Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Strawberry white chocolate

Ini adalah beberapa tempahan yang telah dibuat. Dah lama terperap dalam handfon ni tak sempat upload. Ini hanya yang biasa-biasa saja. Silalah cuci mata.
Untuk 16 biji begini = RM 22.50


Ini gabungan coklat biasa dan strawberry coklat. Kali ni saya telah mencuba salut dengan white choc pula... Hmmm, rasanya agak best juga! Fathi belasah kesemuanya.. Siap bawak mangkuk yang berisi strawberry ni semua ke depan dan makan sorang-sorang.. Tinggal sebiji je untuk saya rasa.. huhu... Boleh tahanlah!

Maaflah.. Tidak semua tempahan yang saya buat akan dimasukkan ke dalam blog ini. Mana yang sempat saja. Ada juga yang saya dah buat tapi tak sempat nak ambil gambarnya terus saja dihantar ke tuan ordernya. Macam tempahan coklat edible image (untuk majlis perkahwinan di singapore) serta lolichoc yang banyak (peach-putih) haritu. Agak cantik juga warna begitu. Jadi, harap maklum sajalah ye.. Mana yang saya ingat dan sempat sajalah. ngehehe... ;)
Sekarang, saya dalam proses menaik taraf pakaging coklat b…

Kecek-kecek di malam hari.

Kenapa saya sayang dan jatuh cinta pada suami saya? Biar keadaan ini yang menerangkan sebabnya.
Saya : Yang, semalam saya baca blog balu arwah kawan saya yang baru meninggal dunia hari tu. Emosi saya jadi sangat-sangat terganggu. Sedih sangat.. Pastu, berita kat tv tadi saya tengok ada cerita pasal bayi kena buang. Pun sangat terganggu! Kalau cerita buang bayi yang biasa-biasa tu memanglah saya terusik tapi kali ni buangnya sampai bayi dibuang tu dimakan haiwan liar, hilang kemaluan, kaki dengan tangan! Itu yang saya jadi lagi terganggu! Perempuan yang lahirkan budak tu takde otak ke, pikir panjang sikit kot ye pun nak buang janganlah kat tempat sunyi yang banyak anjing. Alangkah mayat orang pun kita kena hormati, ni kan pulak bayi yang takde dosa langsung tu dibiarkan macam tu aje! Awak rasa dengan kejadian-kejadian yang mengusik jiwa saya sekarang ni semua ada petanda tak apa sebenarnya Allah nak tunjukkan? Apa kaitan cerita-cerita tu semua agaknya? (Walaupun saya sebenarnya sudah ad…

Berdoalah!

Saya amat menyukai cara penyampaian Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang (selain daripada Ustaz Zahazan). Kata-kata dan ayat yang digunakan sangat santai dan sangat jelas. Hari Isnin yang lepas saya berkesempatan menonton siaran Halaqah edisi ulangan bertajuk 'PASSWORD DOA'.
Saya tengok tu pun sudah agak sampai di pertengahan. Tapi apa yang paling menyentap ke jiwa saya beberapa poin yang menarik yang saya ingin kongsikan di sini. Mudah-mudahan juga akan datang anak-anak saya dapat membaca artikel ini ketika saya sudah tiada lagi di sisi mereka agar dijadikan azimat dalam kehidupan.
Pada satu hari, seekor ular masuk ke dalam rumah. Ada seorang anak kecil di dalam rumah itu bersama ibunya. Ular itu sedang berdiri betul-betul di hadapan anak kecil itu. Di dalam pengetahuan dan ilmu si ibu ular itu merbahaya. Ia harus dijauhkan dari anak itu dengan segera! Manakala, di dalam pengetahuan dan ilmu si anak kecil itu, ular tersebut dilihatnya sebagai barang mainan. Dia ingin sekali mengeja…

Tempahan Khas Anniversary

Ini adalah tempahan khas dari sahabat lama saya NURUL FAIZATUL AKMA yang berada di Pahang. Katanya untuk surprise suaminya sempena anniversary mereka Jumaat ini.
Saya buat coklat ni malam semalam juga selepas anak-anak sudah tidur. Selesai saja buat coklat ni tengok jam sudah ke angka 1.30 pagi. Patutlah kepala saya pun sudah senoneng. hehe..
(Sorilah saya tak reti sangat macamana nak rotate gambor ni setelah di upload ke sini. Sila 'rotate'kan kepala anda ye..)
Apa yang saya suka sangat pasal buat coklat ini adalah kerana hasilnya. Tulisan ini adalah atas permintaan Faiz sendiri. Dan coklat ini dia minta lebih banyak coklat putih kerana suaminya lebih suka coklat putih. Dan 1/3 lagi adalah coklat biasa. Strawberry tu juga dia minta selitkan sama dalam kotak ini.
Jadi, setelah dikira-kira, dicongak, inilah hasilnya daripada imaginasi saya terhadap apa yang diminta oleh sahabat saya ini. Berbaloi sangat rasanya walaupun tidur lewat sikit.
Kepada sahabat lama saya a.k.a ex-dormate k…

Strawberry Coklat

Ini adalah karya saya yang terbaharu. Teringin nak makan. Patutlah Siti Nurhaliza pun jadikan strawberry coklat sebagai hantarannya. Rupanya makan macamni memang sedap! Ni pakai strawberry korea. Tak masam sangat.
Ok lah. Sesiapa yang nak order pun boleh. 500 gm = RM 35 (biasa) 500 gm = RM 40 (Olive oil)
500 gm ni lebih kurang ada dalam 40 biji buah strawberry. Enjoy it! ;)



Buku baru Fathi.

Fathi ada buku baru. SIAPA ALIEN. Terbitan Telaga Biru. Tulisan Wardina Safiyyah. Fathi suka sangat baca buku ni. Sambil makan biskut tiger, dia baca buku.

(Gambar akhir) Ali terkejut jumpa manusia, manusia juga terkejut jumpa Ali lalu mereka sama-sama menjerit, "Aaaaaaaahhhh alien!" (Tu gaya Fathi terkejut letak tangan atas dada)...

Siapa Alien sebenarnya? Ali atau manusia?
Bila dah habis baca buku, cium buku, junjung atas kepala (tiru gaya saya tiap kali habis baca al-Quran).
Sayang buku....... :)))

Kenapa saya terus menulis blog?

Saya terbaca semula penulisan saya yang lama dulu semasa saya masih menetap di KL. Saya kemukakan di sini kembali agar ia masih dapat dibaca dan dapat membugarkan kembali niat asal saya terhadap penulisan blog ini.

Wahai anak-anakku.... Submitted by khadijah on Wed, 04/07/2010 - 18:36Seperti tagline Ust. Hasrizal pernah sebutkan, saya ni bukanlah ibu mithali tapi ibu realiti. Saya cuma mahu berkongsi apa yang saya fikirkan dalam soal pembentukan anak-anak zaman sekarang. Mudah-mudahan ada juga perkara yang boleh dipersetujui bersama agar generasi selepas kita ini masih mampu dibentuk ke arah yang benar.Saya dan suami dari dua benua yang jauh. Johor-Kelantan tak lah jauh mana pun..hehe.. Latar belakang yang berbeza, pendidikan awal yang berbeza, asal sosio-ekonomi juga berbeza. Kadangkala, sesetengah perkara dalam rumahtangga sekarang ini pun kami punya pendapat yang berbeza. Tapi, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami ada pandangan yang sama terhadap pembentukan awal anak-anak. …

Coklat putih

Ada beberapa jenis yang boleh dibuat menggunakan coklat putih. Setengah orang hanya suka kepada coklat putih saja, ada yang tidak. Coklat putih ini lebih kepada rasa susu dan sangat manis. Orang yang kuat makan manis bolehlah. Biasanya saya gunakan olive oil untuk stabilkan rasa dan khasiat di dalamnya.
Coklat hitam yang saya buat ini tidaklah berapa manisnya kerana saya campurkan dengan dark choc. Jika ada yang mahukan rasa yang pahit saja dan tidak manis, bolehlah buat permintaan untuk dark choc sahaja. Harga masih tetap sama.
Dan sesiapa yang mementingkan kesihatan, saya syorkan permintaan anda adalah coklat olive oil yang saya buat ini. Sebabnya, kebanyakan coklat yang ada di kedai-kedai dan kebanyakan homemade choc juga menggunakan mentega untuk dicampurkan dengan coklat.
Saya tidak berapa suka rasa mentega walaupun lebih rasa lemak di samping tidak elok memakan mentega terlalu banyak. Tambahan, ada satu lagi bahan yang saya gunakan (di samping olive oil) untuk stabilkan rasa cok…