Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Memperkenalkan Halal kepada anak kecil.

Tiap kali ke pasaraya, Fathi (4 tahun) dan Fatihah (3 tahun) akan mengambil satu makanan dan bertanya, "Mak, ni boleh makan tak? Ada halal tak?"

(Berbeza dengan tahun lepas, tiba-tiba saja ada makanan yg 'tak dikenalpasti' wujud dalam troli. hehe..)

Dan saya akan mengambilnya sambil membelek-belek kiri kanan depan belakang. Biasanya, jika tiada Halal saya akan berkata, "Oh, takde la Tiha. Ambil makanan lain. Tengok ada Halal ke tak?"

Atau jika ianya makanan merapu yg tidak berkhasiat walaupun ada Halal, saya akan berkata, "Yg ni ada halal tapi tak bagus. Wek! Kalau makan sakit perut."

Kemudian, Fatihah akan merungut nak jugak sambil menghentak-hentak kakinya dan mula membuat muka. Lalu, si abang Fathi akan memulakan 'bicara'nya sambil saya terkebil-kebil mata di tepi troli.

Isu hamil luar nikah.

Saya menerima satu perkongsian daripada seorang sahabat. Berikutan saya agak kerap berkongsi soalan-soalan yg singgah dalam blog saya mengenai kes anak luar nikah, beliau terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu ini.

Dari peti soalan :

Sekadar berkongsi
Salam... Mohon pencerahan:
TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JaNGan TERUSAN DLM KEJAHILAN.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... . Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ian…

Cara memohon ISBN bagi Penerbit Baru

Sejak mengeluarkan dan menerbitkan sendiri produk saya sendiri iaitu Kad Imbas Khadijah, saya mempunyai kekangan masa untuk mengemaskini blog ini serta menjawab semua persoalan yang singgah melalui blog ini.

Maafkan saya kerana tidak dapat menjawab persoalan anda. Dari jauh, saya mendoakan anda terus diberi jawapan dan bimbingan daripada Allah Ta'ala Yang Maha Bijaksana. Kadangkala, jawapan yang Allah berikan ke atas hati-hati manusia adalah dalam cara yang unik dan misteri. Tabarakallah..

Hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan di atas pengalaman yg sangat berharga ini. Memohon ISBN untuk produk ciptaan sendiri. Tak kira anda ingin mengeluarkan atau menerbitkan karya hasil ciptaan anda sendiri, ada baiknya ia dimasukkan ke dalam Data Pengkatalogan - Dalam - Penerbitan yg hanya dikeluarkan daripada Perpustakaan Negara Malaysia.

Pada asalnya, saya merujuk kepada laman web seorang Penulis yg prolifik di tanahair iaitu Puan Nisah Haron di sini. Tulisannya mengenai apa itu ISBN leb…

Anak kecil dan Kad Imbas

Dari Peti Soalan : Bagaimana mula mengajar bayi menggunakan kad imbas?

Untuk bayi, saya baru mahu membuat eksperimen ke atas anak saya yg ketiga ini (10 bulan) apabila kad imbas khadijah sudah siap. Ini kerana bayi lebih tertarik dengan gambar yg berwarna-warni berbanding tulisan semata. Lihat saja kad imbas ABC banyak dibuat berserta gambar yg mewakili pangkal huruf. Memperkenalkan ABC kepada anak kecil juga dibuat dalam huruf tunggal bukan dengan sukukata.

Saya tak nafikan, mula-mula saya gunakan kad imbas Iqra' pada 2 orang anak saya pada usianya 2 tahun dan 3 tahun itu sudah agak terlambat. Namun, apabila diajar kad imbas (tanpa gambar) dengan gabungan latihan tulisan serentak bersama penceritaan atas imaginasi terhadap huruf-huruf tertentu (cara saya sendiri), ia menjadi menarik dan lebih mudah mereka ingat. Saya lihat prestasinya sangat cepat. Kini, anak sulong saya 4 tahun sudah lancar membaca Iqra' 1 tanpa kesalahan langsung.

Pada saya yg penting sekali, anak-anak kec…

Anak tidak boleh duduk diam?

Dari peti soalan :

Mohon nasihat dan pandangan macam mane nak ajar anak duduk makan tidak berjalan2 terutamanya di hentian r&r. anak2 sya berumur 1 dan 3 tahun..

Jawapan :

Anak-anak saya pun makan berjalan juga puan...hehe.. Cuma, kalau di tempat orang ramai saja dia boleh makan senyap dan tidak bergerak. Selalunya, bila sudah habis makan, saya yg galakkan mereka berlari dan main kejar-kejar dalam kawasan yg berhampiran. Mereka main kejap kemudian lari semula ke arah saya.. Saya suruh lari jauh-jauh sikit, mereka tak mahu pula..hihi..

Bagi saya, adalah normal anak-anak berjalan-jalan / berlari-larian ke sana sini seluas alam yg terbentang ini puan. Itu tandanya mereka kanak-kanak normal kerana adanya keinginan meneroka tempat baru melalui pergerakan. Kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan eksperimentasi. Mereka akan gunakan keseluruhan deria yg ada.