Langkau ke kandungan utama

Lollychoc Flower Bouquet

Maaflah, saya agak sibuk kebelakangan ini hingga tak sempat update blog kesayangan saya di sini..

Dalam sebulan yang lalu saya agak sibuk memulakan 2 cawangan perniagaan saya.

BusanaSURI

Telur Pindang Mak Mah

** Sila like ya. Terima kasih..

Jadi, secara santai dan bahan yang agak ringan saya ingin kongsikan buah tangan terbaru saya. Dah lama design benda ni dalam kepala. Nasib baik adik saya 'memaksa' saya untuk buat coklat untuk dihadiahkan kepada kawannya.. Dengan cara itu saja saya kebiasaannya akan terdorong untuk merealisasikan benda yang dah berlapok dalam kepala ini. Kesimpulannya, sesiapa yang nak beri hadiah atau apa saja tujuan yang sesuai dengan lollychoc flower bouquet ini, bolehlah 'on' kan saya bila-bila masa yang dikehendaki ok.









Oh ya, satu fakta penting! Saya sudah 'expert' membuat bunga dari tissue paper / crepe paper sebegini.. Yippieee! Hasil belajar sendiri dari youtube saja haha... So, the whole bouquet  is exclusively made by me. Nak satu warna bunga boleh. Nak 3 warna bunga pun tiada masalah.. Ori ok! ;)




Dan semestinyalah, coklat loli bunga ros ni juga pertama kali saya membuatnya sendiri untuk hantaran adik iparku tak lama lagi.. Akan cuba dibuat pada bakul bunga pula.. So, stay tuned..




**Jika sesiapa berminat untuk menempah lollychoc berdiri ini, sila PM saya untuk mendapatkan harga rundingan yang berpatutan.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea. Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?" Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka. Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil. Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan me...

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...