Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Ramadhan Kareem : Kullu 'Aam Waantum Bikhair..

Pasangan yang akan melahirkan zuriat pasti akan melakukan persediaan untuk menyambut si anak. Pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan besar juga sudah pasti akan melakukan persediaan sejak awal tahun lagi. Pekerja yang mahu mendapatkan pekerjaan yang baik pasti akan melalui sessi 'interview' terlebih dahulu. Sebelum pulang ke kampung menaiki kenderaan juga memerlukan kita memeriksa terlebih dahulu persediaan kereta itu untuk berjalan jauh. Semua perkara besar mahupun yang kecil dalam hidup kita memerlukan persiapan sebelum kita memulakan sesuatu. Agar apa yang kita buat itu punya momentumnya tersendiri dan bakal berpanjangan seterusnya menjadikannya sebagai salah satu cara hidup..

Sesuatu yang baik dan tidak tersusun pasti akan dikalahkan dengan sesuatu yang tidak baik tapi tersusun.
Oleh itu, mari kita sama-sama merebut peluang yang Allah beri dalam satu bulan khas untuk umat seluruhnya namun yang membezakan kita dan orang lain adalah PUASA YANG TERSUSUN. Saya menyeru juga …

Dua mutiara hati..

Fathi dan Nurfatihah.

Bersama peminat setia blog ini.. ||Batrisya Amira Ramzi||. Cubaan untuk membuat 'peace'.

Dalam zon berangannya sendiri..

Siapa Tiha?? "Ni Taaaa"..

Aktiviti wajib hariannya..

Zikr al-mawt... 29 tahun..

Setiap tahun, hari ini harijadi saya, esok pasti harijadi emak. Hari ini harijadi emak, semalam pasti sudah menjadi harijadi saya. Kami selalu diraikan bersama.

13 Julai 2011. Tahun ini genap saya 29 tahun. Mempunyai dua orang cahayamata lelaki dan perempuan, sepasang. Berkongsi pahit manis hidup bersama seorang suami yang bertimbangrasa dan beriman. Dapat menjaga dan berbakti kepada kedua orangtua saya dengan ilmu dan kudrat yang saya ada. Menjalani hidup yang serba sederhana dan hanya dapat melepasi keperluan tanpa berboros. Juga punya kedua orangtua mertua yang sangat memahami dan sangat menyokong apa saja kehidupan anak-cucu mereka. Alhamdulillah.. Segala puji hanya pada Allah..
Kelihatan sepertinya membaca pengakhiran sebuah cerita dongeng yang selalu dalam bentuk happy ending.

Maka, saya tertanya adakah ini petanda 'happy ending' dalam kehidupan saya?

Hydrocele & Fathi part 2.

Ketika umur Fathi 2 setengah bulan saya sudah mengesan tumbesaran yang tak sepatutnya terjadi di situ. Setiap bulan saya bawa check up biasa di klinik kerajaan. Masa 2 setengah bulan itu juga saya sudah memberitahu tentang kebimbangan saya. Dan misi mencadangkan Fathi dibawa ke GH untuk check up yang detail. Itulah kali pertama saya mendengar perkataan hydrocele.

Petang itu juga saya dan suami ke HKL (semasa itu masih menetap di KL) tapi kami tak jadi jumpa pakar kanak-kanak kerana kami kena tunggu dekat 4 jam lebih walaupun nombor sudah dapat. Agaknya doktor tu sibuk sangat dan tiada doktor lain kot.
Seterusnya kami mendapat pandangan pertama daripada doktor peribadi kami a.k.a abang ipar saya a.k.a abang kepada suami yang juga doktor alternatif. Dia cadangkan supaya kami jumpa dengan pakar kanak-kanak yang biasa dengan kes kanak-kanak dan cool di Kluang (caranya tak menakutkan mak bapak seperti doktor pakar lain yang selalu salah penggunaan ayat jika anak kita sakit). Nama klinik t…