Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kesihatan

Antara usaha dan tawakkal

Saya dan suami adalah Work-At-Home-Parents. Dah 10 tahun suami saya kerja remote dari rumah. Meeting semua pakai VC ke serata alam buana. Dari bilik kecil dia tahu semua isu terkini di Rusia, Jepun, Philippine & memana lagilah lokasi rakan sekerjanya. Haruslah ada meja khas untuk dia sorang. Bagi mak pula, meja kerja mak ialah meja dapur, atas katil ataupun iron board. Kat memana pun mak boleh buat kerja. Ini realitinya bila dah 10 tahun "Rumahku Ofisku" jua. Duduk di rumah ni memang dah jadi "makanan" kami sejak 1 dekad dulu. Apalagi sejak mula tahu almarhumah nenek kena kanser bulan September tahun lepas, terus kuatkuasakan perintah kawalan pergerakan ke atas diri sendiri & anak2. Pernah mak marah Fatihah & Fathi kerana lambat keluar balik sekolah. Katanya cikgu tahan sebab kena tolong susun kerusi meja untuk peperiksaan. Mak jadi emosional sangat sambil berkata, "Lain kali cakap kat cikgu saya kena balik cepat cikgu. Nanti mak saya...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.

Bila anak kena AEFI

Semua perkara dalam dunia ini ada risikonya. Dunia ini sendiripun dijadikan dengan riskonya tertentu. Lalu, mengapa Allah masih menciptakan sesuatu yg berisiko ini jika sudah tahu ada risiko yg buruk bakal terjadi? Kerana dunia ini adalah tempat ujian. Allah hanya ingin menguji hamba-hambaNya siapakah di antara hambaNya yg lebih baik amalannya? . 30 April 2017 Fatihah ke sekolah seperti biasa. Balik saja ke rumah dia mengadu sakit kedua-dua belah tangannya kerana ada injection hari ini di sekolah. Saya agak terperanjat kerana pihak sekolah tidak memaklumkan apa-apa. Saya bertambah risau kerana kelmarin dia baru terjatuh dan tangannya terseliuh hingga dia tak boleh disentuh langsung. Tapi semalam saya dah bawanya mengurut dan dah baik. Petang itu, semasa dia mandi saya perasan tangan sebelah kanannya jadi merah dan bengkak, besar. Saya memberitahu suami. Saya juga ambil gambarnya dan seperti biasa meminta pandangan dan pencerahan daripada Dr. Hairin Anisa T...

Apabila anak jaundis.

Pengalaman keempat empat anak saya prolonged jaundice (dekat 2 bulan) membuatkan saya mahu mencari ilmu sebenar di sebalik isu ini.  Bermula kisah Fathi (2009) apabila hari kedua dimasukkan ke Nicu. Semasa itu saya masih naif tidak tahu betapa susahnya menyusukan anak di saat badan masih lagi sengal sengal belum dapat balik ke rumah lagi. Bersalin di sebuah hospital kerajaan, tidur di Nicu dengan kerusi lipat jadi katil, barang keperluan yg tidak cukup, sejuk aircond malam, toilet yg jauh, makanan bungkus polisterin dan paling menyentapkan apabila staf nurse shift malam yg mengejutkan kami bangun setiap 2 jam dengan perkataan yg menghiris jantung ibu dalam pantang yg kepenatan ini. "Bangun bangun! Susukan anak! Mesti habis 2oz ni. Jangan ngelat! Saya tahu siapa ngelat. Kita dah penat penat buatkan susu dia buang pulak!" "Siapa tak susukan anak habis 2oz ni nak anak mati ke? Tak payahlah susu badan kalau takde susu." "Awak ni ad...

WEAN-OFF (cerai susu)

Sesetengah wanita hamil masih boleh menyusukan anak. Sesetengahnya pula hanya tidak boleh. Saya akan mengalami Hb rendah setiap kali mengandung. Juga alahan yang agak teruk semasa di awal trimester. Tambahan pula ada rasa sakit dan ngilu dalam rahim setiap kali menyusukan anak. Kerana ini keputusan untuk wean-off terpaksa diambil. Rupanya ia bukanlah semudah yang disangka untuk putuskan begitu sahaja. Saya sedikit tertekan dengan situasi ini pada awalnya. Tiap kali menyusukan anak (berikan juga) saya berada dalam kesakitan yang amat sangat! Hinggalah pada satu hari, saya berjumpa Mak Aji Urut yang selalu saya minta nasihat perbidanan daripadanya. Biasanya, dia tidak lokek berkongsi ayat / surah bacaan bagi satu-satu isu kerana dia pernah belajar dari Darussyifa’. “Mak Aji, ada ayat tak yang boleh kita amalkan untuk putuskan susu dengan anak?”

Surirumah dan kerjaya di luar rumah

Saya tidak menyangka sama sekali yang saya akan mempunyai kerjaya lain di luar rumah selepas 7 tahun membina kerjaya sendiri dari rumah. Sungguh, ia adalah dua perkara berbeza apabila kita memperkatakan kerja dari rumah & cipta dan bina kerjaya dari rumah. Subhanallah! Saya berpeluang merasai perbezaannya. Allah jualah sebaik-baik Perancang. Rutin hidup yang baru ini agak mencabar buat saya. Jujur kata, saya ini umpama 2 dalam 1 atau boleh jadi 3 dalam 1. Boleh jadi juga 4 dalam 1! Haha.. Saya dapat merasakan tahap kehidupan saya ini melalui fasa-fasanya tersendiri.

RESEPI ROTI BERDAGING CHEESE

Ini adalah kali kedua percubaan membuat resepi ini. Kali pertama hanya menggunakan keju cheddar agak kering dan tidak berapa melekat. Kali ini sungguh moist dan melekat! Alhamdulillah.. Ibu mengandung dan orangtua juga suka makan ini.. Hehe.. Kecuali orang yang tidak suka cheese atau tidak minum susu seperti tuan suamiku yang tercinta maka, tidaklah suka memakan hidangan sebegini.. Kuikuikui.. *Tiada sukatan yang tetap. Saya tak tahu berapa. Main masukkan sesuka hati sahaja..* (Inti) Minyak untuk menumis Daging kisar 1 plastik Bawang merah Bawang putih Serbuk jintan manis - jangan banyak sangat Serbuk kari daging - jangan banyak sangat Garam - secukup rasa Daun ketumbar

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semasa dalam perjalanan ke rumah saudara mara, seperti biasa kami akan mendengar Ikim.fm. Slot bersama seorang Ustaz (tidak pasti siapa kerana kami terlepas dan sempat mendengarnya setengah hingga ke akhir sahaja) menyatakan indeks ukuran (KPI) untuk kita mengetahui samada Ramadhan yang lepas memberi makna kepada diri kita dan berjaya melaluinya sebagai suatu tarbiyyah atau tidak adalah melalui puasa enam. Samada kita mampu atau tidak berpuasa 6 hari di bulan Syawal begitu juga samada semua amalan dan aktiviti harian kita selepas ini (seperti solat malam dan membaca al-Quran) dapat dilakukan secara automatik atau tidak. Bagaimana amalan yang dikatakan automatik? Bukan semi-automatik atau manual? Samada kita rasa bersalah atau tidak jika tidak dapat membaca al-Quran dalam 1 hari. Samada kita rasa bersalah atau tidak jika tidak dapat bangun malam untuk bersolat. Inilah hasil tarbiyyah Ramadhan tanda puasa dan amalan kita diterima ataupun tidak. Wallahu 'Alam. Mog...

Ceritera si anak : Fathi, Fatihah, Fahmi

Sebelum saya menjadi pelupa, saya mahu abadikan kisah ini dan pengalaman di sepanjang kehamilan dan kelahiran insan-insan kesayangan saya ini. Dahulu, semasa anak pertama masa mengandung dirasakan sangat indah. Semasa itu, diri sendiri membawa 1 kandungan sahaja. Tiada anak lain untuk diuruskan atau dilayan. Tambahan pula hanya duduk di rumah goyang kaki. Ketika itu, kami masih di KL. Kebanyakan masa adalah untuk diri sendiri dan anak dalam kandungan. Memasak pun tidak. Dapur tak berasap langsung kerana saya tak boleh bau langsung bawang yg bertemu dengan minyak panas. Menumis saja, walaupun terbau jiran sebelah memasak, saya akan muntah. Dari awal hingga akhir kehamilan. Hasilnya, Fathi sangat sensitif dengan bau-bauan. Dia cepat mengenalpasti bau yg busuk atau wangi. Hinggakan isi ikan atau sayur kecil yg dihancurkan dan dicampurkan dengan nasi pun dia akan tahu yg nasi itu ada ikan atau sayur. Akibatnya, putus selera! Aduhaii.. Menjelang kelahiran Fathi dahulu,  air ...

Spinal Tumor part 2

Sambungan daripada sebelum ini. Keesokan paginya (Jumaat) saya banyak mendapat respon daripada sahabat-sahabat suami. Banyak yang mendoakannya dan ada juga yang terus mahu mengumpul duit untuk sedikit sumbangan (cuma saya tak berikan no akaun saya kerana suami hanya senyap ketika saya minta keizinannya, maaf ya). Sejujurnya, apa yang saya kongsikan di FB itu hanyalah untuk memohon doa dari yang jauh mahupun dekat supaya ia menjadi kekuatan kepada saya mahupun suami sendiri. Di samping ahli keluarga sendiri, saya yakin kawan-kawan adalah sumber yang paling mujarab untuk memperoleh doa yang makbul. Saya amat terharu dengan respon yang diberi. Doa, kata-kata semangat, lawatan juga usaha untuk mengumpul sedikit dana itu amat membuatkan saya terharu. Tidak sangka suami mempunyai sahabat-sahabat yang amat baik dan prihatin. Sebenarnya, satu hari itu kalau boleh saya tak mahu berenggang dengan suami di hospital. Saya mahu berada di sisinya sebelum dia masuk ke dewan bedah selepas solat...

Ia adalah ketumbuhan tulang belakang (Spinal Tumor)

Sudah sebulan saya tidak dapat menulis apa-apa di sini. Melihatkan entri terakhir saya tulis adalah mengenai suami dan anak-anak. Saya tak pernah bercerita mengenai suami kerana suami saya sendiri tak berapa suka untuk dijadikan bahan cerita. Hatta, jika kerap saya bercerita tentang anak-anak juga suami minta dihadkan. Betapa besarnya kuasa Allah menggerakkan hati saya untuk mencoret sedikit peristiwa yang sudah berlaku itu di sini. Rupa-rupanya adalah sebagai catatan untuk saya renung kembali tanda-tanda terakhir sebelum suami jatuh sakit dan perilaku terakhir anak-anak dapat bermanja-manja dengan abahnya. SAKIT BELAKANG Sebenarnya, suami sudah lama mengadu sakit di pinggang dan belakangnya hingga sekitar pahanya menjadi tegang dan sukar untuk berjalan. Pernah sekali apabila datang sakitnya itu dia mengesot (bukan merangkak tapi MENGESOT) pergi ke bilik air selain dari berbaring sahaja. Untuk meredakan sakit, dia akan berbaring dan tidur dalam jangkamasa sehari suntuk. Kebiasaa...

Hydrocele & Fathi episod akhir.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sebenarnya saya agak tak sangka dengan perubahan Fathi. Selepas pembedahan pertama awal tahun lepas, Februari 2010, Fathi ok saja sehinggalah selepas sebulan pembedahan yang sebelah lagi membengkak pula. Oleh kerana saya sudah dimaklumkan awal yang 70% hidrosil akan jadi semula untuk di sebelahnya maka saya tak terkejut. Namun, saya nekad untuk tak mahu membedah lagi untuk kali keduanya. Pada mulanya saya terpaksa akur apabila yang sebelah kiri itu semakin besar macam dulu di sebelah kanannya. Saya sudah mengumpul duit untuk buat pembedahan kali kedua (jika terpaksa). Tapi, keajaiban terjadi. Saya hanya berdoa dan berusaha mengikut ilmu yang saya ada ini secara lebih konsisten (istiqamah setiap hari) dan lebih relaks (sangat berharap tapi tak tunggu, tak soal-menyoal dan tak ternanti-nanti bila nak sembuh). Maka, saya lebih berserah dan berbaik sangka atas rahmat Allah (usaha/produk hanyalah sebagai alat/asbab untuk membuktikan s...

Perubatan Islam ke ni?

Mutakhir ini terlalu banyak jenis rawatan dan perubatan yang mengklasifikasikan dirinya sendiri sebagai perubatan Islam. Hanya kerana mengamalkan ayat-ayat al-Quran. Namun, setiap kali muncul di kaca tv saya biasanya akan perhatikan bagaimana proses rawatan yang dijalankan. Kebiasaannya, oh mungkin saya boleh katakan kebanyakannya apabila wujudnya elemen 'bersentuhan antara pasien perempuan dan pengamal lelaki' hati saya tak semena-mena akan menyatakan 'seperti ada yang tak kena'.. Ya, walaupun dengan alasan "takpelah, untuk berubat.." Ataupun saya akan perhatikan seperti ada unsur yang menunjukkan kehebatan pengamal itu sendiri seperti semasa mendiagnos atau memberikan rawatan hanya dengan melalui tangan yang di bentuk-bentuk di udara. Bukan kelakar tapi hati saya akan berkata, "wah, ajaibnya! ni mesti teror orang nih! orang lain tak semua boleh buat macamni.." kerana nampak seperti sesuatu yang mistik dan ajaib. Maka, barulah saya  sedar yang ay...

Di balik kesempitan ada kesenangan..

Khamis lepas, setelah tiga hari saya menahan kesakitan di sekitar perut, akhirnya saya terpaksa mengikut prosedur biasa yang dicadangkan doktor klinik berdekatan untuk ke hospital besar. Suspek apendiks dan perlu permbedahan secepat mungkin. Saya mohon untuk di scan terlebih dahulu tapi kata doktor dan semua orang di hospital itu, "Memang kalau apendiks kita terus bedah. Ok ke tak ok ke kita terus buang. Itu memang prosedurnya." Jumaat, 30/09/11, saya menjadi orang pertama untuk dibedah pagi itu. Pada mulanya, doktor mahu melakukan Appendictomy saja tapi ianya ditambah lagi dengan Laparascopy untuk melihat ovari saya. Dikhuatiri appendiks dalam masa yang sama juga sebab saya sakit di sebelah kiri juga apabila ditekan, dikhuatiri juga masalah berkaitan peranakan seperti mengandung luar rahim. Semalam, saya masuk ke wad berseorangan kerana suami sedang memangku anak saya yang kecil, Fatihah, yang tidak mahu-mahu tidur mengamuk kerana saya tidak dapat menyusukannya seperti ...

Ramadhan Kareem : Kullu 'Aam Waantum Bikhair..

Pasangan yang akan melahirkan zuriat pasti akan melakukan persediaan untuk menyambut si anak. Pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar juga sudah pasti akan melakukan persediaan sejak awal tahun lagi. Pekerja yang mahu mendapatkan pekerjaan yang baik pasti akan melalui sessi 'interview' terlebih dahulu. Sebelum pulang ke kampung menaiki kenderaan juga memerlukan kita memeriksa terlebih dahulu persediaan kereta itu untuk berjalan jauh. Semua perkara besar mahupun yang kecil dalam hidup kita memerlukan persiapan sebelum kita memulakan sesuatu. Agar apa yang kita buat itu punya momentumnya tersendiri dan bakal berpanjangan seterusnya menjadikannya sebagai salah satu cara hidup.. Sesuatu yang baik dan tidak tersusun pasti akan dikalahkan dengan sesuatu yang tidak baik tapi tersusun. Oleh itu, mari kita sama-sama merebut peluang yang Allah beri dalam satu bulan khas untuk umat seluruhnya namun yang membezakan kita dan orang lain adalah PUASA YANG TERSUSUN. Saya menyeru jug...

Hydrocele & Fathi part 2.

Ketika umur Fathi 2 setengah bulan saya sudah mengesan tumbesaran yang tak sepatutnya terjadi di situ. Setiap bulan saya bawa check up biasa di klinik kerajaan. Masa 2 setengah bulan itu juga saya sudah memberitahu tentang kebimbangan saya. Dan misi mencadangkan Fathi dibawa ke GH untuk check up yang detail. Itulah kali pertama saya mendengar perkataan hydrocele . Petang itu juga saya dan suami ke HKL (semasa itu masih menetap di KL) tapi kami tak jadi jumpa pakar kanak-kanak kerana kami kena tunggu dekat 4 jam lebih walaupun nombor sudah dapat. Agaknya doktor tu sibuk sangat dan tiada doktor lain kot. Seterusnya kami mendapat pandangan pertama daripada doktor peribadi kami a.k.a abang ipar saya a.k.a abang kepada suami yang juga doktor alternatif. Dia cadangkan supaya kami jumpa dengan pakar kanak-kanak yang biasa dengan kes kanak-kanak dan cool di Kluang (caranya tak menakutkan mak bapak seperti doktor pakar lain yang selalu salah penggunaan ayat jika anak kita sakit). Nam...

Ibrah sakit.

Saya memang kurang membaca sejak menamatkan pengajian dulu. Tapi suami saya seorang 'kaki buku'. Buku terbaru dia habis baca ketika di dalam keretapi untuk ke KL ialah "Maryamah Karpov". Kesinambungan cerita "Laskar Pelangi". Oleh sebab itu, saya akui kekurangan tatabahasa saya yang agak lemah daripada tatabahasa suami. ------------------------------------------------------------------------------------------------- Saya : Pagi tadi melawat 'sepupu' bersalin. Masa datang tu dia tengah mengurut. Lepas habis tu, saya berbual panjang dengan makcik urut tu. Banyak jugak kisah sedih dia. Dari kisah dia lumpuh masa mengandungkan anak ke-6 lah sampai dia sihat walafiat balik walaupun anak dia sindrom down. Anak dia tu betul-betul istimewa! Macam-macam yang dia lalui. Dia kata sebab nak dapat ilmu. Kan orang tua-tua percaya, kalau kita nak dapat 'sesuatu' tu ujiannya mesti ada. Apalagi nak dapat ilmu yang tinggi! Suami : Hmmm... Saya : Pastu, tiba-ti...

Hydrocele (Hidrosil)

Khamis lepas Fathi selamat buang hidrosilnya. Di Hospital Pakar Puteri Johor. Tu pun disebabkan saya tukar fikiran. Jika tidak sebenarnya jadual pembedahan tu di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Sebenarnya rasa bersalah juga sebab tak beritahu HSA saya sudah berubah fikiran bawa anak ke tempat lain. Bukan apa. Sepatutnya Fathi kena admit wad di HSA pada 8/2 dan jumpa pakar bius sekali. 9/2 baru dijadualkan pembedahan tu. Masalahnya: 1. Saya memang tak boleh teman Fathi jika masuk wad sebab Tiha masih nyusu badan. 2. Saya juga tak boleh tinggalkan Tiha. Pernah juga tinggal-tinggalkan Tiha tapi dia tetap cari susu badan. 3. Jadi, bapak Fathi teman Fathi dalam wad? hmmm... Saya tersangat berat hati nak tinggalkan suami menguruskan Fathi 1 malam di hospital atas beberapa faktor peribadi. 4. Lagipun, di wad kanak-kanak hospital awam begini lebih ramai mak-mak yang jaga anaknya bukan kaum bapa. (Saya fikir, mungkin akan timbul tak selesa kaum ibu bermalam di situ jika ada ka...

4 bulan lamanya...

Lamanya tak buat apa2 dengan site nih..Dari Julai sampai sekarang Oktober baru boleh online. Tak tau la sejak mengandung ni terpaksa berkompromi dgn si anak dalam perut ni. Orang mengandung biasanya alah dengan benda2 macam bau2an ke, makanan ke, tempat ke tapi saya amat pelik sebab diri saya sendiri alah pada internet?! Tiap kali online je dalam 5 minit mesti kepala dah pusing mcm nampak bintang2 walaupun di pagi hari..haha..sampai suami pun kena hadkan masa dia dpn komputer sebab saya yg dok belakang komputer ni akan mabok! Real maboknya mcm mabok laut! Mabok pada bau2an pun ye juga! Amat pantanglah bila minyak berjumpa dengan bawang (aktiviti menumis dan seangkatan dengannya)..tiba2 terus muntah! Sepanjang Ramadhan memang saya tak memasak langsung..beli kat bazar je..Kesian pulak suami..Tapi nak buat macamana, azabnya tiap kali orang memasak mesti saya muntah. tak kiralah pagi petang siang malam..Suami kata nak buat camna, takkan nak halang orang lain memasak..hehehe... Sepanjang tu...