Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Mengajar anak supaya dapat mengaji dengan lancar?

Bagaimana mengajar anak melancarkan bacaan al-Quran?

Ada satu soalan yang baik daripada pembaca boleh dikira sambungan kepada post sebelum ini #tipsajaranakmengajidirumah

"Terbaik kak, ada tips tak nak suruh anak melancarkan bacaan? Dulu sebelum mengaji kita disuruh guru melancarkan bacaan yg sudah dimengajikan sebelum ini."

.

1. Untuk melancarkan bacaan sebaiknya melalui latihan berulangkali. Maknanya setiap hari pastikan anak mengaji at least 1 muka surat. Makin banyak dia mengaji, makin banyak dia berlatih, makin lancar bacaannya insha Allah.

2. Tunjukkan bacaan yang lancar dengan tajwid yang betul kepada anak. Saya pernah kongsikan sebelum ni, kita yang kena baca Quran dengan lancar dulu.

Ajak anak duduk di sebelah kita dan suruh dia dengar dan semak bagaimana kita mengaji. Pegang jarinya mengikut bacaan kita. Mana bacaan yang perlu dipanjangkan, tunjuk pada tanda bacaan tu dengan lama. Mana yang pendek dilajukan jari. Tunjuk sambil membacanya dengan tartil supaya anak …

"Now, everyone can teach" ~ Cara mengajar sendiri anak mengaji di rumah

Soalan :

Puan, boleh kongsi tips macam mana buat ajar anak mengaji kat rumah? Saya tinggal kawasan yg susah nak hantar mengaji..
Nak suruh pergi sendiri saya takut tak harap sangat...

Jawapan :

Saya pernah kongsikan banyak cara dan tips sebelum ini. Jika ditulis di sini agak panjang pula nanti. Saya akan summarized beberapa langkah sebagai panduan puan untuk mengajar anak mengaji di rumah.

Boleh ikuti beberapa tips / permainan mengajar mengaji anak di bawah usia 7 tahun dengan cara fun secara detail di Page Kad Imbas Khadijahatau ikuti Group fb sayaUsrah Suka Mengajiuntuk perbincangan lanjut.

.

1. Jangan mulakan mengajar dengan buku mengaji.

Anak kecil abad ke 21 hari ini tidak sama seperti kita satu masa dulu. Hampir kesemua ibubapa yang saya temui meluahkan rasa kebimbangannya anak tidak suka mengaji kerana bila diajar sekejap saja yang dibacanya atau ikut semula bacaan/huruf. Kemudian anak tak mahu duduk diam mengaji. Ya, itulah fitrah anak kecil.

Disangkanya anak kecil susah diaj…

My Busybook KIK ~ anak terbaru 2017

Februari 2017.
Buat pertama kalinya busybook KIK dilancarkan. Projek ini sebenarnya dah bermula sejak 2 tahun sebelumnya lagi di peringkat perbincangan dan mencari krafter yang bersesuaian. Ia bersaiz A4 sebanyak 14 helai = 28 mukasurat kerana saya sekalikan pembelajaran huruf tunggal dan berbaris dalam satu mukasurat. Saya fikir, ianya lebih mudah kerana tak perlu asing-asingkan set huruf tunggal dengan yang berbaris. Anak-anak boleh belajar sekali jalan saja.
Alhamdulillah, awal tahun 2017, ianya dapat dilahirkan! Melihat barisan karya saya yang keluar tahun demi tahun membuatkan saya bersemangat mahu berkarya lagi setiap tahun akan datang insha Allah. Ia satu kepuasan peribadi dan kebebasan kerjaya bagi saya seorang surirumah. Alhamdulillah.

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga menyidai, kena pergi rumah nenek cepat.

"Siapa boleh tolong mak sidai baju ni? Kalau ramai tolong mak, jadi cepatlah siap kita boleh pergi rumah nenek."

Dialog biasa setiap hari bila mak mahu melibatkan anak-anak dengan kerja rumah.

Dengan pantas, Fatihah menghulurkan bantuan dulu. Fathi dan Fahmi keluar juga tapi main kejar-kejar dulu dengan gumbiranya! Farihin seperti biasa main acah-acah nak pakai selipar sendiri join abang-abangnya kejar-mengejar dan bergelak ketawa.

"Abang! Jomlah tolong mak! Kan mak mintak tolong ni."

"Alaaa, susahlah.. Abang baru nak main kejor-kejor ni dengan Fahmi.."

Mak ok je pun tidaklah berharap sangat. Dah namanya budak-budak. Memang pantang tengok bila mak keluar. Hehe..

"Abang! Abang dah lupa ke ustazah cakap kat sekolah agama. Kat dunia ni tempat kita rasa susah. Nanti kat akhirat tu…