Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Ragam anak berdasarkan intuisi si ibu.

Tengahari itu selepas makan, mak menegur saya. "Kamu tengok dada Fathi turun naik tak tentu hala tu. Sikit-sikit terkejut sampai bergerak badan waktu tidur. Pergi tidur sebelah dia! Jangan bagi dia terkejut."
Selepas solat Zohor, dengan wudhuk yang masih ada saya memang terfikir untuk berkonfrontasi dengan anak sulung saya Fathi, 2 tahun. Ada sesuatu yang saya rasakan tidak betul. Tapi dia masih belum boleh bercakap lagi. Jadi, dengan cara ini sajalah saya boleh 'bercakap' dengannya.
Saya pegang dadanya yang berombak kencang itu dengan tangan kiri. Usap-usap kepalanya dengan tangan kanan. Dan berselawat sebanyak mungkin sehingga saya rasa saya sudah bersedia.
" Fathi Mohd Kamal.. Fathi Mohd Kamal.. Fathi Mohd Kamal. Fathi tidur baik-baik ye. Nyenyak-nyenyak.. Jangan takut. Mak tak marah. Fathi tidur je. Mak temankan Fathi kat sebelah."
. .
"Fathi Mohd Kamal.. Fathi Mohd Kamal dengar kan cakap mak sekarang. Fathi tidur baik-baik.. Mak nak cakap ni. Kenapa Fat…

Coklat ke sekolah!

Sempena Hari Guru 16 Mei lepas, saya telah menerima tempahan ke dua buah sekolah. 100 batang lollychoc campur-campur untuk Koperasi Maahad Johor (terima kasih Cikgu Zie) dan sebuah SK di Pontian oleh teman sekolah saya yang dulu (maaf lupa nak tanya nama sekolahnya). 40 batang lollychoc & 40 biji mini bar (terima kasih cikgu Mazirah) untuk dijual bagi tujuan kumpul duit kebersihan kelas katanya. Siap ambil order terlebih dahulu! Sangat efisyen budak-budak SK ini. Kagum! :)

Ini design terbaru saya buat. Masukkan sekali untuk Maahad Johor. RM1 sebatang. Tapi, kalau nak order design ini lagi sudah tiada sebab corak ini sangat terhad.

Kira coklat design ini limited edition lah.. Beruntunglah pelajar-pelajar Maahad Johor yang membelinya! ;)

Ini juga hasil mould baru! Saya suka coklat bunga ni. Cute!

Dan cantik juga!

Di bawah ini juga hasil mould baru. Tapi, saya khaskan coklat ini untuk cikgu-cikgu kesayangan Nur Batrisya Amira & Nur Adreena Amira bt Ramzi di SK Sri Pulai.


Mana-mana ci…

Sedetik berdua hingga berempat. 2011.

Semuanya bermula selepas saya sakit telinga.. Ya, saya pernah sakit telinga sehingga saya sudah kehilangan dekat 80% pendengaran. Sebelum itu, saya sudah penat naik turun hospital pakar di KL (semasa saya di tahun akhir UIAM) dan JB (selepas grad). Sakit telinga saya masih berulang sehinggalah saya tergerak untuk mencuba rawatan alternatif di Taman Teratai.
Di situlah saya berjumpa jodoh pekerjaan dan jodoh seumur hidup saya yang tidak pernah saya sangka, jauh sekali saya fikirkan.
Suami, bekerja dengan abangnya di klinik alternatif itu. Hidupnya hanya duduk depan komputer dan membuat kerja-kerja programming di dalam bilik kecil yang tersorok itu. Setelah saya bekerja di situ dan mula bergaul dengannya sebagai rakan sekerja, saya dapati 'otaknya' sangat luas walaupun duduk di tempat sekecil itu.
Saya dapati ada perkara dominan dalam corak pemikirannya yang lain dari kebiasaan lelaki. Dia tidak banyak cakap. Bila bercakap mulutnya laser pula. Tidak hiraukan perasaan orang. Apalag…

Kandungan coklat

Bahan-bahan : Coklat Beryl's (Coklat susu & Coklat hitam), Garam Bukit Infrasonik, Minyak sawit / Minyak zaitun dan (tambahan perisa / kekacang yang berbeza mengikut permintaan).
Untuk yang menjaga kesihatan, saya cadangkan permintaan anda adalah Coklat hitam sahaja (kerana dalam Dark Chocolate lebih banyak koko dan lebih pahit daripada Milk Chocolate yang lebih banyak gula dan sangat manis). Juga mintalah minyak zaitun. Saya gunakan minyak zaitun HPA.
-----------------------------------------------------------------------------------
Ramai yang bertanya apa kandungan yang saya gunakan dalam coklat saya ini.
Saya suka pada kelainan. Kerana semua orang boleh buat coklat. Tak kira lelaki atau perempuan. Senang saja. Tapi, apa yang membuatkan coklat saya lain daripada orang lain?
Saya tiada rahsia. Kerana saya lebih suka berkongsi sesuatu yang sihat.
Untuk pengetahuan, kebanyakan coklat di kedai-kedai menggunakan majerin untuk 'melemakkan' rasa coklat mereka. Di samping kos y…

Kasih ibu sepanjang hayat.

Ketika saya berumur 3 tahun kot.

Bersama arwah atok flat. Emak kepada emak saya.

Ketika saya menjadi bongsu..hehe.. Sori dik, masa ni adik tak wujud lagi.. Kakda yang cute ok!
Saya anak ketiga dalam keluarga. Emak kata muka saya sama macam muka mak ketika muda dulu. Ermmm, mungkin mak lebih lawa sikit kot. hehe..

Saya bukanlah jenis yang meraikan sesuatu berdasarkan ikutan orang lain kerana meraikannya. Begitu juga suami. Saya tidak dididik untuk meraikan hari-hari tertentu. Cuma ingatan untuk meraikan hari jadi saja yang saya belajar untuk menyambutnya dengan cara ibubapa saya sedari kecil. Iaitu menghantar pulut kuning ke masjid-masjid.

Saya menulis artikel ini bukanlah kerana memperingati Hari Ibu yang sedang rancak diucapkan dalam minggu ini sahaja.
Saya menulis ini kerana terpanggil untuk menyatakan sesuatu yang saya tidak akan ucapkan kepada emak saya. Dan juga untuk menyatakan sesuatu yang saya tidak pasti akan sempat saya ucapkan kepada anak-anak saya kelak.
Saya menjadikan emak seb…

Apa nilai anda?...

Saya sentiasa belajar untuk memperbaiki diri dan keluarga. Oleh kerana itu, saya selalu menjadikan pengalaman, pendengaran dan penglihatan saya sebagai ibrah untuk saya menetapkan satu nilai yang harus saya pegang.

Babak 1.

Abah baru pulang dari majlis potong jambul seseorang yang berdekatan dengan taman perumahan kami.

Abah : Nah, mainan untuk Tiha. Tadi dapat kat majlis aqiqah kat sana.

Saya : Eh, comelnya anak patung nih! Mesti anak dia pompuan ni. Warna pink!

Abah : A ahh.. Pompuan. Kat masjid tadi yang datang jemaah cuma ada 4 orang je. Wakil keluarga tu agaknya datang masjid jemput semua jemaah datang majlis aqiqah cucu dia katanya. Orang tu macam tak pernah nampak kat masjid sebelum ni. Dah dijemput sungguh-sungguh kesian pulak kalau tak pergi. Dah la hujan. Ingatkan majlis aqiqah la. Sampai-sampai sana je siap ada PA system lah, bukak khemah lah. Pastu, buat upacara potong jambul je. Tak buat tahnik pun. Sampai-sampai tu macam taknak masuk sebab dah nampak ada yang tak kena. Tapi..…