Langkau ke kandungan utama

Tempahan Khas Anniversary

Ini adalah tempahan khas dari sahabat lama saya NURUL FAIZATUL AKMA yang berada di Pahang. Katanya untuk surprise suaminya sempena anniversary mereka Jumaat ini.

Saya buat coklat ni malam semalam juga selepas anak-anak sudah tidur. Selesai saja buat coklat ni tengok jam sudah ke angka 1.30 pagi. Patutlah kepala saya pun sudah senoneng. hehe..

(Sorilah saya tak reti sangat macamana nak rotate gambor ni setelah di upload ke sini. Sila 'rotate'kan kepala anda ye..)

Apa yang saya suka sangat pasal buat coklat ini adalah kerana hasilnya. Tulisan ini adalah atas permintaan Faiz sendiri. Dan coklat ini dia minta lebih banyak coklat putih kerana suaminya lebih suka coklat putih. Dan 1/3 lagi adalah coklat biasa. Strawberry tu juga dia minta selitkan sama dalam kotak ini.

Jadi, setelah dikira-kira, dicongak, inilah hasilnya daripada imaginasi saya terhadap apa yang diminta oleh sahabat saya ini. Berbaloi sangat rasanya walaupun tidur lewat sikit.

Kepada sahabat lama saya a.k.a ex-dormate ketika di matriks dulu (memang dah berzaman tak jumpa!) dan juga suami,
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA
Semoga sentiasa berada dalam sakinah dan mawaddah selamanya hingga ke akhir hayat.
Jaga kesihatan dan selamat menimang cahayamata tak lama lagi! :)
Terima kasih kerana mempercayai saya. Ada umur dan rezki kita akan berjumpa kelak k. Syukran jazilan..

Ini adalah kotak 35 biji (7x5). Kotak coklat yang paling besar berada di kedai saya membeli bahan-bahan coklat. hehe.. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah 'surprise' dan boleh dimakan 2-3 orang.



P/S : Sistem penghantaran pos juga saya sudah kemaskini untuk pastikan coklat tetap pada kedudukannya dan kurang tahap kecairannya (mungkin akan cair sedikit jika ke destinasi yang jauh tapi tidak sampai menjejaskan untuk dimakan).




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

99 hari emak yang kuat - Krukenberg

Sejak Julai lalu tak update blog ni. Entry terakhir pada bulan terakhir sambut birthday sama-sama dengan mak buat kali terakhir - 13 & 14 Julai 2019. Dan kemudian Allah izinkan saya mengadakan bengkel bedah buku yang terakhir sebelum saya nekad melepaskan semuanya demi menjaga dan merawat emak sepenuh masa dengan tenang. Alhamdulillah. Kita diberi pelbagai nikmat dan kegembiraan bersama-sama sekeluarga. Alhamdulillahi 'ala kulli haal. Akhir bulan Ogos 2019, semuanya bermula. Emak disahkan mengalami kanser ovari terlebih dahulu. 8 September, barulah disahkan bacaan tinggi Cancer Marker pada ovari DAN usus. Stage 4.