Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel coklat

Lollychoc Flower Bouquet

Maaflah, saya agak sibuk kebelakangan ini hingga tak sempat update blog kesayangan saya di sini.. Dalam sebulan yang lalu saya agak sibuk memulakan 2 cawangan perniagaan saya. BusanaSURI Telur Pindang Mak Mah ** Sila like ya. Terima kasih.. Jadi, secara santai dan bahan yang agak ringan saya ingin kongsikan buah tangan terbaru saya. Dah lama design benda ni dalam kepala. Nasib baik adik saya 'memaksa' saya untuk buat coklat untuk dihadiahkan kepada kawannya.. Dengan cara itu saja saya kebiasaannya akan terdorong untuk merealisasikan benda yang dah berlapok dalam kepala ini. Kesimpulannya, sesiapa yang nak beri hadiah atau apa saja tujuan yang sesuai dengan lollychoc flower bouquet ini, bolehlah 'on' kan saya bila-bila masa yang dikehendaki ok.

Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi.  Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini.  Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong.  Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.

Coklat Cenderahati Esklusif.

Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat lama saya, Nurul Asyikin Ngadiso atas kepercayaan dan peluang yang beliau berikan. Saya baru saja menyiapkan coklat untuk dijadikan souvenir kepada International visitors dari UK. Saya tak ingat pelawat itu dari universiti apa tapi mereka adalah pelawat UTM dan Ikin memberikan ruang untuk saya mempromosikan coklat saya ini (walaupun saya rasa masih hijau lagi). Jadi, saya bertungkus lumus untuk menampakkan coklat buatan Pulai Utama ini kelihatan setanding antarabangsa tapi masih dalam sentuhan tersendiri. Inilah hasilnya.. 1. Love : Almond white choc / Almond dark choc. 2. White choc with strawberry filling. 3. Rose : White choc with crunched wafer. 4. Almond coffee dark choc.

Coklat Loli (Lollychoc)

Sesiapa yang mengikuti blog saya pasti sudah sedia maklum dengan 'situasi' saya dan bisnes coklat ini melalui entri saya sebelum ini. Alhamdulillah.. Kesihatan mak dah makin baik. Jadi, saya boleh teruskan bisnes coklat saya ini seperti biasa. Ya, untuk coklat dalam kotak hantaran memang agak mahal. Saya tak nafikan. Begitu juga coklat yang saya letak di JUSCO itu juga agak mahal setelah pekedai meletakkan harga untuk keuntungan tempatnya juga. Saya lebih suka jika anda tempah direct dengan saya kerana kebiasaannya saya akan lebihkan coklat anda dan jika minta kurang harga, saya akan faham dengan keadaan itu.

Coklat Bukan Ori - Warna warni Aidilfitri.

Coklat buatan saya tidak bermusim. Kesemua coklat di bawah ini berdasarkan permintaan dan saya cuba membuat penawaran semampunya. Silakan belek membelek! Coklat Tulen Strawberry Badam. Pure Almond Strawberry Choc. Secara peribadi, saya sangat suka coklat strawberi ini kerana coklat ini betul-betul rasa strawberi ori dan tidak terlalu manis. Apabila tergigit badam di tengahnya menimbulkan rasa yang sangat melemaskan anda dalam rasa coklat! Saya pasti dapat merubah mood anda bila memakannya.. ;))

Coklat Original - Hitam Putih

Coklat Hitam Kosong Perisa Oren. Plain Dark Orange Choc. Bekas kecil - 20 biji. Bekas besar - 50 biji. Coklat campur-campur - 20 biji.

Coklat bertapa sebentar.

Saya ingin memohon maaf banyak-banyak jika ada tempahan coklat yang saya tak dapat tunaikan. Untuk makluman, situasi saya begini. Sekarang, saya hanya dapat membuat coklat pada hari Ahad sahaja yang saya ada. Hari lain tidak mengizinkan. Ini kerana saya menjaga emak saya yang masih tidak stabil kesihatannya. Anak-anak pula tiada yang dapat menjaga. Walaupun saya berada di kediaman mak dan abah (8 pagi hingga 8 malam a.k.a waktu bekerja saya) namun, saya dan suami tidak gemar untuk melepaskan tugasan menjaga anak-anak diberi sepenuhnya kepada atok dan nenek mereka. Jadi, saya harus berkompromi dengan keadaan semasa.

Coklat hantaran.

Beberapa minggu yang lepas saya mendapat kiriman bekas hantaran saja. Setelah diukur baru saya membeli kotak hantaran coklat yang bersesuaian dengan dulang hantarannya. Inilah hasilnya. Ringkasannya, beginilah rupanya jika orang menempah coklat khas untuk hantaran. Saya akan membeli kotak yang cantik ukirannya. Jika coklat dijadikan hadiah untuk harijadi misalnya lain pula kotaknya. Lebih simple ditambah dengan reben saja. Jadi, beritahu saya saja apa tujuan coklat anda dan saya akan sesuaikan mana yang patut. Warna dan temanya. Nota : Keluaran terbaharu saya ialah coklat badam berperisa kopi. Tak manis sangat dan rasanya mengujakan!

Coklat ke sekolah!

Sempena Hari Guru 16 Mei lepas, saya telah menerima tempahan ke dua buah sekolah. 100 batang lollychoc campur-campur untuk Koperasi Maahad Johor (terima kasih Cikgu Zie) dan sebuah SK di Pontian oleh teman sekolah saya yang dulu (maaf lupa nak tanya nama sekolahnya). 40 batang lollychoc & 40 biji mini bar (terima kasih cikgu Mazirah) untuk dijual bagi tujuan kumpul duit kebersihan kelas katanya. Siap ambil order terlebih dahulu! Sangat efisyen budak-budak SK ini. Kagum! :) Ini design terbaru saya buat. Masukkan sekali untuk Maahad Johor. RM1 sebatang. Tapi, kalau nak order design ini lagi sudah tiada sebab corak ini sangat terhad. Kira coklat design ini limited edition lah.. Beruntunglah pelajar-pelajar Maahad Johor yang membelinya! ;) Ini juga hasil mould baru! Saya suka coklat bunga ni. Cute! Dan cantik juga! Di bawah ini juga hasil mould baru. Tapi, saya khaskan coklat ini untuk cikgu-cikgu kesayangan Nur Batrisya Amira & Nur Adreena Amira bt Ramzi di SK Sri Pulai. Mana-mana...