Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Ajar anak sabar dan tidak membazir.

Setiap kali anak-anak meminta sesuatu dan mereka bersetuju untuk bersabar saya akan menegaskan kembali pelajaran yg mereka perolehi.

"Mak tak tipu kan? Bila kita sabar, kita boleh dapat banyak-banyak lagi. Asalkan kita sabar dulu. Sedap tak aiskrim ni?"

"Kita kena makan sampai habis. Tak baik membazir. Allah tak suka orang yg membazir."

"Kalau kita nak apa-apa, kita kena cakap-cakap (doa) pada Allah. Allah akan bagi apa yg kita minta kalau kita bersabar."

Mereka faham dan angguk. Ini antara dialog yg selalu gunakan malah kerap saya ulang-ulang beribu kali setiap kali ada 'isu' di antara anak-anak apabila mereka mula menangis atau membuat 'perangai'.

Anak rambang mata.

Fatihah (3 tahun) sangat 'rambang mata' seperti saya..hehe..

Setiap kali ke kedai, dia akan minta air kotak atau aiskrim. Setiap kali lalu tepi taman, dia mahu main di taman tak kira waktu. Setiap kali lalu depan Jusco, dia merengek mahu pergi Jusco. Berhenti di stesen minyak, mahu air kotak. Semuanya dia nak.

Kalau ikutkan anak, memang tak ke manalah kami anak beranak.

Apa erti keluarga jika selepas berkahwin dan punya anak, anak-anak dilihat sebagai suatu 'yg memalukan dan bebanan' hanya kerana mereka sentiasa bising mahu itu dan ini?

Semalam, semasa abahnya berhenti di kedai membeli barang dapur dia menangis dalam kereta mahu ikut beli air kotak. Dan seperti biasa saya diamkan saja dahulu. Oleh kerana ini sudah entah ke berapa juta kali dia merengek sebegitu saya sudah jadi lali.

Biasanya kalau kedua-duanya merengek sebegitu saya akan cari fokus lain di luar kereta (jauh dari kedai) dengan bertanya macam-macam tentang permainan kesukaan mereka atau 'dunia cipta…