Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Lagi tentang pilih kata

"Tali otak" bagi anak kecil.

Walaupun berulangkali mengingatkan diri untuk memilih perkataan dan tidak menyebut tingkahlaku anak yang kurang positif, adakalanya saya masih terlepas juga dua tiga perkataan.

(Bukan mudah untuk berubah. Bukan mudah untuk mendidik anak kecil. Tapi, ini sajalah jalan yang paling mudah.)


Pada satu pagi...

"Mak, kenapa abang rasa susah nak buat kalau abang rasa tak nak?"

Tanya Fathi (6 tahun) semasa sedang melihat saya menggosok pakaian.
Kebetulan, ustaz dalam tv baru menyebut satu ayat "80% rasa ketakutan itu adalah anggapan. Belum tentu betul."

"Hmmm... Sebab abang fikir susah dulu dan takut nak mencuba. Kalau abang cuba dulu mesti tak rasa susah. Tengok macam ustaz ni cakap. Apa yang abang takut tu 80% cuma anggapan. Selagi abang tak cuba dulu, abang tak tahu betul ke dia susah nak buat atau tidak. Contohnya, cuba abang makan macam-macam sayur dulu. Baru abang tahu ada sayur yang rasanya tak pahit. Tak semua sayur tu pah…

Sujud syukur anak kecil & senarai semak

Usai solat dan berdoa, saya melihat ada seseorang sedang bersujud meniru gaya emaknya bersujud.

"Abang sujud apa tu?"

"Abang sujud syukurlah. Hari ni kan abang dapat berus gigi dengan ubat gigi kecik kat sekolah tadi. Mak, betul tak bila kita terima sesuatu Allah bagi kita kena sujud syukur?"

"Betul tu. Bagus abang sujud syukur. Kita sujud syukur sebab kita gembira dapat sesuatu daripada Allah melalui orang lain yang sampaikan pada kita. Tapi, tak kira kita gembira ke tak, kita kena sujud syukur tanda kita berterima kasih pada Allah. Bukan setakat kita menulis je tau. Abang baca apa masa sujud syukur tu?"

"Abang baca selawat je.. Hehe.. Abang kan suka selawat."

"Bagus.. Boleh juga kita baca selawat 3 kali lepas tu boleh baca doa Ya Allah, terima kasih atas berus gigi dan ubat gigi tu. Murahkan rezki mak dan abah dan semua orang Islam.. Amiin.."

"Ooo, abang terlupa (tak tahu). Esok abang baca doa dia panjang-panjang lagi eh. Kita …

Baik atau buruk ujian hidup

Mendengar dan menginsafi kata-kata seorang al-Hafiz :

“Dalam hidup kita ini kita mahu semuanya mengikut apa yg kita mahu dan rancangkan. Jika sesuatu yg terjadi di luar kemahuan dan rancangan kita, kita katakan itu adalah sesuatu yg buruk dalam hidup ini.

Tapi, dalam al-Quran Allah dah berikan definasi apa itu yg baik dan buruk. Tak semua yg kita nampak buruk itu adalah yg terburuk. Begitu juga sebaliknya.

Apakah kebaikan sahaja yg kita mahukan dalam hidup ini? Adakalanya, dengan keburukan itulah datangnya segenap kebaikan.

Sebenarnya, tidak kira apa jua yg terjadi dalam hidup kita samada baik atau buruk, itu semua ujian.

Orang Islam yg baik akan menukarkan setiap kebaikan mahupun keburukan yg terjadi dalam hidupnya itu menjadi amal soleh. Walau apapun yg terjadi dalam saat susah atau senang, kita harus menukarkan situasi menjadi amal soleh. Itu sajalah yg akan dapat meneruskan perjalanan hidup ini menuju akhirat.

Kesedihan, kegembiraan akan berlalu pergi. Tiada apa yg kekal dalam du…

TANTRUM Anak Kecil

Sejak bercuti tempohari, Fahmi (2 tahun) sudah mulai menunjukkan tantrumnya.

(Jika dahulu, anak tantrum pun masih sempat ambil gambarnya (saja menyakat), bila anak 3 sudah tidak sempat semuanya. Hehe.. Tiada gambar yang betul-betul, hanya ada gambar setiap kali tingkahlakunya yang elok-elok saja. Ini juga salah satu perubahan saya. Berhenti mengambil gambar anak di saat mereka menunjukkan tingkahlaku kurang baik. Saya baru sedari yang kita tidak menunjukkan satu penghormatan kepada anak jika kita masih ada hati mengambil gambar di saat mereka "bad mood").


Sudah lama abang dan kakaknya, Fathi dan Fatihah (6 & 5 tahun) tidak lagi mentantrumkan dirinya. Tapi, bila diingat kembali mereka berdua juga satu masa dulu, Masha Allah, boleh tahan juga tantrumnya. Lebih-lebih lagi Fathi!

Ketika anak sulong dahulu, Fathi, sejak berumur 3 bulan lagi dia sudah mogok susu (nursing strike). Semasa itu, saya tidak tahu apa-apa, kenapa lebih 12 jam dia tidak mahu menyusu  langsung walaupun…