Langkau ke kandungan utama

Anak al-hafiz boleh selamatkan 10 orang ahli keluarga masuk syurga?


Al Quran itu lebih tinggi dan mulia daripada ganjarannya.

"Saya mahu anak saya jadi penghafaz al Quran kerana nanti dia boleh selamatkan saya masuk dalam syurga. Saya ini dahlah banyak dosa."

Astaghfirullah. Fahaman ini bahaya wahai ibu ibu sekalian. Malah, hadith yang mengatakan orang yang menghafaz al Quran dapat membawa 10 ahli keluarganya masuk syurga itu adalah DHAIF.



Bacalah lanjut kenyataan SS mufti di sini -
 http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1112-irsyad-al-hadith-siri-ke-111-hafiz-al-quran-dipakaikan-makhkota-dan-dapat-memberi-syafaat-kepada-10-orang-ahli-keluarga?highlight=WyJoYWZpeiIsImFsIiwiYWwnYXRoaXIiLCJhbCdpcmFxaXl5YWgiLCJhbCctdWJiYWRpIiwiYWwnYWxhIiwiYWwnYWRoaHUiLCJxdXJhbiIsIidxdXJhbiIsInF1cmFuJy4iLCJkaXBha2Fpa2FuIiwibWFoa290YSIsImhhZml6IGFsIiwiaGFmaXogYWwgcXVyYW4iLCJhbCBxdXJhbiIsImFsIHF1cmFuIGRpcGFrYWlrYW4iLCJxdXJhbiBkaXBha2Fpa2FuIl0=


Saya juga bertanya kepada Abah mengenai hadith ini. Abah juga mengesahkan bahawa hadith ini sebenarnya perawinya sangat lemah dan dhaif. Hadith ini tidak sahih.

Beliau mengingatkan saya jangan sesekali kita beramal dengan sesuatu mengharapkan ganjarannya semata mata. Walhal al Quran itu lebih mulia dan lebih tinggi kedudukannya Dari apa yg kita harapkan.

Jangan mengharapkan dosa kita ini dapat ditebus oleh anak anak. Dalam Islam Allah sudah beri panduan untuk kita menghapuskan dosa dosa sendiri. Tak perlulah tunggu anak anak menebusnya pula untuk kita.

Dari ‘Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

مَن تَعارَّ من الليل فقال: لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ، ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ، ثم قال: اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي – أو دعا – استُجِيبَ له، فإنْ توضأ وصلى قُبِلتْ صلاتُه

“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca (zikir tersebut di atas):

لا إله إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ ولهُ الْحَمْدُ وهُوَ على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، الحمدُ للهِ، وسبحانَ اللهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أَكْبَرُ، ولا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا بِاللهِ

[Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syain qodiir. Alhamdulillah wa subhanallah, wa laa ilaha illallah, wallahu akbar, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah]

Segala puji bagi Allah Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu, segala puji bagi Allah, maha suci Allah, tiada sembahan yang benar kecuali Allah, Allah maha besar, serta tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah, kemudian dia mengucapkan:

اَللّهُمَّ اغْفِرْ لي

“Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa)ku“, atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya”.

Saya juga suka merekomenkan buku Adab Pembaca Al Quran terbitan Telaga Biru INI buat rujukan semua ibubapa yg ingin menjadi alhuffaz ataupun ingin mendidik anak anak menjadi penghafaz al Quran. Di dalam buku ini ada tercatat semua hadith sohih yg berkaitan. Rujuklah buku ini. Setkan perancangan jangka panjang anda untuk bagaimana membantu anak agar tidak melupai bacaannya sehingga dia dewasa nanti.

Slow and steady. Its ok kalau kita memulakannya lewat sedikit kerana mendidik anak hafaz al Quran bukanlah satu pertandingan cop siapa masuk syurga dulu. Tahu apa yg kita amalkan.

Abah juga berkongsi pengalaman terkini fenomena menjadi alhafiz hari INI. Ramainya alhafiz hari ini tetapi apabila menjadi imam terawikh suara yg sedap tidak dapat menutupi kesalahan bacaan tajwid serta waqaf ibtidak bacaan tersebut. Bacaan berhenti dan dimulakan semula pada tempat yg salah sesuka hatinya sehingga menjejaskan makna. Tartilnya tiada. Hilang entah ke mana. Bukan seorang malah sudah bertahun fenomena begini terjadi. Allah... Sedih..

Wahai ibu ayah, jangan jadikan anak hanya seorang penghafaz semata mata! Biarlah lama dia menghafaz dan belajar ulumul Quran dan bahasa Arab serta faham setiap bait yg dihafaznya.

Semuanya bermula Dari Rumah. Ajarkan anak huruf hijaiyyah (bukan jawi) Seawal usianya sebelum anak mengenali ABC .123. Insha Allah proses selepasnya akan menjadi lebih mudah apabila kita sendiri mengajarkan anak anak hingga anak tahu membaca al Quran dengan baik dan penuh tartil.

Pantau bacaan anak anak sejak kecil di Rumah.

Hidupkan al Quran di Rumah, dalam rumahtangga.

Hidupkan akhlak al Quran dalam diri sendiri dan anak anak..

Al Quran akan datang kepada kita kelak sepertimana bacaan yg tartil kita pernah alunkan semasa hidup di dunia ini. Walaupun menghafaz, bacalah al Quran dengan penuh ketartilannya.

"Sesiapa yg menghendaki kebaikan (dengan Amal usahanya) di dunia semata mata, kami beri kepadanya daripada kebaikan dunia itu (sekadar yg kami tentukan) dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (Surah asy syura : 20)

"Dikatakan kepada pembaca al Quran, bacalah, naiklah dan alunkanlah dengan tartil sebagaimana kamu pernah mengalunkannya dengan tartil ketika di dunia kerana sesungguhnya tempatmu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca".



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.