Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

16 Mei

Hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan saya bersama suami tersayang, Mohd. Kamal bin Mustafa. Segala puji hanya kepada Allah! Alhamdulillah...

Dikurniakan 3 orang anak yang baik dan rajin menolong saya mengemas rumah, membasuh baju, menyidai baju, menyapu sampah termasuk melipat baju dan meletak baju masing-masing di dalam laci baju sendiri. Inilah harta yang saya ada - Fathi 4 tahun, Fatihah masuk 3 tahun bulan depan dan Fahmi 3 bulan. Fahmi pula tidak banyak kerenah. Sangat mudah menjaganya. Malam hari hanya sekali saja dia bangun dan menyusu kemudian terus saya terbangun untuk bersolat subuh. (Sebenarnya, emaknya yang tidur tak sedar-sedar haha)..

Apabila Fahmi sudah 3 bulan ini barulah saya boleh meneruskan aktiviti saya memasak kek atau pencuci mulut seperti biasa untuk dihantar ke kedai. Inilah sumber pencarian kecil-kecilan saya. Masih merangkak-rangkak kerana ada anak kecil yang perlu diberi perhatian. Selalunya, terpaksa juga 'berperang' dengan anak-anak untuk menyi…