Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Mahu mencari anak angkat? ~ Carilah ilmunya dahulu

Sebelum ini sebenarnya saya menerima begitu banyak komen, emel dan private message yang meminta untuk 'dijodohkan' dengan sesiapa yang tidak mahukan baby dan mohon diberikan kepada pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Ini semua bermula daripada satu perkongsian pengalaman saya membantu seorang hamba Allah ini satu masa dahulu
Namun, setiap komen dan mesej tersebut adakala saya jawab dengan baik jika beliau approach dengan cara yang berhemah dan kena gayanya. Manakala, saya tidak akan menjawab malah terus tekan delete pada mesej / komen yang gayanya seperti mencari anak kucing yang berkeliaran di pasar malam (kalau ada, bagilah saya). Semudah itu.

Sebenarnya, saya tidaklah bertindak kejam dengan memadamkan semua mesej tersebut. Saya sebenarnya menjadi takut kerana terrrrrrlalu ramai mesej yang serupa yang singgah meminta anak untuk diangkat semudah itu. Saya takut untuk meletakkan saham yang kelak saya akan ditanya mengenainya jika i…

Berbahasalah dengan betul

"Abang, Tiha, esok ada ujian pentaksiran jawi dan bahasa arab kan?"

"A ah mak." jawab Fathi serentak dengan Fatihah sambil makan malam.

"Abis nak baca buku tak buat ulangkaji?"

"Ermm.. Biasanya mak jarang suruh abang buat ulangkaji sebelum peperiksaan. Kenapa tiba-tiba mak suruh pulak?" Fathi membalas.

"Alaaa.. Tiha dah tahu lah mak. Kan bahasa arab subjek kegemaran Tiha. Haritu dapat 100." balas Fatihah pulak over konfiden.

"Iya. Mak tahu bahasa arab subjek kegemaran Tiha macam mak jugak. Tapi kita tak boleh over konfiden dengan diri sendiri. Walau kita dah tahu pun, ada baaanyakkk lagi yg kita tak tahu sebenarnya. Tahu? Sebab mak suruh abang dan Tiha buat ulangkaji sebabbb.... Sajalah mak nak tanya abang apa yg abang ingat sepanjang belajar bahasa arab kat sekolah tu.. Ulangkaji dengan maklah nak?"

"Hmm.. Yg abang tahu 'hadza' untuk yg tak ada ta marbutoh, 'hadzihi' untuk yg ada ta marbutoh. Kalau '…

Buku mengaji untuk asas tajwid orang dewasa

Buku mengaji Iqra bertajwid ini memang sangat sesuai untuk orang dewasa/tua yg perlu belajar basic semula. Ia sama dengan iqra warna pink 1-6 itu cuma tambahan pada iqra 6 dan dalam bab lain banyak ditekankan tips aplikasi hukum tajwid.

Emak kata lepas 2 minggu mengajar kawan kawannya belajar asas semula gunakan iqra ni nampaknya mereka lebih faham dan mudah faham dengan menggunakan iqra ini.

Ternyatalah amat berbeza dengan cara pembelajaran bagi kanak kanak. Kerana itu setiap peringkat usia boleh belajar membaca al Quran mengikut cara berbeza dengan kefahaman yg berbeza. Tiada istilah terlambat mempelajari al Quran dan kita baca al Quran bukanlah untuk sesiapa.

Didiklah anak untuk terus membaca dan memperbaiki bacaan al Quran walaupun sudah khatam beratus ratus kali. ☺


P/s : Terima kasih kepada pewakaf.. Dapatlah saya belikan lagi 5 naskhah untuk diwakafkan di masjid. Untuk makluman, Projek Wakaf Muqaddam sudahpun ditutup. Mohon jangan transfer duit lagi kepada saya. Saya hanya memb…

Siapa lebih sabar - manusia atau haiwan? Salam Ma'al Hijrah

"Mak, masa mak sekolah dulu, ada orang ejek mak tak?" tanya Fathi tiba-tiba saja sesampainya kami di rumah balik masjid semalam.

"Emm, ada!" juling-juling mata mak nak mengingatkan peristiwa lampau. Hehe..

"Orang tu ejek mak apa?" Fathi sangat berminat dengan topik ni nampaknya. Yang lain juga 'pasang telinga' sambil melompat-lompat atas katil.

"Masa mak sekolah rendah dulu ada orang ejek mak hidung pesek. Masatu mak sedih sangat. Mak marah kat Allah kenapa buat hidung mak pesek tak cantik macam orang lain. Mak jadi tak bersyukur sebab hidung peseklah mak kena ejek dengan kawan pastu kawan cakap mak tak ada kawan sebab orang tak suka berkawan dengan orang hidung pesek. Mak sedih sangat!"

"Pesek tu apa mak? Abang tengok hidung mak ok je. Cantik je."

"Pesek tu tak mancung lah. Hidung penyek macam gini. Dulu, memanglah mak tak cantik. Sekarang je tetiba mak jadi cantik. Huwahahaha!" Mak gelak tak ingat dunia nampaknya.

Keliru mahu ambil vaksin atau tidak?

Rentetan daripada perkongsian pengalaman saya semasa anak terkena AEFI (https://khadijahgani.blogspot.my/2017/10/anak-kena-aefi.html) saya mendapat soalan respon yg agak memberi kesan kepada saya. Soalan berbentuk "prediction" sebegini sungguh KBAT bagi saya tapi sama-samalah kita mengambil pelajaran daripadanya dengan hati terbuka. :)

.

Soalan :

Assalamualaikum puan..sy sgt terkesan dengan sifat positif puan dlm menangani aefi anak puan..syukur Alhamdulilah. Saya cuma terfikir sekiranya anak puan ditakdirkan mengalami aefi major.. sehingga melibatkan kecatatan kekal adakah cara puan menangani aefi ini masih sama? Dan sekiranya ditakdirkan puan dikurniakan cahaya mata, dengan kondisi major aefi anak, sanggup kah puan ambil risiko mevaksin anak sekali lagi? Saya ingin membaca ulasan puan.. penularan penyakit terutama negara yg ramai pendatang asing sgt membimbangkan.. sebaikknya sistem pertahanan tubuh yg baik adalah dasar terbaik.. saya sekadar ambil berat kesan sampingan pe…

Bila anak kena AEFI

Semua perkara dalam dunia ini ada risikonya.
Dunia ini sendiripun dijadikan dengan riskonya tertentu.
Lalu, mengapa Allah masih menciptakan sesuatu yg berisiko ini jika sudah tahu ada risiko yg buruk bakal terjadi?

Kerana dunia ini adalah tempat ujian. Allah hanya ingin menguji hamba-hambaNya siapakah di antara hambaNya yg lebih baik amalannya?

.

30 April 2017

Fatihah ke sekolah seperti biasa. Balik saja ke rumah dia mengadu sakit kedua-dua belah tangannya kerana ada injection hari ini di sekolah. Saya agak terperanjat kerana pihak sekolah tidak memaklumkan apa-apa. Saya bertambah risau kerana kelmarin dia baru terjatuh dan tangannya terseliuh hingga dia tak boleh disentuh langsung. Tapi semalam saya dah bawanya mengurut dan dah baik.




Petang itu, semasa dia mandi saya perasan tangan sebelah kanannya jadi merah dan bengkak, besar. Saya memberitahu suami. Saya juga ambil gambarnya dan seperti biasa meminta pandangan dan pencerahan daripada Dr. Hairin Anisa Tajuddin. Lalu, Dr mengatakan …