Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2016

Ibrah kisah maryam

Throwback.

Setahun yg lalu.

Seperti biasa, kesesakan lalulintas setiap petang membolehkan saya menjadi pendengar setia Ikim.fm setiap hari Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis.

Setiap ahad petang jam 6, satu segmen berbahasa inggeris membicarakan satu tajuk yang biasa biasa namun, kupasannya luar biasa! Ilmu baru untuk saya mencerap pengetahuan.

Surah Maryam.

Biasa dibaca dan pernah mendengar kupasan mengenai surah ini.

Sungguh, ilmu Allah maha luas. Kupasan dan sudut pandang berbeza dapat difahami kali ini.

4 perkara utama yang harus dipelajari dari kisah Maryam. Wanita terbaik sepanjang zaman (wanita terpilih melalui ujian sebegini bagi keseluruhan penciptaan manusia).

1. Ada 2 komponen penting dari kisah Maryam yang juga boleh dijadikan asas pendidikan anak anak dan keluarga menjadi insan hebat di dunia juga akhirat.

I) Rasa kebergantungan yang tinggi kepada Allah Ta 'ala dan amal ibadahnya.

II) Menanamkan sifat kerja sukarelawan (voluntary mission) dalam masyarakat.


Marah atau Nasihat?

Dari peti soalan :
Salam kak. Saya ibu kpd sepasang anak lelaki dan perempuan. Sy nk tanye mcm mane nk ajar atau marah anak dengan tegas tp bukan menengking?

Sebab skrg ni yang saya faham, klo nak tegas dgn anak, kena tinggikn suara, buat muka garang dan cara bercakap seperti marah. Mohon tunjuk ajar puan. Terima kasih banyak2



Jawapan :

'Alaikumussalam puan.

Saya juga mengalami situasi yang sama. Anak-anak seringkali tersilap sangka dan saya sendiri kadangkala tersilap berulangkali.

Namun, ada beberapa langkah yang saya amalkan.

1. Bezakan antara MARAH dan NASIHAT.

2. Berikan satu simbol yang boleh anak fahami.

3. Sebaiknya kurangkan marah dan menggunakan nada suara sebagai nasihat.

4. Tegas tidak perlu menengking.
Saya selalu katakan begini kepada anak-anak.

Kenapa ada orang dapat anak, ada orang tak ada anak?

Soalan KBAT Fathi (6 tahun) pada satu hari.

"Mak mak.. Kenapa orang yg dah kawen ada dapat anak, ada yg tak dapat anak?"

Fathi tiba-tiba bertanya sebelum tidur semasa sessi "golek golek atas katil".
Gulp! Masa nak tidur nilah masa dia nak jadi kritis pula..
.
.

Sebelum tu, soalannya berbunyi, "Kenapa kita boleh jumpa Allah kat syurga je bukan kat dunia?"
.
.

Beberapa minggu sudah soalan kenapanya berbunyi, "Kenapa anak anak kena binkan dengan abah dia bukan mak dia. Kan mak dia yg keluarkan dia dari perut?"
.
.

Tahun lalu pula soalan asasnya berbunyi,
"Macamana anak anak boleh jadi dalam perut mak dia?"

2 dari 3 soalan itu Fathi sudah tahu jawapannya. Hinggalah sekarang bila adiknya pula bertanya dia akan menjawab bagi pihak saya.

"Manusia kan dijadikan daripada tanah dan setitis air. Mak ada bacakan masa baca Quran haritu abang dengar."

Saya agak terkejut sebenarnya. Kerana jawapan itu bukan jawapan saya berikan. Saya cuma …

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu.......

(Al fatihah).




Stage 1.

Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji.

Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya).

Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja.

Allah Maha Berkuasa.

Bebelan & akaun emosi

Jika kita biasa mendengar kata-kata daripada Prof. Muhaya, beliau sentiasa mengungkapkan perkataan ini.

“Sebelum menegur anak, pastikan akaun emosi anak penuh....”

Saya juga pernah mendengar seorang Pakar Emosi Kanak-kanak pernah berkata,

“Kita harus pastikan tangki emosi anak berada di tahap yang cukup setiap hari bagi membentuk tingkahlaku yang positif ke atas diri anak-anak.”

Lalu, apabila membaca secebis keratan akhbar bertajuk “Ibu kuat berleter, anak lebih berjaya” saya tidak terus memahami kenyataan ini secara satu hala.


******************************

Dahulu, semasa saya kecil saya masih ingat emak saya seorang yang kuat membebel. Namun, pada satu hari semasa saya meningkat remaja, secara tiba-tiba emak menjadi sangat kurang bercakap tetapi hanya tindakannya saja membuatkan saya dan adik-beradik lain “panas” dan takut walaupun emak tidak marah-marah.

Contohnya, semasa anak dara dahulu, saya gemar bangun pagi lambat apabila hari cuti. Biasanya, emak akan membebel dengan mengetu…

Zalora

April 2015



Mendapat "Invitation to collaborate with Zalora Malaysia" membuatkan saya tergamam kerana nama besar ini sudi membaca blog http://khadijahgani.blogspot.com/
Namun begitu, kolaborasi tidak menepati tema blog ini.

Kepada semua penggiat/penggemar fesyen bertudung atau menulis blog mengenai fesyen, suka saya mencadangkan untuk berkolaborasi dengan pihak mereka. Ia satu kesempatan yang cerah memandangkan persaingan jualan tudung hari ini sangat meluas.

Dalam masa yang sama, saya juga suka untuk berkolaborasi dengan mana-mana penggiat atau blogger mengenai keibubapaan, pendidikan awal kanak-kanak / surirumah / WAHP / homeschooler. Ia juga satu bidang yang luas lagi menarik untuk dikongsikan bersama.

Salam perkenalan!

Harta, anak & kesenangan yg menipu

Kebetulan, petang tadi tazkirah beberapa orang Pak Ustaz benar-benar menyentuh jiwa saya yang sentiasa inginkan peringatan.

Antara bait kata-katanya yang masih segar dalam memori saya lebih kurang begini katanya,

"Kebanyakan manusia sangat suka mengira-ngira berapa banyak hartanya dan berapa banyak anaknya. Lalu dibandingkan dengan orang lain. Mereka belum sadar bahwa segala apa yang dikecapinya di dunia ini hanyalah kesenangan yang menipu. Anak dan harta bukanlah untuk dibanggakan. Ya, kita boleh merasa suka, gembira dan senang dengan segala yang membahagiakan yang kita perolehi tetapi sadarkah kita bahwa ianya hanyalah penipuan yang sementara jika dibandingkan dengan kesenangan akhirat.

Kesenangan itu (mata') boleh jadi dalam 2 perkara :
1. Untuk tujuan hidup di akhirat melalui amalan di dunia
2. Untuk beribadah bagi akhirat untuk tujuan hidup di dunia.

Adalah lebih baik bagi kamu merasakan biasa-biasa saja dan bersyukur atas apa saja kesenangan yang diterima. Namun, harus…

Psikologi anak kecil mengaji

(Seperti yg telah saya kongsikan sebelum ini di dalam Closed Group Usrah Suka Mengaji tapi ini dengan penambah info buku mngaji terbaru khusus juga bagi menjawab soalan dari seorang ibu mengenai buku mengaji yg berwarna warni dan berilustrasi).

Akan tiba satu masa anak kita tidak mahu mengaji. Hanya tiba tiba.

Ajarlah apapun, tiba masanya dia hanya tidak mahu meneruskan rutin biasanya.

Ibu ayah.... Tingkatkan kesabaran yg ada.

Tarik nafassssss.
Seperti permainan. Anak kecil tidak akan betah dengan hanya bermain satu jenis permainan sahaja. Juga amat mustahil menonton hanya satu jenis kartun sahaja.

Begitu juga anak kecil tidak mampu menggunapakai hanya satu jenis pembelajaran / bahan bantu mengajar sahaja.

Di sini, saya suka mengesyorkan beberapa buku mengaji yg menjadi alternatif buat saya dan anak anak selain buku mengaji Iqra.





1. Iqra at Taisir a.k.a buku ustaz don (anak saya yg panggil sedemikian kerana ada muka beliau di cover walhal bukan ustaz don yg tulis hehe..)

Ia penuh warna warni d…

Tahsin al quran & Parenting

Dalam kelas wajib setiap minggu yg saya hadiri ini semalam, tuan guru mengingatkan bahawa ada 3 rukun membaca al Quran.
1. Tajweed (sanad)
2. Bahasa arab
3. Qiraat
Tanpa cukup mempelajari 3 perkara ini makanya selama itu tidaklah cukup rukun membaca al Quran. Jika sudah tahu, ketika  membacanya juga akan memberi nilai yg berlainan dari seorang individu ke seorang yg lain.
Kerana itu bacaan al Quran wajib didengari.
Asas bermula dengan 28 huruf hijaiyyah. Selepas itu, pergi ke "ibunya" iaitu tempat keluar huruf (ada 5).
Kemudian, kita wajib tahu sifat & perangai masing masing. Ada yg sifatnya nyaring, sembunyi, kuat, sederhana, lembut, meninggi, merendah, mendempik, membuka, melepas &  tertegah, berdesir, gementar, lunak, melencong, berulang ulang, berhamburan & berpanjangan. Sifat sifat ini pula terbahagi kepada 2 iaitu kuat dan lemah.
Sama seperti seorang anak kecil apabila lahir dari seorang ibu, semakin dia membesar semakin nampak perangai sebenar masing ma…

Siapakah yg lebih baik amalnya?

Kebetulan mendengar slot rakaman bersama Ustaz Amin di radio Ikim. Walaupun hanya sebentar tapi ia sangat menyegarkan!

Menurut beliau, 3 perkara yang berulangkali diuji dalam kehidupan kita iaitulah rasa ketakutan, kesedihan dan kesabaran. Untuk lulus ujian ini harus melalui 2 perkara :

1. Tarbiyyah.
Allah akan sentiasa memberikan kita latihan sebagai ujian melalui hidup ini. Bagaimana kita mahu menjadi orang yang sabar?

Dengan melalui peristiwa dan insiden-insiden yang seringkali menguji kesabaran kita. Kerana itu, jika kita selalu mengadu dengan perangai anak-anak yang menguji kesabaran kita misalnya, jangan gundah gulana kerana itulah cara Allah mendidik kita untuk menjadi orang yang lebih sabar.

Kalau Allah tak uji dengan perkara sebegitu, kita takkan tahu apa ertinya sabar. Sama sepertinya dengan rasa kesedihan dan sedikit rasa ketakutan dalam hidup ini. Allah nak ajar kita tentang ketabahan, diujiNya dengan rasa kesedihan. Allah nak ajar kita tentang "kembali kepada Allah&…

Cakap.. Cakap... Cakap...!

Fatihah (3 tahun) sangat 'rambang mata' seperti saya..hehe..

Setiap kali ke kedai, dia akan minta air kotak atau aiskrim. Setiap kali lalu tepi taman, dia mahu main di taman tak kira waktu. Setiap kali lalu depan Jusco, dia merengek mahu pergi Jusco. Berhenti di stesen minyak, mahu air kotak. Semuanya dia nak.

Kalau ikutkan anak, memang tak ke manalah kami anak beranak.

Apa erti keluarga jika selepas berkahwin dan punya anak, anak-anak dilihat sebagai suatu 'yg memalukan dan bebanan' hanya kerana mereka sentiasa bising mahu itu dan ini?

Semalam, semasa abahnya berhenti di kedai membeli barang dapur dia menangis dalam kereta mahu ikut beli air kotak. Dan seperti biasa saya diamkan saja dahulu. Oleh kerana ini sudah entah ke berapa juta kali dia merengek sebegitu saya sudah jadi lali.

Biasanya kalau kedua-duanya merengek sebegitu saya akan cari fokus lain di luar kereta (jauh dari kedai) dengan bertanya macam-macam tentang permainan kesukaan mereka atau 'dunia ciptaan…