Langkau ke kandungan utama

Asam Pedas Ikan Mayong.

SALAM PERKENALAN

Ruangan resepi ini dibuat khas untuk ibunda saya yang disayangi, Puan Salmah bt Kassim. Atau lebih mesra dipanggil Mak Mah. Emak sebenarnya dah lama menyuruh saya menulis dan membukukan resepi tradisionalnya tersendiri yang terdiri daripada lauk-pauk dan kuih-muih. Inspirasi emak ini sudah lama sebenarnya hasil daripada idea dan pengalamannya serta ilmu sedikit sebanyak yang diperolehi daripada bermacam-macam rancangan masakan. Yang terbaharu, mak suka sangat dengan rancangan Masterchef Malaysia di Astro Ria. Begitu juga slot bersama Chef Sabri di Ikim.fm setiap hari Jumaat jam 10 pagi mesti mak tak lupa!

Oleh kerana proses membukukan resepi tradisional mak agak memakan masa dan memerlukan 'test market' terlebih dahulu maka, saya fikir baik saya 'joint venture' saja ke dalam blog saya ini sekadar memulakan apa yang saya ada dan apa yang saya mampu. Mak juga tahu saya adalah seorang blogger aktif. Jadi, mak pula yang bersemangat untuk mengaktifkan resepinya dalam alam maya ini!

Niat asal mak hanyalah untuk berkongsi ilmu dan rahsia masakannya kepada anak cucu cicitnya kelak. Di masa akan datang, mak boleh menjangkakan yang generasi alpha (grup anak lahir tahun 2000 ke atas) akan ketandusan resepi warisan turun temurun dan mungkin rahsia menyiang ikan pun tak pandai jika tidak ditunjukkan. Jadi, ruangan resepi ini adalah sebagai catatan abadi di dunia maya ini serta perkongsian ilmu kepada anak cucu cicit ciutnya kelak atau sesiapa saja sebagai amal jariahnya. Mak kata, "Kalau mak dah takde nanti, sekurang-kurangnya masih ada lagi ilmu mak yang diwarisi.." InsyaAllah..

Jadi, untuk resepi pertama ialah Asam Pedas Mak Mah. Terus terang saya katakan, takde lagi masakan asam pedas yang setanding mak di mana-mana sekalipun! Walaupun saya dah berkahwin, ada anak pun saya lebih suka asam pedas mak ini. Tak sama dengan orang lain. Moto masakan mak adalah TIADA MSG, TIADA BELACAN... Semuanya oriiiiii!!! Barulah berkhasiat.. ;))




Asam pedas masakan wajib orang Johor. Ia boleh dimasak dengan ayam atau apa saja jenis ikan. Tapi, ramai yang tak tahu untuk memasak ikan mayong yang tak berbau hanyir langsung! Inilah rahsianya..

Ikan mayong dan Ikan duri mempunyai urat hanyir di kiri kanan badannya. Urat ini WAJIB dikeluarkan terlebih dahulu semasa membersihkannya. Insang ikan mayong pula boleh dimakan dan jangan dibuang kerana insangnya lembut dan sedap.

Jika mahu menggunakan ikan parang, WAJIB ditarik kepala dan ekornya terlebih dahulu sehingga berbunyi sebelum memotong ikan parang ke bahagian-bahagian kecil. Supaya tulang ikan parang tak melekat pada dagingnya apabila dimakan nanti. Ikan parang banyak tulang halus! Dalam gambar ini adalah ikan mayong.


Kiri
Kanan
Kepala

Di sini terletak uratnya.




Kemudian, direndam dalam air asam jawa. Perkara asas untuk apa-apa ikan tidak berbau hanyir ialah dengan merendamkan ikan dengan air asam jawa + garam kasar dalam 10-15 minit. Dan kemudian toskan.


Bahan-bahan utama untuk dikisar halus (untuk 1kilo ikan) :

10 biji bawang merah yang kecil
7 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
2 batang serai (ambil yang lembut sahaja)
1/2 inci lengkuas
20 tangkai cili kering

Panaskan 2 senduk minyak atau secukupnya.


Masukkan bahan dikisar tadi. Tumis hingga garing. Naik bau. Terbit minyak. Dalam 15-20 minit.


Bila bahan tumisan separuh garing masukkan daun kesom.


Bila sudah betul garing, masukkan air asam jawa. Segenggam asam jawa + air setengah periuk kecil.





Tunggu hingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukupnya.


Bila sudah mendidih, masukkan ikan. (Jika masuk ikan awal, ikan akan mudah hancur). Biarkan api sederhana besar. Dalam 10 minit. Tunggu hingga mendidih lagi.


Tunggu hingga kuah menjadi pekat sikit dan ikan hilang air.


Kecilkan api dan renehkan lebih kurang 10 minit lagi.


Dan, walla!!

Tiada MSG, tiada belacan.. Hanya yang asli.. Selamat mencuba!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...