Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ResepiMakmah

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semasa dalam perjalanan ke rumah saudara mara, seperti biasa kami akan mendengar Ikim.fm. Slot bersama seorang Ustaz (tidak pasti siapa kerana kami terlepas dan sempat mendengarnya setengah hingga ke akhir sahaja) menyatakan indeks ukuran (KPI) untuk kita mengetahui samada Ramadhan yang lepas memberi makna kepada diri kita dan berjaya melaluinya sebagai suatu tarbiyyah atau tidak adalah melalui puasa enam. Samada kita mampu atau tidak berpuasa 6 hari di bulan Syawal begitu juga samada semua amalan dan aktiviti harian kita selepas ini (seperti solat malam dan membaca al-Quran) dapat dilakukan secara automatik atau tidak. Bagaimana amalan yang dikatakan automatik? Bukan semi-automatik atau manual? Samada kita rasa bersalah atau tidak jika tidak dapat membaca al-Quran dalam 1 hari. Samada kita rasa bersalah atau tidak jika tidak dapat bangun malam untuk bersolat. Inilah hasil tarbiyyah Ramadhan tanda puasa dan amalan kita diterima ataupun tidak. Wallahu 'Alam. Mog...

Asam Pedas Ikan Mayong.

SALAM PERKENALAN Ruangan resepi ini dibuat khas untuk ibunda saya yang disayangi, Puan Salmah bt Kassim. Atau lebih mesra dipanggil Mak Mah. Emak sebenarnya dah lama menyuruh saya menulis dan membukukan resepi tradisionalnya tersendiri yang terdiri daripada lauk-pauk dan kuih-muih. Inspirasi emak ini sudah lama sebenarnya hasil daripada idea dan pengalamannya serta ilmu sedikit sebanyak yang diperolehi daripada bermacam-macam rancangan masakan. Yang terbaharu, mak suka sangat dengan rancangan Masterchef Malaysia di Astro Ria. Begitu juga slot bersama Chef Sabri di Ikim.fm setiap hari Jumaat jam 10 pagi mesti mak tak lupa! Oleh kerana proses membukukan resepi tradisional mak agak memakan masa dan memerlukan 'test market' terlebih dahulu maka, saya fikir baik saya 'joint venture' saja ke dalam blog saya ini sekadar memulakan apa yang saya ada dan apa yang saya mampu. Mak juga tahu saya adalah seorang blogger aktif. Jadi, mak pula yang bersemangat untuk mengaktifkan r...