Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Cabaran bekerja di luar atau menjadi surirumah?

Dari peti soalan :

Assalamualaikum puan

saya N,umur 25 tahun.  saya baru mendirikan rumah tangga selama empat bulan.

saya ada satu masalah dan harapnya puan dapat memberikan pandangan kepada masalah saya.

selepas berkahwin, saya terus mengikut suami berpindah ke Kuantan,Pahang dan tinggal bersama mertua,sehingga sekarang.Alhamdulillah belum ada masalah besar atau perselisihan faham yang besar antara saya dan mertua.hanya kecil hati yang dianggap biasa,tidak disimpan dalam hati.

3 minggu pertama selepas berkahwin, saya menjadi suri rumah sepenuh masa.  cukup sebulan berkahwin, saya mendapat tawaran kerja dan masih bekerja hingga hari ni.

masalah di tempat kerja ialah apabila saya seorang sahaja perempuan muslim dan di department saya, hanya saya seorang beragama Islam.  yang lainnya ialah bangsa Cina.  sejak hari pertama saya masuk kerja, tiada kerjasama yang diberikan kepada saya.  semuanya task kerja dibuat dengan usaha sendiri. jika diminta tunjuk ajar, mereka hanya suruh saya cari penye…