Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Eh eh...

Rupa-rupanya saya ada blog lain di sini?? Saya dah betul-betul telupa akan kewujudan blog saya yang ini. Serius tak ingat.. Ini kerana saya hanya aktif di sini. Lagi satu blog saya tentang apa yang saya jual di sini. Itu saja yang saya ingat.

Selepas mengaktifkan semula akaun gmail saya dan memberi komen dalam blog kawan saya, tengok nama saya ditulis 'biru' bermakna akaun saya hidup! Hanya klik nak tengok apa yang ada di sebalik tulisan biru itu dan saya terkejut! Ya... Tulisan yang terakhir semasa saya masih mengandung kira-kira 5-6 bulan.. Patutlah saya dah lupa apa yang saya dah buat. hehe.. Orang pun tak ramai yang singgah.. Takpelah.. Sekurang-kurangnya saya masih boleh nak menulis sesuka hati saya.. Tapi, nak menulis tentang apa pula ye di sini? hmm... Mungkin pasal anak saya yang seorang inilah.. Fathi..

Tengok saja artikel sebelum ini. Semasa tu saya masih lagi mengandung. Perasaan masa tu .. hmmm, camna la anak aku lahir ni karang? Maklumlah anak pertama.. Bila baca b…