Jumaat, 10 Februari 2012

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang perlu anda lakukan jika sudah mengetahui ianya POSITIF mengandung? (bagi kes tanpa suami yang sah).



1. BERTAUBAT

Proses membersihkan dosa adalah mudah. Ini dapat dikesan dalam rekod-rekod sejarah di mana terdapat catatan yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad memberi dorongan kepada orang yang bersalah supaya mengambil langkah membersihkan dosanya dengan cara yang mudah dan tidak menyebabkan si pedosa mendapat malu dan jatuh maruahnya.

Di bawah ini adalah salah satu catatan seperti itu:

Pada suatu hari, ada seorang remaja datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahukan.” Saidina Umar memarahi remaja itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata Saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian pemuda itu pergi dari situ. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggilnya supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada remaja itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud.


Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad membacakan ayat dari Quran secara verbatim: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” 


Dipetik daripada : http://www.psikologihadith.com/2011/12/sebagai-kaunselor-nabi-muhammad-tidak.html


2. Benar-benar menyesali keterlanjuran anda dan mengakuinya di hadapan ibubapa anda serta orang yang bertanggungjawab ke atas anak di dalam perut anda itu. (Walau apa jua situasi ibubapa anda samada terima atau tak, marah atau tak tak payahlah fikir pun yang penting beritahu pada ibubapa dan lelaki tersebut).

3. Berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Dan jangan sesekali kembali mengikuti jalan seperti sebelumnya.  Solat taubat pada setiap malam serta solat istikharah untuk mendapatkan bimbingan terus daripada Allah agar Allah dorongkan anda ke jalan yang sepatutnya. Amalkan al-mathurat setiap pagi dan petang (subuh dan asar).

4. Jika anda di bawah umur 18 tahun ada baiknya jika anda membuat report polis. Jika anda berumur 18 tahun ke atas sekalipun adalah dinasihatkan untuk membuat report polis juga. Report polis biasanya akan diajukan dengan dua perkara - untuk rekod sahaja ATAU - untuk rekod dan juga tindakan! (Apa akan jadi pada anda atau pada si lelaki itu tak payahlah fikir. Harungi saja apa jua jenis tindakan yang diambil. Walau bagaimana perit sekali akibatnya kelak terimalah dengan hati terbuka dan niat untuk memperbaiki diri. Kerana anda belum kena lagi hukuman Allah kelak, ini baru hukuman manusia kat dunia je)..

Jika anda tak mahu membuat report polis, terpulang. Report ini dibuat hanya untuk memastikan hak anda terbela satu hari nanti.

5. Buat check-up dan buka buku merah di mana-mana klinik kesihatan terdekat dengan tempat anda. Ini penting! Jika mahu check up di klinik swasta anda TAKKAN MAMPU. Percayalah! Adalah lebih baik ke klinik kesihatan ibu dan anak dan 'slow talk' dengan misi di situ untuk urusan check up secara bulanan. Di sini memang akan menguji anda kerana misi-misi di situ juga adalah sebahagian dari masyarakat yang 'harus menjaga tepi kain orang lain'.. Kerana itu memang sudah kerjanya! Maka, hadap jelah pertanyaan misi-misi yang ingin menolong anda. Katakan yang tiada sijil kawin dan kad merah anda akan tertera (ruangan di bawah buku) sebagai TIADA BAPA.

Jika anda dapat berjumpa misi yang tahu menjaga air muka anda dan tidak marah-marah / berceramah / bertanya kepada anda di depan orang ramai maka anda sangat bertuah! Dan itu juga bermakna anda mungkin seorang yang menjaga aib orang lain satu ketika dahulu. Maka percayalah pada hukum karma dunia ini...

Saya berkesempatan untuk bertanya secara dua muka dengan seorang ketua jururawat di kawasan tempat saya tinggal ini. Dia mengatakan untuk kes begini sekarang memang ramai! Dan pihak klinik kesihatan akan menerima sesiapa saja namun diakui, kadangkala misi yang menjaga kaunter di hadapan itu misi-misi muda jadi pejamkan mata sahaja katanya. Jumpa dengan ketua misi (lebih berusia kerana mereka lebih matang dan memahami). Wajib buka buku merah di klinik kesihatan walaupun anda mahu check up di swasta kerana jika apa-apa hal berlaku ketua misi di kawasan anda juga yang harus menjawabnya dan harus menyediakan report! Di sini, semuanya memerlukan budi bicara. Jangan takut sangat ok!

6. Jagalah kesihatan anda sebaik mungkin dan jangan tertinggal tarikh temujanji bulanan atau mingguan di klinik kesihatan tadi. Jika anak dalam perut itu bermasalah, perkara ini akan dapat dikenalpasti dan kelak anda tetap akan ke hospital besar untuk dirujuk kepada pakar (jika kes anak yang dikandung itu berat). Jika anda ke swasta sekalipun bila anak dalam perut mengalami masalah KESEMUA hospital swasta juga akan rujuk kes anda ke hospital kerajaan. Jadi, baik anda buat saja buku merah di klinik kesihatan kerajaan.

7. Penuhkan masa anda daripada duduk termenung dan tidak bekerja dengan MEMBACA BUKU. Cari buku-buku ilmiah yang dapat menambah kefahaman anda tentang ilmu hidup dan beragama. Berhenti menonton drama-drama melayu di tv. Berhenti mendengar lagu-lagu melayu yang meloyakan!

Jika persekitaran rumah anda tidak menyokong, ada baiknya anda dengan rela hati pergi ke rumah perlindungan untuk remaja seperti Kewaja, Raudhatussakinah atau di tempat lain. Saya cari di google sekarang memang banyak tempat perlindungan untuk remaja terlanjur. Tempat sebegini lebih bagus kerana mereka lebih arif, berpengalaman dan penuh dengan aktiviti motivasi dan keagamaan untuk anda cekal dan tabah mengharungi hidup seterusnya (jika anda dibuang keluarga). Ini lebih baik dari anda membawa diri ke tempat lain atau hanya duduk memencilkan diri di dalam rumah tak keluar-keluar kerana malu jika jiran tetangga / orang kampung tahu akan hal ini.

8. Sediakan pakaian anak kecil ini semampu anda. Dan bersedia untuk menukar status anda untuk menjadi seorang wanita dewasa yang matang, yang belajar dari kesilapan hidup.

9. Anda akan ditentukan tarikh untuk melahirkan bayi itu oleh pihak hospital. Apabila anda sudah ada buku merah itu semuanya akan berjalan lancar.

10. Apabila anak sudah selamat dilahirkan, mintalah sesiapa sahaja lelaki yang berada di hospital itu mengazankan bayi anda. Sesiapa saja boleh. Jika tidak, tiada siapa yang akan mengazankan bayi anda. Jangan begitu!

11. Selepas beberapa jam anda melahirkan bayi, anda akan dipanggil ke satu bilik untuk disoal siasat oleh wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Jabatan Sosial Hospital. Samada anda atau waris keluarga anda ingin menjaga bayi ini atau diserahkan hak penjagaan kepada JKM sendiri. Ini hanyalah prosedur biasa untuk menghalalkan hidup anda seterusnya setelah langkah awal anda bermula dengan sesuatu yang haram.

Berlainan jika anda datang ke hospital bersama rumah perlindungan. Prosedur akan menjadi semakin mudah kerana semuanya diurus oleh rumah perlindungan dengan baik. Anda boleh membawa pulang bayi anda seperti orang lain. Tiada soal-siasat.

12. Selepas anda keluar dari hospital, daftarkan segera nama anak anda di cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat. Sebaik-baiknya dalam tempoh 14 hari untuk mengelakkan anda didenda kerana lewat. Hanya anda sebagai ibu yang melahirkan bayi tersebut (pentingnya sijil kelahiran bayi) yang boleh mendaftarkan anak ini. Jangan lupa, anak ini hanya boleh didaftarkan dengan bin/binti Abdullah! Dan di dalam surat beranak sebegini ruangan maklumat bapa akan tertera 'Tiada maklumat'.

Jika bayi tersebut gagal didaftarkan berikutan tiada sijil kelahiran (tidak melahirkan bayi di hospital), masa hadapan bayi tersebut akan menjadi mangsa. Hidupnya dan hidup anda akan menjadi lebih kusut dan sentiasa tidak betul. Sekalipun anda terrrrberanak bukan di hospital, selepas melahirkan adalah sangat baik dan bagus jika anda memberanikan diri pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi diri anda sendiri dan juga untuk memeriksa tahap kesihatan bayi seterusnya bayi boleh mendapat suntikan BCG pertama. Jika anda tiada hati untuk memeriksa kesihatan anda sekalipun sekurang-kurangnya lakukanlah demi bayi yg tidak berdosa itu.

13. Jika anda di bawah umur 18 tahun, saya nasihatkan kepada anda agar diserahkan saja kepada JKM untuk urusan pengambilan keluarga angkat. Anda harus sambung belajar / menghabiskan pelajaran daripada menjaga seorang anak kecil. Anda masih muda dan seorang yang bertaubat maka carilah hidup dengan menimba sebanyak mungkin ilmu di dada. Dengan ilmu dan IMAN anda tidak mungkin akan menoleh kembali kepada kesilapan yang pernah anda lakukan dan anda berupaya membina diri ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Hanya dengan ilmu yang betul.

Jika anda / keluarga ingin menjaga sendiri anak ini maka fikirkan juga jiran tetangga dan penduduk sekitarnya yang bakal terdengar tangisan kuat bayi kecil di tengahmalam hari. Dan ini pasti akan menimbulkan fitnah yang lebih besar dan syak wasangka jiran tetangga.  Itu belum lagi menyentuh bab bayi kuning selepas lahir. Bagaimana mahu menjaga bayi yg terkena Jaundis semasa dalam hari dan juga anda terpaksa menyediakan pampers yg banyak sekali kerana bayi dalam hari memang kerap bertukar lampin. Banyak perkara yg harus diambilkira bagi menguruskan seorang bayi kecil.

Selain bayi dalam hari perlu kuat menyusu, bayi dalam hari juga akan kuat menangis. Sentiasa menangis tak kira jam dan waktu. Jika anda merasakan anda tak mampu bangun malam dengan menanggung kesakitan selepas bersalin sendirian tanpa bantuan seseorang yang bergelar suami di sisi serta tidak tahu selok belok menjaga bayi kecil yang kerap menangis semasa dalam hari, saya nasihatkan bayi itu diberikan saja kepada orang yang betul-betul sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu.

Walau apa jua masalah/situasi yang anda hadapi atau bakal hadapi telan sajalah semuanya kerana itu adalah kaffarah atas dosa anda. Ianya bukan semata-mata kes yang sudah biasa.Tidak sekali-kali! Ini tetap menjadi kes luar biasa dan anda harus mencari jalan untuk berubah kepada kebaikan selepasnya.

Sentiasa mahu berubah menjadi seorang yg lebih baik setiap hari. Orang Islam yg baik tidak akan masuk ke dalam lubang hitam yg sama sebanyak DUA kali.


Walau apapun terjadi,

JANGAN GUGURKAN ANAK ITU!

JANGAN BUANG ANAK ITU!

JANGAN BUNUH ANAK ITU!

JANGAN CAMPAK ANAK ITU!

Cukup hanya satu dosa yang anda lakukan. Jangan menambah dosa lain untuk menutup dosa anda yang sedia ada. Cukuplah... Cukuplah.. Cukuplah.....

Moga Allah s.w.t. memberi hidayah dan taufiqNya serta kefahaman yang benar kepada jiwa anda dan ke dalam jiwa kita semua..

Fi amanillah... Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah Ta'ala!




133 ulasan:

siti berkata...

terima kasih..........amat bermanfaat

dyba berkata...

sgt bermanfaat.. Allahu akbar!!

Tanpa Nama berkata...

sejak 2009 JPN dah benarkan ank di bin/binti kan dgn 99 nama ALLAH selain ABDULLAH..jadi tak lah terlalu ketara/ menjadi bahan ejekan/umpatan org bila anak tu dh besar nanti.. saya sgt bersetuju dgn entry ni, jgn dikeruhkan lagi masalah ibu yg sedang stress@mengandung luar nikah.. bantulah mereka sedaya mungkin,itu lebih baik demi bayi yg bakal lahir

Tanpa Nama berkata...

Salam kak..sy de kwn berumur 22thun n sdang pregnant luar nkah..fmly die xtau die pregnant..rmai yg ckp,ble bersalin kt hospital krajaan,nnti JKM akn ambil ank wlaupun mahu jaga ank tu..betul ke??akak tolong reply kt email sy..ebek_92@yahoo.com.my..trime ksih..

Khadijah Gani berkata...

Selepas melahirkan, JKM memang akan panggil datang ke dalam 1 bilik khas yg tertutup di hospital kerajaan utk tanya samada ada waris nak jaga atau tiada. Waris akan tandatangan 1 dokumen [kalau tak silap] yg mengakui akan mengambil hak penjagaan. Kalau tiada waris, barulah JKM akan ambil hak penjagaan bayi itu.

Saya kira ada baiknya kawan adik itu berterus terang saja kpd orangtuanya. Selama mana mahu berahsia?

Keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah. Kemarahan ibubapa juga adalah kemurkaan Allah.

Maka, gerunilah lebih kpd kemurkaan Allah! Jgn difikirkan ibubapa akan marah atau buang dari keluarga. Hadapi saja apa yg datang. Inilah kenyataannya.

Moga hari ini kita menjadi insan yg lbh baik daripada taubat nasuha. Allah Maha Penerima Taubat.

Tanpa Nama berkata...

jutaan terima kasih di atas nasihat diberikan. alhamdulillah

Normaiza Zainol berkata...

nak tanya,apakah dokumen yang diperlukan untuk daftar anak luar nikah?

Normaiza Zainol berkata...

assalamualaikum...nak tanya,apakah dokumen yang diperluakan untuk daftar anak luar nikah?...rumit tak prosesnya?

Khadijah Gani berkata...

Waalaikumussalam.. Untuk daftar nama anak luar nikah sama saja prosedurnya seperti daftar nama anak di mana2 JPN. Lebih 14 hari akan dikenakan denda. Tapi, cuma si ibu saja yg boleh daftarkan nama anaknya. JPN akan minta sijil nikah seperti biasa. Si ibu saja lebih tahu apa yg harus dijawab. Tak rumit selagi si ibunya yg datang sendiri. JPN akan tahu apa yg harus dibuat jika beritahu terus terang anak ini tiada berbapa dan tiada sijil nikah.

Cuma saya tak pasti JPN mahu lihat surat pelepasan waris yg boleh dapat selepas interview JKM di hospital atau tidak.

Moga apa saja urusan cikpuan dipermudahkan.

Tanpa Nama berkata...

Saya baru melahirkan ank luar nikah masalah skrg Sy xbersalin dihospital .blh tlg Sy mcm mner nk bt pndaftaran ank itu

Khadijah Gani berkata...

Kebiasaannya, kelahiran yg bukan di hospital memang rumit pendaftarannya kelak. Walaupun ianya terjadi kepada pasangan yg sudah sah berkahwin, inikan pula yg tidak.

Moga Allah ampunkan dosa saya dan dosa saudari.

Saya fikir ada baiknya bayi saudari diserahkan kepada pasangan yg sudah lama berkahwin tapi tiada anak. Daftarkan bayi tersebut bersama ibubapanya yg baru. Mungkin proses akan menjadi lebih mudah. Insha Allah.

Khadijah Gani berkata...

Cadangan kedua saya, saudari harus ke hospital juga utk dapatkan rawatan ke atas diri saudari sendiri dan juga check-up ke atas bayi saudari. Ini penting. Malah, sangat penting!

Sebelum ke hospital, setkan dalam minda bahawa saudari harus 'kebal' mendengar segala kata-kata yg didengari. Yg penting saudari berniat baik iaitu menyerahkan bayi saudari utk hospital uruskan kebajikan bayi tersebut seterusnya ini dapat menenangkan jiwa saudari.

Saudari berhak mengalami ketenangan kerana saudari seorang yg sudah bertaubat.

Ke hospital - serahkan kepada JKM atau kepada keluarga angkat.

Teruskan kehidupan.

Khadijah Gani berkata...

Atau saudari boleh terus hubungi -

1. OrphanCARE's secretary. We can facilitate the documentation and adoption of the baby. My email is azrabanu@gmail.com & phone 016 209 4500

2. OrphanCARE Malaysia cawangan Johor.

'Baby Hatch" Orphancare Johor Bahru di No. 64, Jalan Padi Mahsuri 1,Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor.
No. Tel : 07-2328012, 019-7262368.

Tanpa Nama berkata...

Saya bakal melahirkan anak luar nikah.dalam bulan depan. Alhamdulillah baby sihat. Tapi skrg ni saya decide untuk bersalin Boleh saya tau macam mana procedure untuk bersalin di kerajaan? Mmg kena booking room dulu ke?

Khadijah Gani berkata...

Jika sudah ada buku merah (check-up klinik kesihatan kerajaan) misi akan aturkan tarikh untuk proses pelahiran. Tiada masalah. Ikut saja tarikh yg diberikan. Bila sudah masuk wad, barulah boleh pilih mahu bilik seorang atau ramai.

Biasanya bilik seorang atau 2 orang atau 4 orang hanya diberikan kepada orang/pasangan yg bekerja kerajaan saja.

Orang biasa di wad biasa sajalah.

Jika tiada buku merah, pergi saja ke emergency bila mahu bersalin. Tapi, sediakan diri, telinga dan minda ke atas perkara2 dan perkataan yg bakal menyusul selepas itu.

Kerana itu sangat penting untuk buat buku merah di mana2 klinik kesihatan kerajaan.

Khadijah Gani berkata...

Bagi yg mempunyai masalah tiada buku merah, atau tiada tempat dituju mahu melahirkan anak luar nikah, saya mencadangkan anda masuk ke tempat ini atau boleh berhubung dengan Mak Liza di sini :

http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2013/03/baitus-solehah-rumah-perlindungan-wanita.html

Atau cari Facebook : Baitus Solehah.


Email baitus_solehah@yahoo.com

Website http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Sy nk bertnya bila dh melahirkan macam mana proses bila dh keluar hospital.. Adakah perlu keluarga atau sesiapa shja yg boleh bawa keluar dr hospital tersebut??pihak hspital @jkm akan mklumkn kepada fmly x??

Khadijah Gani berkata...

Selepas melahirkan, perlu ada seorang waris/ibubapa di sisi jika anak tersebut tidak mahu diberi kepada orang lain.

Sama juga prosesnya untuk masuk hospital itu sendiri perlu kepada ahli keluarga menguruskannya.

Jika tiada, JKM akan datang untuk bersoal siasat untuk memastikan anak tersebut akan ada orang yg menjaganya.

Di Baitus solehah, ibubapa akan menandatangani surat penyerahan sementara dan isu ini tidak menjadi hal kerana sepanjang proses melahirkan di hospital Mak Liza akan menguruskan semuanya.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... Sy ade seorng kawan yg tgh mnunggu hari yg berumur 27thun... Tp ibubapa xtahu hal ini.. Cuma abg kndung dia shaja yg tahu.. Bila mmbuat rawatan tiap bulan di hospital kerajaan.. Pihak hospital memaklumkn bila selepas melahirkn dan keluar dr hospital tersebut perlu ade salah seorg dr keluarga tdekat yg mesti menandatangani pengurusan untuk keluar hospital.. Adakah boleh abg kndung dia menandatangi atau mesti ibu bapa dia?? Dan sy nk bertny juga andai seseorng yg mngndungkn ank luar nikah dn tidak mahu mmberitahu kepada fmly dia mcm mn pula keaddan kt hospital trsbut??

Khadijah Gani berkata...

Ya. Memang mak atau bapa yg boleh uruskan keluar masuk hospital kelak. Saya tak pasti abang kandung boleh atau tidak.

Yang pasti, jika tiada waris/ibu atau bapa sendiri pihak hospital akan memanggil JKM untuk proses ambil anak luar nikah itu.

Sekali lagi saya menyeru tiada gunanya merahsiakan dari ibubapa. Dengan memberitahu ibubapa,

1. Masalah keluar masuk hospital dapat dikurangkan.

2. Proses pendaftaran anak itu juga menjadi mudah.

3. Tempoh berpantang selama 44 hari bagi si ibu akan menjadi lebih ringan dan senang hati.

4. Lebih mudah menjaga anak kecil baru lahir di waktu malam. Ini kerana si ibu takkan boleh menjaganya seorang diri semasa berpantang. Bayi tersebut akan kerap menangis. Tangisan akan kedengaran pada malam hari. Jika dirahsiakan, lambat laun ibubapa akan tahu, jiran tetangga juga boleh mendengarnya.

5. Allah akan mengampunkan dosa orang yg bertaubat malah sayang kepada para pentaubat. Tidak merahsiakan lagi tentang kewujudan seorang anak kecil baru hidup di dunia ini adalah langkah mendapatkan pengampunan Allah. Keredhaan Allah itu padanya keredhaan ibubapa. Merahsiakan daripada ibubapa itu sesudah bertaubat dikhuatiri tiada berguna.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan pulanglah ke pangkuan keluarga. Always expect for the worst. This is life!

Tanpa Nama berkata...

As salam...saya nak minta pendapat...kalau pregnant 4bln dan nak berkahwin dengan lelaki tersebut...adakah akan dikenakan tindakan apa2..seperti saman...dan berapa harga yg perlu dibayar

Khadijah Gani berkata...

Sebenarnya, saya juga tidak tahu menahu jika terdapat tindakan/bayaran atau tidak yg dikenakan.

Namun, setelah saya merujuk kembali kepada Mak Liza iaitu Pengurus dan Pencetus Baitus Solehah di Johor Bahru, barulah saya tahu mengenai saman.

Menurut beliau, jika anda bernikah di kawasan/daerah yg sama dengan tempat anda berzina, ada saman yg dikenakan. Manakala, jika bernikah lain daerah dengan tempat anda berzina, penguatkuasa tidak melakukan siasatan di luar kawasan, maka anda boleh bernikah ikut procedur biasa.

Sedikit penambahan. Mengikut mazhab Shafie serta kebanyakan ulama', sekiranya usia perkahwinan tidak menjejak 6 bulan dan anda sudahpun melahirkan seorang anak, anak tersebut TIDAK BOLEH di bin/binti kan dengan si bapa (lelaki yg anda kahwini tadi) tidak kira itulafh bapa sebenar ataupun tidak.

Usia perkahwinan anda haruslah cukup 6 bulan. Ini kerana seorang wanita boleh mengandung dan melahirkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan.

Kecuali fatwa ulama' di Perlis.

Khadijah Gani berkata...

Wallahu a'lam..

Tanpa Nama berkata...

salam. boleh tak bagi pendapat bagaimana nak berterus terang dengan keluarga. pihak lelaki dh bersetuju untuk bertanggungjawab.

atty berkata...

Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com.

Khadijah Gani berkata...

Keluarga adalah orang yg paling rapat dan mengenali kita luar dan dalam. Ibubapa adalah orang yg paling lama hidup bersama kita berbanding orang lain. Seburuk manapun kesalahan atau perilaku kita ibu dan ayah masih boleh menerima kita seadanya.

Pilihan : Berterus terang atau tidak.

Jika berterus terang ada 2 kemungkinan.

A. Boleh menerima untuk beberapa ketika yg akhirnya ibu/ayah menyalahkan dirinya sendiri atas kegagalannya mendidik anak.

B. Tidak boleh menerima dan terus menyalahkan kita kerana mengandung anak luar nikah. Paling teruk sekali kita akan dihalau keluar dari rumah.

Jika keadaan B berlaku, pilihan seterusnya adalah pergi ke rumah perlindungan seperti saya ada nyatakan di atas. Boleh juga terus emel saya di >khadijahgani@gmail.com<

Saya boleh usahakan beberapa perkara. Insha Allah.

Ingin saya ceritakan empunya diri kisah ini sebenarnya.

Beliau berterus terang dengan keluarganya setelah perutnya sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Secara tidak disangka, ibunya ternampak pusatnya yg sudah tersembul. Pada masa itu, bersedia atau tidak beliau terpaksa juga berterus terang. Pada mulanya habis semua sumpah seranah yg keluar setelah beberapa jam apabila keadaan sudah sedikit tenang dan kendur, beliau masih boleh lagi tidur dan berteduh di bawah rumah yg sama selama bertahun lamanya itu.

Sejahat-jahat anak, ibu/bapa masih boleh menerima hakikat kelakuan si anak walau bagaimana sekalipun.

Sama juga seburuk-buruk ibu / ayah kita, kita harus menerima hakikat daripada merekalah kita dilahirkan ke dunia ini.

Untuk lagi 1 kemungkinan iaitu keadaan A berlaku, saya teringat rancangan 3R yg baru ini. Di mana respon si ayah kepada si anak yg berterus terang tentang kehamilan luar nikah sangat tenang. Itu contoh si ayah yg boleh menerima hakikat dan akhirnya akan menyalahkan dirinya sendiri. Itu lebih menyayat hati.

Percayalah.. Berterus terang adalah langkah terbaik dalam situasi begini. Apa jua caranya hanya anda yg lebih tahu berbanding orang lain kerana mereka ialah ibu dan ayah anda. Orang yg menatang anda, tahu luar dan dalam serta yg memandikan anda sejak dari anda bernafas di atas muka bumi ini lagi hingga sekarang.

Tiada orang yg lebih arif cara yg terbaik melainkan diri anda sendiri.

Apa jua kesan atau respon kepada keberanian anda berterus terang itu adalah subjek dan isu yg lain.

Mintalah kekuatan dan keberanian itu hanya daripada Allah Ta'ala yg Maha Berani lagi Maha Kuat memegang hati-hati manusia juga Maha Melembutkan hati-hati manusia.

Banyakkan membaca "Ya Latif" memohon Allah melembutkan hati orang yg diajak bicara.

Hanya dengan izin Allah! Bacalah dengan nama Tuhanmu..

Khadijah Gani berkata...

Untuk Atty, ini catatan khas bagi soalan yg ditanyakan.

http://khadijahgani.blogspot.com/2013/10/pendaftaran-anak-luar-nikah.html

ieda berkata...

Salam akak, apa pendapat akak kalo mslh ini terus dirahsiakan dari keluarga hingga masa nak bersalin. Adakah tindakan ini betul? Bagaimana pula prosedur bersalin di hospital tanpa ada kad merah tersebut. Akak boleh email ke ds.zubaidah@gmail.com

Khadijah Gani berkata...

Berterus terang adalah langkah yg terbaik!

Dengan berterus terang banyak perkara akan menjadi mudah selepas bayi itu lahir.

Dengan tidak berterus terang banyak perkara terpendam buat sementara dan hanya akan terbuka satu persatu selepas bersalin nanti dan ini akan jadi lebih kusut dan susah.

Bukalah buku merah untuk kemudahan untuk melahirkan. Tiada cara lain yg paling baik. Ini sudah terbukti melalui banyak emel yg akak terima mengadukan masalah akibat tiada buku merah.

Khadijah Gani berkata...

Boleh juga baca ini :

http://khadijahgani.blogspot.com/2013/11/hamil-luar-nikah.html

Tanpa Nama berkata...

Saya bakal mlahir anak luar nikah kandungans aya baru sahaja 2bln .. Saya bgitu stres org tua sy xtaw apa2 .. Tindakan apa yg patut sy lakukan

Khadijah Gani berkata...

Saudari yg baik.

Saya suka mencadangkan saudari menghubungi Mak Liza @ Baitus Solehah (boleh search di Facebook).

http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2013/03/baitus-solehah-rumah-perlindungan-wanita.html

Cari Facebook : Baitus Solehah.


Email baitus_solehah@yahoo.com

Website http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/


Ia 1 langkah yg terpuji apabila kita sudah melakukan kesalahan dan kita mengakuinya dengan bertaubat kepada Allah dan berterus terang kepada orangtua. Langkah ini yg paling baik.

Ibu ayah tidak tahu tidak mengapa. Mereka masih sanggup menerima saudari seadanya, itulah yg sebaiknya.

Seterusnya, ajak ibu dan ayah untuk berhubung dengan Mak Liza dan langkah yg lebih baik adalah tinggal sementara di Baitus Solehah di JB atau di mana2 rumah perlindungan untuk wanita hamil luar nikah.

Kebaikan yg boleh diperolehi :

1. Dapat tambah ilmu baru dan pandangan baru seiring taubat nasuha dan penyesalan kita terhadap apa yg telah terjadi.

2. Segala dokumen dan kebajikan saudari dijaga dengan rapi dengan bantuan Mak Liza orang yg sangat berpengalaman dalam menguruskan kes begini. dari buat buku merah, check up bulanan hingga selamat melahirkan kelak. Insha Allah.

3. Saudari akan dibimbing dengan baik dan keluar berhijrah sebagai tanda saudari mahu berubah kepada kehidupan yg lebih baik dari sebelum ini.

Jika kita sesat jalan, bertanya kepada orang yg tahu bagaimana jalan itu sebenarnya.

Moga saudari dan keluarga diberkati Allah dan terus berada di dalam pemeliharaanNYA.

Sara berkata...

salam. saya nak kongsi pengalaman saya. september 2013, saya selamat melahirkan anak saya. yea die anak luar nikah. saya dpt tahu saya pregnant mse february. and saya tekad nak simpan anak saya and nak jge die.

saya lahirkan die di hospital kerajaan di negeri sembilan.saya mmg dah nekad. bf saya minta saya lahirkan di swasta tp saya dpt tahu di swasta kalau ape ape terjadi dorg akan tolak ke kerajaan juga. so beta trus ke kerajaan. doctor di sana, trus terang syaa bgth .. dorg sgt baik. terlalu baik. cume nurse tu kne tahan sikit la sebab die suke perli. tp ade juga nurse yg ok. siap bole nak borak lg.

anak saya xbersama saya sbb die kne msuk kat emergency ward. sbb vacuum. saya admit 4 hari kat situ. second day suppose da keluar tp sbb kes saya kne refer kat JKM so kne tangguh third day sebab second day jatuh pd hari ahad.third day tu dorg ckp kat saya anak saya xbole discharge sbb kne ade ibu or bapa yg kne dtg discharge die.

mse saya 4bulan, bf saya jumpe mak saya dan bgth pasal baby. mak sgt terkejut tp ... xde mak yg sanggup tgk anak dia susah. mak saya terima saya. hari hari call tnye keadaan saya sbb saya tgl kat satu rumah yg di sediakan oleh bf saya. die yg menjaga sepanjang 9bulan.

sebelum tu pon saya pkir mcm mcm negative. dorg akan buang saya. dorg akan suruh gugurkan baby n mcm mcm lah tp alhamdulillah. mak saya terima.

third day saya face dgn JKM. and saya bgth mak saya akan dtg n discharge my baby. tp memandangkan saya jmpe JKM pukul 5ptg, saya terpksa tunggu d next day. mse tu pula anak saya xdpt discharge sbb ade benjol kat kepala. sbb vacuum.benjol tu xsurut lg. so saya mtk katil kosong untuk bersama anak saya. alhamdulillah dpt..


esoknya mak saya dtgdischarge anak saya. jmpe JKM, dorg akan bg surat kebenaran keluar. tp hanya paernts or penjaga sahaja yg bole. nant kt kne tunjuk surat kebenaran tu and bru hospital keluarkan surat discharge.

sepanjang di hospital, bf saya always di sana. dr hari pertama smpi hari ketiga. tido kat luar wad. amik cuti 3minggu semata mata takut die xd dgn saya time saya pregnant. bukan nka bangga tp sy bersyukur sebab die sungguh2 bertanggungjawab.

pasal pendaftaran pula, mak saya dan bf saya yg pergi daftar. sbb saya tak bole nak berjalan sbb kesan jahit masih sakit. tp mak saya kne tunjuk surat hak penjagaan tu bru dorg prosess sijil lahir. tapi document bapa tiada dan anak bin abdullah.

pasal family saya, adik beradik expecially abg saya, sgt marah. tp saya xmarah die sbb ni sume salah sendiri. bapa saya, smpi anak dah 2bulan bru saya brani bercakap dgn die. saya tahu saya salah. let them talk. saya dgr.

saya xmenyesal lahirkan anak saya. sungguh sekarang saya rase xmampu hidup tanpa anak saya. he's my everything.

kami mase usaha untuk nikah. smpi skrg xdpt dpt nikah. bf syaa warga asing. kedutaan xnak keluarkan surat kebenaran sebab bf saya christian. dorg suruh die blaaja agama dulu bru bole kawin. for me its so so stupid sbb ktorg nak jge anak ktorg so for sure ktorg nak duduk sebumbung. dr bulan 4 sya nak setle kan sume ni. bf sya nak convert tp jbtn agama pula nak surat dari kedutaan dulu. susahnya la untuk menjadi yg halal. myb sbb tu kot org skrg amik langkah untuk terus melakukan zina.

to those people yg dah terlanjur, i begging please jgn buang baby. cube tgk muke anak. comel kan? ade muke kite. xkecian ke? kalau xmampu nak jge bg org. atleast terjamin sikit. buh one thing, allah xkan duga hamba nya yg xmampu tuk hadapai dugaan yg DIA berikan. Allah tahu kite mampu. jgn aggp anak sebagai beban. infact anggap die sebagai rezeki dr Allah. jdkan pengajaran ape yg dah jadi.

sekarang anak saya nak masuk 3 bulan. seronok tgk die membesar. Ya Allah terima kasih atas pemberianMU.

Khadijah Gani berkata...

Alhamdulillah, saya mendapat pengakuan dan perkongsian jujur dari saudari yg sudah bertaubat. Moga terus dalam hidayah dan kasih sayang Allah.

Ada beberapa isu yg saya sangat bersetuju dengan saudari.

1. Jangan takut melakukan prosedur biasa di hospital kerajaan iaitu buka buku merah, check-up bulanan seterusnya melahirkan anak dengan bimbingan yg betul dari doktor dan misi. Mereka tidak seteruk yg disangka. Bergantung kepada rezeki juga samada kita akan berjumpa dengan misi yg bermulut bagaimana, terima sajalah. Saya juga percaya jika kita jenis orang yg menjaga mulut, maka kita akan berjumpa dengan orang yg menjaga mulut juga. Samalah jika kita ini orang yg menjaga aib orang lain, maka kita akan berjumpa dengan orang yg boleh menjaga aib kita. Jangan takut. What u give u get back.

2. Benar sekali! Jangan buang bayi yg dilahirkan. Jangan juga dibiarkan bayi itu di tepi2 lorong gelap atau longkang. Jika ada yg tidak mahu menerimanya sekurang2nya carilah saya dan berikan saja kepada saya. Tahulah saya menguruskannya.

3.Sangat tepat sekali! Berterus terang kepada ibubapa adalah langkah terbaik! Walaupun ianya pahit utk ditelan tapi ibubapa kita seorang yg dewasa dan dimamah usia. Mereka akan tetap boleh menelannya seiring kehidupan lalu mereka juga pernah berbuat kesilapan atau pernah berada dalam kesusahan. Ibubapa yg baik takkan sanggup menghalau kita dan membiarkan kita keseorangan di luar. Malah, mencari satu tempat atau seseorang yg boleh membimbing anak mereka kembali kepada fitrah asal apabila mereka mengakui yg mereka sudah tidak mampu lagi membimbing anak mereka sendiri. Berterus teranglah. Tiada apa yg perlu dibayangkan sesuatu keadaan yg tragis.

4. Benar sekali. Apabila seseorang melahirkan anak luar nikah seorang diri dengan atau tanpa waris (ibu atau bapa) yg akan sain borang dan utk urusan keluar hospital, pihak JKM akan terlibat. Tapi, jika seseorang yg datang diwakili oleh rumah kebajikan / rumah perlindungan seperti Baitus Solehah atau seumpamanya, hanya pihak kebajikan hospital saja yg akan terlibat sebelum urusan keluar hospital. Ini kerana sebelum memasuki rumah perlindungan, seseorang itu sudahpun mendapat kebenaran dan tandatangan waris (ibubapa) supaya urusan pelahiran diserahkan sepenuhnya ke atas penjaga badan/rumah perlindungan berkenaan.

5. Alhamdulillah, saudari sedang berusaha untuk mendirikan rumahtangga dengan bapa kepada anak ini. Namun, oleh kerana berbeza agama dan kerakyatan saudari mendapat beberapa kesusahan dalam proses ini.

Suka saya untuk mencadangkan supaya saudari membawa bapa kepada anak saudari itu melalui badan kebajikan saudara baru (muallaf) seperti PERKIM atau seumpamanya supaya urusan akan mejadi lebih mudah kerana mereka adalah orang yg berpengalaman dan pernah saja berurusan dengan kes warga asing yg mahu masuk Islam dan berkahwin dengan segera. Saya rasa saudari bukan orang yg pertama. Saudari hanya perlu pergi kepada orang yg betul terlebih dahulu utk meminta pertolongan.

Walau apa jua rintangan atau kesusahan yg kita hadapi dalam dunia ini ingatlah bahawa hanya ada 2 perkara saja yg Allah mahu tunjukkan kepada kita:

1. Allah memberi kita peluang dan pilihan samada kita mahu teruskan hidup di dalam kebatilan dan kesilapan yg lalu tanpa perubahan, atau

2. Allah memberi kita nikmat dan peluang utk kita membuat pilihan samada mahu keluar dari cara hidup yg lalu dan mahukan cara hidup yg baru yg lebih diredhai oleh Allah demi anak kecil yg Allah amanahkan itu.

Sungguh, anak yg lahir dari rahim kita bukanlah utk kebanggan tapi ia adalah sebesar-besar ujian Allah datangkan utk kita bagi melihat amal kebajikan dan corak apakah yg kita akan lakukan ke atas anak ini pada masa akan datang. Apabila seorang anak lahir, ia bukanlah pengakhiran kepada setiap penderitaan kita malah ini hanyalah permulaannya. Atas tangan ibubapalah yg akan menjadikan anak itu Nasrani, Yahudi atau kembali kepada fitrah.

Moga saudari bertemu jawapannya. Fi amanillah.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum Puan Khadijah...semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

Saya ada menjaga seorang anak saudara yang mengandung luar nikah. Dia bakal melahirkan dalam beberapa hari saja lagi. Hanya 2 orang kakak, saya dan suami, juga kakak kepada suami yang mengetahui hal ini pada mulanya. Kemudian barulah Ibubapanya dimaklumkan akan hal ini tetapi ibunya enggan mengambil tanggungjawab menjaganya. Malah adik beradik lain juga tidak mahu diberitahu kerana mahu menjaga nama keluarga. Ibunya menjalankan bisnes catering di Kedah.

Pada mulanya, kakaknya mahu menampakkan dia di rumah perlindungan. Tetapi berbagai alasan diberi oleh rumah perlindungan tersebut.(itu yg kami diberitahu). Maka atas dasar membantu, suami menawarkan anak saudaranya itu untuk tinggal bersama kami di Selangor sehinggalah dia selamat melahirkan nanti.

Anak saudara tu mahu menjaga sendiri anaknya nanti. Dalam masa yang sama, dia juga berhasrat untuk sambung belajar di Terengganu. Dia juga sudah berhasrat untuk mendirikan rumahtangga dgn lelaki yang menghamilkan dia pada bulan Mac nanti. Dan anak saudara itu akan pulang ke Kedah 2 minggu selepas melahirkan.

Di rumah saya sekarang ada anak sulong perempuan yang belum berkahwin dan anak lelaki yang sudah berkahwin beserta seorang cucu lelaki berusia setahun lebih tinggal bersama.

Yang menjadi masalah sekarang, suami ingin terus membantu menjaga bayi yg baru lahir nanti sehinggalah bulan Mac. Tetapi anak2 sudah mula bersuara. Kerana awalnya, mereka hanya diberitahu sepupu mereka hanya tumpang sehinggalah melahirkan. Tetapi bila bayi itu turut akan ditinggalkan untuk diasuh mereka kurang senang dengan keputusan itu. Seperti kata Puan, bukan mudah untuk menjaga bayi baru lahir, walaupun ada pengalaman dan sementara.

Dan bila melihatkan sikap Ibu anak saudara tu yang ambil ringan tentang segala permasalahan bakal kami hadapi atau dengan kata kasarnya, "tak mahu kotor tangan" , saya pun rasa kesal juga.

Hati saya sekarang ni dah tak tenteram. Dengan kelasakkan cucu nanti, mampu kah saya untuk menjaga bayi tu walaupun sementara tanpa pengertian dari anak2. Tambahan pula bila suami terpaksa bertugas diluar kawasan.

Saya mohon Puan memberi pandangan untuk permasalahan saya. Terimakasih.

Tanpa Nama berkata...

Aslm.kum mcm sy nak buat surar beranak anak luar nikah. Anak sy dah 2 thn lebih.. Skrg sy sudah nikah.. Anak sy dokimen apa langsung tiada.. Tolong sy

Tanpa Nama berkata...

Salam kakak.sy lhirkan ank luar nikah.sy prnh di soal oleh jkm sblum kluar dr hsptal.tp sy rse plik soalan yg phak jkm tnya.cth pertnyaan dia: awak lkukan seks ni kat mne?dlm kreta?hotel?,,awak hisap pkwe awak punye?.mmg soalan dia kne tnye mcm tu ke kakak?dan lg 1,sy dah buat sjil lhir ank,dan berbin kan abdullah,bleh tak sy tkar dan berbinkan nama2 Allah yg lain?

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM KAKAK.... ADIK SAYA LAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH.... SEKARANG DI WARD.... NAK KELUARKAN BAYI BERSAMA IBUNYA URUSAN AGAK RUMIT PERLUKAN WAKIL BADAN KEBAJIKAN..... X PE SEBAB ADIK SAYA UNDER KEBAJIKAN RAUDHAH..... TAPI PERLU KE KALAU DAFTAR ANAK TERSEBUT DI JPN MESTI ADA WAKIL BADAN KEBAJIKAN.....

SITUASI DI SINI AGAK RUMIT....

KERANA SAYA AGAK HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP WAKIL TERSEBUT KERANA SAYA MENYEWA BERHAMPIRAN DEKAT SITU DAN TINGGAL BERSAMA ADIK SAYA.....JADI ADA BERMACAM CERITA YANG TIDAK ENAK SAYA DENGAR TENTANG WAKIL TERSEBUT DAN DARI SEGI PENGURUSANNYA PUN SAYA RASA MACAM ADA YANG TIDAK KENA.....

JADI SAYA SOALAN SAYA PERLU KE BAWA WAKIL BADAN KEBAJIKAN UNTUK URUSAN PENDAFTARAN DI JPN NANTI....

Lady Berry Gege berkata...

Salam kak. Saya hamil 4 bulan. Sekarang sibuk nk uruskan hal nikah bsama pasangan saya yang da overstay terlalu lama. Tapi die sentiasa ada di sisi. Cuma risau klau die di hantar blik. Buat pgetahuan akak die dri syria. Saya da 2kali cek up di klinik swasta memang mahal. Pernah nk pergi klinik kjaan tapi takut x de surat nikah. Berkenaan penamaan anak dengar kata boleh selit nama bapa tapi tanpa bin/binti. Pasangan saya nak anak ni bwah nama die.

Khadijah Gani berkata...

Lady Berry Gege yg dirahmati Allah..

Usia perkahwinan haruslah mencecah 6 BULAN bagi membolehkan anak yg dikandung berbin/bintikan si lelaki. Jika tidak sampai 6 bulan, tidak boleh.

Walau apapun terjadi, hukum Allah jangan sesekali dilanggar. Apabila anak yg dikandung bukan hasil dari hubungan yg sah, anak tersebut TIDAK BOLEH sama sekali dibin/bintikan kepada lelaki yg bertanggungjawab menghamilkan saudari.

1. Si lelaki bukan secara sah adalah bapa kepada si anak. Si anak masih ada aurat jika bersama si lelaki. Hingga anak itu dewasa sekalipun. Aurat perlu dijaga.

2. Bagi memelihara zuriat keturunan.

CUkuplah satu dosa yg sudah dibuat. Bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan. Tanpa lelaki tersebut, rezeki si anak masih tetap terjamin kerana adanya Allah!

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum.. saya nak bertanya apakah yang harus dilakukan oleh seorang lelaki yang ketika itu dia tahu wanita itu sudah melahirkan anak luar nikahnya.. tetapi setelah dilahirkan baru wanita itu memberitahu perkara sebenarnya.. apa yang harus lelaki itu lakukan untuk menanggung dosa yang telah dia lakukan dari segi nafkah dan lain2.. tetapi wanita itu tidak mahu mengahwini lelaki tersebut. apa yang harus di lakukan? tlg sgt2..

Tanpa Nama berkata...

kak sy nak tanye sy nak buat buku merah tapi xada sijil nikah.....bole kew buat

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,,,
sye telah membuat kesalahan besar,,tp sye da insaf dn berjanji dgn diri x kan ulangi kesilapan sye yg dulu,,sye betol2 mnyesal dgn ape yg sye da buat,,
sye telah melahir kn ank luar nikah,, tp baby sye msih belum daftar kelahiran die,,sbb nye sye takot tindakan yg akn diambil bile nk buat surat beranak ank tu nanti,,sye akn di penjare kn ke?ank sye akn diambil oleh JKM ke,,?sye dn bpak kpade ank sy nk bertanggungjawab,,tp mslah sye skrg sye takot nk daftar kelahiran ank sbb takot JPN akn ambil tidakan yg luar jangkaan sye,,tp sy lahir kn ank sy dihospital,,ade buku merah smue,,

Tanpa Nama berkata...

kalau diikotkn aty..sy nk kndungkn ank ni..tpy sy tkot..dgn family..mgkin mereka akn bunuh sy..skunk sy buntu..xtwu nk pilih jalan yg mana 1??kandungkn n mlahirkn atau sy prlu mggurkn??sy xnk family sy twu hal niwh..bantu la sy utk pkrkn yg btol?

Khadijah Gani berkata...


"Mungkin famili akan bunuh saya." (MUNGKIN).

Beritahu saja famili adik dan lihat dulu bagaimana respon mereka. Jika adik mati dibunuh oleh famili sendiri pun tak mengapa, kerana adik sudahpun bertaubat.

Orang yg bertaubat tanpa membunuh jiwa orang lain (menggugurkan kandungan) maka, taubatnya Allah terima. Insha Allah.

Malah, Allah sayang dan suka dengan orang yg bertaubat. Insha Allah, adik dapat ke syurga Allah di atas taubat nasuha ini.

Menyesali perbuatan yg telah berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya kembali.

Adapun, jika famili adik beramai-ramai membunuh adik, adik tidak perlu susah hati kerana mereka yg berdosa kerana membunuh dan bakal dikenakan hukuman yg sewajarnya. Manakala, adik dan kandungan adik sudah selamat berada di sisiNYA.

Tiada apa yg perlu ditakutkan atas dunia ini apalagi dengan famili sendiri. Sewajarnya ALLAH lah yg lebih harus ditakuti. Namun begitu, Allah Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun. DIA boleh mengampunkan sesiapa yg dikehendakiNya dan menyiksa sesiapa yg dikehendakiNYA.

Dengan syarat berTAUBATlah mulai detik ini. Dan berbuat baiklah pada setiap masa. Berzikirlah mengingati Allah, hati kan tenang.

cencaluk cili potong berkata...

Assalam mualaikum . saya nak berkongsi masalah saya di sini . tidak lama lagi saya bakal melahir kan anak luar nikah . saya berumur 18 tahun . kandungan saya sudah mencecah 4 bulan . sebarang persiapan saya belom siap kan lagi . buku merah , barang baby semua tak ada lagi . dan saya cadang ingin melahir kan anak ini di hospital swasta . dan saya ingin bertanya . apabila kita melahir kan anak luat nikah di hospital swasta , adakah pihak hospital akan mengadu pada JKM seperti di hospital kerajaan .

Khadijah Gani berkata...

Waalaikumussalam Adik cencaluk cili potong.

Masalah adik tidak akan terhenti bila adik melahirkan di hospital swasta.

Masalah adik juga tidak akan terhenti dengan adik berhenti membuat apa2 sekarang (tiada buku merah, tiada apa2 persiapan).

Berhenti berfikir yg JKM akan ambil anak adik jika melahirkan di hospital kerajaan.

Nasihat akak :

1. Terus terang kepada kedua ibubapa. (Bersedia atau tidak, jalan terus! hidup dan mati ini di tangan Allah! Allah jualah yg mengizinkan benih kecil itu boleh hidup dan wujud di dalam rahim adik sekarang ini. Jika Allah tidak izinkan, benih itu takkan semakin membesar setiap hari. Bertaubat dan berimanlah kembali kepada kuasa Allah! Allah jualah yg melembutkan hati kedua ibubapa adik. Minta kepadaNYA. Bukan kepada manusia.)

2. Pergi ke Klinik Kesihatan kerajaan hari ini dan buat buku merah. Check kandungan adik sekarang. Hari ini! Katakan saja adik belum berkahwin. Kes adik bukanlah yg pertama dalam Malaysia ini. Mereka ada Standard of Procedure yg harus dipatuhi. Mereka tidak terus melaporkan kepada JKM. Yg penting buat buku merah.

3. Jika masih terlalu byk persoalan atau ketakutan yg adik fikirkan, akak cadangkan adik pergi mendapatkan bantuan dan perlindungan juga BIMBINGAN daripada Baitus Solehah JB. Boleh search di Google. Baitus Solehah atau add friend @Mak Liza di Facebook.

Tanpa Nama berkata...

SALAM N SELAMAT SEJAHTERAH . SYA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH DA MASUK 19MINGGU . SYA MEMERLUKAN SURAT NIKAH UNTUK KEMUDAHAN SYA KE KLINIK KESIHATAN . SYA N TEMAN LELAKI TAK TAHU NAK BUAT MCAM MNA,KMI OARANG SABAH. KINI STAY AREA SUBANG JAYA (USJ) . SAYA PERLUKAN PERTOLONGAN. SYA N TEMAN LELAKI TIADA SIAPA2 D SEMENANJUNG NE .

Tanpa Nama berkata...

TOLONG LAA,REPLAY KAT EMAIL SAYA Aiennurazli@yahoo.com

Mohd Rizaiman berkata...

Salam..sy ade sdikit prtanyaan...sy kawin dh 3 thn dan belom mempunyai zuriat...sekarang sy ingin mengambil anak angkat dr seorang remaja yg berumur 18 tahun...tp bln 9 nnt br genap 18tahun..sbb d.o.b bln 9...remaja tu tiada suami...dan sedang hamil 33minggu...due date 21.05...sy dh bwk cek up kt hospital swasta...dan pihak hospital mmnta waris beliau menandatangani surat kebenaran utk brsalin...yg mnjadi masalah n mmbuatkn sy cmpius..remaja ni dr kcil dibela oleh kluarga angkat dan kluarga angkat pn mngambil dye tanpa sebarang prjnjian hitam putih..boleh ke kluarge angkat dye tndatangan surat kebenaran tu??n ape yg perlu sy buat?mmg smue hospital bersalin swasta/krajaan nk waris yg tndatangan ke?mohon sesiapa boleh bntu sy..

Mohd Rizaiman berkata...

Salam..sy ade 1 prtanyaan..cmne ye klo rmaja yg br msuk 18thn mgndung,dan nk brsalin dihospital swasta..tapi hospital tu mntk tndatangan wris..sdgkn dye ni dr kcik dbela family agkt yg ambil dye tnpa sebarang itam putih...mak bpk kndung dye nth xtau kemana...dye xde suami...mohon sp2 yg tau..tlg jwb soalan sy..tq

Tanpa Nama berkata...

salam kak.sy nk minta pendapat.sy kini hamil 7 bulan dan bkl bernikah minggu depan.bakal suami mmg ayh kpd ank yg sy kandungkn skrg dn dy nk sgt ank ni.kedua-dua family dah tau dn dorg blh terima.sebelum ni sy cume pergi cek swasta sebab fikirkan xde surt nkah lg.kwn sy syorkn slps nikah terus bt buku merah dn bersalin mcm biasa di goverment disebabkan sy dah bernikah dan ade surat nikah.cume dy ade maklumkan selepas bersalin blh tukarkan name abdullah kepada nama bapa kandung sewaktu proses bt sijil kelahiran di jpn.betul ke blh?dan 1 lg sy nak tanya kalau sy nak bersalin di goverment dan bgtau perkara sebenar jabatan kebajikan masyarakat dan majlis agama akn ambil tindakan jgk ke?blh bls p'tanyaan sy kt emel ni;kirana_89gurlz@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Salam, sy ingin meminta pandangan sedikit. Sy juga telah terlanjur, dan mempunyai seorang anak lelaki yg kini berumur hampir 2 tahun. Sy adalah ibu tunggal dan belum bernikah dan menjaga anak lelaki sy dengan pertolongan ibu bapa dan keluarga sy. Alhamdulillah semua ahli keluarga dpt memaafkan kesilapan yg telah sy lalukan dan dapat menerima sy dan anak sy. Masalah sy sekarang ialah apakah jalan yg terbaik utk sy melindungi anak sy daripada dosa yg telah sy lakukan? sy betul2 kesal dengan perbuatan sy dan rasa bersalah pada anak sy. Sy tidak mahu anak sy di pandang hina akibat perbuatan sy. masalah yg sy fikirkan adalah masa depan anak terutama apabila tiba masa utk bersekolah register anak ke sekolah dan urusan pendaftaran yg lain, kerana pada surat beranak bahagian bapa di tulis "tiada maklumat". Sy tahu bila tiba masanya dan masa yg sesuai utk anak sy memahami sy perlu memberi tahu perkara yg sebenar. Tetapi sekarang untuk melindungi namanya dan melindunginya daripada di ejek atau di pandang hina. Patutkah sy minta adik atau kakak yg sudah berkahwin mengambilnya sebagai anak angkat? Ini adalah semata mata utk pengurusan pendaftaran sekolah dan lain2 pada masa akan datang. Dan pada masa yg sama dpt menutup aib terutama bg anak sy. Tetapi jika sy bercadang untuk melalukan ini sy yg tetap membesarkan anak sy dan dia masih dalam jagaan sy. Pemberian anak angkat adalah semata mata pada kertas sahaja. sy perlukan pandangan tentang perkara ni. Harap dpt beri pandangan. Terima Kasih.

Khadijah Gani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Khadijah Gani berkata...

Untuk jawapan bagi soalan Encik Mohd. Rizaiman dan Puan "Tanpa Nama" di atas, saya jawab di dalam ruangan khas lain di sini >> http://khadijahgani.blogspot.com/2014/04/hak-anak-luar-nikah.html

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak , terima kasih atas nasihat yg puan beri, sy rasa bersyukur dapat meluahkan perasaan sy dan juga menerima nasihat dr puan. Terima kasih atas cadangan puan tentang membuat wasiat utk anak sy, sy bercadang utk membuatnya dlm masa terdekat ini utk mengelak dr segala ketidak adilan pada masa akan dtg dan supaya anak sy menerima haknya. Tentang pengambilan anak angkat, sy ingin teruskan dgn rancangan ini tetapi ada sedikit kesulitan selepas mengetahui beberapa perkara yg puan terangkan sebelum ini, kerana jika sy ingin memberikan anak sy sebagai anak angkat sy ingin berikan kepada ahli keluarga sy iaitu kakak atau adik sy supaya sy masih lagi dekat dgn anak sy. Tetapi adik dan kakak sy kedua duanya belum cukup berkahwin utk 7 tahun lg. Bg sy mugkin ingin memberikan anak sebagai anak angkat pada adik dan adik ipar kerana adik ipar pun adalah ibu susu kepada anak sy. Tetapi masalah sedikit kerana mereka baru berkahwin selama 4 tahun sahaja. Sy perlukan nasihat tentang perkara ini Puan. Harap puan dpt memberikan nasihat dan pandangan tentang perkara ini. Salam

Khadijah Gani berkata...

Begini, jika puan sudah buat wasiat pada saya didik dan jaga sendiri anak puan, tak perlu mencari keluarga angkat untuknya. Itu lebih bahagia untuk anak dan puan sendiri.

Adik ipar pernah menyusukan anak puan lebih dari 5 kali kenyang jadi adik ipar adalah ibu susuan kepada anak puan. Makanya, ibu susuan itu sama darjatnya seperti ibu kandung. Secara automatik, adik ipar puan sudah jadi ibunya juga dan anak-anak saudara pua (anak-anak adik ipar yg menyusukan anak puan ini) sudah menjadi halal baginya. Dan haram berkahwin. Mereka adalah adik beradik sesusu. Tiada masalah.

Saya sendiri adalah ibu susuan kepada anak angkat kakak saya.

Hak anak angkat dengan anak luar nikah sama saja. Tidak boleh menuntut hak tertentu kecuali sudah ada wasiat yg dibuat ke atasnya. Maka, bagi saya adalah lebih baik puan menikmati hari-hari suka dan duka bersama anak puan itu.

Kuatkan diri, cekalkan hati. Pendidikan dan akhlaq yg baik harus diterap kepada anak supaya kelak jiwanya besar menghadapai 'cakap-cakap' kawannya. Bersiap sedia dengan membina emosinya agar kuat dan kukuh. Jadikan dia kebal dengan segala kata-kata negatif orang lain. Saya sendiri rapat dengan seorang anak yatim yg sudah bersekolah rendah. Setiap hari ada saja kawan yg mengejeknya kerana anak yatim.

Perkara sebegitu memang sudah biasa di kalangan anak-anak sekolah. Apa yg penting, didik anak kita untuk menghormati perasaan orang lain melalui empati. Saya percaya jika kita menghormati orang lain dan ajarkan pula kepada anak kita, insha Allah tiada isu ejek-mengejek sesama rakan sekolah yg tidak berbapa (samada menjadi yatim atau luar nikah).

Khadijah Gani berkata...

Jika boleh, puan add saya di Facebook kerana saya akan kongsikan beberapa cara bagaimana mendidik dan menjadikan anak kita supaya 'besar jiwanya' sejak dari kecil. Insha Allah.

siti aishah berkata...

salam..saya ingin bertanyakan pendapapat..saya sudah berkahwin 3 tahun tp msh belum dikurniakan anak...sekarang saya sedang menjaga seorang gadis bawah umur(15thn) yg mngndung 7 bln..ibu kepada gadis ini menghubungi saya utk mnjga anknya sehingga bersalin dan bayi yg bakal dilahirkan nanti akan diserahkan kepada saya...yg merisaukan saya sekarang ini sewaktu saya membawanya untuk urusan membuka buku merah di hospital kerajaan,kes gadis itu dirujuk kepada jkm..ibu gadis ini tidak mahu ayahnya mengetahui perkara ni,mlah ibunya tidak mahu melakukan repot kerana tidak mahu memperbesarkan hal ini dan faham2 lah apabila hidup di kampung..mulut manusi tidak boleh ditutup(saya mlas ambil thu psal ayahnya sbb ibunya sendiri tidak mahu bapa mngthuinya)..sekarang ibunya sudah ke jkm di daerah kami dan menyatakan kpd pegawai disitu dia menyerahkan hak penjaan gadis itu kepada saya sehingga melahirkan..sekarang saya masih menunggu panggilan drp pegawai jkm..hati saya berasa teramat runsing kerana sy dah simpan harapan yg terlampau tinggi utk beby 2..saya nk tnya puan adakah bayi itu akan diserahkan kpd saya selepas dilahirkan nanti jika mendapat persetujuan daripada ibu gadis berkenaan?saya risau sekiranya bayi itu diambil jkm..siapa saya prlu rujuk utk perkara ini..tolonglah..saya trlalu inginkan anak ini

Tanpa Nama berkata...

salam kak..saya nak tanye,ade seorang wanita indonesia nak bg ank pd saya.sekarang dia dah tunggu hari..tp masalahnye cuma ade passport..visa dah mati.dia nikah disini tp dia ckp srt nikah tiada..kena balik indonesia dulu baru dapat..mcm mana saya nak buat ye puan?

syaharatul naim berkata...

salam kak..saya nak tanye,ade seorang wanita indonesia nak bg ank pd saya.sekarang dia dah tunggu hari..tp masalahnye cuma ade passport..visa dah mati.dia nikah disini tp dia ckp srt nikah tiada..kena balik indonesia dulu baru dapat..mcm mana saya nak buat ye puan?

Tanpa Nama berkata...

salam. . .saya dh hamil 7bln tp blom buat bku merah and xpnah check up kt mna2 klnik swasta. . .jd pa perlu sya buat. ? sya tkot nk g klnik bt buku tkot nurse mrah sbb lmbat buat buku. . .

Tanpa Nama berkata...

sy ade pertanyaan..boleh reply dekat sy punye email..mieraciqin93@ymail.com

nurmaymay berkata...

sy ade pertanyaan..tlg replr di mieraciqin93@ymail.com

Lan Kyla berkata...

Sy pon nak kongsi kisah hidup sy..sy berumur 21 tahun..
HARAP SUDI BACA KISAH PENGALAMAN HIDUO SAYA UNTUK PEDOMAN BERSAMA
Sy kini telah berkahwin dgn suami sy..dy bukan bapa kpd anak luar nikah sy..
Syukur dy terima sy apa adanya..dy terima anak sy..sy bawa dy jmpe anak sy yg diserahkn kpd kluarga angkat..
Sy telah melahirkan anak pd 29.3.2013 (jumaat@4.04 pagi..sy ingt sgt masa tu..
Sy mengandung smpi kandungan berusia 8 bulan..masa tu sy masih study di bawah tajaan MARA..sy buntu xtaw nak buat apa..lelaki tu x brtgungjwb..keluarga lelaki tu hina sy mcm2..
Sy amik kputusan bgtaw ibu ayh kuarga sy..
Mmg sy akui sy dimarah teruk dipukul di depan khalayak ramai..di tmpt awam..
Sedgkn sy sarat mngandung..tp sy redha sb itu takdir hdup sy..sy rela diblasah atas ksalahan sy..sy taw sy slh..sy hancurkn hati mereka..
Lepas tu sy trpkse brhnti blja dgn alasan nak masuk blja nursing unde kkm..mmg sy dpt nursing tu..tp sy lewat masuk jd xdpt masuk tp sy guna surat tu sbgai alasan.yela blja tajaan MARA ni mahu denda beriban..
Ye sy akui sy mmg golongan terpelajar..ramai yg ckp sy pndai tp sy tetap manusia yg mlkukn kesilapan .
Selepas urusan berhnti blja sy dimasukkn je sebuah pusat pelindungan..
Sy brsyukur brada di situ wlupn ada yg ye la phm2 la manusia yg mnghina kan..tp apa boleh buat..sy redha.
Spnjng sy brada di pusat pmulihan..ye mcm pnjara la xley keluar .hmm keluarga nak jmpe pn susah.. tp sy bersyykur sb di situ bermulanya hdup baru sy..sy bertaubat..sy baca surah2 yg bagus dibacakan utk ibu mngandung..setiap hari wajib baca surah yusuf dan mariyam. Anak sy tu comel sgt2 taw masa lahir..putih melepak..bibir pink..syukur..
Sy bertaubat sy redha ats apa yg trjadi..sy angp sume ni mndewasakan sy..kuatkn iman sy..
Tiba masa sy lahirkn dy.. anda nak tahu? Sy slalu berdoa nak anak sy lahir malam jumaat or hari jumaat..setiap sujud doa itu dihatiku..
Akhirnya sy dpt lahirkan dy pada subuh jumaat..
Pngalaman lahirkan dy..
Sy pada pagi kamis..bgun solat subuh..sy tgk ada mcm drh pd panties..sy bgtaw kwn2 yg lain..lpas tu sy tukar panties..sy solat subuh..lpas selesai solat kwn sy tegur kain sy basah..rupa2nya air ketumban..
Sy dikejarkan ke hosp daerah..dy cek2 sy dah buka 2 cm..tp kontraksi sgt2 kuat..
Jd sy dikejarkan dgn ambulans ke hosp besar..sb first birth hosp daerah tu x deliver..
Smpi kat sana..jalan buka 4 cm..hmm masih tgu dgn keadaan sakit..duduk atas kerusi..yela wad penuh..bygkn dari subuh smpi subuh esoknya baru melahirkan..sakitnya..
Sy lapar sgt2..yela sy xda duit masa tu..nasib baik ada yg sudi bg mknn dan air..
Ad yg tnye mana suami sy diam..dlm hati mngis.. tp sy ckp suami kje xdpt nak blik..(tipu sunat hihi) sy tgu pnye tgu..pkul 7.30 mlm baru dpt masuk wad..lepas tu pkul 8 mlm kne gi labor room..sy kne bersalin paksa..sb air ketumban dah kurang..
Lagi sakit lah dah dy kasi ubat tu..rasa cm hilang nyawa..tiba2 sy rasa lapar..nasib baik nurse baik..bg biskut dan milo..nurse tu baik..wlupn dy taw keadaan sy yg lahirkn ank luar nikah tp dy tetp bg kata2 smgt pd sy..
Tp sy sedih bila seorg doktor hina sy..hmm nasib baik nurse tu back up sy..syukur..
Sy rasa sakit sgt2..smpi masuk belon la..injection ubat tidur la tapi sakit tetap xthn..
Sy ni degil..masuk belon sy kluarkn..sy xselesa huhu..
Lpas tu sy btul2 rasa panas rasa xthn..sy mandi dlm toilet labour room..rasa nak berak tapi x pon..(maklumlah xpnh bersalin)
Lpas tu sy baring sy makn chipsmore..nak hilangkn sakit..ngntok nak tdo tapi sakit xley tdo huhhhuhu.. sy ingt org lahirkn kuar nikah x sakit tp sakit juga kan..yela ustaz ckp wlupn kita lhirkn ank luar nikah tp bila da taubat kita akn dpt rasa lahir anak yg sah kita dpt pahala spt lahirkn anak yg sah..syukur jika taubatku diterima Allah..

Lan Kyla berkata...

Tiba masa nak lahir..sy mnjerit2 sb xthn sgt2 sgt2 sgt2.. nak tgu buka 10 cm..hmm buka 7 cm sy nak push da..doktor trus on je sb kesian tgk sy da xthn sgt..
Sy bersalin hnya 5 minit je..tp sakitnya nak menerann aduhh xley dgmbrkn dgn kata2..
Slesai sume tu sy dimasukkn dlm wad tp anda tahu apa sy pkir.. aku lahirkan anak seorg diri..xda sape smbut klahiran anakku..tnoa suami tnoa keluarga..bila lihat kluarga org lain sy rasa cmburu sedih..sy hnya mampu diam dan mngis..
Nasib baik Allah temukn sy dgn seorg teman masa sy blja dulu..dy brhnti blja n masuk nursing..student kat situ..dy yg temani sy..
At least kurg sunyi sy..
Sy kena tahan wad 4 ary sb lpas bersalin sy demam panas..biasanya ibu yg lepas bersalin demam panas xdpt hidup kan? Tp ajal maut di tgn Allah..
Seleps kluar wad sy masuk ke pusat pmulihan tu..
Hmm sy trpkse serhkan ank ni kpd kuarga angkt.. ibu ayh sy xnk bela dy.. hmmm
Sy redha.. keluarga angkat dy org baik2..syukur sgt2 .. tp di dlm hati kecil mmg aku x rela.m lepaskn ankku..
Sy bersama dgn anak sy cuma seminggu je..hmm lepas tu sy brpntg di rumah kuarga sy tnpa anak di sisi..sy mmg nak meroyan masa tu..tp keluarga sy x pedulikn sy...dy amik baju kngan anak sy...itu je sy ada kngn ngn dy..tp sy redha itu hukuman sy..
Smpi skrg sy masih mngis..rndukn anak sy tp sy nk jmpe dy agak susah..serius..sy teringin dpt tido semalam dgn dy..smlm pon jd tp keluarga angkt mana nk bg kn? Sy redha..itu cuma angan2..tp sy masih berdoa masih berharap anak sy kmbali pd sy..at least dy knl sy ibu kandungnya..dy terima sy..dy pgil sy ibu wlupn xdpt jaga dy..
Hanya doa saja yg sy mampu..
Sy mngis dlm hati stiap masa..syukur suami sy paham sy..sy brsyukur dlm keadaab mcm ni masih ada khidupn bg sy..
Kini sy study di sebuah kolej nursing kkm..
Xda sape taw n biarkn dy mnjadi kisah hdup ku..
Dan kini sy baru lepas keguguran pada bulan 4 tahun ni..nak wt cm ne xda rezeki..dah extend blja da tp da keguguran..yela kandungan baru 2 mnggu. .sy redha..
Baru2 ni suami ceraikn sy talak satu tp kami dah rujuk balik..rasa cm nak gilakan? Varu brkahwin awl bulan 3 tahun ni.. nak wt cm ne dugaan hdup..
Sy trpkse mngndung dan mlahirkn ank luar nikah
Sy terpaksa berpisah dgn anak sy
Sy keguguran
Dan sy diceraikan..
Bnda berlaku begitu dekat..xtrtngung dugaan ni..kdg2 mcm xda iman..to sy hnya mampu redha..
Dan kini hidup dy kembali pulih..setiap yg brlaku ada hikmahnya..Allah ialah perancng trbaik..
Kita kena bersyukur dan redha
#maaf type pnjng lebar
#sy type atas pngalamn sy sndri utk dijadikn pedoman

Tanpa Nama berkata...

Bila mehandung anak luar nikah boleh cek ke kat hospital kerajaan??tolong balas

Khadijah Gani berkata...

Puan Lan Kyla.

Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman di sini. Maaf, saya baru berkesempatan membalas.

Sungguh, perkongsian puan membuka satu lagi pandangan baru kepada situasi yg sering terjadi ini. Puan sudah melalui ujian2 Allah yg semuanya dalam bentuk kasih sayang Allah menjadikan puan seorang yg lebih tabah dan sabar daripada wanita lain.

Asalkan kita bertaubat dengan sesungguh-sungguh taubat, kasih sayang dan rahmat Allah terus bersama kita walaupun hanya kita seorang yg tinggal di atas muka bumi ini. Allah lah sebaik-baik penjaga!

Samada baik atau buruk yg terjadi dalam hidup seorang Muslim itu semuanya adalah baik-baik belaka. Ada pengajaran terus yg kita perolehi daripada Allah selagi mana kita mahu mengubah diri dengan meninggalkan kesilapan lalu dan mencuba untuk tidak mengundang lagi kemurkaan Allah. Allah sangat sayang orang yg bertaubat. Malah, orang yg bertaubat lebih baik daripada orang yg tidak pernah rasa dirinya berdosa.

Didoakan puan terus kuat dan tabah mendepani hari-hari mendatang. Setiap orang berbeza pengalaman dan ujian yg ditentukan buat mereka. Penyelesaiannya juga berbeza-beza dan tidak sama. Apa yg betul itu juga berbeza pada setiap individu. Kadangkala manusia tidak dapat menolong menyelesaikannya maka, yakinlah pertolongan Allah pasti hadir.

Sedih, gembira hanyalah permainan dunia. Ia kan pantas berlalu ditelan masa. Besarkan jiwa dan teruskan kehidupan seadanya dengan setinggi-tinggi tawakal dan kepercayaan terhadap Allah. Puan akan beroleh kebahagiaan di hujungnya nanti, insha Allah. Saya doakan puan juga kepada semua yg membaca catatan di sini. Amin..

yusmiza berkata...

Assalamualaikum,

1) Jika lahirkan baby luar nikah di hospital swasta si ibu bercadang melahirkan di hospital pakar al-islam, apakah boleh terus di bawa balik atau ade prosedur mcm lahirkan bby di hosptal kerajaan?

1) Jika masa check up hanya di klinik swasta boleh ke deliver di hospital kerajaan?

Tanpa Nama berkata...

salam...akak selain ibu bapa siapa lagi boleh ambik bayi tersebut??

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum akak sy nak bertanya sy sekarang mengandung 32w dan telah bernikah 4bulan yang lepas dgn bapa pada kandungan sy niy,masa kami bernikah usia kandungan masih 15w tapi keluarga kami tidak tahu hal ini masa bernikah..selepas nikah baru kami berterus terang dgn diorg sbb kami xnak diorang memikirkan hal ini berterusan spanjang proses pernikahan kami pada masa tu..alhamdulillah skrg keluarga kami boleh terima dgn baik,,masalah sekarang sy tgh buntu bolehkah saya dn suami berbinkn nama suami sy pd ank kami yg akan lahir xlama lagi due pd 25 ogos niy.. suami sy mmg nak berbinkan nama dia nnt ank kami lahir..boleh ke akak.?harap sangat dpt memberi pandangan yg sewajarnya.. (suami xnak org sekeliling tahu yg ank kami yg lahir itu ank luar nikah)

Khadijah Gani berkata...

Waalaikumussalam Puan Tanpa Nama.

Berdasarkan fatwa majlis agama Islam Malaysia sepakat mengatakan bahawa pernikahan harus genap 6 bulan Qamariah ketika bersalin bagi memboleh si anak ber bin/bintikan si pembawa benih. Jika tempoh pernikahan tidak sampai 6 bulan dari tarikh kelahiran anak maka, TIDAK BOLEH.

Ini kerana seawal-awal kandungan boleh dilahirkan dalam tempoh 6 bulan.

Bagi mengelakkan fitnah dan shubhah dalam rumahtangga dan generasi anak cucu seterusnya perkara ini harus diambil secara tegas! Jika diambil secara lewa hanya kerana tidak mahu 'orang kata' ditakuti zuriat keturunan kita akan datang kita sendiri menjadi punca kerana meletakkan mereka satu generasi akan datang dalam situasi shubhah. Na'uzubillah!

Adapun, berkaitan isu malu atau demi menjaga airmuka sesiapa itu di luar pengetahuan saya, manusia yg lemah. Mohon rujuk kepada ustaz/ustazah yg lebih arif akan hal ini.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

saya ingin bertanya , memandangkan lagi 1 bulan saya nk bersalin dan saya tidak scan lagi kandungan saya.
keluarga saya mengetahuinya , tapi dalam masa yang sama saya dan bapa kepada bayi saya ini sedang berusaha daftar perkahwinan kami . tapi ada sedikit masalah iaitu bapa saya tiada. saya tk pernah jumpa bapa saya dan itu amat menyukarkan saya untuk daftar kahwin. ia mengambil masa yang lama untuk melantik wali hakim. dan bagaimana pula dengan bayi yg saya bakal lahirkan ini dan bagaimana proses untuk daftarkan sijil kelahiran. rumit dan perlu di bin atau di binti kan atas nama saya ?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

saya berumur 21thn dan sedang pregnant luar nikah , dan family saya tau. lagi 1 bulan saya nak bersalin dan saya masih belum buat buku merah dan belum scan kandungan saya. saya dan bapa kepada bayi saya ini sedang berusaha mendaftar perkahwinan kami. tapi adakah rumit daftar sijil kelahiran tanpa sijil perkahwinan ? dan adakah bayi saya ini di bin atau di binti kan atas nama saya ?

Khadijah Gani berkata...

Waalaikumussalam adik Tanpa Nama.

Pendaftaran kelahiran tanpa sijil nikah automatik anak akan di bin/binti kan Abdullah atau mana2 satu nama-nama Allah yg 99 dengan penambahan Abdul di hadapannya.

Tidak boleh di bin/bintikan dengan si pembawa benih walaupun sudah berkahwin. Hanya jika usia perkahwinan tidak mencecah 6 bulan.

Tidak boleh juga di bin/binti kan kepada nama kita sendiri (ibu).

Uruskan apa yg patut utk membetulkan keadaan. Jika itu prosedur utk dapatkan wali hakim, maka lakukanlah dengan tenang dan sabar. Jangan tergesa-gesa hanya kerana mahukan si anak ber bin/bintikan kepada bakal suami. Lagi 1 bulan mahu melahirkan sudah terlambat. Cuba saja bertanya ke Klinik Kesihatan berhampiran utk membuat buku merah. Dan siapkan telinga dan hati adik utk menerima apa jua bebelan atau kemarahan yg bakal terjadi.

Jangan terasa apa-apa. Jika bukan adik sekalipun, akak yg sudah berkahwin lama ini jika buat buku merah hanya tinggal sebulan lagi utk melahirkan pun pasti-pastinya teruk kena marah dengan misi.

Teruskan kehidupan. Buat apa yg patut dan betul lagi diredhai Allah. Jangan sesekali ikut gaya hidup yg lama.

Percayalah! Sebaik-baik nama itu ialah Abdullah (hamba Allah) dan juga nama yg diambil daripada 99 nama-nama Allah (tambah Abdul di hadapannya).

Tanpa Nama berkata...

sy ada soalan, sekarang sy hamil luar nikah dan kandungan sy berusia 7bulan dan bkl melahirkan tak lama lg. sy cuma inginkan kepastian, sekiranya sy melahirkan di hospital kerajaan, adakah pihak kebajikan akan terus mengambil anak sy sekiranya waris terdekat (contoh:ibu sy) sy tidak bersama sy? mohon puan berikan penjelasan dgn lebih jelas.

Khadijah Gani berkata...

Mohon maaf.

Selepas ini, semua soalan tidak dapat saya jawab.

Sila rujuk kepada yg lebih ahli dan lebih berpengalaman iaitu :

Mak Liza (Pengusaha Rumah Perlindungan Baitussolehah Johor Bahru) No. Tel : 019-7799682

Atau

Puan Rashidah (Pengurus Rumah Perlindungan Wardah) No. Tel/WA : 017-7976122

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum puan . Saya kini mengandung anak luar nikah dan kandungan saya bakal cecah 2 bulan . Kini saya sangat pening taktahu apa nak buat , bf saya nak tanggung anak ni tapi saya takut nak memberitahu ibu saya tentang hal ini . Kami bercadang nak jujur pada ayah dan ingin nikah segera . Sesudahnya nikah baru kami beritahu ibu . Apakah tindakan saya ni betul ? Apakah boleh buat buku merah tanpa sijil nikah di klinik kerajaan ? Harap puan dapat bantu saya dalam masalah ini .

Khadijah Gani berkata...

Waalaikumussalam.

Sebaiknya berlaku jujur dengan ibubapa kita.

Minta pandangan mereka. Jangan tipu mereka lagi.

Jika tiada keputusan / jalan keluar tidak dapat difikirkan, bangunlah malam dan solat taubat kemudian istikharah. Mohon pendapat dan pandangan Allah itu yang lebih baik.

Sungguh, Allah memberikan kita satu ujian samada besar atau kecil supaya kita kembali kepadaNya.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum... puan saya dah berkhawin tapi bukan dengan cara yang betul saya berkhawin di siam thailand.. sekarang saya mengandung 7 bulan. masa kandungan saya 5 bulan kami mahu daftarkan, bila pergi ke pejabat pendaftaran pihak sana buat pemeriksaan perkhawinan kami tidak sah. surat nikah yang kami dapt tu surat nikah dari tempat yang tak di iktiraf oleh kerajaan malaysia. sekrang saya buntu mcm mana nak buat surat beranak dan my kids nanti.. boleh puan bagi jalan penyelesaian atau pendapat untuk kami ??? emailkan pada saya suliana215@gmail.com.
terima kasih

alya berkata...

Assalamualaikum,
Saya bakal melahirkan anak luar nikah pada bulan ini. Saya hanya mempunyai sijil nikah thailand songkhla. Pada masa yang sama, saya dalam proses menukarkan sijil nikah thailand kepada sijil nikah malaysia.Tetapi proses tersebut memakan masa.

Soalan saya adalah:
1)Adakah pihak JKM akan menyoal/mengambil anak saya walaupun saya sudah bernikah di thailand dengan persetujuan kedua ibu bapa belah saya dan belah suami?

2)Jika ya, bolehkah saya membawa ibu saya sebagai waris untuk membawa pulang bayi saya dari hospital?

maya berkata...

sekadar memberi pendapat dan berkongsi pengalaman. saya ada seorang baby lelaki yg berusia 8bln. alhamdulillah saya masih kuat menempuh ujian Allah. saya dpt tahu saya pregnnt masa kndngan usia 4bln. pada masa tu saya masih tidak ambil kisah tntang kandungn sy krn perut tak nmpak lgsung. bila kndungan masuk 5bln perut terasa keras, mcm2 fikir pada masa tu, sy buntu takde cara lain yg boleh buat selain berterus trg kpd kluarga, mmg takde niat untuk gugur.

pada mulanya mmg kluarga tak blh terima, mreka tnya sp bapa baby ni, sy pun bgtahu. esok kan nya kluarga sy cari kluarga dia untuk minta dia bertggjawab. tapi apa yang melukakan hati sy, kluarga llaki tersebut mnyuruh sy menggugurkan kndngn tp sy enggan krn dituduh mengandungkan anak luar nikah. demi maruah sy dan bayi, sy melakukan dna, terbukti llaki itu. bila kluarga llaki tahu anak mereka bsalah trus mereka hilangkan diri. saya yg taggung segala keperitan.

saya terus dihantar ke pusat jagaan di sg buloh. sy tinggal di situ slama sebulan, slpas mlahirkan sy pulang ke rmh, smpai sekarang sy jaga baby sy, alhamdulillah sihat. semoga allah melindungi sy, anak sy, buat wanita diluar sana jangan lah buang anak itu, jaga dia didik dia.

Khadijah Gani berkata...

Terima kasih Maya di atas perkongsian.

Begitulah! Allah memberikan satu-satu musibah akibat tangan-tangan manusia. Namun, kita harus bertanggungjawab ke atas setiap risiko yang sudah kita ambil. Allah juga takkan membebani kita jika kita tidak mampu menghadapinya.

Jika sudah berlaku, teruskanlah kehidupan ini sebaik yang boleh demi diri sendiri dan juga si kecil yang tidak berdosa. Sungguh, walaupun si kecil itu hidup daripada akibat kesalahan kita, si kecil tidak berdosa itu hadir atas kekuasaan Allah jua yang boleh memberi kita pengajaran dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Terimalah seadanya.

Dan kepada yang belum kena lagi, JAUHILAH ZINA dan JAUHILAH PERKAHWINAN TIDAK SAH luar negara walau apa jua sebab musababnya. Kerana Syaitan tidak akan pernah berputus asa untuk memporak perandakan umat Islam hingga cucu cicit beranak pinak.

Sungguh, Syaitan itu musuh kita yang nyata!

Mohon maaf.

Selepas ini, semua soalan tidak dapat saya jawab.

Sila rujuk kepada yg lebih ahli dan lebih berpengalaman iaitu :

Mak Liza (Pengusaha Rumah Perlindungan Baitussolehah Johor Bahru) No. Tel : 019-7799682

Atau

Puan Rashidah (Pengurus Rumah Perlindungan Wardah) No. Tel/WA : 017-7976122

Tanpa Nama berkata...

Saya umur bawah 18. Saya akan bersalin pada bulan depan sebab check dekat klinik swasta. Saya belum berani nak bagitahu dekat family. Saya tak tahu macam mana nak buat. Yes akak akan cakap lebih baik terus terang. Tapi akak tak tahu apa yg saya akan hadapi, saya tak tahu nak bagi siapa anak ni, nak bersalin macam mna. Tiada siapa yg boleh kongsi. Saya takut sangat.

Khadijah Gani berkata...

Adik "Tanpa Nama"...

Bila kita rasa takut itu tandanya kita mendapat hidayah Allah. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu tanpa adanya hikmah di sebaliknya.

Akak memang tidak tahu keadaan adik bahkan orang lain juga tidak akan pernah tahu apa yg adik rasakan. Maka, Allah adalah sebaik-baik tempat kembali kerana Dia sahaja yg Maha Mengetahui.

Oleh itu, jangan berharap pada manusia untuk memahami kita. Jangan sandarkan ketakutan itu jua kepada manusia. Hakikatnya, manusia tidak berkuasa. Manusia di sekeliling kita (ibu ayah) hatinya adalah dalam genggaman Allah. Bercakap-cakaplah dan mengadulah kepada Pemegang hati manusia supaya melembutkan hati manusia tersebut walaupun sedikit.

Seburuk manapun kita ibu ayah kita tetap boleh menerima kita (anaknya) lebih2 lagi ibu. Kita jangan berprasangka yg buruk2 dahulu. Kita tak pernah merasai bagaimana hati seorang ibu selagi kita tidak bergelar ibu.

Kumpulkan kekuatan. Banyakkan solat taubat dan berdoa. Insha Allah, Allah saja akan mendorong laluan mudah untuk adik menyelesaikan segala kekusutan fikiran. Jangan mengagak-agak. Ibu kita yg melahirkan kita. Selagi tidak mencuba, kita takkan tahu.

Mana tahu semalam mereka baru mendengar sesuatu yg disampaikan melalui orang lain dan mereka mendapat hidayah Allah. Lalu, apa yg adik sangkakan itu kemungkinan tidak akan berlaku asbab apa yg baru didengarinya semalam hari. Kita takkan tahu bahkan sesiapapun takkan pernah tahu apa yg ada dalam hati manusia.

Seterusnya, akak mohon adik dapatkan bantuan yg berpengalaman. Akak sudah sertakan nombor telefon yg boleh dihubungi seperti di atas.

Bertabahlah demi seorang anak kecil di dalam rahimmu. Hanya seorang ibu yg pernah mengandungkan adik dapat memahami apa itu kegusaran hati dan kerisauan fikiran semasa mengandung satu nyawa di dalam rahim itu.

Allahu musta'an..

narya zakri berkata...

adik tanpa nama.. hubungi sy naryazakri@gmail.com

Mama Boy berkata...

Saya nk berkongsi pengalaman sy. sy dpt tahu pregnant masa bby dh 4bln lebih. tp alhamdullih Allah masih tutup aib sy sbb kndungan 8bln sy masih blh duduk di rumah krn perut sy tak nmpak, lg sebulan nak bsalin baru pergi pusat jagaan. Pada mulanya mmg berat kaki nak melangkah ke pusat tu tp apakan daya terpaksa. org kata berani buat berani tanggung.Mcm biasa sy buat buku merah, utk mudahkan proses bsalin, tp tahan je telinga apa nurse kata. Apa org nk kata peduli kan. Sedih bila tiada suami mcm org lain. Nak buat mcm mn si lelaki tak btanggungjwb, mungkin didunia terlepas tp diakhirat apa yg dia buat akan terbalas. Buat wnita yg terlajur jgn la buang bayi atau bg org, kesian dia, jaga dia, didik dia. InsyaAllah dia.jadi anak soleh/ Solehah.

Insan berdosa berkata...

salam kak,pihak jkm mesti mendapat persetujuan dari ibu yg melahirkn anak tersebut kan? jika tidak mendapat persetujuan dari wanita tersebut, ada hukuman ape2 yg akan diterima oleh pasangan tersebut atau tidak ?

Tanpa Nama berkata...

salam.. sy jd buntu kerana sy telah melahirkan ank luar nikah sedangkan sy sudah bersuami. mulanya saya berkawan dgn seorang singaporean dia adalah sahabat kawan dn teman plg rapat smpi direstu kedua keluarg. to sy berkahwin dgn rakan sekolh sy. sy dah pernah bercerAi disebabkan sy xboleh lupa singaporean tu. kemudian sy rujuk kembali dgn bekas suami krn family mendesak sy supaya kmbali pd bekas suami. suami di kl sy pula di jb. jd sy masih berkawan dgn singaporean smpi kami terlanjur. sekarang suami xtau anak yg sy lahirkn adalah anak singaporean. skrg usia anak 3 bulan. sy dlm pantang suami pegi buat sijil kelahiran anak. sy tgk bebinti kn suami. sekarang sy bertaubat nasuha tp sy blm berterus terAng dgn suami ttg status anak sy tu. apa perlu sy buat ? sy sgt buntu tkut diceraikn sekali lagi. sy buat solat sunat tp fikiran msih tidak tenang..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, maaf, sekadar ingin mluahkn n mnta pendapat. Sy bru melahirkn ank lelaki tp syg, dia ank hasil zina sy n bf. Sblum ni kami mmg nk kahwin, n da luahkn pd family, tp dorg bralasan yg kami masib belajar n msih muda. Jd kami tngguhkn dulu. Then bbrapa lama slps tu kami trlanjur, but kami trus brubah slps tu. Masing2 sibuk dgn hal kolej. Sy tk period 3 bulan, tpi x syak ape2, sy prnah alami keadaan sama sblum trlanjur. Mmg bodoh sy mse tu. Sy truskn life mcm biasa study n kelas. Smpai 6 bln, perut nmpk buncit, sy mmg tk syak ape2. Siap bt bekam sbb fikir sy sakit. Makcik yg bt bekam lngsung tk nmpk kesan pd diri sy. Kandungan 7 bln, sy g brurut sbb ingat ada masalah haid. Maklumlah tkde alahan, mual or muntah2. So sy fikir sy tk mengandung. Lg2 bila sibuk dgn camping, sukan, smpai bt jualan cupcake naik motor dgn kwn, mcm2 lh keje berat yg sy bt, itupun bidan yg urut tk nmpk pape pd diri sy. Pelik jgk. Kuasa Allah S.W.T kn. Kita x jangka kn. Smpai kndungan 8 bln, bru sedar ada movement dlm perut n perut mengeras, tpi perut mmg kecik. So mmg family x syak ape2. Sy bru bt pregnancy test lps rs prgerakan tu. Bru sy tahusy hamil. Mmg bodoh kn sy. Bln 9, bru sy bt check up. Bby sihat agt mse bt ultrasound, sebak rsnye, tpi mse dh lmbt. Trlalu lmbt. Bf dpt tau, dia sedih sgt. Ape blh bt, kami mmg da trlambat. lg seminggu sblum due date, sy dpt bantuan dr slh satu welfare utk org hamil trlanjur, lahir di hospt swasta. N bby tpkse serah pd ibu angkat. Sy blh amik ikut ckp dr, tpi kne byr mahal, dkt 3 ribu. Mmg tkde duit. Sy brsalin di hospt swasta sbb welfare tu mmg ada link dgn dr disana. Layanan amat baik. Sy xde budget nk jg dia, byk kne sdiakan, sy percaya rezeki mmg ada, lg2 ada ank. Tp, sy bimbng dgn klas, future dia, sekolah dia, mkn minum, n berBin kn dgn Abdullah. Isu yg sgt besar akn dprsoalkn. Sy trpkse bt keputusan yg bt sy dihantui penyesalan seumur hidup, iaitu bg baby pd parents angkat. Padahal sy n bf mmg syg sgt kt bby. Kami fikir mse dpn dia, n parents angkat yg amik dia ada financial yg baik n lengkap sume. Sy mmg tk dpt nk bgtau pd family, sama jgk mcm bf, ats faktor usia mak ayah, n bimbang akn affect kesihatan mereka. Kami bt keputusan utk tk bgtau, tpi kami plan akn nikah slps tu, n anggap things get to normal, bt mcm biasa dpn dorg. Padahal mak sy n mak bf tk tau dorg sbnrnya ada cucu boy. Sy trkseksa amat sgt, asyik tringat bby. Ape yg mampu sy bt, bdoa n solat hajat agr hati sy didekatkn dgn dia agar dia cr sy suatu hari nti, bt solat taubat, n doakn kesejahteraan dia agar life dia lbih baik n mmbesar dlm keadaan yg selesa tnpa ada org mncela dia dgn status ank haram. Sbb klau sy jg, mmg sukar bt kami, lg2, mmbesar dlm keluarga yg besar. Sy cuma brharap n mmpu brdoa agr Allah jg dia utk sy supaya dia kmbali pd sy. Sy akn tgu dia smpai akhir nafas sy...

Khadijah Gani berkata...

Puan Tanpa Nama (8 Januari),

Mohon emel saya di khadijahgani@gmail.com

Bok Bong berkata...

salam semua....sy nk kongsikan cara2 utk daftar lewat sijil kelahiran bg anak tidak sah taraf....


- daftar kelahiran lewat, yg ni byk keje skit nk buat...dokumen yg diperlukan :-

1. borang daftar kelahiran JPN.LM01
2. borang pengesahan kelahiran (drpd hospital)
3. Borang JPN.LM27 (Surat akuan berkanun)
4. Kad pengenalan
5. Sijil nikah (jika berkenaan)
6. Borang maklumat keluarga (BMK81)
7. Gambar penuh ukuran 4R (gambar kanak2 tersebut)
8. Gambar ukuran passport Kanak2 dan ibu
9. Bayaran daftar RM10
10. Bayaran kompaun RM20 (tertakluk pd syaratnya)

- borang2 ni boleh didapati di JPN yg terdekat, xperlu rasa malu...hanya fikirkan nasib anak tu...pertugas JPN akan terangkan satu persatu...
- bila dokumen dah lengkap bolehlah daftarkan kelahiran lewat utk anak tersebut...dlm masa 2 minggu surat dr JPN akan sampai dan JPN akan maklumkan untuk kita ambil sijil kelahiran tersebut, walaupun lewat alhamdulillah sekurang-kurangkan anak tu punya pengenalan diri....

harap info ni membantu pd yg tengah buntu xtau nk buat apa...

Khadijah Gani berkata...

Terima kasih Bok Bong kerana membantu saya menjawab soalan di sini. Saya alu-alukan sesiapa saja yg boleh tolong menjawab mana-mana soalan di sini, dipersilakan! ;)



Bagi soalan Puan Tanpa Nama (8 Januari 2015) saya sisipkan pautan khas bagi soalan puan di sini http://khadijahgani.blogspot.com/2015/01/wahai-wanita-yang-diuji.html

Boleh juga diambil iktibar bagi orang lain.

Tanpa Nama berkata...

salam..sy bru ambil anak yg xsah taraf sebgi anak angkat....seblum salin kate nk bg..da salin ibu kpda yg nk besalin dgn sy jumpe jkm kt ospital..nenek kpd bvayi yg sy bela ni setuju nk bg kt sy...ibu bayi pn setuju..bab xmampu...nenek baby mmg xnk baby ni bab xmampu...lgpn masa salin umo ibu baby
bru 20.die seblum ni ppnah gugur..tp sy da bela sebulan tetiba tpon ckap nk ambk blik..tp nenek nya xnk vab xmampu..bleh ke sy bg atau xpyh bg..sy mmg xnk bg

Tanpa Nama berkata...

Salam kak. Saya mengandung harini genap 8 bulan. Saya tak kahwin lg tpi saya dah buka buku merah dan tulis nama suami di depan tu nama ayah bayi ni. Masa buka buku merah, nurse xde mintak surat nikah ke ap. Dia suruh sy isi sndiri dpan buku merah tu. Tarikh nikah pun sy dah tulis. Smlm sy d admit ke hospital sbb baby kurang berat dah di hospital juga mereka cuma tanya klu ad bawa salinan surat nikah atau ic suami. Tapi kami merancang utk nikah dlm 2 minggu ni. Klu dlm kes sy trpaksa brsalin awal sblum dpt surat nikah, adakah sy boleh bawa baby tu keluar seperti biasa? Ibu bapa saya pula berada di Syria dan hanya akan dtg ke Malaysia bulan 3 nnti. Mcm mna nak uruskan spaya sy dapat bawa balik bayi ni?

Khadijah Gani berkata...

Berterus terang dan mengakui kesilapan kamu.

Tak perlu fikirkan samada bayi itu boleh dijaga atau tidak.

Fikirkan bagaimana jikalau kamu mati semasa melahirkan?

Bagaimana kamu mahu menjawab segala pembohongan yang kamu lakukan di hadapan Allah!

Jujurlah pada diri sendiri walaupun satu dunia tidak tahu anak siapa yang kamu kandungkan. Berlaku jujurlah kepada Allah kerana DIA Maha Mengetahui.

Jangan lakukan dosa fotostat yang akan menghantui kamu seumur hidup ini. Bahkan, jika rahsia ini kamu simpan seorang diri atau berdua saja, ia bakal memakan diri satu masa nanti. Paling tidak, semasa anak kamu membesar. Ia bakal menjadi anak shubhah.

Dan semasa itu, semua yang terjadi adalah di atas kesilapan kita kerana mengikut hawa nafsu yang tidak berkesudahan. Serta sifat mementingkan diri sendiri.

Nastaghfirullah.

Kami berlindung dari hasutan syaitan yang direjam!

Tanpa Nama berkata...

salam sis.

saya tau post sis ini da lame tapi saya google mengenai anak luar nikah. saya ada seorang anak luar nikah.lelaki sekarang berumur 6 tahun .sudah bersekolah .
memang setiap kali menghantar anak ke sekolah kita akan fikir macam mana keadaan dia di sekolah.
saya hanya hendak mendapat kepastian sekiranya saya hendak berkahwin, perlu ke saya beritahu kepada bakal suami saya mengenai anak saya ini.
kami anak beranak duduk bersama keluarga saya .
adakah perlu saya memberitahu bakal suami saya mengenai anak saya. saya buntu sis .
terima kasih.

mamahakim..

Khadijah Gani berkata...

Mamahakim,

Berterus terang saja.

Lebih banyak kita menyimpan rahsia, lebih tidak tenteram hidup kita dan masa hadapan kita.

Orang yg benar2 menyayangi kita adalah orang yg dapat menerima buruk baik kita menjadi sebahagian dalam hidupnya. Kita juga begitu. Terimalah buruk baik pasangan seadanya dia kerana tidak ada manusia sempurna.

Tanpa Nama berkata...

Agak susah nak daftar anak luar nikah ni...

Sy tgh nak daftar baby nih..lahir rumah bidan, mak nya lari selepas bersalin..

JPN suruh cari mak dia dulu..huhu

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Khadijah Gani berkata...

Kerana itu semua orang harus melahirkan di hospital. Ada sijil kelahiran yang mencatatkan masa dan sebagainya.

Jangankan remaja hamil luar nikah, jika yang halal nikah pun jika melahirkan di rumah akan menyukarkan proses pendaftaran anak itu kelak.

Tiada isu susah mendaftar anak luar nikah. Buat ikut prosedurnya dan jangan lari dari kenyataan.

hamba allah berkata...

Salam kak.sy dan tunang sy prnah trlanjur dan tunang sy telah hamil 3 bulan.itu pon kami baru saja dpt tahu.masalah skrng ialah kami telah merancang utk bernikah tidak lama lagi.persediaan pon dh mula buat.tup2 dpt tahu berita ni.sy dan tunang buntu mmikirkan apa yg mahu dibuat.kami sygkn kndungan tu.dia tidak berdosa.sy dn psangan yg berdosa.nk mnta pendapat akak.selepas sy baca komen-komen semua sy mahu berterus terang kepada kedua org tuanya.sy akan cari kekuatan tu.cma mslah skrng perlukah sy beritahu sblum sy nikah atau beritahu slepas nikah.sy takut jika beritahu sblum nikah org tuanya tidak mahu menerima sy dan tidak mengizinkan kami bernikah.sy amat sygkan tunang sy.sy buntu sekarang sama ada mahu beritahu sblum/selepas nikah..

Tanpa Nama berkata...

Salam , sye bru 18 tahun dan sye sekarang tengah hamil anak luar nikah dan akan melahirkan tidak lama lagi . . Keluarga sye tak tau hal ni . . Sye sekarang takut sgt2 . . Tolong lah sye . . Sye tak nak malukan keluarga sye . . Sye nak serahkan ank sye kpd keluarga angkat . . Tolong lah sye kak . .

Khadijah Gani berkata...

Adik tanpa nama di atas, boleh emelkan akak nama dan no telefon ke khadijahgani@gmail.com

Khadijah Gani berkata...

Hamba Allah (11 mac 2015),

Mohon lakukan solat taubat dan solat istikharah minta pendapat dan bimbingan Allah. Yakin akan pertolonganNya. Cepat atau lambat, isunya adalah hak anak dalam kandungan itu harus diketahui oleh datuk dan neneknya. Darah dagingnya.

Banyak perkara kita boleh takut dalam dunia ini. Semua orang juga takut akan masa depan masing2.

Mencintai bererti sanggup melepaskan. Jika ianya kembali kepada kita, yakinlah itu adalah cinta sejati kita dan jodoh sebenar kita.

Dalam hal ini pendapat saya ataupun manusia lain tidak dapat menjadi penyelesaian tuntas kepada hamba Allah yg bertanya. Hanya Allah maha mengetahui jawapan yg sebaiknya untuk anda.

Tanpa Nama berkata...

Akak .. saya tak ade siapa nak kongsi masalah saya .. saya mengandung nk msuk 6 bulan, ank ni hasil kesilapan dan kebodohan saya dgn teman lelaki saya . kami nk kahwin tapi mak saya tk bgi, nk jaga perasaan mak saya, saya tk cerita pun pasal kandungan saya . saya dgn teman lelaki saya nak anak ni tapi kami ambil keputusan kahwin selepas lahir ank ni. kami sayang ank ni kak .. saya nk tahu ade ke tempat utk saya berlindung sekarang ? saya perlu pergi jauh dari keluarga saya sekarang kak ..

Khadijah Gani berkata...

Adik "Tanpa nama".

Ini bukan masanya kita perlu pergi jauh kerana merajuk atau mahu membawa diri jauh dari keluarga.

Perlu tahu kenapa seorang ibu tak membenarkan anaknya berkahwin dengan seseorang yg kurang dipercayainya.

Keadaaan akan jadi sebaliknya jika seorang ibu sangat PERCAYA pada seorang lelaki yg bakal menjaga anak kesayangannya.

Tapi, keadaan sekarang tidak terjadi spt yg diharapkan.

Akak percaya jika adik memberitahu akan kebenarannya, keputusan ibu akan berubah.

Apabila kita mengandungkan seorang anak, bererti kita merisikokan diri utk melahirkan seterusnya membesarkan seorang manusia. Segalanya, kita yg perlu buat keputusan ke atasnya. Kita bertanggungjawab kepadanya.

Ibu adik hanya belum dapat berfikir yg adik sudah dewasa. Bukan seorang yg kecil lagi. Kenapa dia tidak berfikiran sepatutnya? Kerana sikap dan cara kita sendiri menunjukkan yg kita ini belum cukup dewasa agar kita mendapat KEPERCAYAAN ibubapa kita.

Maka, bermula hari ini, bertindak dan berkelakuanlah seperti orang dewasa kerana adik sedang mengandungkan seorang manusia! Kelak, selepas kelahirannya akan ada banyak perkara tentang masa hadapan yg adik perlu fikirkan untuknya.

Merajuk. Membawa diri, takkan menyelesaikan masalah anak kita.

Dia perlu tahu siapa datuk neneknya dan dari masa asal keturunannya. (Masuk sekolah kelak perlu buat kajian kursus mengenai keluarga). Kelakar? Mula berfikir seperti orang dewasa sekarang.

Jaga hati atau tidak, terhiris atau tidak, terluka atau tidak, inilah yg harus setiap orang lalui. Orang dewasa hadapi.

Percayalah, keputusan ibu adik akan berubah bila dia tahu akan kebenarannya.

Katakan yg sebenar. Dan sentiasa percayakan keluarga sendiri daripada teman lelaki yg sudah pecah amanah walaupun kelihatannya seperti ibu kita ini manusia terjahat dalam dunia kerana tidak membenarkan perkahwinan dan teman lelaki itu seperti manusia paling baik dalam dunia kerana mahu menjaga anak sendiri.

Jangan sesekali termasuk sekali lagi ke dalam perangkap syaitan durjana.

Ibu kita, walaupun kata2nya jahat sekalipun, akhir hayat kita akan tetap mencari seorang ibu kerana dialah puncanya kita hidup diawal hayat ini.

Cuba dik! Jika tak cuba, kita takkan tahu untung nasib kita.

Tanpa Nama berkata...

Salam..saya nak tanya bagaimana proses pendaftran anak luar nikah sekiranya ibunya bersalin di rumah dan tiada buku merah .....adakah rumit proses tesebut dan berapa denda yang dikenakan disbbkan lewat daftar...

Tanpa Nama berkata...

Salam kak. Saya nak tanya. Saya hamil dah dekat 2 bulan. Tp saya dgn pasangan tk pernah bernikah. Soalan saya, sebelum genap 2 bulan, org kata bila nikah skrg, nama anak yg bakal lahir masih boleh di bin/binti kan bapa kan? Saya perlu kan kepastian. Saya buntu. Sye sygkan kandungan saya. Family lelaki tahu & nak bertanggungjwb. Tp family sye tk thu. Yes akak akan ckp , kita kena bgthu family saya. Tp akak tk fhm situasi saya. Ayah sye kalau dpt berita mcm ni, silap haribulan, dibunuh nya pasangan saya. Jdi sye nk teruskan dgn menyimpan rahsia. Akak mohon contact saya di erwisya1@gmail.com saya mohon sgt. Akak tlg bantu saya

Tanpa Nama berkata...

Assalam. Saya ada satu soalan mungkin lari dari tajuk. Saya sedang mencari abang kandung saya yg sejak lahir telah diberikan kepadaa keluarga angkat. Masalahnya sekarang, saya cuma mempunyai maklumat sekadar nama pendek ayah angkatnya sahaja. Ayah saya tidak memberi kerjasama malah tidak mengizinkan saya mencari abang saya. Abang saya ialah seorang anak sah taraf. Mungkinkah jika saya pergi ke jkm,mereka masih menyimpan rekod tahun 1995?

Tanpa Nama berkata...

Akak2 sume.. sy bawah umor masih 16 tahun.. sy tlah terlanjur bersame kekasih sy.. dan lelaki itu imgin bertanggung jawab... sy hndakk mngugugr kan tetapi lelaki itu tidak bagy hmm.. apkah yg patot sy buat.. sy amat takot hndak beritahu kepada ibubapa sy.. dan sy blom dpt thu lagy yg sy pregnant atau tidak

Tanpa Nama berkata...

Boleh ka selepas saja saya bersalin anak saya ni saya boleh ambil dan menjaganya walaupun dia hasil anak luah nikah saya nak menjaga dia sebap ayahnya mau bertangungjawap dan kami nak khawin tahun depan bagai mana bokeh saya tahu??

Tanpa Nama berkata...

Salam sis...Mohon pendapat dari sis..Saya dah hamil dlm 15minggu...Sekarang saya dah buntu dengan pasangan saya..Umpama main tarik tali dengan saya..Dia nak bertanggungjawab tp masalah pada saya dia suami orang...Saya dah terus terang pada isternya, tp masalhnye dia plak belum berterus terang dengan isterinya...Isterunya xboleh nak bertindak ape2 lagi...Sebab kalau isterinya terus bertindak, dia pasti akan menafikan semua tu...Kami pernah bercadang nak bertemu ber3 tp masalah pada suaminye...Keluarga saya belum tahu lagi hal nei dan saya pun belum ke KK untuk buat check up dan buku merah...Sekarang saya dah xtahu nak buat camne lagi...Kami sedang mencari jalan penyelsaian dengan cara yang baik... Tapi dia umpama takutkan untuk lalui semua ini...

Tanpa Nama berkata...

salam, sy nak tahu kalau masuk dalam pusat tu, bape lama ya?

Tanpa Nama berkata...

Saya melahirkan anak luar nikah,semasa umur anak saya 3 bln baru saya kahwin,tapi dekat sijil kelahiran anan saya cuma ada maklumat ibu tapi maklumat bapa tiada,macam mane nak dapatkan maklumat bapa....soalan kedua,kini saya dah melahirkan anak kedua,knapa pihak jpn tangguh kan sijil lahir anak saya,pihak jpn minta sijil nikah,tp sijil nikah saya belum ambik ada dekat kampung,cuma saya tunjuk surat nikah sementara,tapi pihak jpn bagi saya 2 pilihan sama ada anak awak bin kan abdullah atau nak tangguhkan dulu sijil lahir baby,jawapan saya kenapa nak bin kan abdullah,sedangkan saya dah kahwin,lebih baik saya tanguh kan dulu

Ida berkata...

kalau anda melahirkan anak tanpa bapa,tanpa surat nikah/khawin, buat 1 surat akaun yg di sahkan oleh pesuruhjaya sumpah mengaku sebagai ibu tunggal.jadi dalam sijil lahir anak nnti hanya tercatat nama ibu dan maklumat bapa tiada.
sila bwa ic dan kad klinik mengandung atau laporan hospital di mna anda bersalin.
kalau bersalin di rumah dan tidak pernah daftar di mna-mna klinik..sila bwa 2 saksi yg menyaksikan kelahiran bayi.
sijil lahir anak penting untuk memudahkan urusan di kemudian hari.
ini kalau di sabah.negeri lain sya tdk pasti peraturannya.

Khadijah Gani berkata...

Terima kasih Ida sudi bantu menjawab.

Sekali lagi saya ingatkan, jika soalan berbentuk prosedur, mohon berurusan terus dengan mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yg terdekat dengan anda. Ini kerana bagi setiap kes adalah unik dan berlainan. Tidak sama dengan yg lain.

Yang penting, buat buku merah di KK berhampiran. Zaman ini, semua staf nurse di KK sudah biasa dengan kes mengandung tanpa bapa.

Jangan tipu!
Jangan sorok!
Jangan buat konon-konon sijil nikah tertinggal di kampung. Jika tiada, cakap saja tiada.

Terlepas di dunia tak bermakna di akhirat kelak boleh terpas juga.

Jika melibatkan status bawah umur, buat report polis. Baru pergi mendapatkan bantuan dari mana-mana rumah perlindungan sementara.

Walau apa jua kondisi, beritahu ibu ayah! Atau waris terdekat.

Ini penting semasa keluar hospital kelak. Jika tiada waris, barulah JKM akan masuk campur. Ia adalah baik untuk kemaslahatan si anak. Walaupun nampak buruk untuk kemaslahatan si ibu.

Buku merah di KK adalah hak anak.

Memberitahu ibu ayah walaupun pahit adalah hak orangtua kita. Walau bagaimanapun kesalahan kita ibu ayah yg melahirkan kita pasti akan dapat menerima kita. Mungkin cuma ambil sedikit ATAU lama masa. Mohon Allah lembutkan hati mereka. Dengan syarat kita terlebih dahulu lembutkan hati kita untuk sujud meminta kepada ALLAH!

Saya bukanlah orang yg arif menjawab soalan berkaitan prosedur. Kerana itu, saya tidak menjawab kebanyakan soalan di sini.

JPN, Hospital & Klinik Kesihatan (KK), Polis, JKM perlu ke tempat mereka dan bertanya sendiri bagi kes masing2.

Jika melibatkan berlainan agama, rujuk Pejabat agama di tempat masing2. Lain2 prosedurnya.

Jika melibatkan warganegara asing, rujuk ke Kedutaan yg terlibat. Mereka sedia membantu.

Asalkan jujur dengan mereka dan diri sendiri, bantuan Allah datang dalam pelbagai bentuk.



Anak di dalam rahim itu ada sebab Allah hidupkan walau macamana cara anda menafikan.

Jika tidak mahu anak itu, PM saya di FB.


Walaupun pahit, Teruskan kehidupan!

nurul hidayah abu bakar berkata...

www.babycenter.com.my/v1027484/inside-pregnancy-weeks-21-27---video

* kehidupan kita di dunia INI sementara cuma. Terlalu singkat untuk kita terus menratap dan menyesali masa lalu tanpa disertai tindakan yang sewajarnya serta yang terbaik untuk masa hadapan. Ayuh semua yang seperjalanan kita teruskan langkah kita. Usaha untuk lakukan yang terbaik buat hari muka. Terima kasih kerana banyak maklumat dan pengalaman yang telah dikongsi bersama. Moga redha, rahmat dan keberkatan Allah sentiasa bersama pemilik blog, pembaca dan semua saudara-saudara kita bersama.

nurul hidayah abu bakar berkata...

Blog ni banyak memberikan maklumat dan perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

salam, saya hamil dan bulan depan due date.. saya cuba beranikan diri utk jujur dgn parent but sekarang mereka ignore saya. skng cuma ada fmily tunang saya je yg menyokong. family saya orang sabah. dan kesukaran utk dtg ke semenanjung bg mgmbil bby saya nnti.. adakah fmly tunang saya boleh menjadi wakil utk membawa baby saya nnti .. atau perlu melalui prosedur lain lgi. sekarang bkal ibu mertua duduk dgn saya smpai abis pantang...

Tanpa Nama berkata...

Salam kak .. saya bakal melahirkn anak luar nikah .. sekarang sy duduk dengan keluarga pihak lelaki .. keluarga sy jauh dan tidak dpt hadir ke hospital . bolehkah kluarga daripada pihak lelaki menjadi penjamin sy bila mahu keluar hospital nanti ....

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.. nak share sikit kisah saya. saya berumur 17 tahun, dan mengandung anak luar nikah yang kini masuk 8 bulan. saya dah kawin dgn bapa nya pada bulan oktober tahun ni. baru sebulan lebih nak masuk dua bulan. masa baru tahu yang saya mengandung, saya mmg dah sygkan anak saya. tk pernah terlintas utk buang dia. saya dan bf saya (waktu tu belum kawin) mmg tekad dan redha dan tahu tindakan yg sepatutnya diambil ialah beritahu mama. cuma kami takut2 and tktau cmne bak bgtau. dengan izin Allah swt, mama dpt tahu sendiri bila dia jumpa pregnancy test saya dlm bilik. mmg saya sengaja tinggal merata, manalah tahu dia akan jumpa. dia tnya saya elok2, saya mengaku. mula2 dia mmg sedih dan kecewa dan marah, dia cakap macam2 yang buat saya tertekan. anak tu akan hidup susahlah, itulah inilah. saya asyik nangis je tp saya redha sebab saya tahu tu salah saya & saya mmg sygkan anak tu. jd saya tekan untuk tabah demi anak dalam perut. tapi lama2 mama terbuka hati jugak utk terima, dia uruskan segala urusan hospital saya. saya bersalin di hospital swasta sbb mama kata biarlah selesa bersalin buat pertama kali. mama pun dah mesra kembali dgn suami saya. alhamdulillah. baby sihat & lagi 4-7 minggu saja dia akan dilahirkan kedunia. barang2 baby pun dah beli. excited sgt. walaupun saya masih muda tp mungkin allah kurniakan sifat penyayang yang besar dkt saya. ambik spm haritu pun dgn kandungan yang tengah menendang dlm perut. saya redah je. anything utk anak mmy. saya bertekad utk jaga dia dgn penuh kasih syg. moga dipermudahkan semuanya. aamiin..

for those yang dlm situasi ni, saya mohon tolong jangan buang atau gugurkan baby. sesungguhnya mereka adalah anugerah yang istimewa dari allah. kalau tk mahu pun beri lah dkt orang yg sedia menerima..

Tanpa Nama berkata...

askom akk sy nk tnye skrg ni sy mngndung hmpir 3 buln sy x thu nk buat buku merah sbb sy tkut dan fmly sy tidk thu pasal ini..sy tkut nak barithu.jika sy brslin di hspital kerajaan adakh ank tu akn diambil oleh pihak jkm sekiranya tiada ahli kluarga sy akk ..blh x akk trgkn kat email sy

Tanpa Nama berkata...

Salam akak,sy nk bertanya.Pd 6tahun lepas sy telah diragut dan dirogol ketika balik dr kolej.kejdian hitam tu buat sy trauma disebabkan sy telah mengandung dan melahirkn bayi di hospital kerajaan. Ibubapa sy jg telah bsetuju pd jkm utk serahkan Anak pd jagaan family angkat segala urusan mgikut prosider. Dan Kini sy bru berkahwin 5bulan Dan disahkan mengandung 10minggu, bgaimana utk sy buka buku pink? Perlu declare Anak kedua atau pertama bersama Suami. Sebab buku pink Anak pertama sy dipegang oleh rumah perlindungan.

Tanpa Nama berkata...

Salaam Puan,

Saya telah menghantar emel kepada puan untuk bertanya kepada puan. Saya berharap agar Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca dan membalas emel saya. Terima kasih terdahulu kepada Puan atas perkongsian ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya tengah mengandung 5 bulan dan saya hanya berumur 19 tahun. Nak simpan anak ini tapi sejujurnya bapa nya tidak mahu bertanggungjawab dan melarikan diri. Tiada surat kahwin dan kad merah atas sebab belum berdaftar ke klinik ibu dan anak. Dengar kata JAIS akan soal siasat pasal ini. Tak tahu mau buat apa. Tolong saya

Tanpa Nama berkata...

hello..sy nk brtnya..kalau ibubapa yg nk brtanggungjawab kepada bayi tu..adakah pihak jkm terima ataupun mereka tetap juga mngambil bayi tu ?

Tanpa Nama berkata...

Ass,saye nak share dan tanye soalan,smg saye dpt jwbn dr puan..sblmnya trima kasih..mcm ni saye org indo(muslim)mempunyai ank luar nikah dgn org serawak(cristian)..kami hdp brsama mbesarkn ank kami dgn baek,kr faktor keuangan kami blm berkawin.kr msh menanggung beban keluarga..skrg tlh menabung dan brhasrat menikah dgn cr muslim kr dia nak masuk muslim,ank saye dah ada sijil lahir tanpa ajukan surat nikah tp ank saye bkn warga negara atas nama ayahnya dgn agama cristian,skrg ank saye dah sekolah soalan saye bila saya berkawin secara muslim dgn si ayah..bolehkah ank surat beranak ank saye memohon my kid..mcm mn caranya!wslm

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya sekadar nak berkongsi pengalaman saya. Saya baru lepas melahirkan ank luar nikah bbrpa minggu yang lalu. Sepanjang kehamilan saya, saya srokkan drpada keluarga dan saya tk buat buku merah. Betapa bodohnya saya waktu itu. Saya berterus terang pada ibu saya ketika air ketuban saya sudah pecah di rumah. Allahu. Rasa berdosa sangat pada kedua ibu bapa saya. Jjur, saya tk pernah ad niat untuk buang bayi saya sepanjang tempoh kehamilan tapi sya seperti anda smua, saya takut nak beritahu hal sebenar kepada keluarga saya. Pada hari melahirkan, kedua ibu bapa saya setia temani saya, saya terharu dan serba salah sgt2. Suami saya (pada waktu tersebut adalah bf saya) juga datang utk bertanggungjawab. Air ketuban saya pecah pd 3pm waktu itu, ibu saya bergegas hantar saya ke emergncy hosp bsr manakala ayh saya sdh mnggu di sana. Smpi shja di labour room, dr trus scan bby dan lihat kepala bby sudah kelihatan, sye trus dbawa ke wad bersalin, walaupon sye hamil luar nikah, tpi Allah beri saya nikmat rasa sakit bersalin. Sejurus selepas melahirkan, ibu saya dibawa msuk utk melihat ank sya. Ibu tidak mahu pndng wajah saya. Saya tahu ibu amat kecewa sgt2 pd saya wktu itu. Selepas ibu keluar, nurse menjahit luka bersalin, alhamdulillah nurse trsbut mmbri kata2 smngat kpd saya. Namun ad seorang nurse memerli saya di hdpn saya waktu trsbut. Mmg sedih nmun sya sedar. Itulah yg akn saya hdapi kendian hari. Inilah silap saya. Selepas dijahit, baru sye dpt tahu anak sye perlu dmsukkn di wad akbt nafas kncg smsa lahir. Saya sedih sgt2 masa tu. Anak saya sakit sbb saya. Saya serba salah dn mnysl sgt2 sbb tk scan bby awal2. Maafkan ibu anakku. Setelah itu sye dbawa ke wad. Semua org tidur dgn bby msing2. Tpi bukan saya. Ayah dn ibu dtg menemani sya, mereka cuba redha. Mereka kata tiada guna pndg ke blkng kerana smua tlh trjadi, ayh nsihatkan saya utk pndg ke hdpn dn berubah jdi lbh baik. Terima kasih Ya Allah. Ampunilah dosa kdua ibu bapaku Ya Allah. Bayi saya ditahan di wad selama 6 hari. Pada hari kdua sya pergi melawat bayi. Bila saya lihat bnyk ksn suntikn pd tgn bayi, saya sedih sgt2. Andai sya buat bku merah psti bayi sye tkkn brda dlm keadaan begini. Sya juga dpnggl utk disoal siasat oleh pgwi jkm. Memang kena ceramah tpi itulah yg perlu sya tnggung ats silap sye. Ibu saya mnjdi pnjmin. Utk releasekan bayi, perlukan srt pnjamin. Setelah 6 hari, bayi sya dh bole dschrge dn sye bpntng di rumah ibu. Ibu mnjga sya dgn baik skli. Terima kasih ibu sbb sudi terima diri saya seadanya. Sekarang sye sdh bernikah dgn suami sye. Ape pon nsihat sya, jika anda lahir luar nikah, jgn ikut lngkh bodoh saya. Terus trnglah pd keluarga anda. Memang pd mulanya mereka marah tp ingatlah, bnda ini jadi sbb silap kte jgk. Bertaubatlah. Dan pling penting, buat bku merah sbb bku merah dprlukan ktika pndftrn.

Tanpa Nama berkata...

Terima atas nasihat... saya nak bertanya nie,bagaimana kalau wanita tersebut telah mengandung anak luar nikah dan wanita tersebut tidak ingin lelaki yg mengandungkan ya bertanggungjawab atau menikahi ya,wanita tersebut hanya dia yg mengurus sekala kandungan ya bersendiri bersama kelaurganya,sedangkan mendaftar buku merah itu memerlukan salinan kad pengenalan suami dan sijil nikah? Terima kasih saya sekadar bertanya sebab sebelum ini saya ada kawan yang hamil anak luar nikah dan tidak ingin berkahwin tetapi dia gembira dengan kewujudan bayi tersebut,baginya dia lagi gembira bersama anaknya itu tanpa suami... sekarang kandungan sahabat saya tu dah masuk dua bulan.. boleh tolong bagi pendapat terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya seorang duda, saya mencari seseorang ibu bersama kandungan tapi tak lebih 5 bulan, saya sudi mengambil sebagai osteri sah dengan syart ia bertaubat nasuha, saya menjaga anak saya seorang diri selama 15 tahun, anak saya meningkat remaja dan anak sya perlukan adik, oleh itu sesiapa yg berminat, sms sya 017 2805015,

Tanpa Nama berkata...

kak....sy hamil empt bulan tggal dgn fmly blum bterus terang dgn mak tp mak dh mcm dpt jangka dan ckp kt sy. kalau ak tawu bdx tu mmg ada hg dgn bdx tu dua2 ak bnuh. sjujrnya sy pun ank luar nikah tp knp mak xboleh tima bby ni kak..mak ckp sy dulu pun dy nk buang ayh yg pksa bela. sy jgk mgsa seks ayh dari tingkatan 2 sampai skrg. bila cita kt mak mak ckp hg yg goda laki aku. sbb masalah kluarga ni lh sy jd liar sampai ada ank skrg. tp sy xnk buang mcm mak nk buat kat sy.. sy xnak ank sy rsa apa yg sy pnah rsa sy syg sgt kt ank ni.. sy nk dia.. pasangan pun nk dia insyaallah kmi akn sah khwin bulan 10. tp sy xrsa kami mampu tanggung kos bby..pasangan sy pulak ank yatim piatu dr kecil xda fmly.. hari2 sy doa minta allah tolong sy kak..

Sha berkata...

Assalamualaikum.. sy sdg hamil 6 bln,dan msih blm bernikah. Buku merah jg blom sy buat krn hnya bf n sy je yg tau hal ini.dan sy tdk berkemampuan utk ke klinik. Fmily sy msih xtau ttg ini. tetapi sy dn psangsn sy ingin brtggubgjwb akn ank ini. Sy dn psangan ingin brkhwin sjk dr dulu ttpi ibu sy tdk merestui sehinggakn dia mengugut utk xmerestui lgsung pernikahan kami smpai bila2 pon. Sy sedar akn hal agama n dy tau redha ibu bapa adalah redha Allah juga. Ibu sy tau kami prnh trlanjur dan dia prnh mngugut saya spya mngugurkn kndungn skiranya sy mngndung sbb itulah sy tdk berani utk mnyatakn kpd mereka. Faktor usia mereka jg mbuatkn sy risau terutamanya due sy berhmpiran dgn trikh mreka mnunaikn umrah. Sy risau skiranya sy bterus terang,urusan mereka akn trgendala atau apa2 yg x elok akn trjadi. Sy sedar dn insaf akn ksalahan sy,bharap taubat akn dterima. Namun sy masih buntu bgaimana dan kpd siapa harus sy luahkn perasaan. Sy takut untuk bterus terang n melukakn hati mereka skali lg. Skrg sy tinggal di rumah kakak sy ttp dia juga x tau hal ini. Sy cuma inginkn yg terbaik buat semua trmasuklah anak sy ini.

Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...