Langkau ke kandungan utama

Bagaimana mengajar anak solat? Part 1




Sejak akhir akhir ini saya mendapat soalan yg satu ini dari ramai ibu ibu yg gigih. Termasuk baru baru ini semasa dalam Usrah BKG jumaat lalu.

Melalui perkongsian ibu ibu lain, saya dapati ada yg anaknya diajar oleh pihak tadika / sekolah sejak awal usia.
Ada yg mengajar anak setelah masuk sekolah.
Ada yg tidak tahu mahu mulakan bagaimana dan dari mana.

Saya juga memerhatikan beberapa jenis perangai anak anak apabila sudah tahu bersolat (sebelum diwajibkan ke atasnya).

Ada yg solat secara fe'li (perbuatan) sahaja. Tidak tahu apa yg patut dibaca (rukun qauli).
Ada yg sudah mampu membaca qauliy dan betul rukun fe'liy namun solatnya tidak sampai seminit pun sudah selesai.

Antara kedua duanya yg menjadi masalah lebih utama iaitu bagaimana untuk istiqamah kekal solat 5 waktu termasuk solat jumaat bagi anak lelaki.

Perkara penting perlu diingat.


Mengajar anak untuk tahu bersolat agak berbeza dengan mendidik anak untuk terus bersolat.

Menjadi tanggungjawab kita ibubapanya untuk mengajar dan mendidik anak solat, namun di akhirnya kita perlu menyedari bahawa hidayah itu milik Allah.

Iman manusia ada turun naiknya. Iaitulah bergantung kepada Hidayah yg Allah kurniakan ke atas diri kita dan sekalian manusia.

Suka atau tidak, sebenarnya untuk mendidik anak terus bersolat (istiqamah) mendirikan 5 waktu solatnya lebih sukar berbanding mengajarnya bersolat.

Namun, langkah pertama harus juga diambil supaya proses menyeru/mengajak/mendidik selepas mengajar itu berlaku awal secara berperingkat. Kelak, apabila sudah tibanya usia anak 10 tahun tidaklah anak memprotes apabila dirotan jika tidak bersolat.

Wahyu diturunkan secara berperingkat.

Ajaran Islam disempurnakan oleh Rasulullah s.a.w. juga secara berperingkat.

Menepati fitrah manusiawi untuk mempelajari sesuatu secara berperingkat agar ia kekal sebati dalam diri.

Sepertimana yg telah saya kongsikan di dalam telegram.me/sukamengaji
(setelah di edit semula dengan checklist ringkas).
.
.
.

Solat tiang agama.
Orang yg mendirikan solat ialah orang yg mendirikan agama.

Saya sering bertanya kepada anak anak mengaji yg datang ke rumah di awal waktu (belum sempat saya habis makan malam).

"Dah solat maghrib ke belum?"

Hampir 80% tidak solat. Yang dia tahu hanya waktu mengaji.

Ini satu gaya hidup yg perlu diubah. Solat ialah salah satu rukun Islam. Dan islam itu tidak cukup hanya pandai membaca al quran tetapi sebenarnya ia lebih memberati solat.

Sedikit tip dan panduan bagaimana mendidik anak untuk bersolat. Ia perlu dimulakan dari rumah. Bukan diserahkan sebulat bulatnya kepada guru di sekolah. Guru hanya memberi pengukuhan kepada apa yg sudah dipelajari di rumah.

1. Boleh mulakan hafazan dengan surah al fatihah dan 3 Qul saja dahulu sekitar anak berusia 3@4 tahun. Boleh juga 1@2 tahun hanya jika anak sudah bersedia. Jangan memaksa anak membuat sesuatu yg kita suka bukan dia suka.

Beri masa untuknya meneroka alam sekeliling dengan lebih meluas melalui pengenalan kepada Allah. Kerana itu di usia 1& 2 tahun sebaiknya pasakkan setiap masa perkataan Allah di dalam jiwanya. Kenal Allah dan Rasulnya dahulu melalui penciptaan alam semesta serta apa jua kejadian yg berlaku di sekelilingnya.

Barulah usia di tahap seterusnya anak akan mudah mengaitkan bacaan al quran yg dihafaznya dengan pengenalannya terhadap Maha Pencipta. Ayat al quran bukan hanya hafazan di bibir tetapi memberi makna kepada kefahamannya.


2. Mereka akan ambil masa setahun untuk benar benar fasih dan lancar. Bergantung prestasi anak masing masing. Ada juga yg kurang dari setahun.

Jangan sesekali menyamakan anak kita dengan prestasi yg dicipta anak orang lain malah adik beradiknya yg lain juga.


3. Apabila anak sudah boleh mengingat al fatihah dan 2 surah daripada 3 Qul, boleh terus aplikasikan surah hafazan ke dalam solatnya.


4. Di usia 4@5 tahun anak kecil yg dapat menghafaz al fatihah dan 3 Qul sudah mampu menyempurnakan setengah daripada rukun qauli dalam solat.

Manakala rukun fe'li bermula di usianya 2@3 tahun hanya dengan meniru bagaimana ibubapanya bersolat. Sebaiknya letak anak berdekatan kita ketika bersolat.

Solat adalah sah jika anak kecil yg memakai pampers memanjat di belakang kita ketika sedang solat.

Prinsip hukum : Apa yg ada di dalam tetap berada di dalam (bersih) selagi ia tidak kelihatan warna dan bentuknya di luar.


5. Seterusnya, ajarkan tasbih yg perlu dibaca ketika ruku' dan sujud yg diulang sebanyak 3 kali di setiap satu rukun. Dan juga bacaan semasa duduk di antara dua sujud.


6. Setelah lancar, hafal bersamanya tahiyyat awal sahaja dahulu.


7. Jadikan rutin menghafal tahiyyat pada setiap hari bila bila masa ketika anak bermain atau di waktu senggang.


8. Apabila anak sudah lancar bacaan tahiyyat awal, ucapkan tahniah dan teruskan dengan hafalan tahiyyat akhir.


9. Apabila anak sudah berasa seronok untuk menghafal lagi dan solat bersama, teruskan dengan hafalan doa iftitah selepas takbiratul ihram.

Berikan anak masa untuk lancar bacaan dengan setiap perbuatan solat.

Sentiasa mendengar bacaannya ketika bersolat.

Jangan biarkannya solat sendiri secara senyap tanpa kita memantaunya. Khusus bagi anak yg belum 
mencapai usia 7@8 tahun.

Di usia 6 tahun, anak sudah boleh bersolat sempurna qauliy dan fe'liy nya. Dengarkan bacaannya setiap kali bersolat. Duduk di sebelahnya.

Takbiratul ihram - doa iftitah - al fatihah - 1 surah pendek - ruku' - sujud - duduk antara dua sujud - tahiyyat awal - tahiyyat akhir.


10. Yang akhir sekali apabila kesemua rukun sudah sempurna, barulah ajarinya untuk menghafal doa qunut.

Mengapa qunut menjadi yg terakhir bukan yg terawal?

Kerana ianya rukun yg sunat. Tidak membaca qunut semasa solat subuh mengikut mazhab lain adalah tidak mengapa. Hanya mazhab syafie yg mewajibkan qunut dibaca semasa solat subuh. Dan jika tertinggal perlu kepadanya sujud sahwi.

Tambahan pula doa qunut adalah yg terpanjang. Untuk mengekalkan minat anak dan perasaannya suka bersolat (bukan rasa berat kerana dipaksa) ada baiknya yg sunat dan panjang ini diajar secara berperingkat dan mengambil masa lebih lama sebelum benar benar lancar.

Anak baru berusia 6 tahun jangan diberatinya dengan banyak perkara. Always follow the flow.
Yang lebih utama adalah untuk bagaimana kita boleh memberi kepadanya rasa seronok untuk bersolat tanpa perli disuruh suruh lagi selepas ini.

Ya, cabaran terbesar ibubapa ialah bagaimana untuk anak istiqamah denga solat 5 waktu sehari.

Masuk usianya 7 tahun, anak hanya perlu fokuskan kepada peri pentingnya istiqamah.

Ada masa lagi 3 tahun untuknya sebelum dirotan apabila anak tidak bersolat. Jika mula awal, ibubapa masih punya 3 tahun lagi untuk membiasakan diri anak dengan solat 5 waktu.

Jika bermula sedikit lambat pastikan anak punya masa 1 atau 2 tahun sebelum dirotan jika meninggalkan solat.

Sentiasa mengingatkannya untuk bersedia bila tiba waktu itu. Tetapi untuk waktu ini (sebelum anak diwajibkan solat) masuk usia mumayyiz, ibubapalah yg harus bersedia dan berhati kental, SABAR dalam mendidiknya solat secara berperingkat peringkat.

Tidak boleh disogokkan segala macam perkara kepada anak dalam satu satu masa.

Biar sedikit sedikit tetapi istiqamah apabila melakukannya.
Insha Allah.


Checklist :

1. Mulakan dengan mengajar anak mengambil wudhu setiap kali selepas mandi / keluar bilik air.
2. Hafazan surah pendek yg dimulakan dengan al fatihah, 3 qul dan 5 ayat dari surah al baqarah (bagi tujuan menghafaz al mathurat).
3. Tasbih bacaan yg pendek yg perlu diulang 3 kali pada setiap rukun (sujud dan ruku').
4. Bacaan semasa duduk antara dua sujud, tahiyyat awal dan tahiyyat akhir.
5. Doa iftitah.
6. Doa qunut.
7. Ajak anak solat jumaat di masjid bagi lelaki apabila anak sudah mampu bersolat sempurna qauli dan fe'li.
8. Paling penting untuk kita mendengar bacaannya setiap kali solat dan kita perlu duduk berhampirannya untuk membetulkan rukun qauli dan fe'li. Baca dengan kuat. Ini akan mengelakkan anak bersolat tak sampai seminit sudah habis.

Di usia 6 @ 7 tahun anak mampu bersolat dengan sempurna.. Insha Allah. Dengan syarat kita sentiasa memantau dan mendengar bacaan solatnya.


*** Jangan sesekali membandingkan prestasi anak sendiri dengan anak lain. Ini hanya guideline secara umum. Jika lebih awal lagi sudah pandai solat, alhamdulillah. Istiqamahlah 5 waktu.
Jika lambat lagi sedikit usah gusar. Teruskan usaha. Proses untuk istiqamah selepas ini jauh lebih penting.***


Seterusnya, ajarkannya doa dan sentiasa memohon kepada Allah agar kita semua dikekalkan iman sehingga di akhir usia. (Doa seperti dalam gambar).


Juga ajarkan seringkas ringkas doa memohon segenap kebaikan di dunia dan akhirat.

Rabbana aatina fiddunya hasanah wa fil aakhirati hasanah waqina 'adzabannaar.

Allah melihat pada usaha kita bukan pada hasilnya.

Bittaufiq wannajah.

Sama sama kita berusaha menjadi ibubapa yg bertanggungjawab agar soalan di akhirat kelak dapat kita jawab. Insha Allah.

Moga anak cucu zuriat keturunan kita semua menjadi orang yg mendirikan solat dan mencintai al Quran. Ameen..



#hafazansurahpendek
#tipmengajaranaksolat
#quranichomeschool
#kitahanyamenyampaikan
#hidayahmilikallah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang p…

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 
Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 
Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 
Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.

Terhenti di persimpangan.

Sejak akhir-akhir ini saya ditemukan dengan suatu peristiwa yang agak sukar untuk saya hadam. Sepanjang hidup saya yang baru menginjak 30 tahun ini, saya terpilih untuk melalui peristiwa sebegini untuk saya belajar dan menghadam sesuatu di sebaliknya. Sesuatu yang sangat berat untuk saya fahami. Kerana itu saya terhenti agak lama untuk memahaminya dan gagal menulis apapun di sini seperti biasa. Ianya sangat besar dalam hidup saya. Saya nukilkan di sini agar menjadi pedoman dan peringatan kepada kita semua khususnya kepada remaja perempuan yang bakal melangkah ke alam wanita sebenar agar peliharalah darjatmu~

KETERBUKAAN DALAM TERTUTUP, TERTUTUP DALAM KETERBUKAAN

Saya suka menonton rancangan 'Born in every minutes' di Biochannel astro @ 731.. Saya suka melihat gelagat ibu-ibu melahirkan di sebuah hospital dan melihat betapa sibuknya misi dan doktor melayan gelagat ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi di setiap jam dan minit. Kebiasaannya sudah pasti pasangan yang suda…