رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Rabu, 15 Februari 2017

# anak # homeschooling

Suka hadith





Harini hari yg penuh aktiviti untuk kami.

Seperti sebelum ini, saya tidak memaksa anak anak membaca seorang satu Hadith sebelum tidur.
Saya hanya perkenalkan keseronokan membaca Hadith saja selepas itu terpulang kepada anak anak. Saya tidak beri mereka tekanan.

.

Malam ini tiba tiba Fathi ambil sendiri kitab Riyadhus solihin di rak buku. Masa itu, maknya sedang melunaskan kerja kerja tertangguh di Fb.
*haishhh tak senonoh maknya* 😷

Selesaikan secepatnya. Kemudian, Baru boleh berpindah fokus.

Seperti biasa, saya akan mencatatkannya di notepad.

Saya dan anak anak menyimpan hasrat untuk membukukan kesemua Hadith yg kami baca ini dengan cerita yg lebih simple melibatkan dunia kanak kanak. Insha Allah satu hari nanti. Moga akan ada peluang dan rezki untuk kami. Doakan.





Fathi malam ini membaca Hadith mengenai "Bermesyuarah".

Fatihah pula dengan tajuk "Orang yg memberi minum kepada orang lain haruslah minum yg terakhir sekali".

Sampai giliran fahmi, tajuknya berbunyi "Haram meratapi mayat".

"Mak, meratapi tu apa?"

"Meratapi tu macamni...

*Mak berlakon* Kenapalah mak saya mati dulu? Huwaaaaa!! Nanti saya nak tido dengan siapa? Waaaaaa..!😩😩😩 Saya nak mak saya!! Dia nangis kuat kuat depan orang lepas tu dia beritahu semua orang ramai. Tak boleh macamtu.."

Fatihah dah bergenang airmata sambil terkebil kebil macam baru lepas potong bawang.
Boboi 2 orang masih rileks.

"Kita tak boleh menangis ke kalau Mak mati?"

"Boleh menangis bila kita rasa sedih tapi rasulullah cakap jangan sampai meratapi. Nangis kuat kuat sebelah mayat. Tak baik."

"Abis tu kita kena nangis senyap senyap ke?"

"Ya. Kita kena banyak bersabar masa kita rasa kehilangan. Boleh menangis. Tapi kita ambil tisu kesat airmata sendiri. Jangan sampai kita meraung atau orang ramai dengar kita menangis.

Malam hari bila orang lain dah tido kita bangun solat 2 rakaat mengadu pada Allah dan menangis atas sejadah. Doakan mak dalam kubur. Doa kita semua akan bertemu aemula dalam syurga kelak.

Kita semua akan mati. Cuma bila mak pegi dulu bukan bermakna mak tak sayang lagi anak anak mak. Tapi masa mak dah Tamat kat dunia ni.

Bila Mak dengan Abah dah tak ada nanti, anak anak Mak semua kena dengar cakap atok nenek. Boboi semua kena ikut atok pegi masjid 5 waktu. Tiha ikut nenek solat kat rumah. Lepas solat terus mengaji sedekahkan kat mak abah. Sebab tulah Mak ajar anak anak Mak sampai pandai baca Quran. Itu je yg boleh Mak bawa masuk kubur bila anak anak mak baca Quran dan sedekahkan alfatihah pada mak. Baru sejuk dan luas kubur mak nanti."

"Kita tak boleh bawak henfon ke masuk kubur nanti Mak?" Fathi bertanya.

"Apapun tak boleh bawak masuk kubur. Baju pun tak pakai kecuali kain kapan. Nanti sebelum tu anak anak Mak semua kena mandikan Mak lepastu baru pakaikan mak dengan kain kapan. Abang kena jadi imam solatkan mak! Bacakan doa untuk mak macam mak selalu bacakan doa untuk anak anak mak semua. Ingat tu!"

"Macamana nak pakaikan mak dengan kain kapan tu?"

"Sebab tu mak hantar semua anak mak pegi sekolah. Nanti bila Cikgu nak masuk bab mandikan jenazah atau pengurusan jenazah, abang kena dengar elok elok. Ingat cara caranya betul betul!"

"Ooooo ok. Sebab tulah kadang kadang abang mintak mak mandikan abang. Sebab nanti satu hari abang akan mandikan mak pulak. Hehehehe..."
.
.
.

Ambooooooiiiiiiiiiii!
Tertunus jauh ke lubuk hati mak paling dalam!

*mak balas dengan senyum meleret & pandangan mata yg dalam lagi tajam*
Sentap mak!😑

#riyadhussolihin
#sukahadith
#quranichomeschooling
#makdahkena😅

Tiada ulasan:

#jdtblogger #teambloggerjohor

Follow @khadijah_gani