Langkau ke kandungan utama

Marah atau Nasihat?


Dari peti soalan :
Salam kak. Saya ibu kpd sepasang anak lelaki dan perempuan. Sy nk tanye mcm mane nk ajar atau marah anak dengan tegas tp bukan menengking?

Sebab skrg ni yang saya faham, klo nak tegas dgn anak, kena tinggikn suara, buat muka garang dan cara bercakap seperti marah. Mohon tunjuk ajar puan. Terima kasih banyak2



Jawapan :

'Alaikumussalam puan.

Saya juga mengalami situasi yang sama. Anak-anak seringkali tersilap sangka dan saya sendiri kadangkala tersilap berulangkali.

Namun, ada beberapa langkah yang saya amalkan.

1. Bezakan antara MARAH dan NASIHAT.

2. Berikan satu simbol yang boleh anak fahami.

3. Sebaiknya kurangkan marah dan menggunakan nada suara sebagai nasihat.

4. Tegas tidak perlu menengking.

Saya selalu katakan begini kepada anak-anak.



“Kalau mak marah, suara mak tinggi dan membebel. Tangan mak kat pinggang, macamni (sambil menggayakan orang bercekak pinggang macam kak ros upin ipin).. Tapi, kalau mak tak marah maksudnya tangan mak kat depan macam biasa bukan kat tepi. Itu namanya nasihat.”

Seringkali, bila memberi arahan atau menyatakan peraturan asas yang dipersetujui bersama sebelumnya, saya akan nyatakan dengan nada tegas!

Bukan meninggikan suara. Jauh sekali menjerit. Ia cuma perlu diucapkan dengan nada yang tegas.

Jika tidak mahu ikut, bersedia untuk menghadapi kesan selepasnya. Biasanya, saya tidak terus menidakkan kemahuannya. Saya akan memberinya kata dua samada mahu ikut atau tinggal, mahu ikut atau tidak boleh tidur dengan mak malam ini. Hehe..

Itu saja. Tidak perlu sampai menggertaknya dengan rotan atau pukulan.

Adakalanya juga saya memberinya pilihan dengan memberikannya sedikit masa. Misalannya saya memintanya untuk menutup tv. Saya akan nyatakan peraturan dengan jelas dan tegas kemudian kira – 1-2-3-4-5-6-7-8-9-10

Biasanya sampai 5 saja mereka sudah bergerak. Hehe..

Adakalanya juga, saya berhenti bercakap dengan anak. “Membatukan” diri jika ada yang membuatkan saya marah tahap tertinggi.

Tanpa rotan dan marah-marah sekalipun sebenarnya kita mampu mengGEGARkan perasaan anak lalu membuatkannya menangis dan menginsafi perbuatannya.

Situasinya baru saya alami semalam.

Fatihah (anak kedua) tiba-tiba menangis dan menjerit di dalam kereta kerana tidak mahu pulang ke rumah dan mahu bermain lagi di taman permainan. Hari sudah semakin gelap.

Saya tunggu dia berhenti menjerit seketika. Tarik nafas.

Lalu, saya katakan.

 “Pukul 6.30 petang semua orang kena balik rumah. Tak boleh lagi main kat taman. Kita kena siap-siap mandi untuk sembahyang maghrib. Siapa yang nak main taman lagi boleh. Mak berhentikan kat tepi jalan sekarang. Pergi main dan jangan balik rumah lagi. Boleh main sampai esok pagi.”

Kemudian, suara Fatihah mengendur sedikit. Dia berkata, “Janganlah marah-marah. Cakaplah baik-baik. Tiha nak main je mak asyik nak marah.”

Saya ketawa kecil, “Mak bukan marah Tiha. Tengok tangan mak kat mana? Kat depan ke kat tepi?”

Lalu, si abangnya pula menambah, “Fatihah ni.. Kan tangan mak bukan kat tepi maksudnya mak cuma nasihat je bukan marah pun..”

Hihihi.. smile emoticon



  • Tidak perlu membebel atau menjerit.
  • Tidak perlu juga memarahi. Hanya katakan dengan jelas dan tegas.


Saya buka juga jika ada yang ingin berkongsi cara membezakan antara marah dan tegas.
Wallahu a'lam.

Cara saya tidak semestinya betul. Puan boleh cuba dan adjust mana yang boleh. wink emoticon



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.