Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Modul Homeschooling 2 : Solat bagi anak kecil

Selepas mengenal Allah dan membiasakan anak-anak dengan kehebatan dan kepentingan Allah Subhanahu Wata'ala sebagai asas 'Aqidah, seterusnya saya mahu membiasakan anak-anak dengan solat pula sebagai kewajipan yang harus disemai sejak kecil. Satu tuntutan yg berterusan mulai sekarang bukan bermula pada ketika mereka sudah besar dan baligh kelak.

Teringat pada pencerahan seorang ustaz dalam kuliah tafsir yg pernah saya ikuti dahulu. Menurutnya, anak-anak diwajibkan mendirikan solat hanya ketika umurnya 10 tahun. Ketika ini, dibolehkan memukul anak yg tidak bersolat sebagai peringatan (dengan syarat) ibubapa sudah mengajarnya bersolat sebelumnya. Sebelum mencapai umur anak 10 tahun ini, ibubapa punya masa yg terlalu banyak untuk menyerunya bersolat pada setiap waktu dan bukannya baru mahu menyeru mereka bersolat selepas umurnya menjejak 10 tahun.

Bagi mencetus MAHU anak-anak terhadap solat, sebagai permulaan saya menggunapakai perkataan yang lebih mudah dihadami anak-anak seawal …

Ketika berhadapan tantrum anak

Dari peti soalan :

Soalan : As Salam, K Dah, Anak saya yang no 2-tahun depan masuk 4 tahun...suka sgt marah2 kalu ada yang tidak kene.kalu org kelantan kato 'nyetok'..nanti k dah tanya cik abang K Dah.. sehari dua ni dah pandai cakap..benci..kalu kita lambat cket buat /bg apa yang dia Nak..Di awal pagi,dia kerap jugak terjaga,menangis2 mintak susu..susah plak tu nak pujuk..macam mengigau... K Dah...tlg2 la bg tips..suka baca apa yang K Dah tulis..x berubah dr dulu...boleh jadi sumber rujukan..mmeng dr azali dah nampak bibit2 seorang pemimpin..

Jawapan : Biasanya apabila mendapat soalan, saya akan diuji dengan keadaan yg sama terlebih dahulu. Cepat atau lambat. Bukannya tak pernah diuji dengan keadaan yg sama sebelum ni, cuma apabila situasi begitu dah lama tak terjadi, ia buatkan saya terlupa apa yg saya dah lakukan secara spontan.

Hakikatnya, bukan semua perkara saya tahu. Malah, sebenarnya saya tak tahu nak jawab soalan kali ini bagaimana. Mohon sahabat lain juga dapat berk…