Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nota susu ibu

Mahu mencari anak angkat? ~ Carilah ilmunya dahulu

Sebelum ini sebenarnya saya menerima begitu banyak komen, emel dan private message yang meminta untuk 'dijodohkan' dengan sesiapa yang tidak mahukan baby dan mohon diberikan kepada pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Ini semua bermula daripada satu perkongsian pengalaman saya membantu seorang hamba Allah ini satu masa dahulu .  Namun, setiap komen dan mesej tersebut adakala saya jawab dengan baik jika beliau approach dengan cara yang berhemah dan kena gayanya. Manakala, saya tidak akan menjawab malah terus tekan delete pada mesej / komen yang gayanya seperti mencari anak kucing yang berkeliaran di pasar malam ( kalau ada, bagilah saya ). Semudah itu. Sebenarnya, saya tidaklah bertindak kejam dengan memadamkan semua mesej tersebut. Saya sebenarnya menjadi takut kerana terrrrrrlalu ramai mesej yang serupa yang singgah meminta anak untuk diangkat semudah itu. Saya takut untuk meletakkan saham yang kelak saya akan ditanya meng...

Video Pendidikan Penyusuan Susu Ibu & Kesihatan Kanak-kanak ~ SIRI 1 : Tak cukup susu?

Inilah hasil pertama saya sebagai penulis skrip dan lakon layar. Juga sebagai editor dan memasukkan subtitle ke dalam video ini. Ya, video ini penuh tragedi & airmata yg datang bersama dengan pengalaman ini. Sudah lama siap, tapi saya baru terfikir mahu meletakkannya di blog kesayangan ini. Hehe.. Video seterusnya Scene 2 : Nipple confusion dan Scene 3 : Jaundice akan bakal menyusul. Masih berbaki lagi shooting. Dan saya masih lagi menjadi penulis skrip dan lakon layarnya. Kali ini tak mahu lagi terlalu panjang dan terlalu kaku.. Hehe.. Doakan kemenjadiannya. Insha Allah. Sekarang, saya sedang sibuk untuk set up website baru KSPSIJB bersama tim saya. Berat rasanya tanggungjawab ini. Allah.. Sungguh banyak sekali yg perlu dilunaskan. Waktu ini juga, Telaga Biru sedang menunggu juga manuskrip penuh saya untuk Buku Didik Anak Abad Ke 21 ... Juga sedikit waktu lagi saya akan melancarkan penerbitan My Busybook KIK. Banyak rangka promosi yg perlu diselesaikan. Saya sed...

Kebebasan kerjaya surirumah

Buat sementara waktu, saya akan hibernate sebentar dari facebook. Ada tugas baru sejak lantikan sebagai Timbalan Pengerusi KSPSIJB tempohari. Berat rasa amanah ini. Banyak yg perlu dirombak dan diberi nafas baru. Untuk beberapa ketika, saya akan menumpukan aktiviti pada kelab. Dalam waktu terdekat ada PC Course yg perlu diuruskan dengan baik. Sesiapa yg berminat mengembangkan kerjaya surirumah, bolehlah ikut jejak saya dengan bermula di sini. ;) ♻ Pendaftaran secara online di > http://goo.gl/uHQydo . Seminggu ini juga dapatlah merasa menjadi Pegawai Kreatif cum Designer untuk kelab. Hehe.. Tempohari, dapat merasa kerjaya Editor Video. Lepas ni, kita tukar lagi kerjaya sebagai Webmaster pula ya menyusun strategi membangunkan sebuah website ala-ala The Vocket! Jangan risau, saya tak tiru. Saya hanya mahu buat yg lebih baik dalam kapasiti penulis yg sedida ada dan punya originaliti tersendiri. Insha Allah, doakan!

Projek Educational BF Video stage terakhir

Pengalaman meng-edit video untuk memasukkan subtitle amat susah bagi seorang surirumah seperti saya. Apalagi terpaksa menggunapakai laptop suami sejenis Ubuntu yang rare ini. Banyak benda tak boleh nak download sesuka hati. Perlulah difikirkan jalan keluarnya sendiri untuk maslahat ramai orang. Huhuhu.. Bertabahlah diriku!

EEBF (Exclusive Extended Breastfeeding)

Perkara ini sudah lama saya dengar. Semasa itu, saya mendiamkan diri kerana tidak tahu apakah yg ada dalam pemikiran pendokong aliran ini. Cuba membaca dan menghadam sebaik mungkin selama 4 hari ini kerana itu saya tidak terus post dan menulis sesuatu berdasarkan emosi. Ingin saya kongsikan beberapa perkaran yg berlegar sepanjang saya cuba menghadami isu ini. Terlalu banyak isu di dalam isu ini. Moga ia menjadi asbab kita semua untuk berfikir lagi dan menimbangtara manakah lebih banyak manfaat dan mudharatnya. . Apa yg saya pasti setelah menjadi Peer Counselor bagi breastfeeding pada tahun 2013 lalu, saya ..... 1. Mematuhi etika sebagai kaunselor penyusuan untuk memberikan hanya fakta bukan berdasarkan pengalaman peribadi. Mengapa?

Apabila anak jaundis.

Pengalaman keempat empat anak saya prolonged jaundice (dekat 2 bulan) membuatkan saya mahu mencari ilmu sebenar di sebalik isu ini.  Bermula kisah Fathi (2009) apabila hari kedua dimasukkan ke Nicu. Semasa itu saya masih naif tidak tahu betapa susahnya menyusukan anak di saat badan masih lagi sengal sengal belum dapat balik ke rumah lagi. Bersalin di sebuah hospital kerajaan, tidur di Nicu dengan kerusi lipat jadi katil, barang keperluan yg tidak cukup, sejuk aircond malam, toilet yg jauh, makanan bungkus polisterin dan paling menyentapkan apabila staf nurse shift malam yg mengejutkan kami bangun setiap 2 jam dengan perkataan yg menghiris jantung ibu dalam pantang yg kepenatan ini. "Bangun bangun! Susukan anak! Mesti habis 2oz ni. Jangan ngelat! Saya tahu siapa ngelat. Kita dah penat penat buatkan susu dia buang pulak!" "Siapa tak susukan anak habis 2oz ni nak anak mati ke? Tak payahlah susu badan kalau takde susu." "Awak ni ad...