Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Mendorong anak cilik suka bertudung.

Fatihah mula konsisten memakai tudung sejak umurnya 3 tahun. Sekarang, Fatihah masuk 4 tahun semakin terbiasa dengan tudung. Dan juga lebih suka berbaju kurung atau t_shirt lengan panjang. Hingga di rumah pun tak mahu buka tudung.

Ada sekali saya tinggalkan dia dan abangnya di rumah adik ipar untuk bermain dengan sepupunya. Selama 3 jam itulah dia bermain di dalam rumah dengan memakai tudung!

Untuk mendorong anak cilik memakai tudung (tidak wajib, optional) :

1. Selalu memuji usahanya mahu memakai tudung. Contoh, "Mak suka tengok anak mak ni pakai tudung. Nampak manis, comel, sopan. Cuba tanya nenek comel tak Tiha?" > Berikan dia keterujaan.

Hak anak luar nikah.

Soalan :
Tanpa Nama berkata...
Salam, sy ingin meminta pandangan sedikit. Sy juga telah terlanjur, dan mempunyai seorang anak lelaki yg kini berumur hampir 2 tahun. Sy adalah ibu tunggal dan belum bernikah dan menjaga anak lelaki sy dengan pertolongan ibu bapa dan keluarga sy. Alhamdulillah semua ahli keluarga dpt memaafkan kesilapan yg telah sy lalukan dan dapat menerima sy dan anak sy. Masalah sy sekarang ialah apakah jalan yg terbaik utk sy melindungi anak sy daripada dosa yg telah sy lakukan? sy betul2 kesal dengan perbuatan sy dan rasa bersalah pada anak sy. Sy tidak mahu anak sy di pandang hina akibat perbuatan sy. masalah yg sy fikirkan adalah masa depan anak terutama apabila tiba masa utk bersekolah register anak ke sekolah dan urusan pendaftaran yg lain, kerana pada surat beranak bahagian bapa di tulis "tiada maklumat". Sy tahu bila tiba masanya dan masa yg sesuai utk anak sy memahami sy perlu memberi tahu perkara yg sebenar. Tetapi sekarang untuk melindungi namanya d…