Selasa, 21 Februari 2012

Fathi 3 tahun hari ini.

Alhamdulillah. Sudah 3 tahun Fathi dipinjamkan oleh Allah s.w.t. untuk saya dan suami. Tak tahu berapa lama lagi Allah memberi pinjaman ini kepada saya. Bila-bila masa saya atau dia atau sesiapa sahaja boleh diambil semula oleh Allah yang menciptakan kita. Tidak dicepatkan tidak pula dilambatkan.

Mengingati hari kelahirannya adalah suatu detik yang sangat indah walaupun sakit. Betapa semua kesakitan itu sebenarnya sangat indah untuk dikenang.

Mula-mula ingat nak tulis pasal Fathi dan betapa cerewetnya dia tentang makanan dan revolusi pemakanannya sepanjang 3 tahun ini. Tapi bila selak balik album lama kat facebook tu fikir nak tukar cerita la pulak. Takyah tulis panjang-panjang. Mengenang kembali revolusi tumbesaran dan perkembangan Fathi. Bab makanan tu nanti saya akan kongsikan di lain waktu ya.

Jadi, silakan tersenyum! :)






















Isnin, 20 Februari 2012

Coklat ada sepanjang masa.


Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 

Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 

Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 

Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.

Jumaat, 10 Februari 2012

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang perlu anda lakukan jika sudah mengetahui ianya POSITIF mengandung? (bagi kes tanpa suami yang sah).



1. BERTAUBAT

Proses membersihkan dosa adalah mudah. Ini dapat dikesan dalam rekod-rekod sejarah di mana terdapat catatan yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad memberi dorongan kepada orang yang bersalah supaya mengambil langkah membersihkan dosanya dengan cara yang mudah dan tidak menyebabkan si pedosa mendapat malu dan jatuh maruahnya.

Rabu, 1 Februari 2012

Terhenti di persimpangan.

Sejak akhir-akhir ini saya ditemukan dengan suatu peristiwa yang agak sukar untuk saya hadam. Sepanjang hidup saya yang baru menginjak 30 tahun ini, saya terpilih untuk melalui peristiwa sebegini untuk saya belajar dan menghadam sesuatu di sebaliknya. Sesuatu yang sangat berat untuk saya fahami. Kerana itu saya terhenti agak lama untuk memahaminya dan gagal menulis apapun di sini seperti biasa. Ianya sangat besar dalam hidup saya. Saya nukilkan di sini agar menjadi pedoman dan peringatan kepada kita semua khususnya kepada remaja perempuan yang bakal melangkah ke alam wanita sebenar agar peliharalah darjatmu~

KETERBUKAAN DALAM TERTUTUP, TERTUTUP DALAM KETERBUKAAN

Saya suka menonton rancangan 'Born in every minutes' di Biochannel astro @ 731.. Saya suka melihat gelagat ibu-ibu melahirkan di sebuah hospital dan melihat betapa sibuknya misi dan doktor melayan gelagat ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi di setiap jam dan minit. Kebiasaannya sudah pasti pasangan yang sudah berkahwin, yang punya persediaan rapi menyambut kelahiran anak dan ioimeriahnya bilik menunggu itu dipenuhi sanak keluarga yang tak sabar-sabar menanti kelahiran si comel. Namun, ada satu kes yang benar-benar saya ingat.

Seorang gadis berusia 18 tahun dan belum berkahwin. Bermaksud jika di Malaysia anak yang dikandung itu disebut anak luar nikah. Semasa gadis itu dimasukkan ke dalam wad, dia bersama ibu ayahnya. Selang beberapa jam si lelaki pun datang. Misi yang bertugas pun bertanya ala-ala kepoh gitu. (Sesudah diterjemah)..

Bedah buku 4 dalam 1!

Sejak Buku Saya Suka Mengaji ni release bulan Mei tahun lalu, saya masih belum berkesempatan lagi nak buat bedah buku ini disebabkan say...