fathi & Fatihah ini sama saja sejak dulu. Entah macamana gayanya nanti dengan Fahmi pula. "Hmm.. Ustaz tu memang cakap baik tapi mesti dia garang! Tapi ustaz tu nampak macam tak reti bercerita dan buat lawak je?" balas Fatihah. ...

Berbahasalah dengan betul

"Abang, Tiha, esok ada ujian pentaksiran jawi dan bahasa arab kan?" "A ah mak." jawab Fathi serentak dengan Fatihah sambil makan malam. "Abis nak baca buku tak buat ulangkaji?" "Ermm.. Biasanya mak jarang suruh abang buat ulangkaji sebelum peperiksaan. Kenapa tiba-tiba mak suruh pulak?" Fathi membalas. "Alaaa.. Tiha dah tahu lah mak. Kan bahasa arab subjek kegemaran Tiha. Haritu dapat 100." balas Fatihah pulak over konfiden. "Iya. Mak tahu bahasa arab subjek kegemaran Tiha macam mak jugak. Tapi kita tak boleh over konfiden dengan diri sendiri. Walau kita dah tahu pun, ada baaanyakkk lagi yg kita tak tahu sebenarnya. Tahu? Sebab mak suruh abang dan Tiha buat ulangkaji sebabbb.... Sajalah mak nak tanya abang apa yg abang ingat sepanjang belajar bahasa arab kat sekolah tu.. Ulangkaji dengan maklah nak?" "Hmm.. Yg abang tahu 'hadza' untuk yg tak ada ta marbutoh, 'hadzihi' untuk yg ada ta marbuto...

Siapa lebih sabar - manusia atau haiwan? Salam Ma'al Hijrah

"Mak, masa mak sekolah dulu, ada orang ejek mak tak?" tanya Fathi tiba-tiba saja sesampainya kami di rumah balik masjid semalam. "Emm, ada!" juling-juling mata mak nak mengingatkan peristiwa lampau. Hehe.. "Orang tu ejek mak apa?" Fathi sangat berminat dengan topik ni nampaknya. Yang lain juga 'pasang telinga' sambil melompat-lompat atas katil. "Masa mak sekolah rendah dulu ada orang ejek mak hidung pesek. Masatu mak sedih sangat. Mak marah kat Allah kenapa buat hidung mak pesek tak cantik macam orang lain. Mak jadi tak bersyukur sebab hidung peseklah mak kena ejek dengan kawan pastu kawan cakap mak tak ada kawan sebab orang tak suka berkawan dengan orang hidung pesek. Mak sedih sangat!" "Pesek tu apa mak? Abang tengok hidung mak ok je. Cantik je." "Pesek tu tak mancung lah. Hidung penyek macam gini. Dulu, memanglah mak tak cantik. Sekarang je tetiba mak jadi cantik. Huwahahaha!" Mak gelak tak ...

Keliru mahu ambil vaksin atau tidak?

Rentetan daripada perkongsian pengalaman saya semasa anak terkena AEFI ( https://khadijahgani.blogspot.my/2017/10/anak-kena-aefi.html ) saya mendapat soalan respon yg agak memberi kesan kepada saya. Soalan berbentuk "prediction" sebegini sungguh KBAT bagi saya tapi sama-samalah kita mengambil pelajaran daripadanya dengan hati terbuka. :) . Soalan : Assalamualaikum puan..sy sgt terkesan dengan sifat positif puan dlm menangani aefi anak puan..syukur Alhamdulilah. Saya cuma terfikir sekiranya anak puan ditakdirkan mengalami aefi major.. sehingga melibatkan kecatatan kekal adakah cara puan menangani aefi ini masih sama? Dan sekiranya ditakdirkan puan dikurniakan cahaya mata, dengan kondisi major aefi anak, sanggup kah puan ambil risiko mevaksin anak sekali lagi? Saya ingin membaca ulasan puan.. penularan penyakit terutama negara yg ramai pendatang asing sgt membimbangkan.. sebaikknya sistem pertahanan tubuh yg baik adalah dasar terbaik.. saya sekadar ambil berat kesa...

Bila anak kena AEFI

Semua perkara dalam dunia ini ada risikonya. Dunia ini sendiripun dijadikan dengan riskonya tertentu. Lalu, mengapa Allah masih menciptakan sesuatu yg berisiko ini jika sudah tahu ada risiko yg buruk bakal terjadi? Kerana dunia ini adalah tempat ujian. Allah hanya ingin menguji hamba-hambaNya siapakah di antara hambaNya yg lebih baik amalannya? . 30 April 2017 Fatihah ke sekolah seperti biasa. Balik saja ke rumah dia mengadu sakit kedua-dua belah tangannya kerana ada injection hari ini di sekolah. Saya agak terperanjat kerana pihak sekolah tidak memaklumkan apa-apa. Saya bertambah risau kerana kelmarin dia baru terjatuh dan tangannya terseliuh hingga dia tak boleh disentuh langsung. Tapi semalam saya dah bawanya mengurut dan dah baik. Petang itu, semasa dia mandi saya perasan tangan sebelah kanannya jadi merah dan bengkak, besar. Saya memberitahu suami. Saya juga ambil gambarnya dan seperti biasa meminta pandangan dan pencerahan daripada Dr. Hairin Anisa T...