Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rutin

Antara usaha dan tawakkal

Saya dan suami adalah Work-At-Home-Parents. Dah 10 tahun suami saya kerja remote dari rumah. Meeting semua pakai VC ke serata alam buana. Dari bilik kecil dia tahu semua isu terkini di Rusia, Jepun, Philippine & memana lagilah lokasi rakan sekerjanya. Haruslah ada meja khas untuk dia sorang. Bagi mak pula, meja kerja mak ialah meja dapur, atas katil ataupun iron board. Kat memana pun mak boleh buat kerja. Ini realitinya bila dah 10 tahun "Rumahku Ofisku" jua. Duduk di rumah ni memang dah jadi "makanan" kami sejak 1 dekad dulu. Apalagi sejak mula tahu almarhumah nenek kena kanser bulan September tahun lepas, terus kuatkuasakan perintah kawalan pergerakan ke atas diri sendiri & anak2. Pernah mak marah Fatihah & Fathi kerana lambat keluar balik sekolah. Katanya cikgu tahan sebab kena tolong susun kerusi meja untuk peperiksaan. Mak jadi emosional sangat sambil berkata, "Lain kali cakap kat cikgu saya kena balik cepat cikgu. Nanti mak saya...

Jadilah soleh dan musleh.

Didiklah anak bukan sekadar soleh (hanya diri sendiri) tetapi juga musleh (peringkat masyarakat). #copyandpaste #repost Tidak Cukup Jadi Soleh Tapi Perlu Jadi Musleh ما الفرق بين الصالح والمصلح ؟ Apa bezanya Orang Baik (Soleh) dan Penyeru Kebaikan (Musleh)..?

Daripada buli kepada puji.

Roda hidup berputar. "Mak, tadi kat sekolah abang dah solat zohor dengan kawan kawan." "Oh, bagus balik sekolah dah solat. Siapa jadi imam? Abang ke?" "Eh. Taklah. AI jadi imam. Suara dia kan kuat." "AI dulu yg pernah main cekik cekik dengan abang tu ke masa pra dulu sampai leher abang ada kesan lebam?" "Bukan. Itu H. AI ni yg selalu tolong abang bila budak budak cekik abang." "Oo ok mak silap nama. H yg suka main cekik cekik tu. AI selalu datang selamatkan abang. AI ni yg budak pandai tu kan?" "Ya. Dia memang pandai Dari pra dulu." "Sekarang, S ada ejek abang, main bentes bentes kaki abang, cekik leher, baling baling beg atau buli abang lagi tak?"

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Keluarga sebelah suami di Pasir Mas, Kelantan. Tahun ini dapat berkumpul 5 daripada 7 beradik. Alhamdulillah.  Keluarga saya di JB.  Dapat berkumpul 4 beradik selepas 2 Syawal. Sebab itu baju raya dah tak ada. Semuanya sedang dibasuh. Hehe.. Tahun 2019 ini "tahun adjustment". Sepatutnya tahun ini giliran beraya di Johor 1 Syawal berikutan tahun lepas 1 Syawal di Kelantan. Tapi, selepas perbincangan dengan semua 4F dan abahnya kami sepakat tahun ni 1 Syawal di Kelantan sebab nak adjust giliran supaya dapat beraya 1 Syawal tahun depan dengan mak long pula selepas bertahun lamanya tak dapat beraya 1 Syawal dengan mak long 4F lebih lebih lagi Muhammad Zaid (anak susuan saya).  Kebetulan juga tahun ini cuti hari raya panjang bersambung dengan cuti sekolah sebab itulah kami balik awal ke Kelantan dan beraya 1 Syawal di sana. Tahun depan konfem tak dapat lagi cuti sekolah serentak dengan cuti hari raya lagi kan? Sistem giliran ber...

Ramadhan 2019

Salaam Ramadhan 1440H. Sudah lama tak sempat update blog kesayangan di sini. Lama juga tidak menjenguk komen-komen yang singgah di setiap entri. Mohon maaf zahir batin. Saya tak sempat menjawab semua komen di sini. Mohon follow saya di Facebook atau di Instagram dan boleh PM/DM saya terus jika ada soalan. Saya lebih aktif melalui Facebook & Instagram sahaja. Juga Telegram memandangkan saya membuka kelas tahsin online khusus Ramadhan ini. Semoga semua amalan kita yang nampak Dan tidak nampak akan beroleh keberkatan Dan pengampunan Yang Maha Esa. Sedikit perkongsian semula daripada Buku Bukan Sekadar Homeschooling buat mak-mak yang sedang melatih anak berpuasa. Selamat berpuasa semua! #diariramadhan2019 

Motivasi tertinggi untuk membaca al Quran

Sebelum ini, saya banyak terima soalan daripada ibu yang duduk di rumah bagaimana untuk konsisten membaca al Quran kerana masa sudah dihabiskan dengan mengurus anak-anak. Persoalan ini bukan dari seorang. Tapi ramai. Katanya, berbeza sewaktu dia bekerja dahulu, masih punya waktu kosong walaupun sebentar di ofis di kala waktu rehat atau sesudah sampainya di ofis. Tetapi, apabila sudah berhenti kerja dan duduk di rumah, semuanya sudah "ke laut". Inilah realitinya menjadi "stay-at-home-mom". Kita takkan dapat merasainya selagi kita tak benar-benar "duduk di rumah" mengurus anak-anak seorang diri. Namun, saya juga memahami ibu bekerjaya di ofis juga tak selalunya ada waktu senggang. Adakala juga lebih terkejar-kejar semua perkara berbanding ibu yang duduk di rumah. Masing-masing ada "plus minus" nya tersendiri. Tidak perlulah bergaduh dan membanding-bandingkan siapa yang lebih penat atau siapa yang lebih banyak kerjanya. Jauh lebih pen...

Ada apa dengan Buku Bukan Sekadar Homeschooling?

Semalam saya menerima perkhabaran daripada adik usrah saya Lyana M. Tizam yang menguruskan sesi bedah buku & borak santai mengenai buku ini Januari tahun depan sudahpun penuh seramai 52 orang (terlebih kuota) tak sampai 50 jam selepas dibuka untuk pendaftaran. Mula-mula saya ingatkan mengapalah tiba-tiba beliau 😭😭😭.. Hehe.. Rupa-rupanya, beliau amat terharu dengan sambutan di luar dugaan ini. Malah, yang lebih mengharukannya ada ibu yang akan datang dari Perak dan Negeri 9 semata-mata mahu mengikuti sesi bedah buku yang pertama ini dan sedang mencari hotel. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Tatkala mendapat perkhabaran ini keajaiban demi keajaiban yang saya rasakan. Terasa kerdilnya diri kerana takut menghampakan harapan tinggi semua ibu yang akan hadir kelak. Tiadalah daya usaha saya melainkan bantuan dari Allah. Sungguh, saya ini tiada apa-apa. Saya hanya seorang ibu yang biasa saja seperti anda. Boleh bertanya kepada sahabat-sahabat lain yang selalu be...

Faham al Quran ~ Tidak semua perkara boleh dilukiskan

Apabila menerima beberapa soalan berkaitan bahasa arab dan maknanya di dalam al Quran, saya sering merujuk kepada abah saya yang juga seorang pakar bidang dalam ilmu ini. Abah mempunyai lebih banyak ilmu dan pengalaman serta sumber kitab yang lebih sahih dalam asal bahasa arab yang menjadi rujukannya. Makna "Ittaqa" 1. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ الرِّبَا أَضْعَافاً مُّضَاعَفَةً وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ . وَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ Soalan mengenai perbezaan makna "wattaqu" yang terdapat dalam surah ali imran ayat 130 dan 131 membawa 2 maksud yang berbeza. Satu ayat bermaksud "bertaqwalah" manakala lagi satu ayat membawa maksud "peliharalah". Mana satukah makna yang sebenar? Abah : Asal makna "wattaqu" ialah "ittaqa" yang bermaksud takutlah. Inilah keindahan bahasa arab, satu perkataan boleh membawa banyak makna bergantung konteks ayat dan i'rab...

Dunia bukan syurga. (Tantrum anak besar)

"Fatihah, nanti petang pulak kita beli wedges boleh? Dah ada makanan banyak dah ni. Kita habiskan makanan yang ada dulu kat rumah." Fatihah antara yang kuat tantrumnya semasa kecil dahulu. Sekarang, umurnya 7 tahun tiba-tiba saja mengamuk balik dari sekolah. Sudah lama dia tidak menunjukkan amukannya yang sebegitu rupa. Menendang pintu kereta dan menjerit-jerit. Seperti biasa.... Tarik nafas dahulu, kemam kemarahan. "TAKNAKKKKKKKKKKK!!! NAK SEKARANG JUGAK!" balas Fatihah. Apabila anak menjerit, kita diam dahulu. Lihatkan saja emosi yang diterjemahkannya secara fizikal. Sampai di rumah, bila masuk ke rumah Fatihah masih menjerit-jerit kepada abangnya dan Fahmi menyuruh bukakan pintu untuknya dan menutup pintu untuknya. Si abang Fathi menurutkan saja bersabar dengan adik perempuannya seorang itu. Tapi selepas itu, Fathi tak mahu menutup pintu kereta untuknya lalu berlaku lagi jeritan demi jeritan yang lebih menggegarkan angkasaraya! "Fatihah, bac...

Siapa lebih sabar - manusia atau haiwan? Salam Ma'al Hijrah

"Mak, masa mak sekolah dulu, ada orang ejek mak tak?" tanya Fathi tiba-tiba saja sesampainya kami di rumah balik masjid semalam. "Emm, ada!" juling-juling mata mak nak mengingatkan peristiwa lampau. Hehe.. "Orang tu ejek mak apa?" Fathi sangat berminat dengan topik ni nampaknya. Yang lain juga 'pasang telinga' sambil melompat-lompat atas katil. "Masa mak sekolah rendah dulu ada orang ejek mak hidung pesek. Masatu mak sedih sangat. Mak marah kat Allah kenapa buat hidung mak pesek tak cantik macam orang lain. Mak jadi tak bersyukur sebab hidung peseklah mak kena ejek dengan kawan pastu kawan cakap mak tak ada kawan sebab orang tak suka berkawan dengan orang hidung pesek. Mak sedih sangat!" "Pesek tu apa mak? Abang tengok hidung mak ok je. Cantik je." "Pesek tu tak mancung lah. Hidung penyek macam gini. Dulu, memanglah mak tak cantik. Sekarang je tetiba mak jadi cantik. Huwahahaha!" Mak gelak tak ...

Mengajar anak supaya dapat mengaji dengan lancar?

Bagaimana mengajar anak melancarkan bacaan al-Quran? Ada satu soalan yang baik daripada pembaca boleh dikira sambungan kepada post sebelum ini #tipsajaranakmengajidirumah "Terbaik kak, ada tips tak nak suruh anak melancarkan bacaan? Dulu sebelum mengaji kita disuruh guru melancarkan bacaan yg sudah dimengajikan sebelum ini." . 1. Untuk melancarkan bacaan sebaiknya melalui latihan berulangkali. Maknanya setiap hari pastikan anak mengaji at least 1 muka surat. Makin banyak dia mengaji, makin banyak dia berlatih, makin lancar bacaannya insha Allah. 2. Tunjukkan bacaan yang lancar dengan tajwid yang betul kepada anak. Saya pernah kongsikan sebelum ni, kita yang kena baca Quran dengan lancar dulu. Ajak anak duduk di sebelah kita dan suruh dia dengar dan semak bagaimana kita mengaji. Pegang jarinya mengikut bacaan kita. Mana bacaan yang perlu dipanjangkan, tunjuk pada tanda bacaan tu dengan lama. Mana yang pendek dilajukan jari. Tunjuk sambil membacanya dengan tarti...

Hari nak kiamat

"Mak, tak lama lagi hari nak kiamat ke mak?" Fatihah memecahkan kesenyapan di dalam kereta semasa saya sedang memandu petang itu. Erk! Mujur mak dah biasa dengan "latihan-latihan" berbentuk unsangkarable begini. Mata mak je juling-juling sambil dahi dikerutkan dengan gigihnya sambil memandang lampu isyarat di hadapan macam nampak tak nampak. "Emmmm.... Kenapa tiha cakap macamtu?" "Tak adalah.. Semalam kawan Tiha kat sekolah beritahu hari nak kiamat sebab dia nampak langit warna merah!" "Ooo.. Langit warna merah... Jadi, dia rasa dunia nak kiamat haritu?"

Ada apa dengan surah al Hujurat?

"Harini, kita baca surah lain nak? Al baqarah ni kita sambung semula lepas habis kita baca al hujurat. 18 ayat je pun surah ni. Sikit je." "Surah apa mak? Kenapa tiba tiba nak kena baca surah ni pulak mak?" "Al hujurat. Maksudnya kamar kamar atau bilik bilik. Mak nak sampaikan sesuatu pada abang & tiha sementara mak hidup lagi.

Video Pendidikan Penyusuan Susu Ibu & Kesihatan Kanak-kanak ~ SIRI 1 : Tak cukup susu?

Inilah hasil pertama saya sebagai penulis skrip dan lakon layar. Juga sebagai editor dan memasukkan subtitle ke dalam video ini. Ya, video ini penuh tragedi & airmata yg datang bersama dengan pengalaman ini. Sudah lama siap, tapi saya baru terfikir mahu meletakkannya di blog kesayangan ini. Hehe.. Video seterusnya Scene 2 : Nipple confusion dan Scene 3 : Jaundice akan bakal menyusul. Masih berbaki lagi shooting. Dan saya masih lagi menjadi penulis skrip dan lakon layarnya. Kali ini tak mahu lagi terlalu panjang dan terlalu kaku.. Hehe.. Doakan kemenjadiannya. Insha Allah. Sekarang, saya sedang sibuk untuk set up website baru KSPSIJB bersama tim saya. Berat rasanya tanggungjawab ini. Allah.. Sungguh banyak sekali yg perlu dilunaskan. Waktu ini juga, Telaga Biru sedang menunggu juga manuskrip penuh saya untuk Buku Didik Anak Abad Ke 21 ... Juga sedikit waktu lagi saya akan melancarkan penerbitan My Busybook KIK. Banyak rangka promosi yg perlu diselesaikan. Saya sed...

Jalan menuju syurga

"Hari ni Tiha dah janji dengan mak kan nak pergi sekolah agama?" "Hmmm..." Fatihah menunduk. "Semalam kan mak dah bagi peluang kat Tiha tak datang sekolah agama jadi hari ni Tiha dah janji nak pergi kan? Bila dah berjanji kena tepati tau." "Alaaa, tak ada sesiapa pun yg tahu Tiha tak datang.. Ustazah baru ni tak kenal Tiha pun." "Abis, kawan-kawan? Mesti ada yg cari Tiha kan?" "Tak ada mak. Kawan-kawan pun tak ada yg tahu nama Tiha ni apa.." *Hmmm.. Lupa pulak Fatihah ni sejenis banyak cakap kat rumah tapi diam seribu bahasa kat sekolah.

Kebebasan kerjaya surirumah

Buat sementara waktu, saya akan hibernate sebentar dari facebook. Ada tugas baru sejak lantikan sebagai Timbalan Pengerusi KSPSIJB tempohari. Berat rasa amanah ini. Banyak yg perlu dirombak dan diberi nafas baru. Untuk beberapa ketika, saya akan menumpukan aktiviti pada kelab. Dalam waktu terdekat ada PC Course yg perlu diuruskan dengan baik. Sesiapa yg berminat mengembangkan kerjaya surirumah, bolehlah ikut jejak saya dengan bermula di sini. ;) ♻ Pendaftaran secara online di > http://goo.gl/uHQydo . Seminggu ini juga dapatlah merasa menjadi Pegawai Kreatif cum Designer untuk kelab. Hehe.. Tempohari, dapat merasa kerjaya Editor Video. Lepas ni, kita tukar lagi kerjaya sebagai Webmaster pula ya menyusun strategi membangunkan sebuah website ala-ala The Vocket! Jangan risau, saya tak tiru. Saya hanya mahu buat yg lebih baik dalam kapasiti penulis yg sedida ada dan punya originaliti tersendiri. Insha Allah, doakan!

Suka hadith

Harini hari yg penuh aktiviti untuk kami. Seperti sebelum ini, saya tidak memaksa anak anak membaca seorang satu Hadith sebelum tidur. Saya hanya perkenalkan keseronokan membaca Hadith saja selepas itu terpulang kepada anak anak. Saya tidak beri mereka tekanan. . Malam ini tiba tiba Fathi ambil sendiri kitab Riyadhus solihin di rak buku. Masa itu, maknya sedang melunaskan kerja kerja tertangguh di Fb. *haishhh tak senonoh maknya* 😷 Selesaikan secepatnya. Kemudian, Baru boleh berpindah fokus. Seperti biasa, saya akan mencatatkannya di notepad. Saya dan anak anak menyimpan hasrat untuk membukukan kesemua Hadith yg kami baca ini dengan cerita yg lebih simple melibatkan dunia kanak kanak. Insha Allah satu hari nanti. Moga akan ada peluang dan rezki untuk kami. Doakan.

Mendidik anak solat part 3

Soalan : Anak sy 6 tahun. kalo nak ajar start dr takbir tu, terus buat 3 rakaat ke klo contoh magrib atau cukup sekadar kita buat 1 rakaat utk permulaan ? Dah lama sy google panduan camni akhirnya dpt bc kat wall akak Jawapan : Ajarkan anak mengikut rakaat yg lengkap. Maghrib 3 rakaat. Kerana rakaat pertama bacaannya alfatihah dan surah. Rakaat kedua ada tahiyyat awal. Rakaat ketiga hanya bacaan alfatihah tiada surah dan tahiyyat akhir. Kesemua rakaat ada pelajarannya tersendiri.

Bagaimana mendidik anak istiqamah dalam solat?Part 2

Soalan : "Anak saya berumur 7 tahun. Alhamdulillah sudah tahu rukun solat dan bacaan dlm solat cuma tahiyat akhir dan qunut dia tak lancar dan tak berapa ingat lagi. Yang plg sukar bila nak dia solat cukup 5 waktu ternyata sgt mencabar. dia bg alasan.. nt lambat nk gi kafa, penat. Yg selalu tertinggal zohor dan asar.. puan boleh bagi tips tak utk ayat nasihat atau motivasi yg berkesan utk saya mudah fahamkn anak supaya dia tak banyak beri alasan lagi dan akan solat tanpa perlu dipaksa-paksa.. saya pun bukanlah penuh sgt ilmu bab agama dan masih byk perlu dipelajari.. bimbang tersalah bagitahu anak nanti dia salah tafsir pula. Jawapan : Inilah yg saya maksudkan. Mengajar anak solat sebenarnya mudah. Semua ibubapa dan guru boleh mengajarkannya. Tetapi untuk mendidiknya konsisten (istiqamah) itu bahagian yg amat sukar. Mengajar untuk tahu solat dan mendidik untuk istiqamah dalam solat amat berbeza. Antara cadangan yg saya suka kongsikan : 1. Bercer...

Bagaimana mengajar anak solat? Part 1

Sejak akhir akhir ini saya mendapat soalan yg satu ini dari ramai ibu ibu yg gigih. Termasuk baru baru ini semasa dalam Usrah BKG jumaat lalu. Melalui perkongsian ibu ibu lain, saya dapati ada yg anaknya diajar oleh pihak tadika / sekolah sejak awal usia. Ada yg mengajar anak setelah masuk sekolah. Ada yg tidak tahu mahu mulakan bagaimana dan dari mana. Saya juga memerhatikan beberapa jenis perangai anak anak apabila sudah tahu bersolat (sebelum diwajibkan ke atasnya). Ada yg solat secara fe'li (perbuatan) sahaja. Tidak tahu apa yg patut dibaca (rukun qauli). Ada yg sudah mampu membaca qauliy dan betul rukun fe'liy namun solatnya tidak sampai seminit pun sudah selesai. Antara kedua duanya yg menjadi masalah lebih utama iaitu bagaimana untuk istiqamah kekal solat 5 waktu termasuk solat jumaat bagi anak lelaki. Perkara penting perlu diingat.