رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Rabu, 30 Oktober 2013

# Peti soalan

Pendaftaran anak luar nikah


Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed". 

Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com.

27 Oktober 2013 3:24 PTG


Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat.

Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya Mak Liza. Boleh search di facebook. Beliau ada tubuhkan satu rumah perlindungan dan jaga semua kebajikan pelatih (orang yg masuk ke rumah perlindungan) yg bernama Baitus Solehah di JB.



Boleh akak tahu ibunya adalah kakak atau adik kepada atty? Dan sekarang duduk di mana?

Jika di JB bolehlah terus minta bantuan daripada Mak Liza ini. Dia lebih arif dan tahu selok belok menguruskan pendaftaran dan prosedur dalam kes begini. Boleh tengok blog  http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/

Boleh juga terus PM atau hubunginya di https://www.facebook.com/pages/Baitus-Solehah/399193996854134

Pilihan yg akak boleh cadangkan :

1. Nasihatkan baik2 pada kakak/adik atty supaya ambil semula ICnya di hospital private tu. Selesaikan bil hospital kalau masih belum berbayar. Kalau tak cukup duit, boleh berterus terang. Kita boleh usahakan bersama.

2. Ambil IC lama dan sijil kelahiran bayi yg dikeluarkan hospital tu. Ini sangat penting! Sebab utk buat surat beranak anak perlukan sijil kelahiran / buku kelahiran tentang bayi itu.

3. Bila sudah dapat IC semula, sudah ada sijil kelahiran dan buku pelahiran bayi barulah pergi ke mana2 cawangan JPN utk pendaftaran nama anak. Ini pun sangat penting supaya nanti tiada masalah si anak nak masuk sekolah atau nak ke hospital bila sakit tiba2. Hospital kerajaan kalau tiada IC atau surat beranak kita akan dicaj sebagai warganegara luar. Bila si anak masuk sekolah pun nanti dia tak dapat bantuan kerajaan atau apa2 jenis bantuan sekolah. Lagipula, banyak suntikan kesihatan yg si anak dah terlepas (suntikan yg perlu diambil anak sejak lahir hingga 12 bulan) jadi bila naik sekolah akan ada lagi suntikan. Kalau tiada buku rekod suntikan mungkin akan ada banyak lagi masalah.

4. Pujuk kakak/adik atty seboleh-bolehnya utk daftarkan juga nama anak di JPN hari ini juga sebelum lebih terlambat dan lebih banyak masalah bakal timbul. Cuma, akan didenda atas kelewatan pendaftaran nama anak saja. Tak lebih RM50.

5. Jika dia masih tidak mahu atau takut kerana seorang diri, atty boleh temankannya. Atau boleh minta bantuan Mak Liza temankan. Mak Liza lebih tahu. Katakan padanya, dia bukan keseorangan lagi kerana ada ramai orang mahu membantu. Masyarakat sekarang bukan seperti dulu lagi. Masyarakat sekarang lebih celik berbanding dulu bila bercakap tentang kes begini. Ramai kenalan akak sendiri yg sedia membantu.

6. Jika tidak mahu atau tidak berupaya menjaga si anak itu pun ada yg sudi mengambilnya jadi anak angkat. Seperti akak cakap tadi, masyarakat sekarang sudah celik. Tidak menjauhi status anak luar nikah. Tapi, masalah akan banyak berlaku jika anak ini tak didaftarkan secara sah. Jadi, yg menjadikannya tersisih dari masyarakat ialah ibunya sendiri samada mahu mendaftarkannya sebagai ahli masyarakat yg sah atau tidak.

7. Jalan yg paling akhir ialah atty terpaksa buat laporan polis atau ambil anak saudara atty tu dan bawanya ke JKM utk aduan. JKM akan ambil tindakan selanjutnya.

Pilihan di tangan dia. Atty harus 'menggertak' dia sedikit dengan pilihan yg terakhir itu. Samada polis akan ambil tindakan atau JKM jika dia masih berkeras tidak mahu mendaftarkan nama anaknya. Kita kasihan kepada masa depan anak itu sebenarnya. Itu lebih utama. Jgn dibiarkan anak itu hidup tanpa pengenalan diri yg diiktiraf. Masa depannya akan terus tak menentu. Dari diteruskan begitu, baik beri saja kepada keluarga angkat yg mampu menyayangi dan memberikannya kasih sayang secukupnya. Ada ramai yg mahukan anak dan menghargai nyawa dan kehadiran seorang anak..

Katakan padanya akak berkirim salam kepadanya. Dengan ucapan, walau apa jua kesilapan kita pada masa lalu jgn kita libatkan kesilapan itu ke atas masa depan anak. Biar hidup kita gelap dan sengsara tapi anak ialah pemberian Allah ke atasnya semata-mata utk menguji samada hidup kita ini mahu diteruskan dalam keadaan yg sama (musibah berpanjangan) atau dalam keadaan yg barokah (sah dan diiktiraf) oleh Allah dan manusia.

Apabila kita sudah bertaubat dengan taubat nasuha, buku dosa yg lama sudah tertutup dan Allah jaga aib kita sebaiknya. Maka, bukalah buku amalan yg baru dengan sepenuh pengampunan dari Allah utk kita dan anak memulakan hidup yg baru. Jangan difikir dan dibuka langsung buku yg lama.

Sungguh, Allah Maha Penerima Taubat dan sangat sayang orang yg sentiasa bertaubat.

Moga ini dapat membantu. Akak doakan semoga semua urusan dipermudahkan Allah dan Allah bukakan hati si ibu untuk mendaftarkan nama anaknya secepat mungkin.


26 ulasan:

atty berkata...

Salam kak khadijah. Itu anak abg saya. Masalah sy skg ni. Abg sy dlm penjara. Ibu anak ni pun sorg yg mengambil dadah. Anak tu dekat kl. Saya ada bercadang nk ambik anak sedara tu sebagai anak jagaan saya. Tapi saya sendiri ibu tungal. Pasal duit tu insyallah sy mampu. Just takut jkm kata xlayak. Sy takut if sy gertak nk report dia akan lari dgn anak tu. Skg ni pun dia mintak duit dgn mak sy. Jika dia lari sy xtau apa jadi kat budak tu. Akak rasa apa patut sy buat?

Khadijah Gani berkata...

Ada 2 cadangan dari Mak Liza dan seorang lagi adalah seorang peguam.

1. Oleh kerana abang dalam penjara hak penjagaan anak jatuh kepada ibu. Anak itu boleh diambik cara baik, dengan komunikasi yang baik. Yang utama ambik dulu, katakan nenek nya sebagai waris untuk membesarkan cucu selama mana abang dalam penjara.

Jadi adalah lebih baik, nenek yang berurusan, mohon secara baik. Nanti bila sudah duduk bersama neneknya barulah ambik dari nenek untuk tolong jaga.

2. Bincang dengan ahli keluarga lain minta untuk Atty/keluarga Atty sendiri yg jaga budak tu. Lepas dua tahun daftar di JPN.

Jika masih tak boleh, bila nampak si ibu abai/cuai memang kena report di JKM..apa choice yg ada sekali pun..

Khadijah Gani berkata...

Adapun bagi akak pula walau apapun yg terjadi anak kecil itu mesti diselamatkan terlebih dahulu. Tak perlu gertak/cakap apa2 kepada si ibu. Dan jangan suruh dia buat apa2 termasuk daftarkan si anak.

Katakan saja emak Atty mahu menjaganya. Dalam masa yg sama sebenarnya Atty yg menjaganya.

Dalam masa yg sama cari orang yg bekerja dalam JKM untuk membantu. Atau sekurang-kurangnya Atty ke JKM sendiri dan bertanya dahulu bagaimana.

Akak berpendapat dalam kes Atty ini hanya orang JKM saja yg dapat membantu.

Tanpa Nama berkata...

boleh ker buat sijil kelahiran??dah ckup 1tahun...

insan terharu berkata...

Salam, nak tanya boleh ke bapa kandung buat pemohonan pengangkatan bagi anak kandung ni krn lelaki itu telah berkahwin dengan ibu kepada anaknya.bagaima prosuder itu

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya kak , saya sedang mengandung anak luar nikah dan saya mahu menjaga bayi ini , saya tak mahu jabatan kebajikan atau orang lain mengambil bayi ini . Bagaimama ?

Tanpa Nama berkata...

bgaimna pula nak mndftrkn ank luar nikah sekiranya tiada buku merah....

Tanpa Nama berkata...

Salam..sya nk tanya..sya melahirkn ank luar nikah..dia lhir 9.12..ttpi sya nikh 15.1..thun yg lain..sya ingin mem bin kan ank ni atas nma ayh kndg dia..apa yg perlu sya lkukan

Khadijah Gani berkata...

TIDAK BOLEH sama sekali mem bin/binti kan anak luar nikah walau dengan penyumbang benih itu sendiri!

Walaupun sudah berkahwin selepas kelahiran anak tersebut.TETAP TIDAK BOLEH.

Hukum Allah harus ditegakkan di dalam diri. Jangan berbuat dosa secara fotostat hingga akhir hayat. Kita akan terus disusahkan dengan perkara itu.

Astaghfirullah.

Jujur pada diri sendiri. Berlaku jujurlah kepada Allah!

Tanpa Nama berkata...

Salaam... sy baru melahirkan anak luar nikah... walaupun die kesilapan sy.. sy sygkan die.. sy x pergi mane2 klinik utk buka buku merah semasa mengandungkan die.. bila sy bersalin sy nekad utk buat surat beranak die... sy pegi jpn sendiri Tanya diorg... memandangkan sy x de buku merah sy d nasihatkan utk buat laporan polis berkenaan sy tidak memiliki buku merah sebagai rujukan jpn... alhamdulillah sy cekalkan hati demi anak sy.. sy buat report disebbkan sy bukan bawah umur pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan... alhamdulillah semua dah selesai 15 minit je surat beranak dah kluar...

hamba bertaubat berkata...

Assalam akak. Saya mempunyai anak tidak sah taraf. Adakah boleh saya mengambil anak itu sebagai anak angkat setelah saya berkahwin dgn ibunya? Dan anak itu tetap di-bin-kan dgn Nama Allah. Saya cuma mahu menjaga anak itu dan tebus kesalaham saya. Bagaimanakah prosedurnya?

Untuk makluman, anak itu belum lahir lagi dan ibu bapa wanita tu nak bagi org. Tapi wanita tu tetap nak jaga. Saya bercadang nak berkahwin dgn dia dlm 2-3 tahun lagi. Jadi bolehkah anak itu dijaga ibunya atau ibubapa kepada ibunya itu hanya dgn dokumen sijil lahir yg tidak berbapa?

Mohon penjelasan supaya saya dapat selesaikan masalah ini dgn baik. Mohon bantu saya utk perbaiki kesilapan saya supaya tidak lagi menambah kesalahan. Bantuan saudara/ri amat saya hargai. Semoga hidup diberkati Allah SWT.

hamba bertaubat berkata...

Assalam akak. Saya mempunyai anak tidak sah taraf. Adakah boleh saya mengambil anak itu sebagai anak angkat setelah saya berkahwin dgn ibunya? Dan anak itu tetap di-bin-kan dgn Nama Allah. Saya cuma mahu menjaga anak itu dan tebus kesalaham saya. Bagaimanakah prosedurnya?

Untuk makluman, anak itu belum lahir lagi dan ibu bapa wanita tu nak bagi org. Tapi wanita tu tetap nak jaga. Saya bercadang nak berkahwin dgn dia dlm 2-3 tahun lagi. Jadi bolehkah anak itu dijaga ibunya atau ibubapa kepada ibunya itu hanya dgn dokumen sijil lahir yg tidak berbapa?

Mohon penjelasan supaya saya dapat selesaikan masalah ini dgn baik. Mohon bantu saya utk perbaiki kesilapan saya supaya tidak lagi menambah kesalahan. Bantuan saudara/ri amat saya hargai. Semoga hidup diberkati Allah SWT.

Mad Zilla berkata...

Asalamualaikum Kak. Saya dapat tahu kekasih saya mengandung pada bulan lepas. Kandungan ini akan dijaga sampai lahir. Kami masih belum bernikah dan keluarga kami tidak tahu hal ini. Jadi saya yang telah melakukan kesilapan ini akan bertanggungjawab atas semua ini.
Pertama sekali, saya nak tanya macam mana nak daftar anak ini setelah dilahirkan? Katakan anak itu tidak dilahirkan di hospital?
Yang kedua, jika kekasih Saya membuat laporan polis, adakah kami akan dikenakan ape ape tindakan?
Yang ketiga, boleh atau tidak jika saya letakkn anak ini di mana mana pusat jagaan kerajaan Dan mengambil dia semula selepas 2/3 tahun?

Khadijah Gani berkata...

Hamba bertaubat,

Jika anda berdua belum bersedia lagi dan hanya merancang akan berkahwin 2-3 tahun lagi, adalah lebih baik jika anak itu diberikan kepada keluarga angkat yang lebih bersedia dari segenap keperluan.

Anda dan pasangan adalah orang yang bertaubat, maka bertaubatlah dengan sesungguhnya. Jangan diulangi jalan yang sama seperti sebelum ini.

Menebus kesalahan tidak semestinya menjaga anak setelah berusia 2-3 tahun. Ia bukan semudah itu. Kelak, bila anda sudah berkahwin dan mempunyai ikatan yang sah anda boleh menebus kesalahan dengan menjaga dan melahirkan anak-anak seterusnya dengan cara yang halal dan baik. Anggap saja anak ini rezeki kepada orang lain dan membahagiakan orang lain yang benar-benar memerlukan juga amat membantu masa depan anak ini. Masa depannya akan jadi lebih rumit jika anda dan pasangan mendaftarkannya sebagai anak angkat walhal pasangan itu adalah ibunya yang betul. Rumitkan?

Apa yang sudah berlaku biarkan berlalu dan mohon taubat dengan sesungguhnya. Move forward. Moga penyelesaiannya sebaiknya Allah tunjukkan buat anda dan pasangan. Jika ragu-ragu dengan cadangan akak ini, buat istikharah dan mintalah keizinan Allah agar mana yang baik itu dipermudahkan.

Khadijah Gani berkata...

Mad Zilla yang baik,

1. Sebaiknya, minta pasangan buat buku merah (buku mengandung) di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan yang terdekat. Jangan takut apa-apa. Buat saja utk pastikan hak anak dalam kandungan. Bersalinlah di hospital kerajaan. Atau mana-mana hospital swasta jika anda mampu menanggungnya. Ini SANGAT PENTING kerana selepas kelahiran, pastikan si ibu membawa balik sijil kelahiran (rekod kelahiran dari hospital). Sehelai kertas ini AMAT PENTING untuk daftar nama anak di JPN kelak. Jika tidak masuk hospital, rekod tiada, ia menjadi sangat susah untuk pendaftaran nama anak nanti. Juga kita tidak tahu jika anak dilahirkan hidup atau mati. Jika mati, bukan di hospital, ia akan jadi kes polis. Sekurang-kurangnya jika mati, di hospital, doktor ada untuk mengesahkannya.

Sangat penting untuk beranak di hospital!

2. Laporan polis dibuat hanya bila si wanita di bawah umur. 18 tahun ke bawah. Laporan polis dibuat samada hanya untuk rekod ATAU untuk rekod + tindakan. Boleh pilih salah satu daripadanya.

3. Sebaiknya, jika anda belum bersedia, lebih baik berikan kepada keluarga angkat yang lebih mampu sejurus selepas kelahiran. Boleh juga masuk ke Raudhatussakinah untuk proses lebih mudah. Jika mahu jaga sendiri, jagalah sendiri sejurus selepas kelahiran. Selepas 2-3 tahun baru anda ingin menjaganya, anda hanya kelihatan seperti mementingkan diri sendiri tanpa mengambilkira keperluan emosi dan perkembangan anak kecil tersebut. Anak luar nikah, bukan semudah bayi yang lahir yang kita boleh letak dan upah orang lain menjaganya terlebih dahulu dan kemudian kita mengambilnya sesuka hati kita.

Taubat nasuha sudah cukup menjadikan anda berdua seorang manusia yang baharu. Move forward. Jika tak mampu menjaganya sejurus selepas kelahiran, anggap saja ia rezki orang lain. Adakalanya yang dikurniakan kepada kita bukan semuanya milik kita, terdapatnya rezki orang lain juga.

Tanpa Nama berkata...

Salam kak.. Saya ni dah melahirkan anak luar nikah.. Macam mana saya nk uruskan surat beranak anak saya..adakah saya dikenakan tindakan apa-apa dari pihak jpn..

Tanpa Nama berkata...

Assalam..kalau psgn berkahwin sebelum anak dilahirkan boleh ke anak luar nikah tu dibinkan dgn bapa kndung nya?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum kak. Bagaimana caranya untuk saya berhubung dengan akak secara dekat atau face to face ?

Khadijah Gani berkata...

Mohon PM saya di FB.

Ruby berkata...

Slm kak... Sy ni dh bkawen adat kat sarawak.. Sy bkn islam. Tapi sejak 2 tahun lepas rmhtgga sy bermasalah, suami sy dgn gf dia dan sy pula skrg tgh hamil 4bln ank kpd bf sy.. Tapi sy dgn suami blm memiliki sijil penceraian.. Selama 2 tahun kami xprnah bhubung satu sama lain.. Jadi mcm mna sy hndak mdftar ank dlm kandungan sy ni setelah bersalin nanti? Balas ke emel sy ni kak. Sofiaolyveia5454@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

assalam kak sy ingin bertanya mengenai surat beranak ank sy yg tidak sah taraf.mse sy mndaftarkan surat beranknye sy telah lambat sebulan lebih sbbnya saya dlm pantang,nk dicerita kan di sini mmg panjang tapi sy amat perlukan bantuan akak untuk menyelesaikan masalah sy ni,harap akk boleh mcj atau wasap sy di nombor ini.0177366487.harap akk dapat membaca ulasan saya ni kerana sy amat perlukan bantuan akk,tk.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum akak.. saya sangatx memerlukan pertolongan akak.. saya sudah berkawen di terengganu.. saye diwalikan oleh ayah kandung saye.. tetapi.. shingga skrg saya tidak mempunyai kad nikah.. dan lebih teruk lagi saye sudah mempunyai 2 orang anak tanpa sijil lahir.. saya btol2x buntu kerana tahun depan anak sulong saye dah boleh ke sekolah.. saye betol2x memerlukan bertolongan akak.. tolong kesihani putera saye.. sila email ke adamohdibrahim@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

asslammualaikum..saya nikah pada 17.2.2014 dan melahirkan anak pd 4.4.2014(anak luar nikah)dlm surat beranak anak saya tiada maklumat ayahnya,sekarang anak saya sudah 3 tahun..dpt kah saya memasukkan maklumat ayah kepada anak saya setelah 3 tahun berlalu..x dpt bin kan bapa nya pn xpa asalkan dpt masukkan maklumat ayahnya..boleh ke kak? mohon pencerahan?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum, saya ada seorang abang yang mempunyai 3 orang anak, tapi sy dan keluarga tidak tahu samaada beliau telah berkahwin atau tidak. Tiba-tiba abg sy balik bersama isteri dan anak ,ketiga-tiga anak beliau tidak mempunyai surat beranak. apabila ditanye pasal sijil nikah di orang akan jawab ' siijil nikah hilang ' dan banyak lagi alasan. Sekarang abg sy dan istrinya telah berpisah, anak sulung umur 4 tahun, kedua umur 2 tahun dan bongsu 1 tahun lebih . Anak sulung dan anak kedua ada dengan abg sy di Kuantan manakala anak bongsu dengan isterinya . sy sendiri pun tidak tahu apa yg perlu sy lakukan sebab sy sendri pun tidak berkahwin lagi dan tidak tahu berkaitan hal ini . Abg sy tidak mempunyai sebarang dokumen berkaitan anak-anaknya.

Apa yang perlu sy lakukan, sy kesian tengok anak-anaknya. sy berharap akak dapat membantu sy.

Khadijah Gani berkata...

Wa alaikumussalam adik yg baik.

Minta ibu adik sendiri yg berbincang dengan abang adik. Pujuk abang adik daftarkan nama anak di JPN. Cari semula salinan sijil nikah dulu di pejabat agama. Kalau hilang pun sijil nikah kita, pejabat agama akan pegang 1 salinan yg lain. Kecuali jika dia berkahwin di luar dari Malaysia. Atau tidak berkahwin langsung bermakna anak2nya itu tidak sah taraf.

Jika tak diidaftarkan, kelak anak2 nya akan susah bila nak masuk sekolah. Apalagi ada ura2 mengatakan kanak2 yg tak mendapat vaksin yg lengkap tak boleh masuk sekolah. Yang paling penting kena daftarkan anak2nya juga demi masa depan anaknya bila usia 6-7 tahun nanti nak ke tadika / PRA dan sekolah darjah 1.

Minta ibu adik berlapang dada jika anak2nya ternyata anak luar nikah. Maafkan kesalahan dia, mohon dia bertaubat. Dengan syarat buatlah sesuatu yg betul pula selepas ini setelah apa yg tak betul ini terjadi. Daftarkanlah anak2 ke JPN. Kemudian, pergi ke KK berhampiran utk ambil suntikan vaksin yg tertinggal. Biar bersusah2 sekarang, demi masa depan anak2 insha Allah segalanya akan baik2 saja jika nama2 anak sudah didaftarkan dengan baik.

Lagi 1, penceraiannya juga perlu didaftarkan. Jika tidak, bekas isterinya akan susah juga di masa hadapan kerana tiada dokumen yg sah utk penceraian. Selagi tiada dokumen, anak2 boleh dikategorikan sebagai anak syubhah. Minta rekodkan penceraiannya.

Khadijah Gani berkata...

Oh maaf dik.. Sijil pernikahan diperlukan utk daftar penceraian.. Manakala, sijil kelahiran diperlukan utk daftarkan nama anak2 di JPN. Minta abang adik dapatkan sijil kelahiran anak2 daripada bekas isterinya atau jika hilang juga minta pergi ke hospital tempat kelahiran anak2 tersebut dapatkan simpanan hospital bagi membuat pendaftaran nama anak. Jika tiada juga sijil kelahiran anak2 tersebut, kemungkinan dulu bekas isterinya melahirkan sendiri anak2 di mana2 tempat sendirian.

Minta abang aadik fikirkan masa depan anak2 yg tak boleh sekolah kelak selagi tak daftar nama dan bekas isterinya yg tak boleh kawin lain kelak selagi tak didaftarkan penceraian. Dia akan menzalimi banyak pihak. Dan orang yg zalim hidupnya takkan tenang.

Astaghfirullah.

#jdtblogger #teambloggerjohor

Follow @khadijah_gani