رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Isnin, 21 Ogos 2017

# anak # falsafah

Hidup di dunia untuk bersusah.



Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga menyidai, kena pergi rumah nenek cepat.

"Siapa boleh tolong mak sidai baju ni? Kalau ramai tolong mak, jadi cepatlah siap kita boleh pergi rumah nenek."

Dialog biasa setiap hari bila mak mahu melibatkan anak-anak dengan kerja rumah.

Dengan pantas, Fatihah menghulurkan bantuan dulu. Fathi dan Fahmi keluar juga tapi main kejar-kejar dulu dengan gumbiranya! Farihin seperti biasa main acah-acah nak pakai selipar sendiri join abang-abangnya kejar-mengejar dan bergelak ketawa.

"Abang! Jomlah tolong mak! Kan mak mintak tolong ni."

"Alaaa, susahlah.. Abang baru nak main kejor-kejor ni dengan Fahmi.."

Mak ok je pun tidaklah berharap sangat. Dah namanya budak-budak. Memang pantang tengok bila mak keluar. Hehe..

"Abang! Abang dah lupa ke ustazah cakap kat sekolah agama. Kat dunia ni tempat kita rasa susah. Nanti kat akhirat tu baru boleh kita nak rasa senang!"

Gulp! Mak telan air liur. Apasal #deep sangat kata-kata ustazah sorang ni..




* Senyum

Sengaja mak diamkan diri je buat-buat tak dengar kemas rumah pulak kat dalam. Nak dengar "ceramah" anak dara seorang ini.

"Yelah yelah.. Abang ingat..." Respon Fathi.

Terus saja dia berhenti kejar-mengejar dan ambil baju tolong sidai. Tak semena-mena Fahmi pun ikut tindak tanduk abangnya. Farihin pun mengikut sama acah-acah sampai ampaian tu nak menyidai baju juga. Tapi kakaknya ambil baju yang dihulur Farihin dan tolong sidaikannya sambil memuji adiknya yang cenonet itu.

* Mak-mak sangat! Hihi.. Mulutnya menyambung lagi.

"Abang ingat pun apa ustazah cakapkan.. Asyik nak main-main aje! Abang nak senang kat dunia, susah kat akhirat ke abang nak susah kat dunia, senang kat akhirat? Hah nak yang mana?"

"Ya abang tahu tu. Baru abang teringat ustazah cerita kat sekolah agama semalam. Abang tengah tolong mak lah ni."

Mak senyum-senyum dengar ustazah Fatihah ni bila bercakap. Selalu ada saja yang #deep.

"Apa dia Fatihah? Bior susah kat dunia senang kat akhirat?"

Mak saja nak check macamana kefahaman Tiha yang sebenar.

"A ah.. Ustazah Aini cerita kat sekolah semalam. Mak, betul ke misalnya pencuri tu dia mencuri untuk hidup senang kat dunia tapi nanti kat akhirat dia akan susah?" Fatihah membalas.

"A ah mak. Pencuri tu akan rasa susah ke kat akhirat nanti sebab dia mencuri masa kat dunia?" soal Fathi juga.

"Betul tu betul. Tapi, kalau pencuri tu sempat rasa menyesal dan bertaubat, Allah ampunkan dia, boleh je dia masuk syurga. Sesiapapun kalau buat jahat tapi bila dia sempat bertaubat sebelum dia meninggal dunia, dia tetap boleh masuk syurga. Tu semua Allah yang tentukan bukan manusia. Kenapa abang tak angkat tangan tanya kat ustazah?"

Diam..

"Tiha suka pergi sekolah agama dah sekarang."

"Eh, macamana Tiha suka pulak? Haritu kata sekolah agama boring. Tiha tak suka sekolah agama?"

"Tiha dah suka dah sekarang sebab ustazah selalu cerita. Macam-macamlah dia cerita! Tiha suka dengar cerita."

"Oooo ustazah suka cerita ey. Baguslah.. Macam mak dulu ajar Tiha kan selalu cerita kisah Nabi Muhammad? Sebab tulah mak suruh juga Tiha pergi sekolah agama untuk belajar perkara yang mak tak dapat nak ajarkan kat rumah. Sekarang, kalau mak nak ajar Tiha dengan abang je nanti tetiba Fahmi nak terkencinglah, Farihin nak menyusulah. Dah susah mak nak mengajar. Mak pun suka dengar cerita. Tapi kita bukan setakat mendengar je tau. Nanti lepas ni kalau ustazah bercerita lagi lepas tu abang atau Tiha angkatlah tangan tanya ustazah apa-apa. Itu lagi bagus! Macam kat rumah pun kalau mak bercerita kan mesti abang dan Tiha ada je nak tanya mak apa-apa kan."

Mak saja nak tanamkan di minda anak-anak supaya menghidupkan budaya bertanya soalan di sekolah.

"Tapi, ustazah taknak jawab soalan sebab kawan-kawan bising sangat. Tiha dengan abang senyap je masa dengar cerita. Bila ada orang nak tanya ustazah kata taknak jawab sebab yang lain bising."

"Ooooo ustazah taknak jawab pulak ek? Hmmm, betul jugak ustazah kata. Kalau semua orang bising macamana ustazah nak cakap. Tak dengar. Kesian ustazah kena jerit-jerit. Sebab tu ustazah suruh senyap dulu. Lain kali, abang lah cakap kat kawan jangan bising. Abang nak tanya soalan ni.."

* Dan mak pun mulalah bercerita lagi

.
.
.

Wahai cikgu-cikgu,

Saya dah jumpa penyelesaian untuk murid yang selalu ponteng sekolah.

Cikgu-cikgu rajinlah bercerita ya! Dan rajinlah menjawab soalan KBAT anak-anak itu..  :D
Tapi, bila bercerita mengenai syurga neraka, berhati-hatilah.. Bukan kita yang tentukan seseorang tu konfem masuk syurga atau neraka.

Sentiasa berikan satu prinsip asas yang itu kerja Tuhan dan bahawa semua orang bukan selamanya jahat seolah-olah tiada taubat dan keampunan untuknya.

Walaupun orang itu terpaling jahat perbuatannya atas muka bumi ini, kita tiada hak menentukan syurga nerakanya dia.

.

Tiada hak juga untuk mengecamnya dengan berdas-das kecaman dan makian di alam maya. Seolah-olah tiada yang namanya TAUBAT. Berhentilah menjadi pembuli siber melalui kecaman kata-kata dan hentaman komen yang ditulis mahupun cerita-cerita yang tersebar.

Kerana setiap manusia pasti akan ada 'turning point'nya dia.

Kita tak tahu siapa yang Allah berikan Hidayah dan siapa yang Allah tarik semula Hidayah ke atasnya serta melalui jalan apa. Dan akhirnya, tak siapa akan tahu siapa yang akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah dan siapa pula sebaliknya.

Fi amanillah.. :)


#ceriteraanaksekolah
#didikanakabadke21

Tiada ulasan:

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor