Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Hydrocele (Hidrosil)

Khamis lepas Fathi selamat buang hidrosilnya. Di Hospital Pakar Puteri Johor. Tu pun disebabkan saya tukar fikiran. Jika tidak sebenarnya jadual pembedahan tu di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Sebenarnya rasa bersalah juga sebab tak beritahu HSA saya sudah berubah fikiran bawa anak ke tempat lain. Bukan apa. Sepatutnya Fathi kena admit wad di HSA pada 8/2 dan jumpa pakar bius sekali. 9/2 baru dijadualkan pembedahan tu. Masalahnya: 1. Saya memang tak boleh teman Fathi jika masuk wad sebab Tiha masih nyusu badan. 2. Saya juga tak boleh tinggalkan Tiha. Pernah juga tinggal-tinggalkan Tiha tapi dia tetap cari susu badan. 3. Jadi, bapak Fathi teman Fathi dalam wad? hmmm... Saya tersangat berat hati nak tinggalkan suami menguruskan Fathi 1 malam di hospital atas beberapa faktor peribadi. 4. Lagipun, di wad kanak-kanak hospital awam begini lebih ramai mak-mak yang jaga anaknya bukan kaum bapa. (Saya fikir, mungkin akan timbul tak selesa kaum ibu bermalam di situ jika ada kaum bapa berdek…