Selasa, 28 Februari 2017

Kebebasan kerjaya surirumah




Buat sementara waktu, saya akan hibernate sebentar dari facebook.

Ada tugas baru sejak lantikan sebagai Timbalan Pengerusi KSPSIJB tempohari. Berat rasa amanah ini. Banyak yg perlu dirombak dan diberi nafas baru.

Untuk beberapa ketika, saya akan menumpukan aktiviti pada kelab.

Dalam waktu terdekat ada PC Course yg perlu diuruskan dengan baik. Sesiapa yg berminat mengembangkan kerjaya surirumah, bolehlah ikut jejak saya dengan bermula di sini. ;)

♻ Pendaftaran secara online di > http://goo.gl/uHQydo

.

Seminggu ini juga dapatlah merasa menjadi Pegawai Kreatif cum Designer untuk kelab. Hehe.. Tempohari, dapat merasa kerjaya Editor Video.

Lepas ni, kita tukar lagi kerjaya sebagai Webmaster pula ya menyusun strategi membangunkan sebuah website ala-ala The Vocket! Jangan risau, saya tak tiru. Saya hanya mahu buat yg lebih baik dalam kapasiti penulis yg sedida ada dan punya originaliti tersendiri. Insha Allah, doakan!

Rabu, 15 Februari 2017

Suka hadith





Harini hari yg penuh aktiviti untuk kami.

Seperti sebelum ini, saya tidak memaksa anak anak membaca seorang satu Hadith sebelum tidur.
Saya hanya perkenalkan keseronokan membaca Hadith saja selepas itu terpulang kepada anak anak. Saya tidak beri mereka tekanan.

.

Malam ini tiba tiba Fathi ambil sendiri kitab Riyadhus solihin di rak buku. Masa itu, maknya sedang melunaskan kerja kerja tertangguh di Fb.
*haishhh tak senonoh maknya* 😷

Selesaikan secepatnya. Kemudian, Baru boleh berpindah fokus.

Seperti biasa, saya akan mencatatkannya di notepad.

Saya dan anak anak menyimpan hasrat untuk membukukan kesemua Hadith yg kami baca ini dengan cerita yg lebih simple melibatkan dunia kanak kanak. Insha Allah satu hari nanti. Moga akan ada peluang dan rezki untuk kami. Doakan.



Bedah buku 4 dalam 1!

Sejak Buku Saya Suka Mengaji ni release bulan Mei tahun lalu, saya masih belum berkesempatan lagi nak buat bedah buku ini disebabkan say...