Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Video Pendidikan Penyusuan Susu Ibu & Kesihatan Kanak-kanak ~ SIRI 1 : Tak cukup susu?

Inilah hasil pertama saya sebagai penulis skrip dan lakon layar. Juga sebagai editor dan memasukkan subtitle ke dalam video ini.

Ya, video ini penuh tragedi & airmata yg datang bersama dengan pengalaman ini.

Sudah lama siap, tapi saya baru terfikir mahu meletakkannya di blog kesayangan ini. Hehe..

Video seterusnya Scene 2 : Nipple confusion dan Scene 3 : Jaundice akan bakal menyusul. Masih berbaki lagi shooting. Dan saya masih lagi menjadi penulis skrip dan lakon layarnya. Kali ini tak mahu lagi terlalu panjang dan terlalu kaku.. Hehe..

Doakan kemenjadiannya. Insha Allah.

Sekarang, saya sedang sibuk untuk set up website baru KSPSIJB bersama tim saya. Berat rasanya tanggungjawab ini. Allah.. Sungguh banyak sekali yg perlu dilunaskan.

Waktu ini juga, Telaga Biru sedang menunggu juga manuskrip penuh saya untuk Buku Didik Anak Abad Ke 21 ...

Juga sedikit waktu lagi saya akan melancarkan penerbitan My Busybook KIK. Banyak rangka promosi yg perlu diselesaikan. Saya sedang menunggu kraf…

Jalan menuju syurga

"Hari ni Tiha dah janji dengan mak kan nak pergi sekolah agama?"

"Hmmm..." Fatihah menunduk.

"Semalam kan mak dah bagi peluang kat Tiha tak datang sekolah agama jadi hari ni Tiha dah janji nak pergi kan? Bila dah berjanji kena tepati tau."

"Alaaa, tak ada sesiapa pun yg tahu Tiha tak datang.. Ustazah baru ni tak kenal Tiha pun."

"Abis, kawan-kawan? Mesti ada yg cari Tiha kan?"

"Tak ada mak. Kawan-kawan pun tak ada yg tahu nama Tiha ni apa.."

*Hmmm.. Lupa pulak Fatihah ni sejenis banyak cakap kat rumah tapi diam seribu bahasa kat sekolah.