Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kad imbas khadijah

Buku : Saya Suka Mengaji

  Saya masih ingat lagi proses buku kedua saya ini diterbitkan semasa PBAKL 2018. Semua tim editorial Telaga Biru menjadi serba gelabah kerana mahu mengejarkan tarikh tepat keluarannya iaitu akhir bulan April 2018.  Saya di Johor ini juga turut sama menggelabah dalam masa yang sama teruja apabila impian seumur hidup mahukan buku yang terbit khusus untuk Pesta Buku Antarabangsa KL sebegini. Editor bahasa dan editor shariah ketika itu bertungkus lumus membawa karya saya ini hingga pulang ke rumah dan berjaga hingga lewat malam demi menyiapkan semua kerja editorial dan reka letak buku ini. Dua minggu sebelum tarikh PBAKL, buku mesti sudah masuk kilang untuk cetakan. Pada proses ini juga saya belajar sesuatu. Proses cetakan buku juga ada banyak proses bukan sekadar masuk-cetak-terbit. Proses untuk kulit buku sahaja memerlukan masa seminggu kerana pada kulit buku sebenarnya kita punya pilihan samada mahu kosong sahaja tanpa corak ataupun ada corak. Kulit buku ju...

Bedah buku 4 dalam 1!

Sejak Buku Saya Suka Mengaji ni release bulan Mei tahun lalu, saya masih belum berkesempatan lagi nak buat bedah buku ini disebabkan saya jatuh sakit 2 Kali masuk OT jalani pembedahan sekitar bulan Ogos & September. Kemudian, proses recovery memakan masa selepas itu. Sehinggalah Mei tahun ini, buku seterusnya release iaitu Buku Rekod Mengaji Telaga Biru (tak sempat bergambor lagi dengan buku baru ni). Maka, bedah buku yang pertama bagi tahun ini saya akan gabungkan 2 buku + 2 bahan bantu mengajar mengaji sekaligus bagi sesi kali ini yang saya namakan sebagai Santai Ilmu. Diskaun bagi sesiapa yang sudah ada #bukusayasukamengaji. Oleh kerana sebelum ini ada permintaan untuk saya buat perkongsian kaedah mengajar mengaji yang menyeronokkan Di taska & tadika, jadi saya juga akan sentuh isu isu berikut : + Bagaimana mengajar anak kecil mengaji tanpa membosankan? + Bagaimana mengajar orang dewasa mengaji semula daripada awal? + Bagaimana membantu anak menghafaz &...

Sembang KIK di Telaga Biru

"Now, everyone can teach" ~ Cara mengajar sendiri anak mengaji di rumah

Soalan : Puan, boleh kongsi tips macam mana buat ajar anak mengaji kat rumah? Saya tinggal kawasan yg susah nak hantar mengaji.. Nak suruh pergi sendiri saya takut tak harap sangat... Jawapan : Saya pernah kongsikan banyak cara dan tips sebelum ini. Jika ditulis di sini agak panjang pula nanti. Saya akan summarized beberapa langkah sebagai panduan puan untuk mengajar anak mengaji di rumah. Boleh ikuti beberapa tips / permainan mengajar mengaji anak di bawah usia 7 tahun dengan cara fun secara detail di Page Kad Imbas Khadijah atau ikuti Group fb saya Usrah Suka Mengaji untuk perbincangan lanjut. . 1. Jangan mulakan mengajar dengan buku mengaji. Anak kecil abad ke 21 hari ini tidak sama seperti kita satu masa dulu. Hampir kesemua ibubapa yang saya temui meluahkan rasa kebimbangannya anak tidak suka mengaji kerana bila diajar sekejap saja yang dibacanya atau ikut semula bacaan/huruf. Kemudian anak tak mahu duduk diam mengaji. Ya, itulah fitrah anak kecil. ...

My Busybook KIK ~ anak terbaru 2017

Februari 2017. Buat pertama kalinya busybook KIK dilancarkan. Projek ini sebenarnya dah bermula sejak 2 tahun sebelumnya lagi di peringkat perbincangan dan mencari krafter yang bersesuaian. Ia bersaiz A4 sebanyak 14 helai = 28 mukasurat kerana saya sekalikan pembelajaran huruf tunggal dan berbaris dalam satu mukasurat. Saya fikir, ianya lebih mudah kerana tak perlu asing-asingkan set huruf tunggal dengan yang berbaris. Anak-anak boleh belajar sekali jalan saja. Alhamdulillah, awal tahun 2017, ianya dapat dilahirkan! Melihat barisan karya saya yang keluar tahun demi tahun membuatkan saya bersemangat mahu berkarya lagi setiap tahun akan datang insha Allah. Ia satu kepuasan peribadi dan kebebasan kerjaya bagi saya seorang surirumah. Alhamdulillah.

Video Pendidikan Penyusuan Susu Ibu & Kesihatan Kanak-kanak ~ SIRI 1 : Tak cukup susu?

Inilah hasil pertama saya sebagai penulis skrip dan lakon layar. Juga sebagai editor dan memasukkan subtitle ke dalam video ini. Ya, video ini penuh tragedi & airmata yg datang bersama dengan pengalaman ini. Sudah lama siap, tapi saya baru terfikir mahu meletakkannya di blog kesayangan ini. Hehe.. Video seterusnya Scene 2 : Nipple confusion dan Scene 3 : Jaundice akan bakal menyusul. Masih berbaki lagi shooting. Dan saya masih lagi menjadi penulis skrip dan lakon layarnya. Kali ini tak mahu lagi terlalu panjang dan terlalu kaku.. Hehe.. Doakan kemenjadiannya. Insha Allah. Sekarang, saya sedang sibuk untuk set up website baru KSPSIJB bersama tim saya. Berat rasanya tanggungjawab ini. Allah.. Sungguh banyak sekali yg perlu dilunaskan. Waktu ini juga, Telaga Biru sedang menunggu juga manuskrip penuh saya untuk Buku Didik Anak Abad Ke 21 ... Juga sedikit waktu lagi saya akan melancarkan penerbitan My Busybook KIK. Banyak rangka promosi yg perlu diselesaikan. Saya sed...

Bagaimana mahu bermula mengajar anak mengaji?

Dari peti soalan : Salam kak khadijah..sy sbnarnye kagum dgn semangat akk n sy mohon Allah bg sy semangat mcm akk..sy berminat sgt nak htr ank sy pegi kelas mngaji dg akk tapi dia baru 10bulan.. Insya Allah bila dia da msuk 2thun sy akn htr mngaji dgn akk..akk boleh bagi sy tips utk ajarkan bayi hruf2 hijaiyyah..sy guna video dan flash card tapi kdg2 bru tunjuk 6 hruf dia dah mrangkak ke tempat lain..mgkin sy ekstrem sgt nk dia knal smua hruf.. Melalui pngalaman akk mcm mana akk ajar anak akk? Jawapan : Maafkan saya puan yg bertanya kerana ambil masa dekat sebulan juga untuk menjawab. Saya pun bukanlah yg terbaik. Anak puan boleh dihantar kepada sesiapa saja yg boleh mengajar mengaji. Tidak semestinya saya. Tapi umur 2 tahun itu pun masih kecil untuk dihantar ke rumah orang untuk mengaji. Puan mampu dan boleh mengajar sendiri di rumah dulu.