Ahad, 26 Januari 2014

Isu hamil luar nikah.

Saya menerima satu perkongsian daripada seorang sahabat. Berikutan saya agak kerap berkongsi soalan-soalan yg singgah dalam blog saya mengenai kes anak luar nikah, beliau terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu ini.

Dari peti soalan :

Sekadar berkongsi
Salam... Mohon pencerahan:
TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JaNGan TERUSAN DLM KEJAHILAN.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... . Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

SOALAN 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
JAWAPAN 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


SOALAN2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
JAWAPAN 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

SOALAN 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? JAWAPAN 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

SOALAN 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
JAWAPAN 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

SOALAN 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? JAWAPAN 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah ..

SOALAN 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
JAWAPAN 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

SOALAN 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
JAWAPAN 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

SOALAN 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
JAWAPAN 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

SOALAN 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
JAWAPAN 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas
daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul DaN bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'. WAHAI PARA SAHABATKU... ..INSAFI LAH DIRI.
(Saya hanya copy paste)

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan : Saya bukanlah seorang ustazah yg layak bercakap mengenai hukum hakam. Takut juga saya bermain dengan hukum. Yg saya tahu, terdapat perbezaan jumhur ulamak dalam isu ini. Islam itu mudah lagi memudahkan. Cuma, ia tidak boleh diambil mudah dengan 'share' semua perkara yg tertulis Islam di dalamnya.. Jadi, saya rujuk semula daripada yg layak.

Ustaz Zaharuddin :

"Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.

Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)"

Boleh baca tulisan penuh Ustaz Zaharuddin di sinihttp://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/469-hukum-nikah-wanita-hamil-anak-luar-nikah.html

Begitu juga lihat Ustaz Azhar Idrus mengenai kahwin wanita mengandung anak luar nikah - http://youtu.be/oLHcGbEm6QE

Dan juga persoalan mengenai boleh atau tidak di BIN/BINTI kan dengan si bapa - http://youtu.be/5O3_P1KR_V4

Sebagai tambahan, saya mendapat maklumat dalam beberapa bulan yg lepas NGO Sisters in Islam (SIS) sudah mengemukakan petisyen untuk mewujudkan satu akta yg boleh mengambilkira hak anak luar nikah. Petisyen ini sudah disampaikan kepada Peguam Negara. Namun, Peguam Negara minta untuk 'disenyapkan' daripada umum. Hingga sekarang, saya masih tidak dengar apa-apa lagi mengenai bagaimana keputusannya.

Mohon jika ada sesiapa yg tahu mengenai perkara ini dapat berkongsi maklumat dengan saya. Atau jika saya salah, betulkan saya.

Wallahu 'alam..

Nota : Berhati-hati apabila kita mahu 'share' suatu status atau kenyataan di FB apabila ia melibatkan Hukum. Sentiasa sedar dan tahu apa yg kita 'share' kan itu akan dapat mengurangkan kecelaruan dalam masyarakat. Mudah-mudahan kita tetap dalam perlindungan Allah.



Tiada ulasan:

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...