رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Rabu, 4 Januari 2012

# keluarga # kesihatan

Hydrocele & Fathi episod akhir.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Sebenarnya saya agak tak sangka dengan perubahan Fathi. Selepas pembedahan pertama awal tahun lepas, Februari 2010, Fathi ok saja sehinggalah selepas sebulan pembedahan yang sebelah lagi membengkak pula. Oleh kerana saya sudah dimaklumkan awal yang 70% hidrosil akan jadi semula untuk di sebelahnya maka saya tak terkejut. Namun, saya nekad untuk tak mahu membedah lagi untuk kali keduanya.

Pada mulanya saya terpaksa akur apabila yang sebelah kiri itu semakin besar macam dulu di sebelah kanannya. Saya sudah mengumpul duit untuk buat pembedahan kali kedua (jika terpaksa). Tapi, keajaiban terjadi. Saya hanya berdoa dan berusaha mengikut ilmu yang saya ada ini secara lebih konsisten (istiqamah setiap hari) dan lebih relaks (sangat berharap tapi tak tunggu, tak soal-menyoal dan tak ternanti-nanti bila nak sembuh). Maka, saya lebih berserah dan berbaik sangka atas rahmat Allah (usaha/produk hanyalah sebagai alat/asbab untuk membuktikan saya manusia lemah yang hanya berharap kepada Allah bukan pada produk/usaha sendiri lagi) yang akhirnya saya temui penghujungnya. Segala puji hanya pada Allah!

Apa yang saya lakukan? Saya kongsikan di sini. (Peringatan kepada semua, apa yang saya lakukan ini kerana saya belajar dan tahu sebab, fungsi dan ilmu di sebalik tiap tindakan saya bukan ikutan mahupun suruhan dari sesiapa).



1- Dulu saya berhentikan bilasan mandi ais anak sebab dengar ada orangtua cakap yang minum ais apalagi mandi ais adalah penyebab 'di situ' membesar. Tapi, bila anak saya sendiri sudah terbiasa (sejak berumur 1 setengah bulan saya sudah mandikan dengan 3 ketul ais) maka, dia sendiri yang pergi ke peti sejuk untuk mengambil ais tiap kali sebelum masuk bilik air (konsisten) dan membuat bilasan ais setiap hari selepas mandi pagi dan petang tanpa tertinggal sehari pun.

2- Dulu saya agak tersesat yang saya mencuba segala macam petua orang dulu-dulu. Saya tuam dengan macam-macam jenis daun. Tuam sejuk dan panas kesemuanya saya cuba. Tapi, sejak pembedahan pertama, saya berhenti menuam dan berhenti mendengar apa-apa petua lagi. Saya fokuskan untuk menyapu sedikit 'Pembersih XY'. Sejak menggunakannya selepas pembedahan hingga sekarang masih ada lagi berbaki setengah botol yang kedua ini. Gunanya hanya sedikit saja kerana ianya adalah abstrak asli daun sirih yang khasiat alkali pada daun sirih itu masih dikekalkan dengan cara cool pressure. Anda boleh membacanya tentang  XY ini di entri hidrosil part 2. (Hmm... Bolehlah saya jadi testimoni pertama yang gunakan ini untuk masalah hidrosil.. hehe..)

3- Saya beri Fathi kunyah ais. Ais itu yang saya buat sendiri di rumah dengan air tapis bukan ais yang dibeli di kedai! Dan saya menyekat dia dari terus menerus meminum air manis (kordial) sebaliknya saya memujuknya supaya minum air sejuk atau gigit ais! Sekarang Fathi mampu minum air sejuk kosong daripada minta minum air yang berperisa dan manis.

Ya.. Itu sahaja.

Saya merasakan dahulu bagaimana  saya tersesat dan terbabas hingga hilang fokus dalam mencari mana satu kaedah/cara yang paling berkesan untuk mengubati sesuatu penyakit. Saya berjumpa semua orang, pelbagai peringkat umur dan meminta nasihat mereka atas penghormatan saya kepada pengalaman mereka yang 'lebih dahulu merasa garam' atau lebih dahulu punya pengalaman yang sama.

Akhirnya, saya dapati akibat banyak mendengar 'bunyi-bunyian' / cakap-cakap orang menjadikan diri saya tersesat tanpa ilmu. Walhal, sebenarnya saya tidak mempraktikkan ilmu yang sudah dipelajari dan sedia ada dahulu. Astaghfirullah..

Kesimpulannya, tak kira cara apa sekalipun yang kita tahu dan yakin mahu mencubanya maka fokuskan pada YANG SATU. Fokus pada satu cara yang betul-betul kita punya ilmu pengetahuan tentangnya dan selok belok mengenainya dan jangan sesekali kita bertindak atas suruhan orang atau ajakan orang membuta tuli. Jika boleh, kita harus tahu fisiologi tubuh (tak kiralah kita di bidang mana sekalipun kerana itu semua ilmu), setiap tindakan/cara itu bagaimana fungsinya dan apa kesannya. Maka, nekad dan yakinlah pada satu cara/kaedah yang tulen.

Kerana penyembuhan itu datang dalam bentuk hidayah daripada Allah. Kita tak pernah tahu bila hidayah Allah itu akan sampai kepada kita. Begitu juga kita takkan boleh tahu bila penyembuhan yang sebenar itu tiba untuk kita. Kerana itu semua hak mutlak Allah s.w.t.! Tapi, selagi kita hidup kita harus memohon hidayah dan taufiqNya dalam bentuk penyembuhan kepada anak-anak dan diri sendiri.

Allah yang memberikan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan bukan kerana doktor tertentu atau ubat tertentu atau cara tertentu. Kita hanya berusaha melalui cara dan kaedah yang kita rasakan betul-betul boleh dipercayai adalah sebagai tanda usaha kita perlu kepada keizinan Allah menerima usaha kita.

Maha suci Allah yang menjadikan segala sesuatu tidak sesekali memerlukan apa-apa untuk menyembuhkan sesuatu. DIA hanya mahu melihat sejauh mana hambanya berserah dan yakin dengan kekuasaanNya seterusnya memberikan penyembuhan itu dalam bentuk hidayah yang akan menjadikan kita lebih kuat pergantungan kita kepada Allah bukan lagi sesuatu yang berbentuk material dan duniawi lagi.

Saya merasakan selagi kita bergantung harap kepada 'seseorang doktor' atau sesuatu ubat/produk atau satu-satu kaedah/usaha selagi itulah kita akan merasa runsing dan semakin terperangkap dengan kesesatan yang kita cari sendiri.

Maka, wahai ibubapa yang sedang mencari, kuatkan semangat dan katakanlah Allah kan ada! Tak semestinya ubat paling mahal, usaha/cara paling popular itulah yang terbaik. Fikirkan, mungkin air kosong di dapur rumah atau ais di dalam peti sejuk itu saja boleh jadi penawar sebenar kepada sakit anak kita. Segalanya masuk akal HANYA DENGAN IZIN ALLAH!


Nota : Jika anda berminat untuk mengetahui ilmu di sebalik tindakan/cara saya ini secara lebih mendalam bolehlah ikuti Kursus Gaya Hidup Sihat untuk sehari sahaja (tak rugi apa kerana kursus ini sarat dengan ilmu yang anda tak pernah tahu sebelum ini). Telefon 07-5216431 bercakap dengan Cik Ita untuk maklumat lanjut. (Saya tak dapat apa-apa, cuma saya merasakan ilmu yang baik patut disebar luaskan sebaik mungkin dan dikongsi bersama.)...



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum wbt..
Saya baru sahaja melahirkan anak dan baru sahaja habis berpantang. saya terpanggil untuk mencari maklumat berkaitan masalah hidrosil kerana anak saya juga turut mengalami masalah sama. doktor belum mengesahkan tapi saya cari info ni dlm website.saya berharap sangat agar puan dapatkan maklumat bagaimana saya hendak mendapatkan pembersih daun sireh XY tu.dah bermacam saya cuba,tapi belum menampakkan hasil.sekian..terima kasih

daripada ;Pn. Ima (Kota Tinggi)

Ieda Rieka berkata...

Salam Pn Khadijah,

Saya juga mempunyai anak yg suspek hydrocele jgk..cuma bila bwk jmp dr and nurse..diorg ckp still look like normal baby boy.Awal2 dl xbrapa perasan amik berat sangat pasal benda ni..sbb xthu sgt psl anak lelaki ni..tp bila parents bising2 and in laws pon bising2..bwk jmp tukang urut..dia bg minyak..bila jmp org len plak..ckp xle kasi minyak..kn tuam jerk..bila bc blog ni plak, dr ckp xelok tuam sbb boleh efek mandul bila dh dewasa. As a mother..siyesly xthu nk ikut yg mana satu..tp bila saya baca blog pn ni..saya tersedar.. hanya Allah yg lebih berkuasa..letaklah sepenuh pengharapan kepadanya..InsyaAllah Allah akan menyembuhkannya.. usaha dan bertawakal\

Khadijah Gani berkata...

Wa'alaikumussalam wbt.

Puan Tanpa Nama,
Boleh telefon seperti di atas 07-5216431 bertanya samada Pembersih XY ada lagi stok atau tidak.

Namun, perlu saya ingatkan bahawa ianya bukanlah jaminan. Ia adalah sebagai salah satu usaha. Berkesan atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri dan di atas keizinan Allah.

Khadijah Gani berkata...

Puan Ieda Rieka,

Alhamdulillah, puan sudah bertemu jawapannya.

Begini, jika bayi puan masih di bawah umur 2 tahun, boleh berikan dia masa lagi. Buat check-up dengan Doktor Pakar Bedah Kanak-kanak. Bukan Doktor Biasa (umum). Kerana doktor pakar bedah kanak-kanak lebih tahu dan arif kes yg bagaimana harus menjalani pembedahan ataupun tidak. Jika sekadar mengambil pendapat misi dan doktor biasa, kita yg akan pening.

Betul!

Saya doakan puan diberi kekuatan dan ketenangan seterusnya ianya dapat membantu anak puan beroleh kesembuhan asbab ketenangan dan keyakinan puan terhadap Allah Yang Maha Besar.

Allah sembuhkan anak2 para pembaca artikel ini sekalian. Bi iznillah.

#jdtblogger #teambloggerjohor