Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel homeschooling

Buku : Saya Suka Mengaji

  Saya masih ingat lagi proses buku kedua saya ini diterbitkan semasa PBAKL 2018. Semua tim editorial Telaga Biru menjadi serba gelabah kerana mahu mengejarkan tarikh tepat keluarannya iaitu akhir bulan April 2018.  Saya di Johor ini juga turut sama menggelabah dalam masa yang sama teruja apabila impian seumur hidup mahukan buku yang terbit khusus untuk Pesta Buku Antarabangsa KL sebegini. Editor bahasa dan editor shariah ketika itu bertungkus lumus membawa karya saya ini hingga pulang ke rumah dan berjaga hingga lewat malam demi menyiapkan semua kerja editorial dan reka letak buku ini. Dua minggu sebelum tarikh PBAKL, buku mesti sudah masuk kilang untuk cetakan. Pada proses ini juga saya belajar sesuatu. Proses cetakan buku juga ada banyak proses bukan sekadar masuk-cetak-terbit. Proses untuk kulit buku sahaja memerlukan masa seminggu kerana pada kulit buku sebenarnya kita punya pilihan samada mahu kosong sahaja tanpa corak ataupun ada corak. Kulit buku ju...

Bedah buku 4 dalam 1!

Sejak Buku Saya Suka Mengaji ni release bulan Mei tahun lalu, saya masih belum berkesempatan lagi nak buat bedah buku ini disebabkan saya jatuh sakit 2 Kali masuk OT jalani pembedahan sekitar bulan Ogos & September. Kemudian, proses recovery memakan masa selepas itu. Sehinggalah Mei tahun ini, buku seterusnya release iaitu Buku Rekod Mengaji Telaga Biru (tak sempat bergambor lagi dengan buku baru ni). Maka, bedah buku yang pertama bagi tahun ini saya akan gabungkan 2 buku + 2 bahan bantu mengajar mengaji sekaligus bagi sesi kali ini yang saya namakan sebagai Santai Ilmu. Diskaun bagi sesiapa yang sudah ada #bukusayasukamengaji. Oleh kerana sebelum ini ada permintaan untuk saya buat perkongsian kaedah mengajar mengaji yang menyeronokkan Di taska & tadika, jadi saya juga akan sentuh isu isu berikut : + Bagaimana mengajar anak kecil mengaji tanpa membosankan? + Bagaimana mengajar orang dewasa mengaji semula daripada awal? + Bagaimana membantu anak menghafaz &...

Jadilah soleh dan musleh.

Didiklah anak bukan sekadar soleh (hanya diri sendiri) tetapi juga musleh (peringkat masyarakat). #copyandpaste #repost Tidak Cukup Jadi Soleh Tapi Perlu Jadi Musleh ما الفرق بين الصالح والمصلح ؟ Apa bezanya Orang Baik (Soleh) dan Penyeru Kebaikan (Musleh)..?

Anak al-hafiz boleh selamatkan 10 orang ahli keluarga masuk syurga?

Al Quran itu lebih tinggi dan mulia daripada ganjarannya. "Saya mahu anak saya jadi penghafaz al Quran kerana nanti dia boleh selamatkan saya masuk dalam syurga. Saya ini dahlah banyak dosa." Astaghfirullah. Fahaman ini bahaya wahai ibu ibu sekalian. Malah, hadith yang mengatakan orang yang menghafaz al Quran dapat membawa 10 ahli keluarganya masuk syurga itu adalah DHAIF.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Keluarga sebelah suami di Pasir Mas, Kelantan. Tahun ini dapat berkumpul 5 daripada 7 beradik. Alhamdulillah.  Keluarga saya di JB.  Dapat berkumpul 4 beradik selepas 2 Syawal. Sebab itu baju raya dah tak ada. Semuanya sedang dibasuh. Hehe.. Tahun 2019 ini "tahun adjustment". Sepatutnya tahun ini giliran beraya di Johor 1 Syawal berikutan tahun lepas 1 Syawal di Kelantan. Tapi, selepas perbincangan dengan semua 4F dan abahnya kami sepakat tahun ni 1 Syawal di Kelantan sebab nak adjust giliran supaya dapat beraya 1 Syawal tahun depan dengan mak long pula selepas bertahun lamanya tak dapat beraya 1 Syawal dengan mak long 4F lebih lebih lagi Muhammad Zaid (anak susuan saya).  Kebetulan juga tahun ini cuti hari raya panjang bersambung dengan cuti sekolah sebab itulah kami balik awal ke Kelantan dan beraya 1 Syawal di sana. Tahun depan konfem tak dapat lagi cuti sekolah serentak dengan cuti hari raya lagi kan? Sistem giliran ber...

Komik Zine Geng Suka Mengaji Kat Rumah Cik Jah

Entah macamana baru teringat saya pernah hasilkan e-comic dengan hasil keuntungan jual KIK satu masa dulu. Beranikan diri mencuba sesuatu yang baru lalu saya gigih mencari Illustrator yang sudi bekerjasama hingga bertemu pelukis komik  Faisal Nordin  Dan pelukis cover  Emira Jimin .  😊 Dulu, tak terfikir nak jadikan booklet. Dan tak tahu kewujudan zine. Tetiba dapat idea nak jadikan dalam bentuk zine Dan inilah hasilnya. Taraaa... Sekarang, Fathi & Fatihah dah boleh baca jadi mereka jadi pembaca pertama edisi printed.  Dia kata kenapa muka diorang tak ada Dalam komik ni? Haha.. Dan komik mak ni tak sama macam komik lain yang pernah diorang baca. Lain Dari yang lain.  😁 Apa boleh buat. Bila mak nak buat sesuatu, mak tak suka sama macam orang lain. Kena Ada lain sikit supaya orang ingat jejak mak. Ya, komik ni sangat amatur (budak baru nak belajar) tetapi penuh intipati nasihat. Pengalaman mengajar mengaji & usrah bersa...

Sembang KIK di Telaga Biru

Social experiment

A : Haihhh kecoh orang dok share habis troli2 kat shopping mall tu penuh barang ditinggalkan gitu je tak sempat kira. Teruk betullah orang macam gini. Menyusahkan dah pekedai nak susun balik semua barang tu. Nampak sangat kelabu mata bila dapat barang free. M : Tengah viral benda tu ke sekarang ni? Saya ni tak tertengok apa yg viral. Selalu tak terjumpa. Alih2 orang dok cakap sana sini. Nampak jugak orang post pagi tadi. Nak harap apa lagi memang dah macam tu namanya manusia.. Kita ni tak boleh mengata sangat. Cuba kalau kita takdirnya ada kat mall tu petang tu. Agak2 kita sama tak macam diorang? Ke kita terus balik rumah je? A : Iyalah. Kot ya pun.. Ambil barang tu berpadalah. Jangan macam nak simpan Stok sampai 10 tahun. Ada gambor tu sampai dalam troli ada berkotak2 aiskrim. Orang dok komen ni aiskrim ni makan tetiap hari macam makan nasi ke apa. Tak agak2.. Tamak orang kita ni. Lepas tu bila tak sempat kira dok tinggalkan kat tepi. Tak ke membazir tu. Menyusahkan ora...

Gelap itu menakutkan ~ Sebuah ibrah dari gerhana

Selepas melihat lihat perkongsian gambar bulan gerhana sampai ke kemuncaknya, "Abang, Fatihah, jom kita solat sunat gerhana nak?" "Nak! Nak!" "Ok jom! Mak ajarkan dulu macamana nak solat sunat gerhana." *Satu tips untuk ajar anak beribadat tanpa paksaan adalah sentiasa mulakan dengan ayat tawaran. Setelah habis solat, mak mulakan 'khutbah ringkas' versi rumahku sekolah pertamaku. Hihi.. "Abang dan Fatihah tahu tak ada apa hikmah di sebalik fenomena alam macam gerhana ni?" "Tak tahu." "Bila gerhana terjadi, dunia akan gelap buat seketika. Apa yg abang dan tiha rasa bila dunia kita gelap tanpa cahaya?" "Tiha rasa takut sangat macam nak menangis." Fatihah menjawab. "Tapi mak.. Kan kita ada teknologi sekarang. Manusia dah cipta lampu. Dengan adanya lampu manusia tak perlu rasa takut dengan gelap lagi." Fathi menjawab dengan skil kbat nya. "Betul tu. Tapi cuba bayangkan ka...

Motivasi tertinggi untuk membaca al Quran

Sebelum ini, saya banyak terima soalan daripada ibu yang duduk di rumah bagaimana untuk konsisten membaca al Quran kerana masa sudah dihabiskan dengan mengurus anak-anak. Persoalan ini bukan dari seorang. Tapi ramai. Katanya, berbeza sewaktu dia bekerja dahulu, masih punya waktu kosong walaupun sebentar di ofis di kala waktu rehat atau sesudah sampainya di ofis. Tetapi, apabila sudah berhenti kerja dan duduk di rumah, semuanya sudah "ke laut". Inilah realitinya menjadi "stay-at-home-mom". Kita takkan dapat merasainya selagi kita tak benar-benar "duduk di rumah" mengurus anak-anak seorang diri. Namun, saya juga memahami ibu bekerjaya di ofis juga tak selalunya ada waktu senggang. Adakala juga lebih terkejar-kejar semua perkara berbanding ibu yang duduk di rumah. Masing-masing ada "plus minus" nya tersendiri. Tidak perlulah bergaduh dan membanding-bandingkan siapa yang lebih penat atau siapa yang lebih banyak kerjanya. Jauh lebih pen...

Bagaimana menulis secara organik?

Mendapat sokongan daripada ramai sahabat dan follower di sini kerana memiliki buku pertama saya #bukansekadarhomeschooling amat memberikan saya satu semangat yang sukar diungkapkan. Malah, saya menerima banyak soalan yang sama semasa mereka memegang naskhah ini. "Rajinnya awak menulis! Tebal buku ini." "Macamana nak menulis? Sibuk memanjang! Tak sempat apapun." "Teringin nak buat buku macam awak juga. Tapi tak pandai menulis." . . . Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang rajin menulis. Saya tidak update facebook status saya setiap hari. Saya juga tak sempat menulis setiap hari. Saya tidak upadate blog saya juga setiap hari. Saya juga sibuk dengan banyak perkara di dalam dan di luar rumah bukan saja anak-anak tetapi banyak perkara melibatkan beberapa NGO yang saya anggotai. Kadangkala, buat home visit. Saya juga asalnya tak pandai menulis. Hanya menulis sesuatu yang emosional. Menulis hanya sebagai terapi bagi saya memastikan...

Ada apa dengan Buku Bukan Sekadar Homeschooling?

Semalam saya menerima perkhabaran daripada adik usrah saya Lyana M. Tizam yang menguruskan sesi bedah buku & borak santai mengenai buku ini Januari tahun depan sudahpun penuh seramai 52 orang (terlebih kuota) tak sampai 50 jam selepas dibuka untuk pendaftaran. Mula-mula saya ingatkan mengapalah tiba-tiba beliau 😭😭😭.. Hehe.. Rupa-rupanya, beliau amat terharu dengan sambutan di luar dugaan ini. Malah, yang lebih mengharukannya ada ibu yang akan datang dari Perak dan Negeri 9 semata-mata mahu mengikuti sesi bedah buku yang pertama ini dan sedang mencari hotel. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Tatkala mendapat perkhabaran ini keajaiban demi keajaiban yang saya rasakan. Terasa kerdilnya diri kerana takut menghampakan harapan tinggi semua ibu yang akan hadir kelak. Tiadalah daya usaha saya melainkan bantuan dari Allah. Sungguh, saya ini tiada apa-apa. Saya hanya seorang ibu yang biasa saja seperti anda. Boleh bertanya kepada sahabat-sahabat lain yang selalu be...

Faham al Quran ~ Tidak semua perkara boleh dilukiskan

Apabila menerima beberapa soalan berkaitan bahasa arab dan maknanya di dalam al Quran, saya sering merujuk kepada abah saya yang juga seorang pakar bidang dalam ilmu ini. Abah mempunyai lebih banyak ilmu dan pengalaman serta sumber kitab yang lebih sahih dalam asal bahasa arab yang menjadi rujukannya. Makna "Ittaqa" 1. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ الرِّبَا أَضْعَافاً مُّضَاعَفَةً وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ . وَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ Soalan mengenai perbezaan makna "wattaqu" yang terdapat dalam surah ali imran ayat 130 dan 131 membawa 2 maksud yang berbeza. Satu ayat bermaksud "bertaqwalah" manakala lagi satu ayat membawa maksud "peliharalah". Mana satukah makna yang sebenar? Abah : Asal makna "wattaqu" ialah "ittaqa" yang bermaksud takutlah. Inilah keindahan bahasa arab, satu perkataan boleh membawa banyak makna bergantung konteks ayat dan i'rab...