Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Penulisan terdahulu

Menulis di blog adalah salah satu terapi untuk saya sebenarnya. Saya suka berfikir dan kadangkala terbit idea yang entah dari mana. Semasa mengandung kedua-dua anak saya mengalami proses berfikir yang agak kritikal kerana adakalanya saya tak dapat tidur kerana terfikir tentang sesuatu yang tiada kaitan dengan saya.
Membaca blog orang (yang tersusun dengan bahasa yang tinggi) menjadikan saya ingin mengasah lagi penulisan saya agar setara dengan sistem pemikiran saya. Suami saya adalah pengkritik no.1 saya. Kerana itu saya sayang sekali nak meninggalkan penulisan di internet.
Saya masih dalam pembelajaran. Saya menulis dan belajar, belajar dan menulis. Inilah salah satu cara saya untuk saya menilai sejauh mana peningkatan saya dalam penulisan ini. Rupanya saya sudah menulis mengenai banyak perkara dalam blog saya sebelum ini. Nak dipindahmasuk semuanya di sini tak terdaya saya dibuatnya. Jika anda berminat bolehlah menilai penulisan lama saya di sini (sila padam www.blogger.com/ jika tek…

Kembali semula..

Sebenarnya ini adalah catatan semula saya setelah lebih 8-9 bulan saya berhenti menulis. Sebelum ini saya lebih aktif di http://ija.k4ml.com tapi oleh kerana suami menyuruh saya kembali menulis di blogspot sahaja (atas banyak sebab) maka saya harus menghidupkan kembali blogspot lama saya ini. Nah, tengoklah entri lama saya yang terakhir pada tahun 2009 tuuu... Setahun selepas saya mendirikan rumahtangga! Sekarang, dekat 3 tahun saya berumahtangga. Anak pun sudah dua!hehe...
Anak pertama saya Fathi bin Mohd. Kamal, feb ini genap 2 tahun. Sebutannya WAJIB begini -FAT-HI- BUKAN fati ye! (Marah betul saya jika ada org memanggilnya tanpa makna iaitu fati.) Fat-hi bermaksud pembukaanku/kejayaanku. Dia semakin bijak dan pandai mengarah! "Nanti besar Fathi jadi tokey besor ayam ngan sayur jelah ikut macam paklong Kelantan nak?" Fathi jawab, "Hemmm! (sambil kepala dianggukkan)".
Anak kedua saya Nurfatihah bt Mohd Kamal. Bermaksud Cahaya Pembukaan. Masuk 8 bulan dah sekarang. …