Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ISBN

ISBN untuk Ebook (e-ISBN)

Sejujurnya, manuskrip Mendorong Anak Suka Mengaji ini sudah tersimpan lama. Sejak 2013. Lalu, nak dijadikan cerita, ada pihak yang meminta sumbangan saya untuk sharing cara mengajar mengaji dengan Teknik Nabi hujung minggu ini. Berfikir mahu sampaikan apa Sabtu ini, mahu tak mahu terpaksalah juga menyelak semula manuskrip lama yang sudah tersimpan ini. Sejak Isnin, saya merombak semula manuskrip ini buat kali ke 6. Atau mungkin kali ke 7. Hehe.. Memurnikan beberapa ayat dan perenggan. Menambah, memotong ayat demi ayat di sana dan di sini. Tuan suami yang banyak menolong mendapatkan template Ebook. Belajar cara menulis dan menyusunatur Ebook mengikut sistem yang betul. Lalu, menghubungi pelukis komik saya, Tuan Faisal Nordin untuk melukiskan cover ebook ini untuk disiapkan dalam masa 2 hari jika boleh. Kerja yang mantop! Jutaan terima kasih kepada beliau. Alhamdulillah, pada hari Khamis cover ebook, susunatur dan isi tulisan semua sudah siap tersusun. Malah, nombor ISBN ...

Cara memohon ISBN bagi Penerbit Baru

Sejak mengeluarkan dan menerbitkan sendiri produk saya sendiri iaitu Kad Imbas Khadijah , saya mempunyai kekangan masa untuk mengemaskini blog ini serta menjawab semua persoalan yang singgah melalui blog ini. Maafkan saya kerana tidak dapat menjawab persoalan anda. Dari jauh, saya mendoakan anda terus diberi jawapan dan bimbingan daripada Allah Ta'ala Yang Maha Bijaksana. Kadangkala, jawapan yang Allah berikan ke atas hati-hati manusia adalah dalam cara yang unik dan misteri. Tabarakallah.. Hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan di atas pengalaman yg sangat berharga ini. Memohon ISBN untuk produk ciptaan sendiri. Tak kira anda ingin mengeluarkan atau menerbitkan karya hasil ciptaan anda sendiri, ada baiknya ia dimasukkan ke dalam Data Pengkatalogan - Dalam - Penerbitan yg hanya dikeluarkan daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Pada asalnya, saya merujuk kepada laman web seorang Penulis yg prolifik di tanahair iaitu Puan Nisah Haron di sini . Tulisannya mengenai apa it...