Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".

Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com.

27 Oktober 2013 3:24 PTG


Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat.

Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya Mak Liza. Bo…

Anak makan berjalan?

Soalan : Mohon nasihat dan pandangan macam mane nak ajar anak duduk makan tidak berjalan2 terutamanya di hentian r&r.anak2 sya berumur 1 dan 3 tahun..

Jawapan : Anak-anak saya pun makan berjalan juga puan...hehe.. Cuma, kalau di tempat orang ramai saja dia boleh makan senyap dan tidak bergerak. Selalunya, bila sudah habis makan, saya yg galakkan mereka berlari dan main kejar-kejar dalam kawasan yg berhampiran. Mereka main kejap kemudian lari semula ke arah saya.. Saya suruh lari jauh-jauh sikit, mereka tak mahu pula..hihi..

Bagi saya, adalah normal anak-anak berjalan-jalan / berlari-larian ke sana sini seluas alam yg terbentang ini puan. Itu tandanya mereka kanak-kanak normal kerana adanya keinginan meneroka tempat baru melalui pergerakan. Kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan eksperimentasi. Mereka akan gunakan keseluruhan deria yg ada.

Apa yg perlu hanyalah pantauan dan sedikit kawalan daripada kita supaya mereka tidak berlari / berjalan ke tengah jalanraya yg sesak atau boleh…