Isnin, 18 Julai 2016

EEBF (Exclusive Extended Breastfeeding)



Perkara ini sudah lama saya dengar. Semasa itu, saya mendiamkan diri kerana tidak tahu apakah yg ada dalam pemikiran pendokong aliran ini.

Cuba membaca dan menghadam sebaik mungkin selama 4 hari ini kerana itu saya tidak terus post dan menulis sesuatu berdasarkan emosi. Ingin saya kongsikan beberapa perkaran yg berlegar sepanjang saya cuba menghadami isu ini. Terlalu banyak isu di dalam isu ini.

Moga ia menjadi asbab kita semua untuk berfikir lagi dan menimbangtara manakah lebih banyak manfaat dan mudharatnya.

.

Apa yg saya pasti setelah menjadi Peer Counselor bagi breastfeeding pada tahun 2013 lalu, saya .....

1. Mematuhi etika sebagai kaunselor penyusuan untuk memberikan hanya fakta bukan berdasarkan pengalaman peribadi.

Mengapa?



Semasa mengikuti Kursus PC 20 jam pertama kali saya ambil anjuran MBFPC, saya masih ingat dialog ini,

"Saya mahu jadi PC untuk berkongsi pengalaman indah saya menyusukan anak dengan sempurna. Sebenarnya menyusukan anak ini sangat indah bagi seorang ibu."

Kata seorang peserta. Lalu, dibalas oleh jurulatih kami,

"Oh.. Indahnya pengalaman penyusuan awak! So what?!"

Krik. Krik. Krik.

Jurulatih cuba berlakon realiti dunia yg boleh berlaku lalu menerangkan,

"Kita perlu sedar dan tahu tak semua ibu melalui pengalaman yg sama dengan apa yg kita lalui. Senang dan indah bagi kita, belum tentu indah bagi seseorang yg lain. Kita pun tak tahu apa yg dia lalui kalau kita cakap kita seorang saja yg seronok menyusukan anak. Lepastu kita downgrade ibu lain yg tak berjaya susukan anak sendiri? Ini judgemental. Menjadi PC tidak boleh sesekali kita menceritakan pengalaman peribadi kita bila kita cuba bantu ibu yg ada masalah. Sentiasa bersedia dengan fakta."

.

Semasa kali kedua saya mengikuti Kursus PC 20 jam bagi Breastfeeding Counsellor Network Program (BCNP) anjuran Dr. Hairin Anisa dan Pusat Laktasi Kebangsaan, saya terkesan dengan seorang jurulatih kami bercerita selepas menerangkan cara-cara mengurus engorgement.

(Walaupun sudah ada sijil PC Mbfpc, tapi saya sengaja mahu tambah ilmu dengan menjoinkan diri dalam grup PC yg baru ini. Saya pasti tentu ianya berlainan kerana kali ini jurulatihnya adalah daripada Pusat Laktasi Kebangsaan Malaysia. Ketika itu, saya baru habis berpantang anak keempat).

Katanya,



"Saya pernah sekali selepas bersalin dulu dengan sengaja membengkakkan susu saya. Semata-mata nak rasa macamana sakit engorgement ni. Yelah, kita tak pernah rasa engorgement kan. Lahirkan anak terus je susukan. Tak ada masalah besar sangat. Jadi sesekali nak rasalah macamana sakitnya. Sebab kita ngajar orang tapi kita sendiri tak pernah rasa. Lepas saya cari pasal tu, Ya Allah!!!! Lepas tu saya bertaubat dah taknak rasa lagi! Barulah saya lebih faham bila ibu-ibu yg datang ke pusat laktasi dengan masalah ini. Ada yg dari jauh kita boleh bau dah "bau dia". Ibu tu jalan pun sikit-sikit tarik baju ke depan. Tak selesa. Muka jangan cakaplah! Sakit ya.. Terlalu sakit!

Sebab tu kadangkala kita tak boleh nak bantu ibu lain disebabkan kita tak pernah berada dalam kasut ibu itu. Kita tak tahu bagaimana perasaannya. Apa lagi bagaimana nak menguruskannya. Pengalaman setiap ibu itu berbeza. Setiap kali lahirkan anak pun mesti berbeza. Takkan boleh sama. Habis, kita tak pernah lalu. tak pernah rasa jadi kita tak boleh membantu?

Boleh... Jangan ceritakan pengalaman peribadi kita yg indah kepada ibu yg sedang ada masalah tu. Cuma, bantu dia berikan jalan keluarnya sahaja. Macamana nak handle bila engorgement. Apa cara-cara untuk kurangkan sakitnya sementara badannya sendiri pulihkan dirinya sendiri. Apa jadi kalau awak yg sakit, datang orang lain dok cerita pengalaman dia yg best je susukan anak. Rasa tak?"

.

Ya. Melalui kursus-kursus yg diikuti bukan saja kita diajar cara yg betul untuk bagaimana menguruskan masalah-masalah tertentu yg menjadi situasi kebiasaan bagi ibu-ibu yg menyusukan anak tetapi saya mula terbuka hati dan minda mengenai pentingnya untuk meletakkan empati kepada ibu lain yg mungkin tidak mengalami pengalaman seindah kita alami. Pengalaman kita sendiri simpan kemas-kemas dalam hati. Setiap ibu, mahu jadi seperti kita kalau boleh namun, tidak boleh.

Manakan boleh kita sendiri menjadi orang lain?

Seorang kaunselor penyusuan hanya memberi panduan secara fakta untuk bagaimana mengatasi atau ketika berhadapan satu-satu isu atau masalah dalam penyusuan bagi membolehkan ibu tersebut meneruskan penyusuannya selama 6 bulan secara esklusif (tidak campur susu formula atau tidak diberi air masak) dan meneruskannya sehingga 2 tahun walaupun sesudah diberi makanan pelengkap.

Itu basic guideline untuk sebagai seorang kaunselor penyusuan.

Lalu, apabila isu ini menjadi besar sehinggalah al fadhil Ustaz Hasrizal terpaksa menegur pembawa aliran ini atas sebab menggunapakai dalil yg salah, maka saya terpanggil untuk berkongsi buah fikiran.

Sebagai seorang guru mengaji, saya terpaksa juga mengulas isu ini.

Jika isu penyusuan ibu yg tiada berkait dengan ayat al-Quran, saya tidak hairan. Saya hanya mendiamkan diri. Ianya atas pilihan peribadi masing-masing.

Tetapi, apabila ia melibatkan ayat al-Quran yg disalahtafsir malah, saya lihat semua pengikutnya menggunapakai ayat yg sama untuk mempengaruhi orang lain dengan menceritakan pengalaman indah mengEEBFkan anaknya sendiri, hati saya terluka! Tersiat hingga ke dasar jiwa. Sampai hati..

Namun, saya mengawal diri untuk tidak mencerca atau menegur secara terbuka. Lemahnya saya melihat penyalahgunaan ayat al-Quran di depan mata lalu saya mendiamkan diri. Astaghfirullahal a'ziimm... Moga Allah ampunkan saya.

Atas rasa tanggungjawab sebagai seorang guru al-Quran dan atas nama solidariti seIslam, saya berpandangan yg sama seperti Ustaz Hasrizal dan menulis di sini secara terbuka sebagai peringatan bersama.

Takutlah kepada Allah. Hentikan menggunapakai ayat al Quran yg salah bagi menjustifikasi pengalaman indah kita.

Bertaubatlah.

Membaca perbincangan dan konfrantasi Ustaz Hasirzal dan pembawa aliran ini di sini http://saifulislam.com/2016/05/bencana-membuat-modul-berteraskan-al-quran-tanpa-ilmu-alat/ akhirnya mencelikkan saya bagaimana sebenarnya kesalahfahaman ini berlaku.

Hanya pada penggunaan bahasa arab yg difahami tidak betul. Di mana penyusuan penuh "kamilain" yg disebut itu adalah merupakan mausuf kepada kata sifat "hawlain". Bukan merujuk kepada perbuatan / cara menyusukan.

Alhamdulillah. Saya gembira kerana pembawa aliran ini sudi berlapang dada untuk memperbetuli kesilapannya yg kebanyakan orang tidak mudah mengakuinya disebabkan ego (kerana sudah punya ramai followers). Alhamdulillah. Hidayah buat dirinya. Akhirnya, beliau menarik balik dalil penggunaan tersebut.

Saya juga pernah bertanya kepada Abah mengenai tafsiran ayat ini.

Kata abah,
(siapa yg kenal abah, kenallah. Siapa yg tidak kenal boleh bertanya kepada sesiapa yg kenal abah saya).

"Perkataan ar-radha'ah & yardi'na itu sendiri merupakan perbuatan menyusukan dari dada ke mulut bayi (direct feeding). Orang arab zaman dulu tiada pam susu atau perah-perah ni dan kemudian simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula susu bila nak bagi anak susu. Tiada. Jika mahu difahami secara literally sahaja silakan. Jadi kesianlah ibu-ibu bekerjaya zaman sekarang ni yg simpan susu dalam peti sejuk buat stok. Tak termasuk dalam tafsiran ayat ni. Walhal, Islam agama fleksibel. Tidak jumud. Sebab tu JANGAN SEWENANG-WENANGNYA tafsir ayat Quran ikut sesuka hati fahaman kita berdasarkan terjemahan al Quran bahasa Melayu. Kena tahu asas Bahasa Arab. Kena tahu penggunaan perkataan bahasa Arab."

.

Berbalik kepada tulisan Ustaz Hasrizal seperti dalam link di atas, Ustaz tidak mahu memanjangkan perbahasan kerana asas pendirian pertama sekali sudah mengaku tersilap maka, prinsip pegangan lain juga masih berada dalam lingkungan fahaman lamanya yg sudah nyata silapnya. Ustaz Hasrizal tidak mahu menyentuh perihal kemusykilannya yg lain yg juga menjadi prinsip yg disandarkan atas pengalaman indah (bukan fakta atau data).

Saya hanya berharap dengan didikan terbuka yg berlaku ini menyedarkan pengikutnya untuk berhenti menggunapakai ayat al Quran ini lagi bagi berkongsi pengalaman indah tersebut.

Cukuplah.

Satu perkara yg saya harus puji. Pemikiran kritis yg wujud dalam 5 lagi prinsip lain yg disebutkan memang sangat kritis dan merraikan fitrah manusiawi untuk mempersoalkan dan berfikir. Namun, bagi mencari jawapan yg betul ia tidak boleh berhenti pada mempersoalkan, berfikir secara kritis dan terus membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman indah tersebut lalu menolak data dan fakta daripada bidangnya.

Pemikiran yg kritis dan budaya berfikir harus disusuli dengan budaya bertanya.

Bertanya apakah data dan fakta yg boleh menyokong pengalaman indah tersebut bagi melicinkan lagi proses mengajak kepada sesuatu yg baik (jika ada). Selama ianya adalah perkara furu' lalu data dan fakta mengatakan lebih banyak mudharat dari manfaatnya (bukan tidak ada langsung manfaatnya tetapi ia adalah mengenai manakah yg lebih banyak atau sedikit manfaaatnya) maka kita semua harus berlapang dada untuk mengikut atau menyimpulkan kepada satu asas yg mempunyai lebih banyak manfaatnya. (Rujuk bagaimana proses nasakh mansukh hukum meminum arak disebut di dalam al Quran).

.

Jika seorang Ustaz cakap, tidak mahu percaya. Doktor pakar kanak-kanak (ahli bidangnya yg setiap hari berjumpa kanak-kanak dan merawat kes kebiasaan yg berlaku ke atas kanak-kanak) cakap, juga tidak mahu percaya. Kalau saya jadi pengikut aliran ini, kepada siapa saya mahu percaya?

(Saya cuba berfikir sendirian. Ya, saya juga seorang pemikir yg kritis dengan empati).

Jika saya pengikut aliran ini, yg mana dalil pertama hujahan (ayat al-Quran) yg dipegang selama ini sudahpun ditarik balik kerana rupanya tak tahu bahasa Arab, untuk hujahan lainnya saya akan hilang keyakinan dalam masa yg sama mahu tahu juga jawapannya. \

Jika bertanya pada diri sendiri, ilmu masih belum banyak. Takut juga saya akan jadi berat sebelah sekali lagi.

Siapakah orang yg paling dipercayai di dalam dunia ini?
Siapakah orang yg wajib kita taati dalam dunia ini selain suami?
Siapakah yg pernah melalui pengalaman yg sama atau lebih kurang sama dengan kita sebagai ibu?
Siapakah yg nabi sebut keredhaannya merupakan keredhaan Allah jua?

Jika dalam dunia ini tiada siapapun yg boleh kita percaya, pulanglah kepada asal kita. Orang yg pertama kita percayai sejak bernafas dalam dunia ini.

Berikut perbualan saya bersama emak saya pula.
(Sesiapa yg kenal siapa ibu saya, kenallah. Siapa yg tidak kenal, ibuku ibumu jua. Hihi.) ;)


"Mak mak, apa pandangan mak tentang satu ayat al Quran yg cakap hendaklah kamu menyusukan anak sehingga genap 2 tahun sempurna dalam surah al baqarah tu? Mak faham susukan anak sampai 2 tahun tak perlu bagi makan apa-apa ataupun susu tetap diteruskan sampai 2 tahun walaupun dan diberi makan?"

"Itukan ayat untuk suami yg bercerai dengan isteri mesti beri nafkah dan tanggung isteri untuk menyusukan anak walaupun dah bercerai. Allah suruh ibu tetap susukan anak tu sampai 2 tahun sempurna. Sepanjang tu bekas suami masih kena tanggung makan minum bekas isteri tak boleh lepas tangan.

Kalau isteri tak mampu, kena cari ibu susuan. Macamana datangnya isu tak makan apa-apa? Kena tengok fitrah anak kecil tu nak membesar macamana? Budak nak membesar perlukan tenaga dan zat yg banyak. Kalau dah anak asyik nangis tak cukup kenyang, buat apa nak seksa anak tak bagi makan apa-apa sampai 2 tahun? Budak nak membesar!

Sebab tu dalam Quran sebut sampai 2 tahun. Lepas 2 tahun budak dah mampu makan tak perlu susu lagi pun tak apa. Hukum ambil anak susuan pun macam tu. Sampai 2 tahun je. Lepas 2 tahun nak buat anak susuan dah tak boleh. Sebab dia dah boleh makan sendiri. Jadi sebelum sampai 2 tahun tu kenalah ajar anak makan sikit-sikit. Budak-budak ni mana ada terus pandai makan. Kenalah ajar macam nak berjalan jugak. Mula-mula pusing badan, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, baru berlari. Tak boleh nak harap anak terus pandai makan kalau dari awal tak diajar makan sikit-sikit.. Agama kan ikut fitrah manusia!"

"Kan mak.. Sambungan ayat tu dengan sebelum tu pun cerita pasal talak. Situasi pasangan bercerai. Tapi kalau kita nak fahami secara umum, macamana mak?"

"Secara umumnya Quran tak sebut pun jangan bagi makan apa-apa atau beri makan. Tapi kita kena balik pada fitrah anak tu sendiri. Asyik nangis tak? Maknya boleh buat kerja tak? Cukup tak berat badannya? Kita kan ada doktor dalam bidang ni. Inilah fungsi sains untuk buat kajian umur mana anak boleh makan, umur mana anak tak boleh makan lagi. Al Quran tu sendiri penuh sainsnya! Mana boleh tafsir ikut sukahati kita sebab kita ada pengalaman tu. Kenalah berpada. Anak kita dengan anak orang pun lain-lain, tak sama. Kalau anak dah asyik menangis. Lepas susu pun menangis. Asyik menangis tak henti. Mesti ada yg tak kena. Sakit ke. Lapar ke dia. Kita ni nak besarkan anak nak bagi dia nangis memanjang je ke?"

"Tak adalah mak. Ada satu aliran zaman sekarang ni namanya EEBF. Dia ajak orang jangan bagi makan anak sampai umur 2 tahun hanya susu ibu je sebab dalam Quran cakap gitu dia kata. Jadi, ramailah yg konfius. Ramai jugak yg cakap EEBF ni bukan zaman sekarang je. Orang dulu pun ada je yg EEBF. Tak kecoh pun. Tu yg nak tanya mak."

"Ya Allah.. Macam-macam sekarang ni. Orang lain mak tak tahulah. Anak mak semua makan je masuk 6 bulan. Alem je mak awalkan sebab macam tak cukup susu. Asyik menangis je. Kamu semua masa 6 bulan mak terus masak nasi dengan ikan bilis je, sayur pun kadang-kadang. Lepas tu blender. Tak ada puri-puri ni sebab mak tak tahu dulu. Mak masak tiap hari tak simpan dalam peti sejuk macam orang sekarang. Makan je semua. Tapi tetap susu badan sampai 2 tahun lebih. Adik je terbabas sampai sekolah. Tak ada pulak masalah.

Tapi guna ayat Quran tu salah tu kalau faham tak bagi makan apa-apa bila dah nampak anak tu nak makan, meleleh air liur, gigit-gigit.. Zalim tu nak sekat anak dari fitrah dia nak makan sampai 2 tahun. Bukan sekejap tu. budak tu perlukan tenaga nak golek-golek angkat badan, pusing badan.. Tak kesian ke tengok anak lembik je?"

"Hmm.. itulah mak. macam-macam dah aliran pemikiran zaman ni. Apa pulak pendapat mak bila orang ni cakap dalam agama kenapa ibu menyusukan dibolehkan buka puasa bulan ramadhan semata-mata nak neyusukan anak. walhal puasa tu wajib dalam rukun Islam. Kalau tak kenapa tak cakap je anak diberi makan je kalau lapar. Tapi Islam bagi kelonggaran pada yg menyusukan anak?"

"Kena tengok sebab-sebab kenapa tak diwajibkan puasa tu. Kalau takut mudharat pada ibu sahaja cuma kena ganti tak kena fidyah. Kalau takut mudharat pada ibu DAN anak, baru kena fidyah dan ganti. Itu tak merujuk pun susukan anak sampai 2 tahun tak bagi makan apa-apa. Itu umum. Lepas 6 bulan walau dah diberi makan pun masih tetap susukan anak, setengah ibu menyusukan, badannya tak berdaya. Ada yg sampai menggigil tak mampu nak teruskan puasa sebab tulah Islam beri kelonggaran. Apa jadi kalau puasa tapi ibu separuh nyawa menggigil sambil susukan anak? Itu dah tak normal. Boleh jadi sakit lain pulak walhal tujuan berpuasa tu untuk kesihatan. Dah bukan fitrah. Puasa tu untuk kita kembali pada fitrah. Bukan menyeksa!"

Tambahan bacaan : https://fiqhmedic.wordpress.com/2008/09/15/wanita-menyusukan-anak-berpuasa-breastfeeding/

"Betul jugak tu. Ok. Apa pendapat mak pulak tentang najis mukhaffafah? Kan dia ada sebut najis bayi lelaki yg tak makan apa-apa selain minum susu ibu saja sehingga 2 tahun. Kenapa ada disebutkan macamtu? Maksudnya kita dibenarkanlah menyusukan anak sampai 2 tahun tanpa bagi makan apa-apa? Kalau tak, cara bersihkan najis mukhaffafah tu tak ada dalam Islam kan?"

"Memanglah ulamak dulu ada beri panduan macamtu untuk najis mukhaffafah. Tapi kena ingat semua anak tak sama. Ada yg memang tak boleh makan apa-apa atas faktor kesihatan dan nak taknak dia terpaksa minum susu ibu je. Ulamak bagilah panduan untuk golongan kes terpencil tu. Tak semua. Tapi sebab kes terpencil pun yg berlaku zaman tu ulamak keluarkan panduannya sekali.

Lagipun zaman dulu mana ada pam susu? Jadi, samada bagi makan tak boleh terpaksalah susu badan je. Macam Alem dulu. Mak bagi makan tapi gatal-gatal kulit dia. Tak boleh nak makan apapun! Mesti lepas makan je gatal kulit. Orang sekarang sebut ekzema kan? Dia boleh susu mak je. Dulu, mak mana nak pam-pam ni. Tak ada pam-pam ni. Bagi susu formula pun dia taknak. Lepas 8 bulan mak terpaksa berhentikan dia susu sebab ngandungkan kamu. Tu yg dia kurus sangat. Sebab makan pun tak boleh masuk. Susu badan pun dah kena berenti. Kesian sangat kat Alem dulu."

"Abis, alem tak makan apa-apa, susu pun tak, dia makan apa je?"

"mak tetap bagi makan jugak. Lepas makan je gatal-gatal kulit dia tergaru-garu sapulah minyak je.. Dulu mak pun tak tau nak buat apa. Maksudnya gitulah. Anak ni lain-lain. Tak sama. Ulamak keluarkan panduan supaya memudahkan orang uruskan najis untuk mudah beribadat. Ulamak kena adil keluarkan panduan untuk semua keadaan. ada yg kes terpencil pun dia kenalah berikan panduan. Bukan merujuk semua orang untuk najis mukhaffafah tu. Kan ada perkataan "jika". Lepas tu diikuti dengan beberapa keadaan lain. Bukan suka-suka saja tak beri anak makan. Atas masalah kesihatan barulah ulamak sebut kes yg macamtu macamana nak uruskan."

"Betul tu. Anak ni lain-lain. Mana boleh samakan semua keadaan dengan anak kita. Atau samakan pengalaman kita jadi pengalaman orang lain.

Fathi tu sorang je yg jadi cerewet makan sebab dulu Kakda tak tahu kena variasikan menu makan setiap hari. Dah lah dia je yg stop susu awal tak sampai setahun lagi. Terus bagi susu kambing. Fatihah dengan Fahmi je susu badan cukup 2 tahun lebih, makan tetap start 6 bulan. Makan je semua benda tak cerewat langsung. Tak berenti makan lagi adalah!

Nak kata bonding kurang sebab bagi anak makan start 6 bulan tak jugak. Terlebih melekat pun ya jugak. Bukan sebab tak bagi anak makan apa-apa sampai 2 tahun je jadikan anak melekat dengan maknya. Fahmi tu sampai dapat Farihin pun masih tidur cari ketiak mak dia lagi. Fatihah tu pun dah 6 tahun masih berebut tidur cari mak lagi. Terlebih bonding jugak!

Bukan setakat pandai pujuk bila mak dia sedih, Fathi siap tazkirah lagi bila kakda sedih, Fatihah tu siap zikirkan lagi, Fahmi pun siap peluk lagi suruh senyum pandai buat lawak umur 3 tahun.

Nak kata anak cepat cool bila tantrum kalau EEBF ni pun tak jugak. Yang tak EEBF ni pun cepat jugak cool. Tantrum pun setahun sekali je. Bukan setakat cool, senang dengar cakap, terang hati jugak belajar. Senang dengar kata mak dia ni. Senang juga mengaji, menghafaz lagi. Umur 5 tahun dah boleh tolong sidai baju, lipat baju, kemas rumah sendiri.

 Lain-lain budak-budak ni. Tak sama.

Kenapalah gunakan semua alasan tu untuk justify EEBF lagi banyak kebaikannya? Padahal, yg makan start 6 bulan ni pun dah dapat kebaikan yg serupa. Lebih lagi. Ramai pulak yg percaya.. hmm.."

"Itulah beza antara orang tahu dengan tak tahu. Orang tak tahu dia main ikut je sebab tak pernah alami macam tu jadi senang terpengaruh bila ada orang cakap gitu. Dia nak anak dia jadi macam tulah harapannya. Ikut je tapi tak tahu agama suruh apa yg sebenar.

Berdosa besar kalau guna ayat Quran dengan tafsiran yg salah. Kalau faham sorang tak apa, jangan ajak orang lain salah tafsir jugak.  Ayat al Quran tu kalau tak tahu bahasa arab janganlah faham ikut diri sendiri je. Kenalah tanya orang yg tahu. Kena bertaubat tu sebab salah guna ayat al Quran. Suruh orang tu bertaubat. Insha Allah hidup makin baik."


.


Saya kongsikan di sini bagi memberi sedikit lagi buah fikiran untuk sama-sama kita fikirkan.

Ubahlah apa yg patut diubah.

Jika tak mahu berganjak dari pendirian juga tak mengapa atas asbab pilihan itu masing-masing. Saya sudah menyampaikan.

Namun, jika masih menggunapakai ayat 233 surah al baqarah ini sebagai pendirian EEBF ia terang-terang sudah menyalahi tafsiran sebenar ayat al Quran ini!

Jangan gunakan ayat al Quran sesuka hati kita bagi merelakan pengalaman kita.

Saya juga berkongsi pengalaman mengajar anak-anak suka mengaji dan menghafaz. Malah, mengajar bacaan al Quran. Pernahkah saya menggunakan dalil tertentu dari al Quran bagi menarik ramai pembaca dan pengikut saya untuk mengikuti kursus atau event yg saya pernah buat sebelum ini?

Berpada-pada dalam beramal. Menyusukan anak dikira ibadah kerana itu tanggungjawab.

Beramallah dengan ilmu yg jelas.

Tulisan ini tidak lebih sebagai peringatan dan solidariti saya buat semua pengikut aliran ini yg saya tidak pasti siapa tapi saya tahu ramai melalui post-post yg muncul di wall saya.

Mohon maaf di atas kekasaran bahasa jika ada.

Memahami dan menafsirkan ayat ayat Allah dengan salah adalah berdosa besar! Bertaubatlah dan sama-sama kita kembali kepada fitrah.

Di akhirnya saya ingin kongsikan apa dapatan saya selama 4 hari ini saya mengawal diri sebelum menulis perkara ini secara public.

.

Melalui solat tahajjud, saya mengimani bahawa zaman ini zaman perlumbaan. Manusia berlumba-lumba mahu menjadi ibubapa terbaik buat anak-anak kerana anak adalah amanah Allah. Kita semua adalah hambaNya yg taat dan bertanggungjawab atas amanah besar ini.

Tetapi, dalam semangat kita mahu menjadi yg terbaik kadangkala kita tersasar dari jalan yg benar kerana berlakunya pembelauan. Adanya facebook, grup whatsapp hari ini membolehkan kita tahu sesuatu yg kita tak tahu sebelum ini. Apabila kita berimpian seperti orang lain yg menunjukkan sisi bahagianya tanpa mengetahui sisi lainnya, maka kita mudah terpengaruh kepadanya kerana itulah apa yg kita impikan. Happy ending yg kita harapkan. Tertarik hanya yg manis belaka.

Namun, ia tidak semudah yg kita fikirkan.

Akhirnya kita lelah menjadi orang lain hanya kerana berharapkan hasil yg serupa.

.

Melalui solat taubat, saya mengimani bahawa selama mana kita mengharapkan hasil yg sama (susu yg banyak, menyusukan anak dalam tempoh yg lama untuk dapat anak mendengar kata, mudah cool, pandai memujuk etc, bijak belajar, cepat bercakap, cepat berjalan, bijak bermain dll) selama itulah kita pada bila-bila masa boleh dikecewakan dengan hasil yg tidak seperti kita harapkan.

Kerana dunia ini tempat ujian. Setiap orang diuji dengan ujian kelayakan yg berlainan sifatnya. Takkan pernah sama. pengalaman orang lain hanyalah sebagai panduan bukan untuk diikuti secara membuta tuli (menolak fakta dan data, menolak ahli bidangnya).

.

Melalui solat istikharah, saya mengimani bahawa hidup ini penuh dengan pilhan di samping penuh dengan ujian.  Di setiap pilihan kehidupan itu, ada baik buruknya.

Maka pertimbangkanlah apakah manfaat lebih banyak atau mudharatnya lebih ketara berdasarkan fakta dan data, berdasarkan kemaslahatan umum. Kerana di akhirnya semua pilihan kita itu akan dipersoalkan kelak samada ia menyantuni ummah atau tidak? Terlunaskah hak-hak orang di sekeliling kita samada anak, ibubapa, saudara mara, jiran tetangga dan keseluruhan masyarakat umumnya? Kita semua punya hak masing-masing dalam membuat keputusan maka, sampaikanlah hak kepada yg berhak.

Ambilkira fiqh dan usul fiqh dalam membuat keputusan sesuatu yg melibatkan umum.

Apalagi jika mahu menggunapakai ayat al Quran, pastikan bertanyalah kepada yg ahli dalam proses mendapatkan jawapan kepada kritisnya pemikiran kita sebelum menetapkannya menjadi sandaran kepada sesuatu modul bisnes yg mahu diketengahkan.

Ya. Ayat al Quran bukan milik para ustaz dan ustazah sahaja! Bukan juga hak mutlak guru al Quran!  Sesiapapun boleh mengambilnya dan boleh menggunpakainya. Namun, pakailah pada tempat yg betul dengan cara terhormat. Itu tanda kita menghormati kalamullah ini iaitu dengan menghormati terlebih dahulu ahli dalam bidangnya.

Ayat al -Quran ini misteri. Ia hidup singgah di dalam jiwa "penghidup"nya bukan "pembaca"nya.

Islam itu agama fitrah. Seiring dalil aqli dan naqli. Tidak mengapa mahu berfikir di luar kotak atau mengkritik suatu hukum.

Islam juga bukan agama warisan. Bukan agama ikut-ikutan. Kembalilah kepada fitrah.

Mohon jangan gunakan lagi ayat 233 surah al baqarah ini bagi pegangan prinsip EEBF. Mohon hentikan serta merta.

Fi amanillah.

Moga hati kita semua terus mendapat bimbingan daripada Allah yg Maha Tahu.


وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلا وُسْعَهَا لا تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلا مَوْلُودٌ لَهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالا عَنْ تَرَاضٍ مِنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَنْ تَسْتَرْضِعُوا أَوْلادَكُمْ فَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُمْ مَا آتَيْتُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (٢٣٣

Terjemah Surat Al Baqarah Ayat 233
233. Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyusui secara sempurna.
Nota : 
Seperti penerangan Ustaz Hasrizal, sempurna merujuk kepada tempoh 2 tahun tersebut. 
2 tahun penuh barulah dikira sempurna penyusuan. 
Bukan merujuk kepada cara penyusuan. 
(حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ) = Sifat & mausuf.
Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian[1] kepada para ibu dengan cara ma'ruf[2]. Seorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita karena anaknya[3] dan jangan pula seorang ayah menderita karena anaknya[4]. Ahli waris pun berkewajiban seperti itu pula[5]. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan persetujuan dan permusyawaratan antara keduanya[6], maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu[7] ingin menyusukan anakmu kepada orang lain, maka tidak ada dosa bagimu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.

[1] Yakni upah menyusui.

[2] Yakni dengan cara yang dianggap baik oleh syara' maupun 'uruf. Ada pula yang mengartikan "sesuai kesanggupannya".

[3] Misalnya ibu dipaksa menyusukan anaknya tanpa diberi nafkah dan pakaian atau upah.

[4] Misalnya dibebani melebihi kesanggupannya.

[5] Jika bapak meninggal, maka ahli waris berkewajiban seperti bapak sebelum wafatnya, yaitu memberi makan dan pakaian.

[6] Yakni apakah menyapih terdapat maslahat bagi anak atau tidak.

[7] Yakni jika bapak mencari wanita lain yang akan menyusukan anaknya.

- See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/01/tafsir-al-baqarah-ayat-233-239.html#sthash.JqjQxIij.dpuf

Tiada ulasan:

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga me...