Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kbat

اتقوا الله ، خوف & رجع : COVID-19

Satu hari, Farihin (4.5 tahun) bertanya, "Mak, Allah kan jaga nenek sekarang. Tapi, kenapa kita kena doakan untuk nenek pulak?" Erk. Mak terkedu sekejap. Allah jaga nenek mestilah lebih baik dari mak jaga nenek dulu. Berada di sisi Allah mestilah keadaannya baik baik saja. Takkanlah Allah nak biarkan nenek seorang diri terumbang ambing kat sana kan? Inilah corak pemikiran anak kecil yang masih belum memahami keperluan beragama dengan betul. Belum matang. Lalu, hari ini ramailah anak anak muda termasuk yang tak berapa muda singgah di kotak komen mufti kita dan tanpa segan silu menulis, "Ustaz, apa hukumnya orang yang takutkan virus lebih daripada takutkan Allah?" Ini pula corak pemikiran orang besar yang tersepit lalu terperangkap di dalam pemikiran anak kecil. Tak matang. Saya bertanya kepada anak anak kecil saya, "Fathi & Fatihah, kita kena takutkan Allah atau kita kena takutkan penyakit/virus?" "Ermmm... Kita takutkan Alla...

Hidup di dunia untuk bersusah.

Mak siap basuh baju pagi tadi. Petang baru mak sempat nak sidai. Mak pun keluarkanlah baju bawa ke ampai. Rasanya macam tak sempat juga menyidai, kena pergi rumah nenek cepat. "Siapa boleh tolong mak sidai baju ni? Kalau ramai tolong mak, jadi cepatlah siap kita boleh pergi rumah nenek." Dialog biasa setiap hari bila mak mahu melibatkan anak-anak dengan kerja rumah. Dengan pantas, Fatihah menghulurkan bantuan dulu. Fathi dan Fahmi keluar juga tapi main kejar-kejar dulu dengan gumbiranya! Farihin seperti biasa main acah-acah nak pakai selipar sendiri join abang-abangnya kejar-mengejar dan bergelak ketawa. "Abang! Jomlah tolong mak! Kan mak mintak tolong ni." "Alaaa, susahlah.. Abang baru nak main kejor-kejor ni dengan Fahmi.." Mak ok je pun tidaklah berharap sangat. Dah namanya budak-budak. Memang pantang tengok bila mak keluar. Hehe.. "Abang! Abang dah lupa ke ustazah cakap kat sekolah agama. Kat dunia ni tempat kita rasa susah. Nan...